Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Marigold. Show all posts
Showing posts with label Marigold. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Bunga-Bunga Tunggal Kembang Emas dan Kemunting Cina

Setelah menanti dan menanti, akhirnya marigold dan periwinkle saya sudi menyerikan laman kecil saya. Seperti bunga pukul empat yang terus memberikan satu kuntum bunga dalam satu masa, begitu juga dengan kembang emas dan kemunting cina ni.. Kembang emas kali ni kuning telur ayam omega, manakala kemunting cina putih semuanya.. Masih berharap warna yang lain pun sudi berkembang..



Kedua-dua bunga ni bukanlah bunga yang berbau harum tapi kembangnya lama.. Kembang tunggal seperti tuannya yang selalu keseorangan.. Minggu lepas sewaktu berjalan-jalan di nurseri mencari racun siput, nampak banyak kemunting cina dengan warna yang sangat menarik.. Ada yang merah terang, ada yang warna peach, ada yang ungu gelap.. Bunganya lebat dan meriah.. Agak tergoda di situ.. Sabar.. nantilah kalau ada duit lebih.. Hehehh. Oh ya, masa berjalan di stesen Mardi Cameron, saya kutis biji benih Mexican Marigold.. (syyyhh jangan bagitahu orang). Ada yang dah tumbuh di kampung.. Harap-harap terus hidup dan berkembang..


Friday, June 22, 2012

Perkembangan Semaian Sayur Berdaun

Tak ingat sebenarnya bila saya mula semai benih-benih sayur ni. Rasanya dalam tiga minggu lepas. Ada yang cepat dan ada yang lambat bercambah. Tapi alhamdulillah ada perkembangan.

Anak bayam merah. Benih percuma daripada Kebun Bahagia Bersama sebab beli benih Carrot.
 Tak jelas nampak anak bayam ni sebab warna dia lebih kurang warna medium tanaman kami. Lambat letak bawah matahari jadi agak terbantut sikit.

Kangkung, benih kongsi dari www.tanamsendiri.com. Tak lama lagi jadi lauk la ni. Heheheh.
 Kangkung membesar dengan pesat dan pantas. Semalam hujan lebat, seronok la mereka menari-nari dalam hujan. Hari ni tengok macam dah gemuk berbanding semalam.

Anak Sawi. Risau diorang patah riuk sebab ditimpa hujan. Mujur hubby dah buat teduhan.

Cambahan ulam raja.
Mesti pelik tengok anak ulam raja tu kan? Padahal masa mula-mula tanam dia yang cambah dulu. Actually ni semaian baru, dua hari lepas kot semai. Sebabnya, ada kucing jiran 'bersiar-siar' dalam petak tanaman saya sampai mangkat semua putera-puteri raja saya. Huhuhuhu. Nasib baik ada benih lebihan. Boleh semai semula.

Oh ya, semaian bunga marigold/kembang emas dan keembung saya rasanya semua dah lemas dibawa arus hujan. Huhuhu.. Harap-harap tersangkut la mereka kat rumput mana-mana menghiasi alam ni walaupun bukan kat laman saya. Jangan jadi mangsa pemesin rumput sudahlah. Saya semai semula marigold yang masih bersisa. Keembong dah yillek. Bukan rezeki. Innalillahiwainnailaihirojiun.