Sejak berhenti kerja sebagai jurutera, suamiku yang gagah telah bertukar angin menjadi petani dan penternak. Hehehhe.. Saya suka.. sebab waktu kerja yang sangat fleksibel. Boleh teman saya pergi hospital. Alhamdulillah, kami lebih tenang dan gembira sekarang.
Disebabkan kepentingan menjaga sumber protein saya, kami telah bersetuju untuk makan ayam organik atau arnab buat masa ni. Baru-baru ni ada beli anak-anak ayam dan ada juga dapat anak ayam botak daripada mak saya. Arnab pun tengah produktif. Meremut-remut. Sungguh menyelerakan bila dipanggang dengan resipi istimewa suamiku. Isteri goyang kaki. Yeay!
 |
| Empat ekor anak Buncit.. Oh..yang ni tak boleh dimakan. |
 |
| Anak-anak arnab. Yang ni boleh dimakan..bila dah gemuk nanti.. Hehhehe |
Ada orang tak makan arnab. Ada yang kata macam kucing, kesian dan sebagainya. Pendapat masing-masing. Saya dulu pun ada juga persepsi sebegini. Tapi daging arnab antara makanan yang sihat, kurang lemak, malah lebih senang diproses dan bersih berbanding ayam. Membela arnab memberi bekalan makanan dan baja kepada kami.
P/s: Saya geli dengan anak arnab yang macam dalam gambar ni. Hohoho