Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 17, 2013

Rezeki Musim Hujan

Hanifan (Adik Ipar) dengan hasil tangkapannya.. 

Kelebaran belut berbanding saiz pisau dapur biasa

Haruan kecil berbanding tin makanan kucing

Haruan besar dibandingkan dengan botol cecair pencuci pinggan. Hampir satu kilogram beratnya.
Pendek kata, alhamdulillah.. Ada juga rezeki suami musim hujan ni walaupun jarang dapat menoreh getah atau buat kerja-kerja kebun. Nak meracun, membaja semua tak boleh. Memancing dah jadi hobi baru saya. Hehehe..

7 comments:

TukangKebun said...

Seronok dapat makan hasil tangkapan sendiri. Panjang dan besar tangkapan tu. Dulu lepas balik dari lab tengah malam but atau pagi buta lepas tension terus pergi memancing.

Nudabuffy said...

haruan yang last tu dapat buat hidangan untuk 9 orang makan. Syukur, puas sangat makan sebab isinya banyak. Haah, kadang-kadang macam kemaruk nak memancing.

PutriPurnama said...

salam Nurul.
besarnya belut tu, warna kuning?
Apa beza belut denga ikan linang.Kongsikan maklumatnya.hehehe terimakasih.

Nudabuffy said...

insyaAllah saya akan cuba buat post mengenainya

Mama Pongkey said...

Tergezut masa mula-mula tengok gambar belut tu. Ingatkan ular tadi...
Lepas tu meleleh pula air liur tengok tangkapan lain tu. ishk sedap makan ni...
Lepas tu tengok balik gambar belut. Hmm buat bakar sedap ni... Maka airliur meleleh lagi.
Sekian. Terima kasih. :-)

GO GREEN said...

erk.. berani siang ikan yg masih hidup? huh, tabik spring Nurul!!

Nudabuffy said...

Mama Pongkey ~ Kalau tengok yang hidup dan giginya yang tajam tu, memang mengerikan. Jangan kata kita, yang pakai baju oren dalam gambar tu pun takut dengan belut.. Memang sedap..jadi unagi..

lynnhelite ~ Ikan hidup takde masalah. Tapi ikan-ikan yang tak rupa macam ikan sangat seperti gambar2 di atas nurul serahkan pada yang pakar iaitu encik suami. Mithali suami saya. Eh tetiba. Hahaha