Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 4, 2013

Cameron Highland Trip Kali ke 4 Sudeyy

Ya..sudah kali keempat ke Cameron Highland. Adess.. macam dah takde tempat lain dah nak pergi gamaknya.. Tapi apa nak buat, inilah tempat yang saya suka, kenang dan rindu. Dengan suasananya, suhunya, tanam-tanamannya, kesegarannya, keramahan orang-orang CH, kemeriahan pasar malamnya. Daripada pertama kali saya pergi kalau tak silap saya pada tahun 2003 sampai la ni, tak banyak bezanya.

Pengalaman pertama sampai ke CH paling adventurous kot. Masa tu saya pergi ekspedisi mendaki 3 gunung iaitu Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar. Muda belia lagi masa tu. Masih 18 tahun lagi ketika kejadian. First timer dan paling junior dalam ekspedisi tu, so secara automatiknya yang paling kong la (cepat pancit). Sampai satu tahap, dah tak mampu angkat kaki, saya merangkak je. Siap kena perli dengan senior, "Nasib baik ko ada siku dengan lutut kan?".. Perghh pedas.. First time kot, terus ekspedisi besar, bawak beg 15 kg. Turun gunung kaki dah bengkak macam orang mengandung 9 bulan. Oleh sebab cuaca tak baik, hujan sepanjang minggu, track hancur. Guide ekspedisi cadangkan kami turun dekat cameron walaupun plan asal nak turun dekat kelantan. Kami turun ke kebun sayur kenalan guide kami. Malam tu kutip sayur segar dan masak. Selepas tu diangkut beramai-ramai naik hilux ke tanah rata kalau tak salah. Berkhemah di tapak perkhemahan. Lepas tu, boleh pulak gi jalan kaki pergi pasar malam Brinchang. Gilosss... Jiwa muda le katakan. Esok gi tumpang mandi shower kat berek Polis Cameron Highlands. Bila pikir0pikir balik, macam tak percaya pula saya pernah melalui semua tu. Muka tebal betul sekor-sekor. What a memory. 

Kali kedua pergi melancong dengan housemates, Wani, Kak Siti dan Noen. Masa ni sume bujang trang tang tang. La ni semua dah kendong anak, Kak Siti dan Wani dah dua kot. Hahahahha..Masa ni kenangan temper tunggu bas. Patutnya pukul 8 malam, sampai pukul 12. Pastu beli tiket ke Tapah, alih-alih belum sampai Tapah dah kena turunkan. Mengamuklah.. Hahahha.. Pastu driver bas bayar duit utk tambang bas sangkut-sangkut ke Tapah. Tapi tambang tu tak cukup sebenarnya. Ciss.. Nasib baiklah CH sejuk, cool sikit kitorang. Hehehhe.




Kali ketiga last year masa balik daripada majlis nikah adik ipar dekat Kuala Krai. Kali ni pergi berempat dengan Kak Pojit dan Abg Awie. Kebetulan bukan musim cuti sekolah, jadi harga penginapan agak berpatutan. Kami dapat apartment 3 bilik dekat dengan Hotel Heritage, cuma RM180 semalam. Oklah sebab memang luas dan selesa. Ada dapur lengkap lagi.

Yang terkini ni pulak memang plan masa public holiday. Mak aihh sewanya melambung sampai dua kali ganda. Apartment kitoang duk hari tu automatik jadi RM 350. Melampau gile. Cari punya cari, Kak Pojit dapat juga yang agak murah, apartment 3 bilik, RM250 per night.. Puas hati sangat. Rumah lengkap dengan dapur, kuali periuk belanga pinggan mangkuk, peti sejuk, tilam, bantal dan selimut ekstra. Cuma parking je kantoi. Hahhaha.. Kali ni duk dekat Puncak Arabella. Dekat dengan MARDI CH. So tempat pertama haruslah merayap ke Mardi. Tapi agak mengecewakan la. Sebab macam tak terjaga sangat. Tempat yang meriah cuma dekat tempat jualan tanaman je. 

Tempat wajib haruslah The Big Red Strawberry Ecotourism Park. Kat sini lah kami memborong bunga ros, kaktus, bunga zaleha, strawberi dan produk-produk lain. Saya ada beli strawberi coklat dia. Boleh tahan sedapnya. Tapi mahallah. Sob sob sob. Kordial strawberi dia pun boleh tahan. Beli juga salad untuk makan malam 3 pokok. Sepokok besar cuma RM2 sahaja. Tidak lupa mengepow hubby makan strawberi dengan fresh cream. Alah, gedik nak feeling makan strowberi atas bukit. Bila lagi kan?

Yang paling happy pastilah my nephew, Nasrudin. Dia ni memang budak yang aktif. Turun naik tangga selamba je. Berlari-lari sana sini. Bergilir-gilir la mengejar. Maknya, Kak Laila tengah mengandung 6 bulan. Tentulah tak larat.

Apa yang pasti, walaupun dah berkali-kali ke sana, tetap dapat menggembirakan saya. Panjang umur, inshaaAllah sampai lagi ke sana.

P/s : Tempat idaman yang satu tu, mudah-mudahan Pemiliknya sudi menjemput ke sana. Aamiiin.

6 comments:

nadia rashid said...

Sy rasa dikalangan kita yg suka tanam2..memang sgt suka CH..tak kira berapa kali dh pegi tapi still nak pegi lagi..:D

PutriPurnama said...

kenangan zaman sekolah adalah yg.terindah. Berkunjung ke CH, memang hebat..ada banyak benda ingin dibeli.Saya suka sate dan mee karinya.Shoping bunga2 segar istemewanya ros beraneka warna dan murah.Nak pergi lagi..Untung lah you Nuda.

Nudabuffy said...

CH memang syurga dunia bagi peminat tanaman. Memang seronok pergi lagi-lagi kalau ditaja.. heheheh. Belum pernah makan sate di CH.. Betul-betul sedap ya kak puteri purnama?

PutriPurnama said...

betul2 sedap, pakcik buat sate tu bekas guru atau askar, peramah orang nya.Gerai atau restorant tu kedudukannya macam lebih rendah dari jalan raya..dalam bazar kalau tak silap..pagi2 didepannya ada pasar pagi..kita makan kat situ hujan lebat so banyak bangunan terlindung.
Pegilah cuba tempat tu..best sangat.

TukangKebun said...

Gemuknya Rabbit tu sedap buat bantal peluk. Kami saja yang tak pernah kesampaian ke CH lagi. Asyik memerap di rumah sajalah.

Nudabuffy said...

Tukang kebun ~ rabbit tu memang gemuk tapi tak terjaga. Ada yang muka dah penuh kurap. kesian sangat. Anak buah saya tu memang suka arnab. Bangun tidur cari arnab dulu