Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Appointment 12 Oktober 2013

Phewww.. Punyalah dah lama jumpa doktor baru nak update.. Penyakit malas terlalu bervirus sekarang.. Idea banyak tapi malas nak taip.. Boleh gitu? Baca blog orang pun tak sempat.. Tanaman pun tak update.. Nantilah kalau rajin saya update blog pasal tanaman lump sum terus.

Appointment lepas, semuanya ok je.. Result darah tak improve sangat tapi terkawal. Doktor kata bagus, darah pun bersih. Potassium, kolesterol semua OK. Cuma Phosphate je tinggi sikit. Tapi dapat agaklah sebab apa. Ambil darah hari tu betul-betul lepas raya. Imagine jelah, biskut raya almost all ada kacang. Biskut cornflakes I je yang xde kekacang. Pastu lauk pauk melayu ni mesti nak ada santan kan? Rendang, kuah kacang, lodeh, gulai.. Kalau tak makan karang. mak kecik hati.. Eh? Nama mak juga kena jual. Hahahha.. Ampun mak...Sebenarnya sebab mak masak sedap. Anakanda tergodalah.. Doktor seronok je berborak pasal pendermaan organ. Bagus juga doktor ni.. Dia suka share tapi patient lain cakap dia kuat membebel.. Hahahha.. Doktor pesan suruh buat exercise..

Hmm patutnya dalam bulan oktober ni kitorang nak berjimba-jimba kat Langkawi. Pusat dialisis sponsor RM500 untuk setiap patient yang nak pergi. Pengiring bayar sendiri. Puas pujuk hubby pergi, siap offer nak sponsor lagi. Rasa berpatutan sebab termasuk tiket penerbangan, makan, penginapan dan tour guide. Tapi yang tak bestnya tak dapat sambutan. Ahli rombongan tak cukup untuk satu pakej. Jadi terpaksalah ditunda. Hukhukhuk.. Penat I buat survey apa yang best kat Langkawi tu. Yelah, nak pergi sendiri boleh. Tapi kalau pergi dengan rombongan ni senang. Jadual dialisis diorang atur. Kalau perlu, boleh buat dialisis dekat sana. Ada nurse dan doktor sekali. So, kalau jadi apa-apa, tak payah risau. Senang kata, senanglah! Takde rezeki lah nak melencong...

Huhuhuhuhu.. Baru ingat nak honeymoooooon..

Monday, February 4, 2013

Cameron Highland Trip Kali ke 4 Sudeyy

Ya..sudah kali keempat ke Cameron Highland. Adess.. macam dah takde tempat lain dah nak pergi gamaknya.. Tapi apa nak buat, inilah tempat yang saya suka, kenang dan rindu. Dengan suasananya, suhunya, tanam-tanamannya, kesegarannya, keramahan orang-orang CH, kemeriahan pasar malamnya. Daripada pertama kali saya pergi kalau tak silap saya pada tahun 2003 sampai la ni, tak banyak bezanya.

Pengalaman pertama sampai ke CH paling adventurous kot. Masa tu saya pergi ekspedisi mendaki 3 gunung iaitu Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar. Muda belia lagi masa tu. Masih 18 tahun lagi ketika kejadian. First timer dan paling junior dalam ekspedisi tu, so secara automatiknya yang paling kong la (cepat pancit). Sampai satu tahap, dah tak mampu angkat kaki, saya merangkak je. Siap kena perli dengan senior, "Nasib baik ko ada siku dengan lutut kan?".. Perghh pedas.. First time kot, terus ekspedisi besar, bawak beg 15 kg. Turun gunung kaki dah bengkak macam orang mengandung 9 bulan. Oleh sebab cuaca tak baik, hujan sepanjang minggu, track hancur. Guide ekspedisi cadangkan kami turun dekat cameron walaupun plan asal nak turun dekat kelantan. Kami turun ke kebun sayur kenalan guide kami. Malam tu kutip sayur segar dan masak. Selepas tu diangkut beramai-ramai naik hilux ke tanah rata kalau tak salah. Berkhemah di tapak perkhemahan. Lepas tu, boleh pulak gi jalan kaki pergi pasar malam Brinchang. Gilosss... Jiwa muda le katakan. Esok gi tumpang mandi shower kat berek Polis Cameron Highlands. Bila pikir0pikir balik, macam tak percaya pula saya pernah melalui semua tu. Muka tebal betul sekor-sekor. What a memory. 

Kali kedua pergi melancong dengan housemates, Wani, Kak Siti dan Noen. Masa ni sume bujang trang tang tang. La ni semua dah kendong anak, Kak Siti dan Wani dah dua kot. Hahahahha..Masa ni kenangan temper tunggu bas. Patutnya pukul 8 malam, sampai pukul 12. Pastu beli tiket ke Tapah, alih-alih belum sampai Tapah dah kena turunkan. Mengamuklah.. Hahahha.. Pastu driver bas bayar duit utk tambang bas sangkut-sangkut ke Tapah. Tapi tambang tu tak cukup sebenarnya. Ciss.. Nasib baiklah CH sejuk, cool sikit kitorang. Hehehhe.




Kali ketiga last year masa balik daripada majlis nikah adik ipar dekat Kuala Krai. Kali ni pergi berempat dengan Kak Pojit dan Abg Awie. Kebetulan bukan musim cuti sekolah, jadi harga penginapan agak berpatutan. Kami dapat apartment 3 bilik dekat dengan Hotel Heritage, cuma RM180 semalam. Oklah sebab memang luas dan selesa. Ada dapur lengkap lagi.

Yang terkini ni pulak memang plan masa public holiday. Mak aihh sewanya melambung sampai dua kali ganda. Apartment kitoang duk hari tu automatik jadi RM 350. Melampau gile. Cari punya cari, Kak Pojit dapat juga yang agak murah, apartment 3 bilik, RM250 per night.. Puas hati sangat. Rumah lengkap dengan dapur, kuali periuk belanga pinggan mangkuk, peti sejuk, tilam, bantal dan selimut ekstra. Cuma parking je kantoi. Hahhaha.. Kali ni duk dekat Puncak Arabella. Dekat dengan MARDI CH. So tempat pertama haruslah merayap ke Mardi. Tapi agak mengecewakan la. Sebab macam tak terjaga sangat. Tempat yang meriah cuma dekat tempat jualan tanaman je. 

Tempat wajib haruslah The Big Red Strawberry Ecotourism Park. Kat sini lah kami memborong bunga ros, kaktus, bunga zaleha, strawberi dan produk-produk lain. Saya ada beli strawberi coklat dia. Boleh tahan sedapnya. Tapi mahallah. Sob sob sob. Kordial strawberi dia pun boleh tahan. Beli juga salad untuk makan malam 3 pokok. Sepokok besar cuma RM2 sahaja. Tidak lupa mengepow hubby makan strawberi dengan fresh cream. Alah, gedik nak feeling makan strowberi atas bukit. Bila lagi kan?

Yang paling happy pastilah my nephew, Nasrudin. Dia ni memang budak yang aktif. Turun naik tangga selamba je. Berlari-lari sana sini. Bergilir-gilir la mengejar. Maknya, Kak Laila tengah mengandung 6 bulan. Tentulah tak larat.

Apa yang pasti, walaupun dah berkali-kali ke sana, tetap dapat menggembirakan saya. Panjang umur, inshaaAllah sampai lagi ke sana.

P/s : Tempat idaman yang satu tu, mudah-mudahan Pemiliknya sudi menjemput ke sana. Aamiiin.

Thursday, April 22, 2010

Honeymoooooners... Perhentian Island

Kami

Selepas 5 bulan berkahwin barulah pak cik dan makcik berkesempatan nak berbulan madu..Ini semua gara-gara menunggu viva yang tak kunjung tiba.. Once makcik book resort je, terus dapat tarikh viva.. sungguh dengki..;p

Mula tu makcik ingat nak gi cameron highland je. Dah pernah pergi pun, sangat suka...Banyak tempat nak dilawati, iklim sejuk yang nyaman, boleh shopping kat pasar malam.. memang best lah senang kata. Tapi pakcik kata nak gi pulau.. Pulau pun pulau la..


Arwana Perhentian Resort

Kami menginap di Arwana Perhentian Eco Resort. Boleh tahan lah.... Lokasinya di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Lunch mewah, senak perut kami. Breakfast dengan dinner? So-so je kot.. Tempat ni memang sesuai untuk orang yang berhoneymoon macam kami kerana bilik nya memang syok... tidur je kitorang... ngantuk je kalau duk dalam bilik..Kami amik bilik deluxe pool view.

Suasana di pantai paling best masa air pasang dalam pukul 1.00 ke 2.00 p.m. Angin dia, fuuuuh... masyuk.. tapi pas surut tak best.. nampak lah sampah sarap yang dibuang oleh orang yang tak bertanggung jawab.. menyampah..Time laut surut juga merupakan waktu pelancong-pelancong asing berjemur dengan pakaian yang... you ol tahu la kan? menambah dosa pak cik jer.. so mak cik ajak dia kuar waktu-waktu tertentu je.. hahahhah..

Kalau anda orang yang suka bereksplorasi, bolehlah pergi snorkelling ke, scuba diving ke, candat sotong pun ada... kayak pun boleh juga.. Kepada sesiapa yang sukakan perlancongan budget, mak cik cadangkan bawa bekal makanan and minuman sebab kalau di pulau, expect to pay at least two time the normal price in main land.


Apa-apa pun, akhirnya kami berhoneymoon juga.. mudah-mudahan adalah hasilnya.. hihik.. amiiin