Salam semua.. Apa khabar agaknya sahabat-sahabat maya saya. Saya baru baik demam. Satu family demam. Eh, banyak family demam sebenarnya. Mula-mula last week kakak telefon beritahu yang ayah tak sihat. Demam, batuk, semput, tak dapat tidur. Makin lama makin teruk sampai mengerang-erang masa tidur. Beberapa kali bawa ke klinik. Mulanya doktor cakap angin je. Bawa lagi doktor cakap gastrik. Bawa ke perubatan Islam, katanya gangguan jin. Ada orang nak main-main katanya. Tapi penyakitnya tak juga kurang. Ayah pula nampak makin lemah. Saya berhajat nak balik ke kampung sehari selepas sessi dialisis. Tiket keretapi pun dah dibeli.
Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. Pada malam sebelum saya pulang ke kampung, suami saya mengalami muntah-muntah dan cirit birit. Nak kata keracunan makanan, apa yang kami makan sama. berkali-kali dia ke bilik air sampai ke tahap susah nak bangkit daripada katil. Hati saya waktu tu galau tak terkira. Betullah kesihatan, tenaga dan kekuatan itu hanya pinjaman. Dia yang sebegitu tough and strong, tiba-tiba mengerang-erang kesakitan. Saya sms emak saya, minta maaf tak dapat balik kampung. Keluar bilik terserempak dengan MIL katanya adik ipar bongsu pun mengalami masalah sama. Hari itu hari pertama SPM. Kasihannya...Kemudian bapa mertua saya pula diserang cirit birit dan muntah-muntah. Macammana saya nak tinggalkan orang-orang sakit ni? Waktu tu, mak kata ayah dah ok sikit. Jadi ada rasa lega walaupun keluarga di segamat semua demam.
Esoknya, orang-orang sakit beransur pulih, tapi saya dan ibu mertua pula mengambil alih. Simptom yang sama. Saya naik hairan mana datang isi perut yang keluar sebab kami tak lalu nak makan apa-apa. Ibu mertua ke klinik tapi doktor bilang sebab angin juga. Hai, tak tahu pula angin boleh berjangkit. Cukup mengecewakan apabila doktor enggan mendengar penerangan kami. Rupa-rupanya, dua orang kakak ipar saya pun demam. Disyaki pembawa virus ni, anak buah kami, Nasrudin, sebab dia yang mula-mula kena muntah-muntah dan tak mahu makan. Mungkin dapat dari hospital sebab mereka baru pulang dari hospital berjumpa pakar paediatrik.
Kelmarin, sedang saya berbaring cuba menghilangkan rasa sakit-sakit badan, tiba-tiba kakak menelefon lagi. Katanya ayah dimasukkan ke wad kecemasan. Saya sudah mula memikirkan yang tidak-tidak. Tidak boleh tidak saya mesti balik ke kampung. Suami mengeluh kakinya sakit diserang gout. Mungkin antibodi lemah selepas demam menyebabkan penyakit lama berulang. Tapi saya mesti tahu keadaan ayah dengan mata saya sendiri. Dua jam perjalanan dirasakan terlalu lama. Sampai di Hospital Segamat lingkungan pukul 4 petang, ayah masih lagi di rawat di wad kecemasan. Mata mak merah sebab menangis. Taufik, adik lelaki yang berpraktikal di Melaka pulang untuk menghantar ayah ke hospital kerana ayah tak mahu orang lain yang menghantarnya. Farhan, adik bongsu saya kebetulan ada juga di rumah tapi dia tak pandai memandu. Mak kata, semalamnya ayah dah dibawa lagi ke klinik tapi disuruh datang lagi pada hari Isnin untuk ujian darah. Tapi keadaan ayah nampak semakin lemah, jadi ayah dipujuk ke hospital sebab kemudahannya lebih lengkap. Ayah tak nak mulanya, tapi selepas dirayu dengan air mata emak, akhirnya ayah menurut. Dalam pukul sepuluh pagi ayah dibawa ke hospital. Mak kata, bila sampai di hospital tiba-tiba keadaannya makin teruk. Agaknya ayah risau atau takut.
Tak lama selepas itu ayah dipindahkan ke unit rawatan rapi tapi kami belum dibenarkan melawat kerana doktor masih lagi perlu memantau dan memeriksa. Saya risau dengan keadaan emak sebab daripada pagi belum makan dan berehat. Ada orang menyapa, katanya ayahnya pun dimasukkan ke ICU sebab sesak nafas. Katanya lagi, ramai orang dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas sejak akhir-akhir ni. Jadi, masalah 'ANGIN' juga ke wahai doktor sekalian? Dalam pukul 5 atau enam, Kaklong sampai dari Kulai. Emak balik sekejap ke rumah. Lebih kurang pukul 7.30 malam barulah kami dipanggil untuk diberitahu tentang kondisi ayah dan juga melihat ayah sekejap kerana sudah habis waktu melawat. Kami diberitahu, badan ayah terlalu banyak air, paru-parunya dipenuhi air sebab tu ayah mengalami kesukaran bernafas. Jadi ayah diberi ubat untuk mengeluarkan air melalui kencing dan juga ditidurkan supaya dapat berehat. Keadaan ayah kritikal dan perlu bantuan pernafasan. Sebenarnya ini kali kedua ayah dimasukkan ke ICU. Kali pertama lebih kurang 6 tahun lepas kerana masalah jantung tersumbat. Cuma pada waktu tu, ayah sedar dan boleh berbual dengan kami.
Saya terpaksa balik ke Rengam sebab perlu menjalani hemodialisis. Mujurlah Acah, adik saya yang bekerja di Terengganu balik. Dapatlah juga menemani emak dan membantu menyelesaikan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah, semalam ayah dah mula sedar namun masih belum stabil. Hari ini juga masih belum stabil, tapi ayah dah sibuk nak pergi ke kebunnya. Tanya pasal keretanya, tanya pasal anak-anaknya. Hal lain juga yang disibukkannya.. Ayah... ayah.. Semoga keadaan ayah semakin pulih dan kembali ceria. Saya yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada ayah dan memberikannya pahala di atas dugaan ini. Amiiin..
Great stuff to be shared together...
Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts
Tuesday, November 12, 2013
Wednesday, January 9, 2013
Sisi Sadis Dalam Berkebun
![]() |
| Hon Tsai Tsai terkulai dek kepanasan melampau. Setengah hari je kena panas dah jadi macam ni. |
![]() |
| Patah riuk kena pijak dengan kucing. Petak kangkung dah jadi tilam dia. |
![]() |
| Rongak pokok limau kasturi kena makan ulat. |
![]() |
| Daun lobak putih yang bergulung-gulung.. Tak tahu apa punca. Kepanasan juga kah? |
Monday, November 19, 2012
Belasungkawa Nurulhuda Abd Ghani (Yuyun)
Innalillahiwainnailaihiroji'un...
Terkejut.. tergamam..sedih dan macam-macam perasaan bercampur-baur.
Saya dan Yuyun bukanlah sahabat karib. Cuma satu batch masa di sekolah menengah, pernah pula sedorm. Tapi perkara yang menghubungkan kami kembali adalah pengalaman hidup yang sedang kami lalui. Chronic Kidney Disease (CKD).
Dalam dua minggu yang lepas, kami masih lagi bertukar-tukar cerita tentang perkembangan kesihatan masing-masing. Kalaupun tidak berbalas mesej, saya selalu singgah di wall facebook nya yang selalu dikemaskini. Yang terakhir saya ketahui, dia sedang mendapatkan rawatan homeopati. Walaupun dia baru sahaja didiagnos mendapat penyakit ini, tapi keadaan dia lebih kurang sama dengan saya, mungkin lebih teruk. Dia pun cuma mengetahuinya sewaktu mengandung anak keduanya. Ini ada diceritakan dalam blognya. Yuyun mengalami water retention dalam buah pinggang sedangkan ginjal saya kecut.
Tiba-tiba pagi ini seorang kawan mengkhabarkan pemergiannya. Selama-lamanya.
Bohonglah kalau saya kata saya tidak terkejut.
Bohonglah kalau saya kata saya tidak takut.
Bohonglah kalau saya bilang tak terlintas dalam fikiran ini "Apa pula nasib aku?"
Semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan solihin.. Pilu hati saya memikirkan anak-anak arwah Insyirah dan Zikri. Zikri dilahirkan pramatang, tentulah memerlukan lebih perhatian berbanding anak-anak biasa. Semoga suami dan orang-orang kesayangan arwah tabah menghadapi dugaan ini. Melihat derita orang lain mengingatkan hikmah segala kejadian terhadap diri sendiri. ALLAH.. hamba-Mu ini lemah, maka kuatkanlah hatiku..
Amiin.

Friday, October 19, 2012
Keembongku, Jodoh Kita Tak Lama
Baru je berbunga, dah pun menjadi mangsa. Aku kecewa, kecewa. Biarlah gambar yang menyampai berita.
Ahhhhhhh... memang brengsek lah. Tapi apakan daya, saya terlalu geli geleman nak mengutip dan memusnahkan mereka. Lagipun saya rasa mereka akan jadi rama-rama yang cantik sebab corak nya agak menarik. Takpelah, makanlah kenyang-kenyang, tapi janji tau, pokok keembong je. Jangan usik pokok lain.. Sob sob sob..
![]() |
| Mangsa: Pucuknya gondol. |
![]() |
| Pemangsa tengah sedap melahap. |
![]() |
| Lagi pemangsa. Bila dikira ada 9 ulat beluncas gemuk kesemuanya. 8 hitam, 1 hijau. |
Monday, June 25, 2012
Pasang Surut Berkebun
Selalu post perkara best je kan... hari ni takde mood sangat nak update sebab pokok cili colurful saya dah nyawa-nyawa ikan. Mungkin faktor cuaca yang ekstrim. Panas terik dari pagi sampai pukul 3, lepas tu hujan selebat-lebatnya siap ribut petir. Medium dalam bekas pun banyak yang terkeluar. Tu dah buat teduhan tu. Banyak bus stop yang terbang bumbung atau terbalik terus. Pokok pun ada yang patah kena panah petir. Takpelah.. Nanti saya cuba tanam dari buahnya yang dah masak. Ada siapa-siapa nak benih pokok ni tak? Nanti saya cuba kumpulkan. Kalau nak email alamat ke nudabuffy@yahoo.com. Tapi tak segeralah. saya nak cari benih-benih lain yang boleh dikongsikan. Till then.. dadada..
Thursday, June 14, 2012
Melankolia Nudabuffy
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Salah dimana?
Dalam kata-kata kah? Perbuatan kah? Bahasa tubuh kah?
Kenapa aku?
Kenapa aku yang
begini?
Kenapa orang
seperti aku?
Jangan begitu. Jangan begini.
Jangan. Jangan. Jangan.
Jaga. Jaga. Jaga.
Tetapkan hatiku.
Kuatkan imanku
dan dia dan mereka.
Redakanlah.
Tenangkanlah. Damaikanlah. Perkenankanlah.
Amin.
Terima kasih, Allah. Kerana memelihara aku.
Tuesday, May 29, 2012
Anak Oh Anak
Firstly nak ucapkan tahniah pada Sufian dan Aisyah dengan kelahiran baby girl diorang. Dah 3 minggu juga lahirnya tapi asyik terlupa nak buat post sebab teruja dengan benda lain. Hahah..pilih kasih betul. Tak gi tengok live lagi, tapi mengikut mak mertua saya, muka dia sebiji muka ayahnya masa baby. Sepet-sepet, montok-montok. Oh ya nama dia Damia Qashreena.
Hmm..hari tu kan ada banyak kenduri dan banyak la berjumpa dengan saudara-mara yang jarang-jarang jumpa kan? Yang boringnya orang asyik tanya saya, dah ada isi ke? Saya tahulah saya moncet. Direct saya cakap, "Soalan sensitif tu". Saya bukan nak kurang ajar, tapi kadang-kadang diorang ni tak sensitif. Kalau orang yang memang tak tahu apa-apa, saya tak kisahlah sangat. Tapi bila orang dah tahu saya ni bukannya sihat sangat, last beranak thru ceaser, banyak komplikasi, anak meninggal, takkan la diorang tak reti bahasa lagi. Lagipun saya dah pernah cakap yang doktor tak bagi saya pregnant buat masa ni. Kalau bukan sebab buah pinggang rosak pun, tekanan darah saya sekarang memang tak terkawal. Tinggi semedang. Kalau pregnant boleh kena sawan. Tapi tulah, tak kena batang hidung sendiri boleh la nak cakap macam-macam.
Satu lagi perkara yang saya tak suka, ada je yang mulut gatal nak cakap bukan-bukan atau nak mengajar ikut pandai dia. Soal anak adalah soal rezeki daripada-Nya. Naluri keibubapaan yang wujud tu memang menunjukkan kita ni insan normal yang tahu berkasih-sayang. Tapi kalau kita nekad cari pasal sampai memudaratkan diri sendiri pun Allah murka juga. Yang saya menyampah tu, orang yang tak blood-related pun. Kecoh lebih. Suruh amik angkat kononnya. Pastu macam nak paksa-paksa. Sukahati kitorang lah nak amik ke tak! Kalau kita nak amik, tak payah orang suruh, kalau ada orang halang pun kitorang amek juga. Fed up la dengan orang yang suka nak interfere ni. Kitorang ni hidup pun terumbang-ambing lagi. Hari tu sorang kat utara, sorang kat selatan. Alang-alang nak angkat, biarlah betul-betul semenggah. Beri yang terbaik. Ni kalau setakat duk dengan baby sitter je, serupa tak payah angkat.
Argghhh.. Teremosi pulak petang-petang ni. Tapi serius tau, annoying tau. Tu belum yang mulut celupar keluar statement racun such as "Buat penat je mengandung". Rasa nak mencarut je. Huhu.. Sabor sabor. Peringatan untuk diri sendiri especially yang nombor tiga dengan empat tu..

Subscribe to:
Posts (Atom)