Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Selasih. Show all posts
Showing posts with label Selasih. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Ulam-ulaman

Banyak ulam-ulaman yang hidup subur sebab sering ditimpa hujan. Saya pulak semakin malas memasak apatah lagi nak makan ulam. Tetapi rajin pula pergi ke pasar pagi setiap ahad membeli nasi kerabu.

Bercakap pasal nasi kerabu, tentulah teringat pada emak di kampung. Bila pulang ke kampung tak nak pulak makan nasi kerabu walaupun mak berniaga nasi kerabu. Sebab selalu tergoda dengan nasi dagang tak pun nasi lemak. Hihihi..

Masa bujang-bujang dan masih menganggur dulu, saya selalu juga tolong emak berniaga. Kelim karipap, bancuh apam, goreng kuih. Tapi kalau hari nasi kerabu kenalah mengutip dan menghiris ulam. Antaranya daun selom, kesum, ulam raja, bunga kantan, daun kaduk, daun mengkudu, daun kunyit, serai kayu, pegaga, timun, taugeh, kobis. Hmm tapi kata emak, kalau resipi orang kelantan yang betul-betul original, lagi banyak ulam yang dia letak.

Dekat rumah saya yang ada daun pegaga, selasih, pudina, ulam raja dan cekur sahaja. Selasih dan ulam raja dah mula serasi, tapi pudina memang tak masuk, pegaga pulak pahitnya. Tapi kalau nak awet muda dan cerdas makanlah pegaga. Hihihi..

Ulam Raja

Pegaga

Selasih

Monday, July 16, 2012

Harvest: Kangkung, Pucuk Keledek, Cili ceri, Daun selasih,

Hujung minggu adalah hari untuk menghabiskan masa bersama suami kesayangan. Tapi taknak lah habiskan masa secara tak berfaedah dengan membuat taik mata je. Oleh sebab takde apa sangat nak dibuat, tanaman juga la jadi hiburan.

Si kacak bersama kebun mini kami. Bekas-bekas asal boleh je.

Kangkung yang dah boleh dituai buat kali kedua.

Oleh sebab kami ni suka makan daun, seperti biasa kena topup dengan pucuk keledek. Juga sedikit daun selasih buat penaik selera.

Sedikit cili ceri. Rancangnya nak buat jeruk.

Kami ni dalam bak bercucuk tanam hanya ikut naluri dan kadang-kadang hentam keromo. Banyak kesilapan yang kami lakukan dan banyak jugalah yang kami pelajari. Macam bekas tanaman dari tin tu, agak kurang praktikal kalau di tempat panas sebab tanah terlalu cepat jadi panas dan kering. Lubang saliran pun tak cukup besar membuatkan air bertakung. Hanya pokok yang sukakan air macam kangkung dan kesum bahagia. Sawi dan bayam jadi kurang sihat.

Bekas-bekas yang ada perlu diubah suai. Besarkan lubang, baiki medium tanaman. Ada tanah yang agak menakung air. Ada yang terlalu peroi, langsung tak simpan air. Semalam, kami buat keputusan untuk guna tapak kecil di luar pagar untuk jadikan kawasan bertanam kerana kawasan dalam pagar yang menerima cahaya matahari agak terhad. Ada sebahagian tanah dalam bekas kami gunakan untuk menambak. Tambahkan tanah bakar, baja tahi arnab dan juga tanah dari kampung yang kaya cacing. Semua pokok ulam raja dah dialih ke tanah, bersama pokok kunyit, dan ditabur dengan semaian baru bayam, sawi dan kailan. Bekas berisi kesum dan rumpun bawang pun dah diletak di luar.  Harap-harap mereka suka tempat baru. Cuma geram sebab nampak kesan tapak kaki kucing. Jangan ditinggalkan bom diorang sudahlah.

Wednesday, June 13, 2012

Selasih ke Kemangin?

Saya selalu tak dapat bezakan jenis-jenis basil. Selasih ke, kemangin ke, thai basil, lemon basil. Maklumlah, newbie. Yang saya kenal sweet basil sebab daun dia gemuk-gemuk. Tapi saya rasa saya dah dapat jawapan daripada pemilik blog www.tanamsendiri.com, En Iskandar. Kebetulan ada entry tentang selasih di sini. Berikut adalah jawapan En Iskandar.


Rupanya memang dekat tetapi ada perbezaan yang ketara. Warna batang selasih ungu, batang kemangin hijau. Daun selasih lebih tirus berbanding daun kemangin. Yang paling jelas baunya berbeza.

Jadi saya rasa selamat untuk menamakan pokok basil yang saya tanam sebagai selasih. Hehe.. Semuanya berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan oleh Encik Iskandar.

Pokok Selasih saya. Dah berbunga pun.

Ingat nak close-up tapi susah nak dapat gambar cantik.
 Oh ya, sejak mula bercucuk tanam ni, kami suami-isteri dah tahap kemaruk. Semua benda nak tanam. Pantang nampak biji benih, mesti kutip dan semai. Biji tomato yang saya semai dah bercambah. Tengoklah kalau diorang mampu hidup ke tak. Suami siap semai anggur. Hahaahha. Sekarang tengah kumpul biji tembikai (beli weekend hari tu) dan capsicum. 

Lepas tu, punya lah desperado nak makan pucuk ubi, tanam batang ubi dalam plastik beras. Dah keluar pucuk dah. Hari Isnin, hubby tanam keledek pula dalam container. Kakakak. Kakak ipar saya gelakkan kami tanam keledek dalam bekas. Takpe...takpe.. Kang keluar keledek, nak show off.. Kekekekk.