Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label memasak. Show all posts
Showing posts with label memasak. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Mencuba Resipi Pai Labu Manis Puan Zaitun

Assalamualaikum..

Hmm hari Sabtu lepas, saya ada masa sikit untuk mencuba pai labu manis resipi Puan Zaitun Ismail yang dikongsi oleh Encik Iskandar di SINI. Buah labu manis yang suami saya tanam di kampung dah pun matang walaupun saiznya agak 'mini'. Mungkin sebab saya debungakan dengan bunga jantan labu Jack-Be-Little. Apa nak buat, tak ada bunga jantan lain waktu tu. Hanya dua biji yang menjadi. Jadilah..





Tak besar pun kan? Biji dia pun comel-comel je. Mulanya saya ingat nak kecilkan sukatan, tapi takut tak jadi pula kalau derhaka. Hahah.. Nama pun first time cuba kan...Resipi ni agak mudah, dan kalau pandai rancang masa, tak memakan masa yang lama pun. Misalnya, panaskan air kukusan semasa menyediakan bahan, dan kukus buah labu, sementara menguli kulit pai. Bab menguli ni saya lemah sikit, sebab jari-jari saya macam nak kejung. Buat mental note, lain kali buat masa boss ada. Biar dia yang uli dan canai. Barulah dapat kenipisan yang diinginkan.





Macam nilah rupa labu ni di sebelah dalam.. Bau labu yang dikukus sangat menggoda hokey! Dah la buat waktu lapar. Banyak jugalah kena cukai masuk dalam mulut. Sedap.. Patutlah anak buah saya suka makan labu. Segala bahan-bahan untuk isi pai disatukan dalam blender dan kisar. Senang kan? Lepas tu curahkan je dalam loyang yang dah dilapis dengan kulit pai.

Sementara tunggu pai masak, boleh lah buat kerja lain. Kemas rumah ke, mendobi ke, berkebun ke. Sebab makan masa jugalah nak masak. Okey, I underestimated the size of my pumpkin. Penuh sampai melimpah isi pai sampai tak nampak dah crust dia. Masa korek isi labu tu, penuh semangkuk besar. Jadi Pai Labu ni agak mewah dengan labu. Tadaaa.. Inilah hasilnya.


Err.. please excuse kecacatan kat bahagian tepi tu. Tu saya terpegang masa nak check dah masak ke belum. Masa tu masih lembik lagi.. Hmm.. rasanya agak manis bagi saya. Jadi siapa yang tak suka manis boleh kurangkan gula. Tapi bila suruh hubby rasa dia kata ok.. Dan yang penting dia kata, "Sedap". Terima kasih Puan Zaitun kerana sudi berkongsi resipi yang mudah diikut bagi saya yang teramat amatur ni. Kepada kawan-kawan yang ada tanam labu manis tu, silalah mencuba. Kepada yang suka rasa yang lebih berempah boleh lebihkan serbuk kulit kayu manis. Cinnamon menyeimbangkan dan menyedapkan lagi rasanya. Ada juga resipi yang saya jumpa menggunakan serbuk halia dan cengkih. Terpulang pada citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Wednesday, March 13, 2013

Birthday My Hubby.. Kenduri-kenduri

Bismillah..

Hari ni hari ulang tahun kelahiran suami saya.. Semalam pula emak saya.. ramai lahir bulan tiga ni.. Tapi sume tak dapat hadiah.. heheheh.. eh, mak dapat hadiah awal. Microwave oven daripada kami lima beradik.


Hubby pula, tak tahu nak bagi hadiah apa? Hadiahkan diri sendiri boleh tak? Hahah.. Poyo je. Kalau best sangat tak pe juga.. Ni masak pun malas.. hohohho..

Cerita pasal memasak, oleh sebab saya jarang memasak sebab bateri asyik kong je, saya cuba lah tunaikan apa yang dia nak makan bila rasa sihat sikit. Hujung minggu lepas, adik ipar saya yang duduk di Shah Alam nak balik ke kampung. Habis diharuk abang kakak dia suruh balik kampung. Jadi suami cadangkan untuk masak rendang arnab. Mungkin dah memang rezeki, ibu saudara dia minta sembelihkan arnab, dapat arnab percuma. Alhamdulillah.. Murah rezeki suami saya ni. Mungkin sebab dia ni budak baik, pakcik makcik dia selalu minta tolong buat itu ini dan dapat upah macam-macam. Kadang-kadang arnab, kadang-kadang ayam kampung, puyuh, telur ayam atau telur itik, dan kadang-kadang buah-buahan. Itik pun ada juga dioffer, tapi tak pandai makan itik kot. Hahhaha.. Kadang-kadang dapat ilmu-ilmu terutamanya hal penternakan.

Eh melalut-lalut pula.. Berbalik kepada cerita rendang. Oleh kerana saya ni tukang masak amatur, terpaksalah mula memasak dari awal petang. Nama pun masak rendang yang sinonim dengan renyah.. Hahahha. Siap bawa buku resipi ko! Malu juga dengan mak mertua, tapi baik tengok buku resipi daripada masak tak jadi. Resipi rendang ni daripada mak saya. Malu-malu siput pula kejap bila mak mertua belek resipi kita. Hahhaha.. Nak jamin sedap, rendang belum jadi lagi..

Alah tak jauh beza pun saya tengok dengan resipi kat dalam majalah. Cuma biasalah, orang terengganu suka pakai gula nira dan rendang musti ada kerisik. Kerisik ni buat sendiri, sangai kelapa sampai kering dan keperangan lepas tu blend. Sedang saya asyik memasak dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba ibu mertua saya bilang, "Apa kata malam ni kita buat kenduri? Kenduri sedara-sedara je." O. M. G. Tukang masak amatur ni nak kena masak untuk kenduri? SERIOUSLY?!!!!!

Tapi takkan nak kata tidak kan? I kan menantu mithali. Kekekek (sila jangan muntah). Kenduri kecil je pun. Doa selamat sebab tahun ni je keluarga besar ni akan dapat tiga orang cucu baru. InshaaAllah. Semoga dipermudahkan kepada ipar-ipar dan biras saya. Tapi masalahnya, menu yang dirancang tu saya tak pandai masak. Asam rebus batang keladi, dan ayam masak kicap. Ok ok, saya memang jahil bab masak. Masak kicap pun tak tahu. Bukan tak tahu, cuma masakan jawa lain daripada masakan terengganu. Terpaksa la buat muka innocent mengaku tak pandai masak. Nasib baik mak mertua I sporting. Dapatlah belajar resipi baru. Tak jauh beza pun, cuma gantikan lada boh dengan  serbuk lada hitam. Lain-lain lebih kurang. Tapi sayur keladi tak sempat belajar sebab mak mertua suruh pergi solat maghrib.. Perghhh... daripada lepas zohor sampai nak masuk isyak. Berhenti time solat je. Tetiba rasa macam superwoman. Hahhaa. Tak boleh lawan towkey ye. Superwoman tu mak mertua saya. Saya sidekick je. Sidekick pun sidekick la..

Hmm.. masalah saya waktu memasak ialah saya langsung tak yakin dengan deria rasa saya.. Pertamanya, saya masak stail makanan orang sakit. Kurang garam dalam masakan, kurang gula dalam minuman. Lagi satu lidah saya ni selalu rasa tak sedap dan mual. Saya ada terbaca tu kesan sampingan bila toksik banyak dalam badan. Jadi, tukang rasa saya haruslah encik suami yang hebat memasak. Dia kata rasa rendang tu "BEGINI", sambil tunjuk jempol (ibu jari). Yeay! Sukses..

To my dearest hubby, thanks for always being there for me. Semoga ulang tahun ini menjanjikan kematangan dan membawa sinar bahagia sama ada di dunia atau di akhirat. Terima kasih juga kepada mak dan bapak sebab kerana mereka, abang adalah abang pada hari ini. Abang yang menjadi suami Nurul. Suami yang terbaik yang isteri dambakan. May Allah SWT bless you!