Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Belasungkawa Nurulhuda Abd Ghani (Yuyun)

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Terkejut.. tergamam..sedih dan macam-macam perasaan bercampur-baur.

Saya dan Yuyun bukanlah sahabat karib. Cuma satu batch masa di sekolah menengah, pernah pula sedorm. Tapi perkara yang menghubungkan kami kembali adalah pengalaman hidup yang sedang kami lalui. Chronic Kidney Disease (CKD).

Dalam dua minggu yang lepas, kami masih lagi bertukar-tukar cerita tentang perkembangan kesihatan masing-masing. Kalaupun tidak berbalas mesej, saya selalu singgah di wall facebook nya yang selalu dikemaskini. Yang terakhir saya ketahui, dia sedang mendapatkan rawatan homeopati. Walaupun dia baru sahaja didiagnos mendapat penyakit ini, tapi keadaan dia lebih kurang sama dengan saya, mungkin lebih teruk. Dia pun cuma mengetahuinya sewaktu mengandung anak keduanya. Ini ada diceritakan dalam blognya. Yuyun mengalami water retention dalam buah pinggang sedangkan ginjal saya kecut.

Tiba-tiba pagi ini seorang kawan mengkhabarkan pemergiannya. Selama-lamanya.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak terkejut.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak takut.


Bohonglah kalau saya bilang tak terlintas dalam fikiran ini "Apa pula nasib aku?"

Semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan solihin.. Pilu hati saya memikirkan anak-anak arwah Insyirah dan Zikri. Zikri dilahirkan pramatang, tentulah memerlukan lebih perhatian berbanding anak-anak biasa. Semoga suami dan orang-orang kesayangan arwah tabah menghadapi dugaan ini. Melihat derita orang lain mengingatkan hikmah segala kejadian terhadap diri sendiri. ALLAH.. hamba-Mu ini lemah, maka kuatkanlah hatiku..

Amiin.

Thursday, March 8, 2012

Belasungkawa Salmah Binti Mansur

Firstly, sudilah sedekahkan al-Fatihah buat Maklong saya, Salmah binti Mansur yang meninggal dunia pada hari Jumaat, 2 Mac 2012 yang lepas. 

Hari yang pilu buat kami semua. Hari tu saya sebenarnya merancang untuk pulang ke Nilai untuk berjumpa cinta hati sambil mengemas barang-barang untuk berpindah ke Johor. Tapi kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Betul-betul sehari sebelum Kaklong mengadu yang mata kirinya asyik terkedip-kedip. Kata orang nak jumpa orang yang dah lama tak jumpa, ataupun nak menangis. Kata orang lah... Tiba-tiba hari Jumaat tu mata kiri saya pula yang terkedip-kedip (sampai hari ni). 

Pagi-pagi lagi sepupu saya dah telefon cakap Maklong masuk hospital dan tak sedarkan diri. Hati saya rasa tak sedap dan dalam masa yang sama rasa bersalah. Sebabnya sebelum ni Maklong ada masuk wad sebab patah kaki tapi saya tak pun pergi melawat. Nampaknya kali ni saya akan miss lagi sebab saya plan nak balik Nilai.Saya telefon hubby, ajak dia balik Segamat untuk tengok Maklong, namun hati saya meronta nak balik hari tu juga. Saya dapat merasakan inilah kali terakhir...

Tiba-tiba ayah hantar SMS mengatakan Maklong dah nazak. Rasa bersalah semakin memburu. Saya call Kaklong, sepupu call saya. Semuanya gelisah bertanyakan rancangan masing-masing. Komitmen keduniaan sangat mencengkam, meletakkan kami dalam keadaan serba-salah. Kereta sepupu saya diguna oleh adiknya untuk membawa pulang Mokda saya (ibu mereka, adik maklong). Satu-satunya kenderaan yang ada, kereta Kaklong, si ibu sarat mengandung 9 bulan, tanpa suami kerana Abang Long pergi berkursus. Saya buat keputusan untuk pulang dengan bas ke Segamat dengan anggapan Kak Long tak mungkin dapat balik ke kampung dalam keadaan macam tu.Kemudian dapat lagi sms daripada ayah mengatakan Maklong sudah pergi buat selamanya. Innalillahiwainnailaihiroji'un. Mak menelefon dengan suara orang baru lepas menangis. Rupanya Mak merupakan orang yang berada di sisi arwah sewaktu arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sudahnya Kaklong telefon suruh bersiap dan kemaskan bajunya sebab suaminya beri izin untuk pulang ke kampung dengan syarat sepupu saya (Kak Uji) yang drive. everything seems ok sampailah masanya Kak Uji cakap dia tak tahu kereta Kaklong kereta manual dan dia hanya drive auto. Huhuhu... Jadi, bantuan dipanggil. Sepupu kami, Ara (adik Kak Uji) datang dengan harapan dapat bergilir dengan Kaklong untuk memandu ke Segamat. Tiba-tiba teringat pula kami terlupa seseorang. Seorang lagi sepupu kami, Nor, anak Pak Ngah. Kami berpatah ke UTM untuk menjemput Nor dan bergerak pulang ke Segamat. Kereta Proton Saga tu padat dengan penumpang, 5 dewasa, 2 kanak-kanak, 1 bayi dalam kandungan. Saya tidak putus-putus berdoa agar perjalanan kami selamat.

Selain kami ada lagi satu kereta sarat penumpang yang terdiri daripada sepupu-sepupu saya (adik-adik Kak Uji yang lain) dan anak-anak mereka turut bergerak pulang ke Segamat. Tapi mereka ada satu masalah iaitu tiada pemandu yang mempunyai lesen yang masih sah laku. What???? Jadi kami berjanji untuk berjumpa di Hentian Sebelah Kulai untuk bertukar pemandu-penumpang. Ara berpindah ke Volvo, Kak Uda dan salah seorang anaknya ke Saga. Saga yang sudah sedia padat bertambah sendat dengan pertambahan seorang lagi kanak-kanak. Imagine 8 orang satu kereta, dan sebuah lagi 9 orang (3 dewasa, 6 kanak-kanak). Saya sudah terselit dekat dengan pintu belakang. Tak apalah demi Maklong.

Syukur lah kami selamat sampai. Hati saya pilu, tapi suasana di rumah maklong tidaklah semuram yang saya sangkakan. Mungkin mereka (anak cucu cicit Maklong) sudah bersedia sebab Maklong sudah lama sakit. Secara peribadi, saya sangat mengagumi Maklong. Dia seorang yang sangat penyabar, tak pernah tengok dia marah, dan sentiasa tersenyum. Saya tanya Mak, pernah tak tengok Maklong marah? Mak kata, Maklong tu mana reti marah. Mungkin cabaran hidup menjadikan dia begitu tabah. Maklong menjadi balu semasa umur anak sulungnya 17 tahun, dan Maklong mempunyai 9 orang anak. 

Masa saya kecil-kecil dulu, Maklong ada juga datang menginap di rumah kami. Saya suka solat berjemaah dengan Maklong. Daripada Maklong juga saya selalu mendengar cerita tentang susur galur dan salasilah keluarga kami, perihal ayah masa kecil-kecil, kenapa dia binti Mansur, sedangkan ayah bin Ahmad. Rupanya, Maklong kakak seibu bukan sebapa ayah tapi hubungan mereka adik beradik sungguh rapat. Saya yakin Maklong juga seorang ibu, mertua, nenek dan moyang yang sangat baik. Anak menantu cucu cicitnya boleh hidup rukun damai, bertolong bantu dalam satu rumah. Hidup Maklong pasti sentiasa terisi dikelilingi oleh ahli keluarga. Bukan setakat anak-anak sendiri, anak-anak tiri dan cucu-cucu tiri pun selalu datang ke rumah Maklong. Sememangnya Maklong sangat disayangi.

Rezeki Maklong untuk pergi dan dikebumi pada hari Jumaat. Bersemadilah dia meninggalkan kami yang masih hidup ditemani memori. Maklong, damailah dikau di sana. Al-Fatihah buatmu, Maklong yang kusayangi.