Tak ingat sebenarnya bila saya mula semai benih-benih sayur ni. Rasanya dalam tiga minggu lepas. Ada yang cepat dan ada yang lambat bercambah. Tapi alhamdulillah ada perkembangan.
 |
| Anak bayam merah. Benih percuma daripada Kebun Bahagia Bersama sebab beli benih Carrot. |
Tak jelas nampak anak bayam ni sebab warna dia lebih kurang warna medium tanaman kami. Lambat letak bawah matahari jadi agak terbantut sikit.
 |
| Kangkung, benih kongsi dari www.tanamsendiri.com. Tak lama lagi jadi lauk la ni. Heheheh. |
Kangkung membesar dengan pesat dan pantas. Semalam hujan lebat, seronok la mereka menari-nari dalam hujan. Hari ni tengok macam dah gemuk berbanding semalam.
 |
| Anak Sawi. Risau diorang patah riuk sebab ditimpa hujan. Mujur hubby dah buat teduhan. |
 |
| Cambahan ulam raja. |
Mesti pelik tengok anak ulam raja tu kan? Padahal masa mula-mula tanam dia yang cambah dulu. Actually ni semaian baru, dua hari lepas kot semai. Sebabnya, ada kucing jiran 'bersiar-siar' dalam petak tanaman saya sampai mangkat semua putera-puteri raja saya. Huhuhuhu. Nasib baik ada benih lebihan. Boleh semai semula.
Oh ya, semaian bunga marigold/kembang emas dan keembung saya rasanya semua dah lemas dibawa arus hujan. Huhuhu.. Harap-harap tersangkut la mereka kat rumput mana-mana menghiasi alam ni walaupun bukan kat laman saya. Jangan jadi mangsa pemesin rumput sudahlah. Saya semai semula marigold yang masih bersisa. Keembong dah yillek. Bukan rezeki. Innalillahiwainnailaihirojiun.