entri ini dibuat khas untuk kakak Puteri Purnama. Sebenarnya saya juga pernah menimbulkan persoalan ini kepada suami saya. Antara jawapan yang diberikan dan yang dijumpai di layar maya ialah:
1) Ikan linang adalah sejenis ikan sedangkan belut tidak. Sebab itu orang tak panggil ikan belut. Ini hubby yang kata. Kalau salah jangan ikut. Hahaha. Tapi dalam bahasa inggeris, kedua-dua belut dan ikan linang dipanggil eel.
|
Sisi tepi ikan linang (sumber google) |
|
Sisi tepi seekor belut sawah. |
2) Ikan linang mempunyai sirip di kiri kanan kepalanya. Belut pula badannya bulat sahaja.
|
Belut |
3) Menurut wikipedia pula, ciri khas bagi
belut ialah tidak bersisik (atau hanya sedikit), dapat bernafas dari udara, bukaan insang sempit, tidak memiliki kantung renang dan tulang rusuk . Belut adalah sejenis haiwan hermaprodit iaitu berubah jantina. Semua telur belut yang baru menetas akan menjadi belut betina dan apabila mencapai umur dan saiz tertentu. Biasanya belut besar adalah belut jantan.
4) Nama saintifik Belut ialah Monopterus albus (belut sawah). Ikan Linang pula Anguilla Mauritiana (Ikan linang kuning)
5) Ukuran maksimum bagi belut ialah 1 m manakala ikan linang boleh menjadi sangat besar. Suami saya cerita, pernah ada kes ikan linang makan orang. Tiada bukti sahih mengenai kejadian ini.
|
Ikan Linang atau dikenali sebagai sidat di Indonesia (sumber) |
6) Warna belut adalah bervariasi, ada yang kelabu, kehitaman, kecoklatan, hijau zaitun dan kekuningan. Ada juga dalam pembacaan saya terjumpa perihal belut putih. Pernah berlaku kegemparan apabila
belut berwarna merah di Lishan, China (klik link untuk baca). Menurut mertua saya, belut yang berwarna kuning ni lebih sedap daripada yang hitam. Saya belum pernah makan yang hitam. Manakala ikan linang pula warnanya tak jauh berbeza dengan belut iaitu gelap di bahagian atas, berperut putih atau kuning, atau berbintang di seluruh badan. Yang pasti ikan linang kuning mestilah warna kuning.
4 comments:
lepas ni bole la buka kolam bela belut plak, dah mahir dah ni...hehehe
hahaha.. belum mahir lagi.. belut yang ditangkap tu pun belut sesat termasuk dalam kolam time air naik
Assalammualaikum dik,
Pertama sekali terimakasih banyak2 kerana sudi membuat entri mengenai perbezaan belut dan ikan linang. Baru ada kesempatan membacanya. Maklumat yg ringkas tapi padat.Terimakasih. Nak guna bahan ini untuk penerangan kpd. anak murid mesti pembelajaran akan lebih seronok, terimakasih ya, Allah membalas segala kebaikan dalam ilmu yg dikongsikan, amin.
Belut pun ikan ada insang tu. belut dan ikan linang satu jenis ikan yg sama....
Post a Comment