Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Limau Kasturi. Show all posts
Showing posts with label Limau Kasturi. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Tuaian di Kampung. Di Bandar Kekeringan.

       Masa bulan puasa yang lepas, adik perempuan saya datang tinggal dengan saya. Bulan lepas pula, adik lelaki saya meneman saya sambil mencari peluang pekerjaan. Apabila mereka tinggal dengan saya, secara tak langsung mereka pun terlibat sama dengan hobi berkebun. Bila balik semula ke kampung, mereka pula buat kebun sendiri. Tapi kenapa pokok diorang lebih menjadi? Jealous! Jealous! Haha.

Seronok balik ke kampung. Banyak pokok keliling rumah yang boleh dituai. Tugas menuai serahkan pada saya. Hahaha. Rakus, semua benda nak kutip. Tapi untuk mengelakkan pembaziran, lagi-lagi waktu rezeki makanan melimpah ruah, saya tahankan je nafsu tu. Hehehe. Raya lah katakan. Makanan banyak kan.

So, inilah yang saya kutip masa balik ke Segamat hari tu. Markisa dibuat minuman, terung telunjuk, mak goreng je, cili padi dan limau kasturi untuk buat memasak dan sambal belacan. Berselera semua makan. Tak sangka sedap juga terung telunjuk tu dimasak tumis goreng. Ingatkan sedap masuk dalam kari je. Buah markisa tu datang dari satu pokok je, cili padi sepokok, terung 2 pokok. Semua berbuah lebat. Cili padi petik yang dah masak je pun dah banyak. Padahal tanah dekat rumah mak tu penuh batu. Mak kata, nak bagi tanah tu berongga sikit, campak je bulu-bulu ayam ke, sabut kelapa ke. Kalau tanam kunyit memang berketul-ketul rizomnya. Oh.. begitu rupanya.

Markisa, Limau Kasturi, Cili padi, dan terung telunjuk.

Esoknya meronda lagi. Nampak bunga telang tengah meremut-remut. Geramnya. Bunga ni mak guna untuk warnakan nasi kerabu. Saya ceritalah yang bunga ni boleh buat sirap biru.

Bunga telang. Ayah panggil bunga nasi kerabu.
Saya gerak balik ke kampung petang Rabu. Semalam baru sampai ke Skudai semula. Terkejut tengok tanaman semuanya kekeringan. Pandan pun dah jadi kekuningan. Pokok ulam raja terus garing. Daun sup terus arwah. Pokok cili bom saya pun dah layu. Tu dia duk tempat redup tu. Huhuhu.. sedih la. Kebanyakan pokok cili dah tak dapat diselamatkan termasuk cili ceri. Mujurlah masa nak balik kampung hari tu ada bawa sepokok untuk beri pada mak. Pokok carrot saya pun dah nazak. Saya ajak hubby cabut je. Lagipun dah lama tanam. Sekali, cenonet je hasilnya. Kekekekk.. dah la pelik ghopenye. Satu je yang agak gemuk.

Carrot Dragon. Suka warnanya.

Wednesday, May 30, 2012

First Harvest : Cili Ceri dan Limau Kasturi

Semalam masak ikan kaloi goreng dan sayur kobis untuk makan malam. Nak kasi masakan simple jadi best, harus la buat pencicah, kicap dengan cili potong, ditambah asam limau sikit. Nyum.. 

So, kami pun gi la petik sikit cili ceri (cherry pepper) dan sebiji limau kasturi yang dah membesar dengan sihatnya. Sedikit gambar untuk mengenali pokok cili ceri ni.




Petik lima biji yang ranum, sebab tak tahu lagi tahap kepedasannya. Limau tu memang huduh sejak dibeli lagi. My hubby cakap, tu luaran je, dalaman dia tak terjejas. Memang pun, bau limau dia kaw dan juicy. Okey dah paham kenapa suami boleh pilih orang tak cantik macam saya, heheh. Yang penting dalaman. Kakakka.. Poyo!

Masa hiris-hiris tu hubby cuma rasa sikit. Tak pedas pun. Macam rasa capsicum cuma bau dia lagi naik. Tambah jelah cili padi yang dah kecut dalam peti tu sikit. Kekeke. So hari ni sempat buka google cari maklumat pasal cherry pepper ni. Mengikut http://missvickie.com/howto/spices/peppers/peppersdict.html , kepedasan cili diukur dengan menggunakan Scoville Heat Index. Dan cherry pepper ni antara yang terendah, sekitar 100-500. Kalau cili padi yang biasa tu 150000, dan cili yang terpedas, habanero pepper 325,000 to 570,000 SHI. Erkkkk... tabik le sapa boleh makan habanero. Sila comparekan cili padi dengan cili ceri untuk comparekan betapa tak pedasnya cili ceri. Hahhah. Patutlah ramai yang buat tanaman hiasan je.

Just for reminder, cili ceri ni saya beli dekat Cameron Highlands dengan harga RM8. Masa tu ada beli dahlia sekali. Tapi pokok dahlia dah ada bakat-bakat nak kembali ke rahmatullah. Kalau ya, saya anggap jodoh dengan dahlia tak panjang. tapi saya masih menaruh harapan sebab daun dia masih banyak cuma bunga je dah buruk. 

Hmm.. benih-benih tanaman dah semai. Buat masa ni semai sawi, kailan, salad, kangkung, bayam, ulam raja, daun sup dan bunga matahari. Nampaknya dah ada yang mula bercambah terutamanya ulam raja. Alhamdulillah. Cepat besar ye sayang.