Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Gaharu. Show all posts
Showing posts with label Gaharu. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Sibuknya...

Assalamualaikum semua..

Saya mulakan entry hari ni dengan gambar bunga lili amaryllis warna pink.. Bulbs dia saya kecek dengan Mak saya. Hihihi..

Pandangan sisi

Pandangan depan



Bunga ni saya baru dapat 3 warna. Pink, oren/peach, dan merah. Yang merah tu saya dapat satu bulb je sebab Mak saya tak banyak yang warna tu. Sekali pergi beraya rumah makcik hubby, nampak tengah berbunga meriha, dengan tak malunya saya mengendeng. Hahaha. Okey, sekarang tengah gila tanam bunga. Nampak je bunga cantik mulalah muka jadi tebal semacam nak pi minta. Yang oren tu dah berbunga masa bulan puasa hari tu tapi lupa nak snap gambar (dalam pasu kat latar belakang tu). Yang merah pula berkudup tapi tangkai bunganya lecur dan patah. Hubby ambil letak dalam bilik air.. Pun lupa nak snap. tapi cantik sangat.. Tak ingatlah pulak yang merah rumah mak saya dengan yang kat rumah makcik tu sama ke tak.

Oh ya, apa yang sibuk sangat tu ya? Sekarang ni musim menanam anak gaharu. Masa bulan puasa tu asyik kong je. So masuk je syawal mulalah kerja-kerja mengisi polibeg, cabut anak pokok, dan menanam. Oleh sebab impian saya memang nak kerja kat nursery, so saya memang sangat enjoy dengan kerja-kerja tu. Badan pun banyak berpeluh. Cuma yang lemahnya, bila dah letih makannya jadi berselera sangat. Huhuhu. Selalu makan nasi segenggam ni dah asyik jadi dua pinggan. Uwaaa.. macamana nak slim ni..

Heheh.. saya bukannya nak slim sangat pun. Tapi saya rasa bila saya kurang makan ujian darah saya jadi sangat baik. Lagi-lagi lepas puasa sebulan hari tu. Creatinine saya dari 1200++ dah jadi 900. Urea pun turun. Blood pressure makin cantik dan peratus kebersihan darah pun meningkat. Hmm.. tapi tak tahulah kalau ada kaitan dengan homeopati sebab kebetulan ada juga makan ubat homeopati. Supplement pulak sekarang minum madu, pati delima dan cuka epal.

Alhamdulillah, doktor pun nampak happy so dia agak lenient la dengan saya. Saya tanya, boleh tak nak pergi umrah? Dia bagi. Siap cakap, "Pergilah. Makan angin". Saja je tanya. Heheheh.. Dia pun cakap saya boleh mengandung kalau nak, cuma saya kena sanggup kena hemodialisis tiap-tiap hari. Hmmm.. tu kena fikir panjang-panjang dulu. Pasal kos, doktor kata dia boleh tulis surat pada SOCSO.

Ni biji yang kutip masa bulan puasa tu



Anak-anak pokok yang dah agak besar




Semoga berhasil...Aamiiin

Monday, April 8, 2013

Projek Gaharu

Tanaman gaharu ni diusahakan oleh bapa mertua saya. Hmm tak pasti dah berapa tahun, rasanya dalam 4-5 tahun kot. Damar gaharu ni digunakan untuk menghasilkan minyak wangi yang mempunyai bau kayuan (woody). Suami saya pula bertugas sebagai buruh kasarnya. Hahahah..

 






Kalau nak tunggu damar gaharu terhasil secara semula jadi memakan masa yang agak lama. Biasanya kalau di hutan-hutan damar terbentuk selepas pokok 'dirosakkan' oleh makhluk seperti anai-anai misalnya. Dalam proses pemulihan pokok itulah damar terbentuk. Sekarang ni proses tu dapat dipercepat dengan cara menyuntik dengan bahan tertentu, kami panggil ubat gaharu. Ubat ni kami beli je daripada pembekal.

Kalau ada masa lapang di kampung, saya suka pergi mengorek anak pokok gaharu untuk dipindahkan. Seronok juga, macam mencari barang tersembunyi. Sambil-sambil mengeluarkan peluh. Bila pokok dah tinggi sekurang-kurangnya sekaki, kami akan sulam di antara pokok-pokok gaharu yang dah besar. Pernah juga ada orang bertanya untuk dapatkan daun gaharu untuk dibuat teh, tapi tak jadi. Tak tahu kenapa. Saya tak tahu pula apa khasiat teh gaharu, jadi saya buat pencarian di google. Untuk pembacaan lanjut, boleh rujuk SINI atau search sahaja 'teh gaharu'.