Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Gembira Bersama, Sakit Bersama.

Bismillah.. 

Adalah satu perkara biasa untuk kami berfikir perkara yang sama, atau terbuat benda yang sama, menyambung ayat masing-masing atau pun menyuarakan apa yang seorang lagi fikir (tapi tak dapat luahkan dengan kata-kata). Perkara biasa. Tak ganjil. Langsung. 

Tapi, bila dua manusia yang duduk tempat lain-lain, makan benda lain-lain, buat benda lain-lain boleh dapat penyakit yang sama sedangkan manusia lain elok sihat walafiat, itu memang dah 'sesuatu'. Kusangkakan demam rindu, tapi kenapa bila berjumpa makin melarat-larat. Maka jadilah kejadian orang sakit jaga orang sakit.. Begitulah arakiannya.. Hehehhehe..

Start daripada petang Khamis tu saya dah rasa lemau. Pening dan sakit kepala. Hari Jumaat makin berpinar-pinar. So, terpaksalah mencutikan diri sendiri. Nak pergi klinik tak larat. Mengadu dengan hubby, dia pun cakap dia rasa mual-mual. Dia cakap mual je, terus ambe termuntah. Huhuhu.. tak sarapan lagi, paham-paham lah seksaannya. Nak kata 'terkantoi' tak mungkin pasal tengah bendera merah. Sarapan minum air panas dengan biskut pastu baring-baring depan tv. Tetiba rasa nak terbelahak. Muntah lagi. Macam susu basi yang keluar. Mungkin sebab perut dah berasid agaknya. Petang tu Mr Hubby sampai gi makan kat luar je sebab takde siapa rela jadi tukang masak. Kita makan nasi goreng, dia makan nasi dengan tom yam dan telur dadar. Tak habis pun. Bila sampai kat rumah, saya yang mula berulang-alik masuk tandas. Kemudian, bila tengah malam dia pula. Lepas tu main lumba-lumba pas baton masuk toilet. Nasib lah toilet ada 3 kat rumah tu... Kalau tak, ada yang main ketuk-ketuk pintu... 

Dua-dua dah kelesuan...Yang saya ceri-beri dengan muntah dan sakit kepala. Dia pulak, ceri-beri, sakit otot, sakit dada, sakit tengkuk, sakit macam-macam. Angin dalam perut masing-masing dah macam puting beliung agaknya, tengah sakit boleh lagi nak main-main dengar bunyi perut yang kelakar. Mula ingat nak cancel je pergi berubat alternatif. Tapi Mr Hubby ajak juga. Mujur petang tu dah lega sikit.

Rupa-rupanya lega sekejap je.. Agaknya sebab nak bagi laluan kitorang pergi berubat agaknya. Saya dah segar sikit, tinggal sakit kepala je. Yang hubby masih lemau, macam teruk je. Saya ajak pergi klinik. Oleh sebab dia sakit dada dan ayahnya ada sakit jantung sikit, Doktor run ujian ECG. Alhamdulillah, bukan sakit jantung, cuma ada garam yang kurang sebab cirit birit. Bukan juga appendiks sebab dia ada sakit perut. Risau juga sebab kedua-dua belah keluarga ada sejarah appendicitis. In fact, sorang adik saya meninggal sebab appendiks. Doktor bagi ubat untuk angin dan garam untuk gantikan elektrolit yang hilang sebab terlalu banyak buang air. Malam nya suami pergi pulak berurut untuk keluarkan angin-angin yang banyak dan tak boleh keluar tu. Katanya lepas berurut tu baru rasa macam panas sebab darah mengalir dan tiba-tiba rasa lapar. Alhamdulillah pagi tadi dah boleh makan. Risau sangat sebab sebelumnya dia cuma boleh makan nasi beberapa suap dan roti seketul.

Memang aneh bila pikir-pikirkan. Haru juga bila orang sakit jaga orang sakit. Entah siapa yang jaga siapa. Bila saya segar sikit, saya urut dan picitkan dia. Lepas tu dia pulak buat benda yang sama untuk saya. Bila dua-dua dah segar ni, rasa geli hati pun ada. Kesian kat ayah saya, risau dengan kitorang dari pagi semalam sampai ke pagi ni duk tanya update kitorang. 

Dalam haru-haru pun, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya ada dia di sisi berkongsi 'nikmat peringatan' yang Allah bagi. Jadi kawan-kawan.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati

Monday, June 18, 2012

Balik Kampung Palong Timur

Hujung minggu baru ni saya balik kampung sempena majlis perkahwinan kawan sekolah rendah saya. Dah lebih sepuluh tahun saya tak menjejakkan kaki ke Palong Timur. Tahniah buat Salina dan pasangannya Rani. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama dan macam-macam cerita. Rupanya ada kawan saya yang dah pun kembali ke rahmatullah 10 tahun yang lepas.


Hmm..alang-alang dah balik kampung kan, apa lagi, operasi memunggah pun bermula. Semua gardening punya pasal. Kakakakk.. Yang emak dan ayah saya memang memberi sokongan penuh dengan aktiviti ni, semua diorang nak bagi. Biji benih, tanah, botol minyak, pokok, pasu... Senang kata segala yang ada kaitan la. Berpeluh sakan kitorang laki bini duk memotong botol minyak, potong buluh (nak buat pancang) pastu mengayak tanah bakar. Wah.. betul-betul jimat belanja. Tanah bakar tu kalau beli satu paket paling kurang RM2. Dapat banyak juga. Jimat la RM10 untuk tanah.

Oleh sebab saya ni macam takde luck sangat dengan pokok bunga, saya nak try tanam pokok bunga yang mudah macam marigold dengan keembong. Kalau tak hidup juga tak tahulah. Keembung mak saya banyak sangat kaler, tapi mak saya tanam ikut suka je. Kalau arrange cantik-cantik tentu lagi menarik. Sedap je mengata mak sendiri, padahal saya pun kutip benih main campur je segala kaler. Hahaha. Ada pink pucat, deep pink, magenta, peach, light purple, deep purple, dan putih. Tapi saya paling suka yang peach sebab dia berlapis-lapis, sekali tengok macam mawar. Marigold dua-dua kuning cuma lain tone je. Kita nantikan la ya tumbuh ke tak.

Malam tadi pulun buat pasu surat khabar macam kawan-kawan gardener buat. Nak alihkan anak tomato. Banyak gile tumbuh. Boleh bagi-bagi kat adik beradik. Heee..

Wednesday, May 23, 2012

Double Prosperity...Obesity

Bismillah..

Akhirnya dapat juga saya bernafas lega. Minggu-minggu yang sangat memenatkan sudah berlalu. Selepas beberapa kali perjalanan jauh, tidak cukup tidur, beban kerja berkilo-kilo dan tekanan darah yang menuncak, akhirnya selamat sudah dua orang adik ipar saya menjadi pasangan suami isteri. Barakallahulakuma wabarakaalaikuma...


Tak sempat nak tangkap gambar satu famili... Semua orang sibuk dan terkejar-kejar. Dalam sibuk-sibuk sempat juga bertegur sapa dengan mak andam, Kak Ana. Masa kitorang double wedding dulu, kitorang amek pakej dengan Kak Ana ni tapi bukan dia yang make up saya.

Kak Ana: Eh, ni yang kawen dua pasang hari tu kan? Apesal comel sangat?
Me        : Comel apa nya Kak Ana?
Kak Ana: Makin kurus eh?
Me        : Kurus? makin gemuk adalah. Kak Ana salah orang kot. Kan hari tu dua orang.
Kak Ana: Taklah, Kak Ana ingat. Yang sorang lagi tu Lela. Tapi akak tak make up kan awak hari tu kan?     tapi Kak Norli.
Me (dalam hati): Maknanya Kak Ana tak salah orang. YAhooooooo..

I was extremely happy, I couldn't wait to tell my hubby. Yang kelakarnya, orang cakap dia tua (indirectly). Kwang kwang kwang. Senyum sampai telinga la saya.

BUT, it seems that my flying-over-the-rainbow moment is short-lived. Lets face the moment of truth.
.
.
.
.
TADAAAAA..



OMG... So auntie-like.. huhuhuhuhu... Kalau orang cakap mak pengantin pun orang percaya agaknya. Gemuk, kusam, berkolestrol tinggi. Adik-adik ku ni beza umur dua tahun je kot..

Arggghhh.. peduli apa. Gemuk pun gemuklah, asalkan gembira. Muahahah.. Pasni abang saya akan duduk di johor bersama saya.. Alhamdulillah..

Wednesday, May 2, 2012

Mei Yang Padat

Alhamdulillah.. Seronok rasanya bila ada cuti di antara hari bekerja.. tak terasa sangat panjang minggu tu.. Oh ya Selamat Hari Buruh kepada semua.. Walaupun sehari, seronok juga dapat cuti kan? Hmm..Tapi dah namanya lone ranger, cuti pun duk terperap je lah kat rumah..

Tapi saya ada sebab untuk rasa gembira dan bersemangat. Sebabnya pada hari Isnin lepas, Mala, one of my old colleague datang melawat kami yang di UTM ni.. Walaupun di UTM ni ada 4 orang, tapi semuanya ada komitmen masing-masing. Jarang dapat berjumpa. Sesekali dapat berjumpa, berbunga-bunga hati rasanya. Macam-macam perkembangan terkini dikongsi.

Rupanya Mala datang bertemu kami sebab dia nak pergi menunaikan umrah.. Gembira untuk dia dan ada rasa ingin turut bersama. Pesan Die pada Mala, doakanlah kami yang masih tinggal di sini. Die dalam diam-diam dah ada perancangan nak membina masjid.. Siti pula bakal menimang cahaya mata kedua bulan depan. Syukur alhamdulillah ya Allah. Dengan Zaleha tak sempat berbual sangat sebab dia bersama-sama dengan kawan semakmalnya yang lain.

Dalam gembira, ada juga kisah-kisah sedih dan duka. Mendengar dugaan yang orang lain hadapi sangat menginsafkan. Ya, itulah gunanya kawan. Berkongsi ketawa dan air mata. Jujur saya katakan, sahabat sejati saya jumpa semasa di universiti. Mungkin pada masa tu fikiran kita menuju kematangan. Dah dapat menimbang dengan lebih rasional. Taraf hidup dan latar belakang di letak ke tepi. Dan Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya. Ya, Allah sayangkan kami. Allah sayangkan saya.

Bermula hari ini, bermulalah Mei yang padat buat saya. Petang ini ada temujanji dengan Prof Dr Roji dari Institute of Bioproduct Development, UTM (IBD) berkaitan penyakit saya. Prof Roji tu sepupu saya yang rekomen.. Hahaha.. dengan rela hati saya menjadikan diri saya bahan eksperimen. Pastu, petang Jumaat ni tuan rumah nak datang all da way from Dungun. Nak tengok condition rumahnya. Kesian juga tuan rumah ni, pemaju buat rumah cincai, pastu kontraktor ni cabut lari..

Hujung minggu pula ada kenduri doa selamat dekat rumah mak mertua sempena majlis perkahwinan adik-adik ipar saya yang bakal berlangsung. Wah tahun ni dua pasang lagi. Marvellous la. Congratulation in advance from Kak Nurul. Oh ya, dua-dua dapat orang Kelantan. Minggu depan majlis nikah Abu Falah dengan Fatihah dekat Kuala Krai. Pastu next weeknya lagi Majlis Nurulhidayah (bukan saye..heheheh) dan Nashrullah. Lagi-lagi next week (berapa banyak next week daaaa), majlis temu menantu dekat Kelantan. Busy tak? Busy tak?  Pastu dalam bulan ni juga anak adik ipar saya yang lagi sorang (Sufian) bakal keluar ye.. Kalau baby nak makan nasi minyak dia kuar lambat, tapi kalau dia nak tengok paman dengan bibik dia bersanding, dia kuar cepat lah kot. Hehehheh..

Oh ya, nyaris-nyaris tak dapat ekot gi kelantan sebab ada pelawat on that date. Dah la saya seorang je pekerja sekarang. Nak minta cuti ketar nak taip email. Nasib baik my boss is soooo kind and nice. Thank you Prof.. Sayang Prof.

So, dengan kebizian ini harap-harap tekanan darah tak naik. Tak busy pun dah 170/100.. Adoi.. Kalau pi klinik kena admit agaknya.. Huhuhuhuhuh..


Thursday, April 5, 2012

Khamis Yang Kesiangan

Huhuhu...hari ni lambat gi kerja. Nilah akibatnya kalau baca novel sampai 1 pagi pastu sambung tidur lepas subuh.. Dah terkejar-kejar sebab dah lewat ke tempat kerja. Betullah orang kata, tidur lepas subuh rezeki mahal, tak sempat nak sarapan. Sempat teguk air ribena je..Huhuhu

Air Ribena? Teringat pulak kat suami tercomel. Semalam dia sibuk sangat sampai tak sempat makan. Just minum air ribena. Dah malam baru makan nasi. Kesian comel kita.. Dia sibuk, yang isteri dia ni asyik merengek minta dia pulang ke pangkuan. Perasaan rindu tu dah terlalu memberatkan perasaan sampai takde hati nak bekerja. It's sooooo unbearable. Entahlah, mungkin dah syok sangat bersara setahun. I've become a bit too dependent. Padahal dulu semua boleh buat sendiri. Now, shopping alone pun rasa macam nak nangis. Rasa kesian kat diri sendiri. Padahal dulu apa yang saya tak usung naik motor tu. Heh!

Oh ya, malam tadi baru malam kedua saya tidur di rumah sewa baru di pulai jaya. Sungguh lena dan sedap sangat tidur malam tadi selepas 3 bulan tidur ditemani mimpi-mimpi yang tidak menyenangkan. I prefer a dreamless night sleep other than seeing visions yang takde kena mengena dengan diri saya. Ada kuasa psikik kah aku? Atau cuma terlalu terfikir-fikir? Entahlah. Faktor rumah ke? Saya tak boleh tidur lena di rumah kakak saya walaupun rumah tu pernah jadi rumah saya. Saya cuma lena bila tidur bersama mak masa mak datang ke rumah kaklong. Entahlah, mungkin banyak kenangan yang tak manis tersimpan kat situ. Dengan jiran-jiran yang sangat tak menyelesakan. Atau sebab saya dah terbiasa ada orang di sisi?

Entahlah. Mungkin saya cuma rindu.

Tuesday, March 20, 2012

Kaedah Perancang Keluarga #2 : Implant /Implanon

Bismillah...

Hmm..mesti ada yang pelik kenapa saya buat pos pasal perancang keluarga walaupun ramai yang berusaha nak dapatkan anak.. Ini bertitik tolak daripada nasihat doktor yang melarang saya mengandung.. sedihnya.. Jadi saya mahu berkongsi hasil penemuan dan pembacaan saya untuk mereka yang senasib dengan saya.

Sessi kaunseling dengan pakar Obstetrik dan Ginekologi HSA, Dr Haslinda merumuskan bahawa kaedah yang paling sesuai untuk saya ialah Implant norplant atau implanon. Sebabnya, kaedah semulajadi yang saya gunakan sangat berisiko tinggi untuk gagal.. Dan diorang sangat tak nak saya "termengandung". Bagi kaedah alat dalam uterus juga tidak sesuai kerana saya pernah menjalani pembedahan kerana ditakuti akan menyebabkan rahim saya cedera.

Implanon
 Menurut Mengandung.com, Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya. Doktor kata, bila pakai implanon ni kita akan jadi tidak subur dengan cara ia memekatkan mukus vagina dan menghalang sperma masuk. Selain daripada tu, telur tidak akan dapat dikeluarkan. Tapi, kita akan kembali subur selepas implanon dikeluarkan tak kiralah setahun, dua atau tiga tahun pakai. Sekali pemakaian mampu bertahan tiga tahun.. Dan kos nya di LPPKN ialah RM320. Huhu... punah impian nak beli perabot.

Kebaikan:
  • Dari segi hubungan suami isteri implanon adalah sangat praktikal kerana tidak mengganggu persetubuhan. 
  •  Ia juga selamat untuk ibu yang menyusukan anak. 
  • Tidak memerlukan jadual jadi tidak ada masalah terlupa makan pil atau tersalah kira tarikh.
  • Tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan
  • Peratus kejayaan tinggi
Keburukan:
  • Walaupun dikatakan tidak menggangu hubungan suami isteri, tetapi pemakaian implanon boleh menyebabkan haid tidak teratur malah menyakitkan apabila aliran berkurangan. 
  • Ia boleh menyebabkan pendarahan berlebihan dan kadangkala langsung tiada haid. Wahhh.. risiko besar ni.. Saya prefer takde haid sepanjang pakai implanon daripada pendarahan.. Ada darah takde ehem ehem la kan.. Opppsss.. Kalau berlaku pendarahan berlebihan, pengguna dinasihati supaya menanggalkan implanon (oleh doktor). Nauzubillahiminzalik. Burn RM 320 kot..dah la sakit.
  • Mungkin ada kesan sampingan seperti kaedah kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan kegemukan (oh no!). Ni yang rasa tak nak dengar cakap doktor ni.. Semua tu time belum pakai pun dah ada kot.. Kalau pakai nanti tak ke dia multiply the effect?
  • Tidak sesuai bagi wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Saya pernah melihat video ceramah ustaz Azhar Idrus berkenaan merancang keluarga. Dibawah merupakan hasil muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkenaan Sistem Implant Norplant ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Feb 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:
  1. Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.
     
  2. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.
     
  3. Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.
     
Kaedah Pemakaian Implanon:

Local anaesthetic is applied to the upper arm, and then a needle-like applicator is used to insert the implanon rod under the skin. The procedure can take less than a minute. An experienced clinician is required for proper insertion, to minimize the risk of nerve damage,or misplacement which could result in unintended pregnancy. Implant site complications are experienced by 3.6% of patients, and include swelling, redness, hematoma and pain.(Sumber Wikipedia)




Sumber :
1) http://www.mengandung.com/artikel/kaedah-merancang-kehamilan.html
2) http://www.metromaternity.com/contraceptive-m.html#Implant
3) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/sistem-susuk-norplant-dalam-program-perancang-keluarga-kebangsaan
4) http://en.wikipedia.org/wiki/Implanon
5) http://www.implanon.com.my/eg/whatisimplanon.htm

Tuesday, March 13, 2012

Selamat Hari Jadi Sayang





Selamat Hari Ulang Tahun Sayang
Angan nak menghadiahkan sesuatu yang istimewa belum terlaksana
Dugaan juga yang datang bertimpa-timpa
Namun dikau tetap yang teristimewa
Sekuntum cinta sejambak mesra
Khusus buatmu arjuna jiwa