Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kailan. Show all posts
Showing posts with label Kailan. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Masak-Masak Hujung Minggu

Hujung minggu sentiasa dinantikan sebab waktu tu je lah dapat jumpa dan mengada-ngada dengan husband. Hehehe. Pastu time tu jelah kot saya masuk dapur nak memasak. Kalau tak, alamatnya masak kat kedai jelah. Kepulangan suami membawa hasil tangkapan istimewa iaitu B. E. L. U. T. Belut! Yummy! Siapa sini tak makan belut?

Belut ni saya tak pasti pulak masuk kategori ikan ke tak. Tak pernah pulak dengar orang panggil ikan belut. Belut popular digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kulit. Macam sepupu saya, dia bagi anak dia makan sup belut, sekarang anak-anak dia kulit mulus je. Pernah juga tengok di Majalah 3 yang menunjukkan ada lelaki makan hempedu belut mentah-mentah untuk meningkatkan libido. Dan saya ada juga terbaca, belut kaya dengan omega 3 dan sesuai untuk semua peringkat usia termasuk bayi yang sudah mula makan makanan pepejal. Nanti nak suruh Kaklong bagi Amni (my niece) makan belut la sebab kulit dia tak cantik.

Gambar belut dalam phone suami la pulak. Belut ni di pancing di kolam ikan ternakan mertua saya. Asalnya suami melayankan kerenah saya yang mengaruk sebab tak berjaya pancing ikan haruan tapi asyik dapat anak ikan je. Anak ikan tu dipotong, di pasang pada tajur (joran yang dibuat guna pelepah sawit) dan ditinggal. Dekat-dekat maghrib tu pergi jenguk sekejap, dah mengena. Dapat lah seekor. Lepas tu kemaruklah.. Tiap-tiap hari pasang. Alhamdulillah, setiap hari ada saja yang mengena. Ada yang besar dan ada yang kecil. Dapatlah lebih kurang 10 ekor untuk seminggu pasang tajur.

Sup belut hasil air tangan suami.
Dua hari kami makan belut. Hari Sabtu makan sup belut campur dengan kailan segar dari laman. Ya Allah, memang nikmat dunialah. Hari Ahad goreng dengan garam dan kunyit je. Personally saya lebih suka yang goreng, lebih terasa erti kata belut yang sebenarnya. Kekekeke.. Ini semua poyo!

Cukuplah cerita belut. Hujung minggu juga merupakan hari kami berkebun bersama-sama. Alihkan anak-anak sawi, semai benih-benih baru. Dan juga menuai untuk masak makan malam. Cauliflower kebanggaan suamiku akhirnya dituai dan masuk sekali dalam nasi goreng saya. Termasuklah daun cekur dan kobis cina.


Upload gambar tuaian jelah. Nak upload gambar nasi goreng dah tak rupa nasi goreng bersayur. Dah rupa sayur goreng bernasi. Hahaha.. Yang penting big boss makan dengan berselera dan bertambah-tambah. Betullah orang kata, tak rugi bercucuk tanam. Dan baru-baru ni ada terbaca, akan tiba suatu masa nanti, orang akan sanggup bayar makanan dengan emas. Hmmm..

Friday, February 1, 2013

Selepas Cuti..

Lama juga saya tinggalkan rumah.. Selang tiga hari kami balik juga sekejap menjenguk tanaman. Masa hujan berterusan selama 4 hari tempoh hari, lega juga tak perlu risaukan tanaman.. Tapi masa bercuti di Cameron Highlands tu, panas terik sentiasa di Skudai. Banyak juga tanaman yang tewas terutamanya semaian baru. Ada yang masih bertahan tapi kebanyakannya daun dah bertukar menjadi kekuningan.

Lobak ni kononnya harapkan berbunga. Terpaksa juga cabut. Sedap cuma agak kering.

Cauliflower kesayangan suamiku. Mujur masih sihat. Oh ya benih ni jenama serbajadi atau Trio.

Kailan dah gemuk. Sebahagian dah dituai untuk masak.

Kobis cina yang tak mahu bertangkup.

Kobis cina juga tapi kekeringan. Masih tak mahu mengalah, bangkit kembali lepas disiram.

Sawi.

Wednesday, December 12, 2012

Perkembangan Semaian Bulan November

Back to track. Kesian tanaman saya terabai namun masih sudi membesar walaupun diancam dengan pelbagai perosak dan cuaca tak menentu. Pokok yang dah nak mati pun ada yang kembali segar, misalnya timun walaupun tak pasti timun jepun ke horned sebab tak dah lama sangat tanam sampai lost track. Mungkin sebab terima banyak air hujan. Pokok cili padi dan cili besar ada beberapa yang mati setelah buahnya masak. Kenapa agaknya? Buahnya tu ambil banyak sangat zat ke?

Sedikit gambar.

Anak kailan.
 Yang ni dalam dua minggu umurnya. Benih dari tanamsendiri.com. Sangat bernas sebab seolah-olah 100 % tumbuh. Kawasan yang agak kosong tu bukan sebab tak tumbuh tapi sebab pokoknya tercabut siram ganas sangat. heheheheh. Nanti dah besar sikit boleh tuai baby kailan untuk jarangkan.

Lobak putih dah makin kukuh. Cepatlah gemuk.
 Cerita pasal lobak putih, my in-laws tak makan lobak putih sebab kata mereka baunya hancing. Hmm.. saya pulak suka. Jadi saya tanya emak macamana nak kurangkan baunya sebab saya teringin nak makan. Emak suruh celur sikit dan bilas, baru masak, kira-kira hilang baunya. Saya masak lemak putih dan suruh suami rasa. Dia kata ok. Yess. Sekarang suami pun tanam lobak putih di kampung. Persoalannya, adakah hilang khasiatnya? Oh ya, yang ni berusia lebih kurang 3-4 minggu. Tak ingat. Ada banyak lagi yang berusia 2 minggu. Kalau semua menjadi siapa nak makan? hahahah.

Kobis bunga.
Ini suami yang tanam. Mulanya saya ingatkan kailan. Rupanya kobis bunga. Daunnya serupa. Biji benih dibeli di pasaraya econsave berharga rm1.90 sepeket. Kadar pertumbuhan juga baik tapi banyak yang mati sebab dibakar matahari masa kami bercuti. Mujurlah ada dua yang terselamat. Mudah-mudahan menjadi.

Thursday, July 12, 2012

Kailan, Salad Butterhead, Peria

Tiap-tiap hari tengok tanaman, saya selalu cakap, "cepatlah besar, aku tak sabar nak makan korang". Agak-agak diorang makin cepat besar ke takut nak besar? Hahaha..


Pokok-pokok kailan dan satu salad butterhead.

Bila 'head' dia nak terbentuk agaknya.
Cukup ke 5 pokok je kailan ni? Kami ni dah la rakus.

Hari tu ada beli dan masak peria. Ada biji saya pun kumpul. Suami suruh campak je bawah pokok yang ditanam majlis daerah. Kalau tumbuh boleh dia panjat pokok tu. Saya semai sekali benih kacang botor. Timbunkan rumput-rumput yang dimesin atas tu supaya tak dicuri burung yang banyak berterbangan. Sekali kena berak dengan kucing daaa... Hari ni dah keluar satu anak peria. Anak kacang botor takde. Harap-harap membesar dengan sihat la. Jangan jadi mangsa pemotong rumput sudahlah.

Anak peria tumbuh dari bawah timbunan kompos.