Rumah-rumah arnab belum upgrade lagi. Ibu yang bunting ada dua ekor tunggu hari. Yang remaja pula dah nak kena asing sebab sebok nak mengawan. Yang jantan tak boleh duduk sekandang nanti bergaduh. Yang masih menyusukan anak perlu ada ruang sendiri. Nak sembelih selalu, jemulah pulak asyik makan arnab kan. Jadi, suami suruh buka jualan untuk tiga ekor budak ni. Mereka ni adik beradik. Lahir pada 2 Januari 2013 tapi takde surat beranak. Dah kacuk banyak jenis ni. Arnab New Zealand White kawen dengan Arnab Kampung pastu kawen dengan Lionhead. Tu yang ada rupa arnab kampung, ada yang jadi new zealand white dan ada yang jadi lion head. Berat badan pula sekitar 900 gram ke 1 kg.
|
Pondo. Betina. All white dan gebu. |
|
Pindi. Gebu kan? Betina Putih Coklat. |
|
Pindi pandangan depan. |
|
Panda. Jantan. Perbezaan dengan arnab dibawah dibahagian jambul. |
|
Ini pula bukan panda walaupun warna dia macam panda. Ini anak ibu lain. Belum sesuai dijual. |
|
Sorry ini bukan Pondo.Ini Nama dia Badut, baru je mati hari tu.
|
|
Tiga Abdul. Abdul Panda, Abdul Pindi, Abdul Pondo. |
Harga seekor ialah RM 30. Kalau ambil dua ekor RM 50.
Sebarang urusan pembelian boleh hubungi suami saya melalui panggilan telefon atau sms ke:
Hambali 013-7753249. Lokasi ialah di Kampung Tengah Rengam, Kluang. Tapi boleh deal jumpa dekat mana-mana kot. Heheheh.
p/s~Saya syak suami saya tak sampai hati nak sembelih diorang sebab diorang ni sangat manja dan cumil.
10 comments:
goodness! yg putih melepak, pondo tu kalau anak lynn tengok gerenti nak punya! tp masalahnya nak jer, bab bela, cuci kandang? saya! saya! geramm..
Suka yg panda th...kalaulah sy dok m'sia jgk..sure yg book jer awal2...sgtlah comelnya..:)
Salam Nurul,
Masya-Allah comel2nya! Kalau dekat2 mahu je tempah, Memang dulu Pak Aji plan nak bela cuma belum je lagi.
Lynnhelite~ Hehehe.. Budak-budak biasalah.. Dia nak time seronok je.
Ummuaidan~ InshaaAllah. Ada rezeki lain kali.
Ummu Madihah ~ Salam Mak Aji. Itulah, lokasi kami terceruk pulak kan? Yang best diorang ni manja.
salam dik,
Akak nakk..nak semuanya tu. Macam mana nak kirim ye..panda tu cantik sangat.
Dulu akak ada arnab putih, siang dia tidur dalam kotak dalam rumah..bila malam dia ikut akak tidur siap tidur ditengah2 saya dan suami..best sangat peluk dia. Terpaksa bagi kat kawan sebab kalau kita tak ada kat rumah, tak ada orang akan jaga dia..lama juga dia hidup dgn kita..ahh sedih.
salam kak, kirim ke mana tu kak? Kalau ke sabah tak tahu caranya. Tapi boleh ke pos benda hidup? Hihi. Akak bawa tidur dia tak 'membuang' atas tilam ke kak? Haah, itu salah satu benda yang nak difikirkan kalau ada pet. Takpelah kak, haiwan takde ada dosa. Mudah-mudahan kebaikan akak padanya dibalas oleh ALLAH swt
salam..akak...sy siries kak nk beli.... :)
y mne 1 yg belum jual kak??
dyorg ny umur bpe bulan??
kalau sy ddk jb,blh post ke kak??
salam... dik, arnab yang ni dah besar, kita dah simpan untuk buat induk.. kalau nak yang kecik dan kembang, ada yang umur 2 bulan lebih. Ataupun yang tak kembang (murah sikit), umur 2 bulan lebih juga. Boleh hantar, tapi hari sabtu nanti.
salam , akak ,, yang pindi ngan panda tu lagi x ?? ingat nk tambah arnablahh ,, btw boleh hantar kt nilai x ??
Salam Tengku Syamimi.. Sorrylah yang, arnab tu dah takde dah.. Lagipun takde penghantaran ke Nilai.. Sorry sangat eh?
Post a Comment