Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cili. Show all posts
Showing posts with label Cili. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

Tangan Dah Kasar, Kita Rehat Dulu

Assalamualaikum semua. Rasa macam belum lama tak update blog. Sekali tengok last post, 3 bulan lepas daaaa.. Adoyai, ni lah kalau penyakit malas dah merasuk diri. Bukan penyakit malas je, moody, grumpy, segala macam mak nenek kenegatifan bermaharajalela. Kadang-kadang rasa macam semua alter ego saya tengah bercakaran, masing-masing nak menguasai. Ke diorang berkerjasama nak wujud dalam masa sama. Eh, bunyi macam I ni ada membela saka pulak.. Hahahah.. Saya ada cakap dengan hubby, "Bang, kita rasa, kita ni macam dah nak gila". Yelah, kejap sedih, kejap marah. Kejap kesian dengan orang, kejap lagi menyampah pulak. Kadang-kadang tu rasa macam nak makan orang. Macam psiko kan? Kadang-kadang rasa macam nak jumpa pakar psikiatri pulak.

Pada suatu hari, tetiba rasa nak baca risalah salah satu ubat yang saya ambil sebab nurse kat dialysis centre tu cakap pulse rate saya rendah sangat. Ada sekali tu cuma 39/min. Saya syak salah satu ubat darah tinggi sebab tiap kali ambil ubat, pharmacist tak kata ubat darah tinggi, tapi ubat untuk jantung. Baca punya baca, rupanya memang side effect ubat tu. Tapi terkejut sebab selain tu, ubat ni boleh menyebabkan 'abnormal dreams, amnesia, depression, gait abnormality, hallucinations, insomnia, nervousness, personality change, somnolence, and tremor." Wow, it explains a lot kenapa saya makin pelupa. Selalu kalau orang pesan, "Nanti ingatkan....", saya ingat orang ada suruh ingatkan something tapi tak ingat apa yang disuruh ingatkan.. Okay, at least I am not phsyco. Ye ke?

Sekarang alhamdulillah hujan hampir setiap petang.. Pagi biasanya cerah.. Jadi ringan sikit kerja menyiram tanaman.. Atau dengan kata lain tak payah siram kecuali tanaman dalam pasu di kaki lima rumah. Tapi rumput rumpai hidup subur.. Setiap kali ada masa, kerja merumput je.. Tanah agak lembap, senang cabut guna tangan je. Punyalah subur, timbunan kompos dah bergunung-gunung. Tak habis-habis, baru nak clearkan tempat lain, yang baru cabut hari tu dah tumbuh rumput baru. Sampai kasar tangan kita. Huhuhu Harapkan Si Pindi (arnab peliharaan), bukan nak makan rumput, tanaman yang di makannya. Pokok edamame tengah berbuah dimakannya.. Geram je. Nasib baik I love you tau, Pindi. Buah terung yang meleret dekat tanah pun dikokaknya.

Kerja Si Pindi. Depan mata kita dia buat kerja. Selamba.

Rumput-rumput yang dijadikan kompos tu saya masukkan dalam tong gabus dan semai macam-macam benih dalam tu.. Hasilnya sangat memuaskan hati..

Herbs Box. Sweet Basil, Dark Opal Basil, Thai Basil. Peppermint, Pegaga, Nasturtium, Lekiu  tak kelihatan sebab Basil bushy sangat. Ada juga sepokok gomphrena putih dan beberapa pokok keembong yang tak tahu warna apa.


 Box kedua ni ada pokok keembong juga, pokok cili besar, bawang, dan zinnia warna krim. Cili besar dah mula berbuah dan lekat. Hasil kerja keras sekumpulan semut. Tapi diorang membela bena hitam lah pulak.


Add caption

Box ketiga ni dipenuhi anak benih bendi merah. Tak sangka pulak masih bernas biji benihnya sebab dah lama simpan benih ni.. Tak simpan dalam peti sejuk pun. Campak je dan boleh kata semua tumbuh. Alhamdulillah. Ada anak tomato jenis italian paste di celah-celah anak bendi tu.

Anak benih bendi merah.

Yang ni ada bunga telang dan terung panjang hijau. Baru juga alih pokok terung tu. Ada juga gomphrena ungu dan velvet lace dianthus.
 Box yang di bawah ni, tong kompos saya yang pertama. Masa tu, ada satu ni je tong. So, segala macam biji benih saya campak dalam ni. Yang menguasai terung panjang hijau. Sangat puas hati tanam terung ni sebab sangat cepat besar tapi lambat tua. Bunganya pun lebat. Ada tomato, carrot, kobis, kailan. Hari tu ada zucchini tapi mati kering sebab tuan dia balik kampung, takde orang tolong siram.

Add caption
 Kalau berkebun, tak sah kalau takde pengunjung. Lihatlah gambar kat bawah ni. Besar bukan beluncas tu..Agak2 beluncas untuk rama-rama apa ya? Dua ekor je, tapi hampir botak pokok terung ni. Hari tu jumpa seekor dekat pokok terung lain. Botak terus daunnya. Tapi lepas tu tumbuh semula daun baru yang lebih cantik.





Tuesday, May 7, 2013

Diari Fertigasi : Penyediaan Tapak







Seperti dijanjikan, saya letakkan sedikit gambar tentang projek fertigasi yang baru dimulakan. Ini kalau diikutkan adalah back up plan kami kalau-kalau saya dah tak larat nak bekerja di makmal. Sekarang sangat cepat letih dan sakit kepala. Makan pun ada kuota. Walaupun sangat berselera dan lapar, tapi kalau lebih daripada sepatutnya saya akan termuntah. Nak slim kot. Heheheh. Hubby cakap dah kurus sikit. Yeay! Tapi berat baru turun sekilo je. Cepatlah besar wahai pokok-pokok semua. Saya dah tak sabar nak menuai.

Tuesday, April 23, 2013

Projek Fertigasi Cili

Saya terlupa nak cerita salah satu aktiviti yang menambahkan kesibukan hujung minggu saya. Sebelum ni, kakak ipar saya, Pauziah dan suaminya, Zawawi, buat projek tanaman cili secara fertigasi. Tapi disebabkan kesibukan dan lokasi yang jauh, projek tu tergendala. Semasa projek berjalan, saya dan suami selalu juga ke  tempat tanaman di Pontian. Alang-alang suami saya dah ada di kampung, diorang hantarlah set fertigasi tu ke kampung untuk digunakan semula.

Sebelum memulakan semula, kena pastikan segala kelengkapan mencukupi. Jadi kami berjumpa dengan kawan baik Abg Awie di Merlimau, Melaka sambil-sambil melawat projek fertigasinya. Dia ni buat projek fertigasi co-venture dengan Pejabat Peladang Merlimau. Hui, beribu-ribu pokok cili padi dia tanam. Ada cili besar dan timun juga. Katanya kalau kami datang awal sebulan, dapat makan rock melon. Ini satu kerugian. kekekek. Cuaca di Melaka, subhanallah panasnya. Macam takde tapisan UV langsung. Balik daripada Melaka, muka saya naik jerawat banyak gile. Hahahah. Kagum betul macam mana pekerja-pekerja ni boleh selamba duduk bawah bahang macam tu.

Saya, suami dan Kak Pojit selamba je buat macam kebun sendiri. Mula-mula malu-malu. Lepas orang offer suruh petik hasil, laju je pergi pilih. Katanya, datang jauh-jauh takkan bawa balik dua tiga biji je. Dapatlah timun seplastik besar (betul-betul besar tau), cili padi sepenuh tangan dan cili besar dalam 2-3 kilogram. Hahahah. Tapi sayangnya saya takde kamera. Gambar semua dalam kamera kakak ipar. Oh ya, oleh sebab saya membodek-bodek pekerja kat situ, dapat biji benih timun. Hahahahah. Alhamdulillah.. Bila nak tanam, itu saya serahkan pada encik suami.

Ada masa saya upload gambar projek kat kampung. Tapi sikit je tanamnya, dalam 120 pokok je. Kira oklah untuk permulaan kan. Nanti tambah lagi sikit-sikit kalau berhasil.

Wednesday, October 24, 2012

Last Harvest Sebelum Raya Haji - Bayam, Bendi, Cili Bom

Plannya malam ni nak gerak balik rumah mak di Segamat, lepas tu balik Terengganu pulak. Tapi tetiba parents tak jadi balik sebab nak pakai duit banyak. Next week adik lelaki nak konvo kat Batu Pahat, hujung November pulak adik yang kat UMT pula. Takkan nak gi Terengganu dua kali dalam masa yang terdekat. Emak pulak nak ikut rombongan menghantar pengantin ke Kelantan lagi dua minggu. Lately, keluarga saya yang belah Johor ramai yang pilih orang pantai timur jadi pasangan hidup. Kalau tak Kelantan, Terengganu. Mengikut jejak langkah mak ayah saya pulak. Dah jodoh, jarak jauh apa ada hal, kan? Hmm.. ada hikmah tak jadi balik Terengganu. Lagipun oleh sebab kejadian semalam, secara automatiknya saya akan memerlukan kewangan lebih.

So sebelum kitorang meninggalkan rumah sewa tercinta ni, kutip lah dulu hasil yang boleh dikutip. Dapatlah beberapa biji bendi merah. Banyak dekat pokok, tapi oleh sebab selalu hujan, tak dapat kutip. Tualah diorang dekat pokok. Hari tu ada nyonya lalu, minta benih bendi merah. Dia geram sebab saiznya besar. Tapi belum cukup kering untuk dijadikan benih. Hubby suruh dia datang lagi lain kali. 

Hmm...selain tu, dapat juga kutip benih bayam merah. Dah macam pokok bunga gayanya  sebab sejambak besar. Banyak juga dapat. Seronok bangat. Nak semai sikit kat Rengam, kat Segamat, kat JB, dan kat rumah Kaklong dekat Kulai. Biar tersebar luas. Hahahah. Macam nak sebar virus pulak. 

Pastu kutip cili pedas gile yang dah masak sampai nak kering kat pokok. Tak tahu nak buat apa dengan diorang. Suami suka pedas tapi dia kata yang ni pedas tak sedap. Saya memang tak kuat pedas. So saya biarkan dia jadi pokok hiasan sebab warna merah menyala dia sangat cantik.


Mula-mula dapat banyak ni je.

Bos dengan bunga bayam. Dah jadi arwah dah pokok ni.

Ala.. Salah timing pulak tangkap gambar. dah petik baru tangkap gambar.

Semuanya merah.

What I'm gonna do to these fellas? Err.. Habanero ke Scorpion?

Thursday, June 21, 2012

Kawan Baru: Cili Api Warna-Warni, Pokok TomYam, Pokok Burung Bertenggek

Salam..

Dekat rumah saya ada tiga pendatang baru. Datang dari tiga sumber. Cili Api kalerful saya beli dekat nursery Jalan Skudai-Pontian lepas balik jumpa doktor hari Selasa. Banyak nursery kat situ. Ada banyak bunga cantik-cantik.. Rasa macam kat Cameron Highlands la pulak. Hehehe.. Cili ni ada mula dengan warna kuning pucat, jadi oren, dan last sekali merah. Tapi ada juga pokok cili padi biasa terselit dalam tu, jadi dapat warna hijau dan coklat sekali. Heheheh.

Bertambah koleksi cili saya. Heheheh.

Balik dari nursery tu, sementara kitorang tengah admire warna-warna cili yang menarik tu, sekali jiran selang dua buah rumah kami menegur. Teruk tak kitorang, dah dua bulan belum berkenalan dengan jiran. Hahahh. Encik Zailani namanya. Rupanya, En Zailani pun suka bercucuk tanam. Dia bagi kami satu pokok, katanya datang dari rumah sebelahnya (selang sebuah rumah dari rumah kami, Kak Dila). Pokok ni unik, baunya macam tomyam dan gunanya untuk masakan tom yam.

Pokok Tom Yam.
Oleh sebab tak tahu nama, kami panggil pokok tomyam je. Heheh. Semalam hubby masak tomyam letak daun pokok ni. Memang sedap.. Habis seperiuk makan dua orang. Nyum nyum.

Dan last sekali pokok bunga pemberian mak saya. Yang ni pun tak tahu nama. Saya panggil pokok burung bertenggek sebab ada macam burung bertenggek kat bunga dia.

Pokok ni pun banyak dekat nursery yang kami pergi tu.

Can you see the birds?
Kuasa Allah Yang Maha Pencipta. Subhanallah.

Friday, June 8, 2012

Ahli Keluarga Baru: Cekur, Kunyit, Cili Padi dan Cili Merah

Malam Rabu hari tu, suami saya balik dari kampung membawa ahli keluarga yang baru. Oleh sebab, Incik Hambali adalah penggemar masakan pedas, tentulah ada pokok cili yang di bawanya. Sebenarnya daripada minggu sebelumnya kami dah nak ambil, tapi kereta Viva yang kenit tu tak mampu nak menampung beban dua guni tanah, seguni baja organik, dan bekalan-bekalan kami yang lain. Hehheh.

Cili padi kampung (bird's eye chillies) yang dibawa tu saya tak tahulah baka apa. Tapi saya suka sebab buahnya gemuk dan comel. Kadang-kadang kakak ipar saya akan buatkan cili padi jeruk dan suami saya cukup suka bila cili tu meletus bila digigit. Saya? Taklah...sebab saya tak kuat pedas. Heheh. Oh ya, suami saya ni Jawa, jadi cili dipanggil lombok, cili padi pula lombok rawit. (Yes, dah pandai sikit jawa. Kakakka).

Kiri Sekali: Anak Cili Padi, Sebelahnya Anak Cili Besar

Selain tu, masyarakat Jawa memang suka memasak dengan menggunakan cekur (diorang panggil kencur) sebagai ramuan, termasuklah dalam nasi goreng. Dulu mak saya pernah juga tanam cekur (Kaempferia galanga Linn), tapi cuma guna daunnya. Kalau orang yang tak kenal cekur/kencur ni, pokok dia macam kunyik tapi sangat rendah, ada rizom yang berisi warna putih. Tapi ada macam-macam jenis cekur, yang saya kenal yang ni jelah. Hehehe. Oh ya, ada kunyit (curcuma longa/domestica) juga. Saya biasanya tanam kunyit untuk dapatkan daunnya yang wangi. Buat masak lemak cili padi ataupun bungkus ikan bakar. Heheh.

Cekur/Kencur

Kunyit
Kalau ikutkan hati, macam-macam nak tanam. Nak buat koleksi herbalah, edible garden lah. Tapi benih yang dibeli pun tengah beratur menunggu giliran. Kekekeke. Sabar ya semua.. Hehhe..

p/s: nampak tak bekas minyak yang suami saya jadikan pasu?