Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Basil. Show all posts
Showing posts with label Basil. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

Tangan Dah Kasar, Kita Rehat Dulu

Assalamualaikum semua. Rasa macam belum lama tak update blog. Sekali tengok last post, 3 bulan lepas daaaa.. Adoyai, ni lah kalau penyakit malas dah merasuk diri. Bukan penyakit malas je, moody, grumpy, segala macam mak nenek kenegatifan bermaharajalela. Kadang-kadang rasa macam semua alter ego saya tengah bercakaran, masing-masing nak menguasai. Ke diorang berkerjasama nak wujud dalam masa sama. Eh, bunyi macam I ni ada membela saka pulak.. Hahahah.. Saya ada cakap dengan hubby, "Bang, kita rasa, kita ni macam dah nak gila". Yelah, kejap sedih, kejap marah. Kejap kesian dengan orang, kejap lagi menyampah pulak. Kadang-kadang tu rasa macam nak makan orang. Macam psiko kan? Kadang-kadang rasa macam nak jumpa pakar psikiatri pulak.

Pada suatu hari, tetiba rasa nak baca risalah salah satu ubat yang saya ambil sebab nurse kat dialysis centre tu cakap pulse rate saya rendah sangat. Ada sekali tu cuma 39/min. Saya syak salah satu ubat darah tinggi sebab tiap kali ambil ubat, pharmacist tak kata ubat darah tinggi, tapi ubat untuk jantung. Baca punya baca, rupanya memang side effect ubat tu. Tapi terkejut sebab selain tu, ubat ni boleh menyebabkan 'abnormal dreams, amnesia, depression, gait abnormality, hallucinations, insomnia, nervousness, personality change, somnolence, and tremor." Wow, it explains a lot kenapa saya makin pelupa. Selalu kalau orang pesan, "Nanti ingatkan....", saya ingat orang ada suruh ingatkan something tapi tak ingat apa yang disuruh ingatkan.. Okay, at least I am not phsyco. Ye ke?

Sekarang alhamdulillah hujan hampir setiap petang.. Pagi biasanya cerah.. Jadi ringan sikit kerja menyiram tanaman.. Atau dengan kata lain tak payah siram kecuali tanaman dalam pasu di kaki lima rumah. Tapi rumput rumpai hidup subur.. Setiap kali ada masa, kerja merumput je.. Tanah agak lembap, senang cabut guna tangan je. Punyalah subur, timbunan kompos dah bergunung-gunung. Tak habis-habis, baru nak clearkan tempat lain, yang baru cabut hari tu dah tumbuh rumput baru. Sampai kasar tangan kita. Huhuhu Harapkan Si Pindi (arnab peliharaan), bukan nak makan rumput, tanaman yang di makannya. Pokok edamame tengah berbuah dimakannya.. Geram je. Nasib baik I love you tau, Pindi. Buah terung yang meleret dekat tanah pun dikokaknya.

Kerja Si Pindi. Depan mata kita dia buat kerja. Selamba.

Rumput-rumput yang dijadikan kompos tu saya masukkan dalam tong gabus dan semai macam-macam benih dalam tu.. Hasilnya sangat memuaskan hati..

Herbs Box. Sweet Basil, Dark Opal Basil, Thai Basil. Peppermint, Pegaga, Nasturtium, Lekiu  tak kelihatan sebab Basil bushy sangat. Ada juga sepokok gomphrena putih dan beberapa pokok keembong yang tak tahu warna apa.


 Box kedua ni ada pokok keembong juga, pokok cili besar, bawang, dan zinnia warna krim. Cili besar dah mula berbuah dan lekat. Hasil kerja keras sekumpulan semut. Tapi diorang membela bena hitam lah pulak.


Add caption

Box ketiga ni dipenuhi anak benih bendi merah. Tak sangka pulak masih bernas biji benihnya sebab dah lama simpan benih ni.. Tak simpan dalam peti sejuk pun. Campak je dan boleh kata semua tumbuh. Alhamdulillah. Ada anak tomato jenis italian paste di celah-celah anak bendi tu.

Anak benih bendi merah.

Yang ni ada bunga telang dan terung panjang hijau. Baru juga alih pokok terung tu. Ada juga gomphrena ungu dan velvet lace dianthus.
 Box yang di bawah ni, tong kompos saya yang pertama. Masa tu, ada satu ni je tong. So, segala macam biji benih saya campak dalam ni. Yang menguasai terung panjang hijau. Sangat puas hati tanam terung ni sebab sangat cepat besar tapi lambat tua. Bunganya pun lebat. Ada tomato, carrot, kobis, kailan. Hari tu ada zucchini tapi mati kering sebab tuan dia balik kampung, takde orang tolong siram.

Add caption
 Kalau berkebun, tak sah kalau takde pengunjung. Lihatlah gambar kat bawah ni. Besar bukan beluncas tu..Agak2 beluncas untuk rama-rama apa ya? Dua ekor je, tapi hampir botak pokok terung ni. Hari tu jumpa seekor dekat pokok terung lain. Botak terus daunnya. Tapi lepas tu tumbuh semula daun baru yang lebih cantik.





Monday, July 16, 2012

Harvest: Kangkung, Pucuk Keledek, Cili ceri, Daun selasih,

Hujung minggu adalah hari untuk menghabiskan masa bersama suami kesayangan. Tapi taknak lah habiskan masa secara tak berfaedah dengan membuat taik mata je. Oleh sebab takde apa sangat nak dibuat, tanaman juga la jadi hiburan.

Si kacak bersama kebun mini kami. Bekas-bekas asal boleh je.

Kangkung yang dah boleh dituai buat kali kedua.

Oleh sebab kami ni suka makan daun, seperti biasa kena topup dengan pucuk keledek. Juga sedikit daun selasih buat penaik selera.

Sedikit cili ceri. Rancangnya nak buat jeruk.

Kami ni dalam bak bercucuk tanam hanya ikut naluri dan kadang-kadang hentam keromo. Banyak kesilapan yang kami lakukan dan banyak jugalah yang kami pelajari. Macam bekas tanaman dari tin tu, agak kurang praktikal kalau di tempat panas sebab tanah terlalu cepat jadi panas dan kering. Lubang saliran pun tak cukup besar membuatkan air bertakung. Hanya pokok yang sukakan air macam kangkung dan kesum bahagia. Sawi dan bayam jadi kurang sihat.

Bekas-bekas yang ada perlu diubah suai. Besarkan lubang, baiki medium tanaman. Ada tanah yang agak menakung air. Ada yang terlalu peroi, langsung tak simpan air. Semalam, kami buat keputusan untuk guna tapak kecil di luar pagar untuk jadikan kawasan bertanam kerana kawasan dalam pagar yang menerima cahaya matahari agak terhad. Ada sebahagian tanah dalam bekas kami gunakan untuk menambak. Tambahkan tanah bakar, baja tahi arnab dan juga tanah dari kampung yang kaya cacing. Semua pokok ulam raja dah dialih ke tanah, bersama pokok kunyit, dan ditabur dengan semaian baru bayam, sawi dan kailan. Bekas berisi kesum dan rumpun bawang pun dah diletak di luar.  Harap-harap mereka suka tempat baru. Cuma geram sebab nampak kesan tapak kaki kucing. Jangan ditinggalkan bom diorang sudahlah.

Wednesday, June 27, 2012

Tuaian Hari Ini: Kangkung, Daun Keledek, dan Daun Selasih

Hujan beberapa hari ni, pokok yang sukakan air memang gembira dan gemuk. Kangkung dah mula nak menjalar. Jadi memang patutlah dituai. Tapi, oleh sebab kami berdua ni adalah pemakan sayur yang rakus, rasa macam sikit je. Terpaksalah topup dengan daun keledek. Daun selasih nak buat ulam. Hmm..ada anak-anak bayam yang baru tumbuh. Agaknya mereka pun sukakan air. Saya fikir dah tak nak tumbuh. Keembong pun banyak yang bercambah walaupun dah berterabur tak ikut susunan. Alhamdulillah..

Dalam masa dua hari mereka membesar dengan pesat.
Rasa macam sikitlah..

Yahoo..dah penuh pun..
 Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat En Iskandar Tanam Sendiri sebab berkongsi benih kangkung ni. Kangkung ni bakal jadi lauk tengahari ni (hubby masak..hehehe).

Saya tengah dalam proses mengeringkan benih-benih cili. Tak tahulah betul ke tak kaedahnya. Biji cili ceri yang saya penyek-penyek dalam pasu dah bercambah. Banyak anak dia.


Wednesday, June 13, 2012

Selasih ke Kemangin?

Saya selalu tak dapat bezakan jenis-jenis basil. Selasih ke, kemangin ke, thai basil, lemon basil. Maklumlah, newbie. Yang saya kenal sweet basil sebab daun dia gemuk-gemuk. Tapi saya rasa saya dah dapat jawapan daripada pemilik blog www.tanamsendiri.com, En Iskandar. Kebetulan ada entry tentang selasih di sini. Berikut adalah jawapan En Iskandar.


Rupanya memang dekat tetapi ada perbezaan yang ketara. Warna batang selasih ungu, batang kemangin hijau. Daun selasih lebih tirus berbanding daun kemangin. Yang paling jelas baunya berbeza.

Jadi saya rasa selamat untuk menamakan pokok basil yang saya tanam sebagai selasih. Hehe.. Semuanya berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan oleh Encik Iskandar.

Pokok Selasih saya. Dah berbunga pun.

Ingat nak close-up tapi susah nak dapat gambar cantik.
 Oh ya, sejak mula bercucuk tanam ni, kami suami-isteri dah tahap kemaruk. Semua benda nak tanam. Pantang nampak biji benih, mesti kutip dan semai. Biji tomato yang saya semai dah bercambah. Tengoklah kalau diorang mampu hidup ke tak. Suami siap semai anggur. Hahaahha. Sekarang tengah kumpul biji tembikai (beli weekend hari tu) dan capsicum. 

Lepas tu, punya lah desperado nak makan pucuk ubi, tanam batang ubi dalam plastik beras. Dah keluar pucuk dah. Hari Isnin, hubby tanam keledek pula dalam container. Kakakak. Kakak ipar saya gelakkan kami tanam keledek dalam bekas. Takpe...takpe.. Kang keluar keledek, nak show off.. Kekekekk.