Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Red Scarlet Long Radish. Show all posts
Showing posts with label Red Scarlet Long Radish. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Alkisah Scarlet Radish

Ingat tak gambar ni?

Memang cantik menarik kau memang debomm la kan? Yang ni yang ditanam di rumah kami di Skudai. Ada beberapa yang ditanam di kampung pun dah dituai. Cantik walaupun kecil. Yang ni nampak cantik.. Tapi..


Satu je yang betul sempurna, yang satu ada bisul, yang lagi satu memang tak membentuk langsung. Tak apalah, syukur ada rezeki kan. Lagipun yang ni tanam nak seronok-seronok je. Yang dua tu saya campurkan dalam bubur nasi bilis saya. Rasanya macam lobak putih juga. Isinya pun putih walaupun kulitnya merah. Not bad. Daunnya tak tahu nak guna macammana, jadi suami tapau untuk bagi arnab-arnabnya.

Oh ya, cakap pasal arnab, lupa nak bagitahu, jualan Panda, Pondo dan Pindi dah ditutup. Sebabnya diorang semakin menggebu dan comel, menyebabkan tuan arnab tetiba rasa sayang nak jual. Lagipun, ada dua induk jantan dah mati sebab dianiaya dengan tikus. Cik menti-cik menti sekalian pergi makan testis diorang. Kesian.. tentu Yus dan Tokey (nama induk jantan tu) mati dalam keadaan tersiksa. Jadi perang telah dilancar kepada cik-cik menti sekalian. Sekarang budak-budak bertiga tu jadi calon untuk jadi induk.

Thursday, March 21, 2013

Veggies

Cuaca sangat panas di Johor sekarang ni.. Terpaksa lebihkan siraman..Alhamdulillah kebanyakan tanaman kali ni jenis yang tahan lasak..

Red Scarlet Long Radish.. Dah boleh tuai ke belum. Siapa tau?
Brokoli dan daikon.

Kobis Cina.

Red Scarlet Long Radish benih daripada Kebun Bahagia Bersama, benih brokoli dari Stesen Mardi Cameron Highlands, kobis cina pula benih kongsi daripada TanamSendiri.com. Setakat ni kobis cina yang dah pun dituai, dicampur dalam nasi goreng dan dibuat ulam cicah sambal. Sedap rangup macam salad. Sebelum ni banyak yang berlubang dimakan siput, tapi lepas dapat racun siput, selesai masalah. Guna kulit telur tak jalan la.. Kebal agaknya siput-siput ni.. Kobis cina juga jenis sayur yang survivor. Buktinya:-

Kekeringan selepas beberapa hari balik kampung
Revived selepas kembali mendapat minuman secukupnya.
 Tapi jangan terlebih takjub pula. Bukan lepas siram terus jadi camtu. Adalah beberapa hari. Tapi yelah, mula tengok dah macam takde harapan je kan. Tanah pun merekah. Nasib baik tak cabut terus. Hihihi. Oh ya, red radish tu kalau harvest nak masak apa eh? Ini adalah satu contoh pokok yang sangat menggembirakan hati saya sebab berjaya dapatkan isi selain carrot. Daikon tak berjaya la sebab macam kena makan dengan perosak. Bila korek buah dia lecur, walaupun orang kata antara tanaman yang mudah nak tanam. Rezeki masing-masing. Apa-apa pun syukur alhamdulillah..