Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ulam Raja. Show all posts
Showing posts with label Ulam Raja. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Ulam-ulaman

Banyak ulam-ulaman yang hidup subur sebab sering ditimpa hujan. Saya pulak semakin malas memasak apatah lagi nak makan ulam. Tetapi rajin pula pergi ke pasar pagi setiap ahad membeli nasi kerabu.

Bercakap pasal nasi kerabu, tentulah teringat pada emak di kampung. Bila pulang ke kampung tak nak pulak makan nasi kerabu walaupun mak berniaga nasi kerabu. Sebab selalu tergoda dengan nasi dagang tak pun nasi lemak. Hihihi..

Masa bujang-bujang dan masih menganggur dulu, saya selalu juga tolong emak berniaga. Kelim karipap, bancuh apam, goreng kuih. Tapi kalau hari nasi kerabu kenalah mengutip dan menghiris ulam. Antaranya daun selom, kesum, ulam raja, bunga kantan, daun kaduk, daun mengkudu, daun kunyit, serai kayu, pegaga, timun, taugeh, kobis. Hmm tapi kata emak, kalau resipi orang kelantan yang betul-betul original, lagi banyak ulam yang dia letak.

Dekat rumah saya yang ada daun pegaga, selasih, pudina, ulam raja dan cekur sahaja. Selasih dan ulam raja dah mula serasi, tapi pudina memang tak masuk, pegaga pulak pahitnya. Tapi kalau nak awet muda dan cerdas makanlah pegaga. Hihihi..

Ulam Raja

Pegaga

Selasih

Friday, June 22, 2012

Perkembangan Semaian Sayur Berdaun

Tak ingat sebenarnya bila saya mula semai benih-benih sayur ni. Rasanya dalam tiga minggu lepas. Ada yang cepat dan ada yang lambat bercambah. Tapi alhamdulillah ada perkembangan.

Anak bayam merah. Benih percuma daripada Kebun Bahagia Bersama sebab beli benih Carrot.
 Tak jelas nampak anak bayam ni sebab warna dia lebih kurang warna medium tanaman kami. Lambat letak bawah matahari jadi agak terbantut sikit.

Kangkung, benih kongsi dari www.tanamsendiri.com. Tak lama lagi jadi lauk la ni. Heheheh.
 Kangkung membesar dengan pesat dan pantas. Semalam hujan lebat, seronok la mereka menari-nari dalam hujan. Hari ni tengok macam dah gemuk berbanding semalam.

Anak Sawi. Risau diorang patah riuk sebab ditimpa hujan. Mujur hubby dah buat teduhan.

Cambahan ulam raja.
Mesti pelik tengok anak ulam raja tu kan? Padahal masa mula-mula tanam dia yang cambah dulu. Actually ni semaian baru, dua hari lepas kot semai. Sebabnya, ada kucing jiran 'bersiar-siar' dalam petak tanaman saya sampai mangkat semua putera-puteri raja saya. Huhuhuhu. Nasib baik ada benih lebihan. Boleh semai semula.

Oh ya, semaian bunga marigold/kembang emas dan keembung saya rasanya semua dah lemas dibawa arus hujan. Huhuhu.. Harap-harap tersangkut la mereka kat rumput mana-mana menghiasi alam ni walaupun bukan kat laman saya. Jangan jadi mangsa pemesin rumput sudahlah. Saya semai semula marigold yang masih bersisa. Keembong dah yillek. Bukan rezeki. Innalillahiwainnailaihirojiun.