Banyak perkara yang saya selalu fikirkan, kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Selalunya tentang sikap manusia yang tak tahu menghargai alam. Saya bekerja dalam universiti. Sepatutnya dipenuhi dengan orang-orang yang terpelajar. Tapi sakit mata hari-hari saya melihat sampah sarap di bahu-bahu jalan. Bekas makanan polisterina, botol air, botol minyak pun ada? Alahai... Lagi sakit mata bila orang yang rapat dengan kita buang sampah merata depan mata kita. Sakit hati dengan diri sendiri sebab tak mampu nak menegur. Penakut!
Saya pernah menegur sepupu-sepupu kecil saya (dengan budak-budak beranilah), supaya mengutip kembali sampah yang dibuang bukan di tempatnya. Tapi tiba-tiba ada orang dewasa yang lalu dan membuang sampah betul-betul di depan mata kami. Lalu adik-adik saya pun berkata, "Orang tu buang, boleh je". Huhuhu.. Sudahnya saya yang kutip dengan hati sebal.
Saya pernah diberi peluang untuk menyertai sebuah seminar dan kursus di Jepun. Jujur saya katakan, saya sangat cemburu dengan Jepun. Negaranya bersih, rakyat berdisiplin. Walaupun Jepun pernah menjajah kita, apa salahnya kita contohi perkara yang baik?
Banyak cara sebenarnya nak mensyukuri nikmat Allah dengan menghargai alam.
1) Bercucuk-tanam
Mungkin orang melihat gardening sebagai hobi yang leceh, kotor dan comot. Sedangkan hakikatnya, bercucuk tanam bukan sahaja memberi kepuasan apabila melihat tanaman kita subur dan mengeluarkan hasil, tapi dapat menenangkan emosi dan membekalkan keperluan paling asas, oksigen. Saya ada terbaca di mana-mana (tak ingat), "Apakah benda lain selain tumbuhan yang mampu membekalkan oksigen?". Selain dapat mengurangkan perbelanjaan dapur, kita juga dapat memastikan keselamatan dan kebersihan tanaman kita daripada bahan kimia.
2) Say No to Disposables
Saya adalah penyokong kuat cloth diapering walaupun saya tiada anak. Saya memberikan cloth diapers sebagai hadiah untuk anak saudara saya dengan harapan kebaikan penggunaan cloth diapers akan tersebar. Saya juga adalah pengguna cloth pad. Bagaimanapun, saya tetap berterimakasih dengan pencipta dispo pads sebab masa saya masuk wad dulu disposable adalah lebih praktikal. Tapi itu adalah pilihan terakhir."Diapers made up 3.4 million tons of waste, or 2.1 percent of U.S. garbage, in landfills in 1998 -- the last year this information was collected, according to the Environmental Protection Agency. Diapers in landfills in underdeveloped countries are especially problematic because they often aren't properly disposed, and excrement leaks into the local water supply."
3) Reduce, Reuse and Recycle
Reuse and recycle ni antara perkara yang paling mudah tapi tak ramai yang buat. Kebetulan pagi tadi, semasa bersarapan di depan tv, TV3 telah mewawancara Datuk Haji Zaini Mohd Nor daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Rupa-rupanya mereka telah melancarkan suatu program bernama Bank Kitar Semula. Menurut Datuk Zaini, program ini bertujuan untuk mengurangkan kapasiti sisa pepejal yang dikeluarkan dari setiap rumah, yang mana purata berat sampah bagi setiap individu ialah 0.5kg seorang. Program ini memberi fokus kepada pelajar sekolah di mana pelajar-pelajar akan digalakkan untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula kemudian di bawa ke sekolah untuk ditimbang dan dinilai, serta diberi insentif dalam bentuk tabungan. Semua nilai barangan ini dicatatkan dalam sebuah buku seperti 'buku akaun'. Ini telah dijadikan salah satu kurikulum di sekolah (belum semua), sama ada dinilai secara individu atau kelas, atau sekolah. Pheww.. alhamdulillah, akhirnya nampak sinar harapan di Malaysia tercinta ni. Nampak macam kecil je, yelah budak sekolah je kan. Tapi budak-budak sekolah ni mesti balik rumah dan bercerita pada ibu bapa dan keluarga. Tidak dinafikan, wang adalah motivasi yang sangat kuat. Lepas ni, kalau diorang nampak tin minuman, botol-botol plastik dan kaca, surat khabar, kotak kertas dan lain-lain, tentu mereka nampak, wang wang wang. Silap-silap haribulan berlaku perebutan sampah jalanan pula. Hahahha. Saya sependapat dengan Ally dan Nurul Syuhada, kenapalah zaman saya sekolah dulu takde semua ni? Kalau tak, tentu saya dah kaya raya sebab saya rajin kutip barang kitar semula. Hewhewhew. Ikhlas saya katakan, usaha ini suatu perkara yang baik. Mula-mula dengan insentif, lama-lama ia akan jadi budaya dan kebiasaan untuk mengekalkan kebersihan. Selain memberi kesedaran tentang peri penting kebersihan, pelajar juga boleh dididik dengan budaya menabung sejak kecil.
Melalui blogwalking saya ke blog kawan-kawan gardeners, hati saya agak riang sebab saya tahu ramai yang mengamalkan kitar semula. Terutamanya untuk dapatkan pasu free. Hahahha.. Kakak saya menggunakan surat khabar lama untuk dijadikan bekas telur yang comel. Jimat belanja tau. Terima kasih saya ucapkan kerana usaha-usaha anda tersebut.
Melalui pembacaan saya, sisa-sisa daripada dapur pun banyak kegunaannya. Mungkin nampak macam tak boleh kitar semula, tapi boleh dimanfaatkan dengan cara lain. Misalnya, sisa sayuran boleh dijadikan kompos, kulit telur boleh jadi baja dan mengalkalikan tanah. Hampas teh dan kopi pun boleh jadi baja, selain boleh digunakan sebagai skrub badan. Ahh.. banyaklah kegunaan sebelum terbuang begitu sahaja. Oh ya, saya pun baru berjinak-jinak membuat sabun daripada sisa minyak gorengan. Kononnya untuk digunakan di makmal. Tapi orang tak sudi la nak guna sebab ada masa bau ikan goreng macam keluar. Hahhaha. So saya akan guna untuk mencuci pisau potong getah atau untuk mencuci tangan yang berminyak jelah.
Untuk lebih maklumat tentang Bank Kitar Semula, boleh download file PDF di SINI.
8 comments:
salam dik,
Rasanya disiplin pertama tg diajar oleh guru didalam kelas dan dialam sekolah adalah 'jangan buang sampah' dalam kelas, perkarangan sekolah.Lepas tu cikgu pun bagi penerangan keburukan sampah dibuang merata2 didalam sekolah mahu pun diluar sana..belajar dari sekolah rendah 6 tahun sambung lagi sekolah menengah 7 tahun..masih juga ada org.dewasa buang sampah ikut nafsu dia..nak cakap macam mana, tak cukup ajar?..hehehe..dia ditakdirkan jadi tidak berfikir kot tentang sampah ni..maka orang sebegini kekallah dalam kebodohan, ada ilmu tak guna untuk tambah pahala.ok jangan sakit kepala dah lah.
Betul cakap Kak Mas. Tentu Kakak lebih faham sebagai seorang guru. Kadang-kadang menyampah bila orang komplen longkang tersumbat la, bau busuk la, padahal diorang sendiri yang buang sampah merata-rata. Kalau memang kejadian alam takpelah, ni sebab perbuatan tangan-tangan manusia
setuju!..jom mengorak langkah ke arah menghijaukan bumi...cloth pad pun sy guna..cuma time travel dispo lebih praktikal..:D
Nadia rashid ~ Yeay ada geng! Yup, time travel, kalau sendiri-sendiri boleh bawak wet bag, tapi kalau ramai-ramai dan orang lain belum biasa dengan cloth pads, susah sikit la..Tapi kalau balik rumah mak saya, takde problem langsung sebab mak saya pun guna. \(>o<)/
Saya juga pengguna cloth pad! Yeay! Kalau travel pun sometimes berjaya menggunakan cloth pad juga. Ni nak menghabiskan sisa dispo yang masih ada, sebab kalau dibuang pun membazir sahaja.
Saya pun cuba juga nak jadi greener, tapi kadang tu tak larat nak recycle, maka buang juga. Ni kat living room saya ada banyak botol plastik menunggu masa untuk diupcycle jadi container menanam. Adui. Semak tetapi saya masih bertahan. Kena buat cepat-cepat ni. Tapi saya memang recycle sisa dapur di compost heap, atau ditanam. Sekarang tengah cuba bokashi DIY. Tak tahu lah jadi ke tak ni.
Yeay! Syabas syabas.
Ada masanya memang tak terbuat, lagi-lagi kalau dah takde ruang nak simpan. Takpe, at least kita ada usaha untuk buat sesuatu untuk bumi yang Allah pinjamkan ni.
Salam Nurul,
Setuju sangat dengan pendapat Nurul. Kalau setiap seorang daripada kita melakukan 3R tadi, dunia ini tentunya akan lebih baik lagi!
Ada ya cloth pad? First time dengar! Org zaman dulu guna mcm ni tapi versi yg kain 'mentah'lah!
Ummu Madihah ~ Salam Mak Aji. Sekarang lagi macam-macam patern dah keluar cloth pad ni. Nurul masa first time datang bulan pun guna kain mentah juga.. Heheheh
Post a Comment