Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cekur. Show all posts
Showing posts with label cekur. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Pegaga yang Enak

Pegaga dan cekur. Untuk dua orang makan.


Selalunya pegaga dimakan sebagai ulam, dihiris sebagai ramuan nasi kerabu atau dibuat jus. Sekarang ni, ada pelajar sarjana di makmal ni gunakan pegaga sebagai bahan kajian. Sekarang ni pegaga dah mula jadi makanan yang saya suka sebab pokoknya senang dijaga dan tak cerewet, asalkan cukup air. Mulanya tanam pegaga cuma untuk menambah koleksi tanaman. Tapi bila dah mula merayap keluar bekas, terfikir nak manfaatkannya. Cuba makan sebagai salad dicampur dengan sayur-sayur lain.. Errggghh.. pahit.. (mengada). Cuba pula digoreng tumis dengan cili padi dan ikan bilis. Hasilnya tak mengecewakan. Sedap! Tak pahit langsung walaupun masak sekejap je. Lepas tu cuba pula campurkan dengan ulam cekur yang menjadi-jadi. Rasanya jadi bertambah segar sebab cekur ada rasa berangin dan pedas-pedas sikit. Bolehlah bergilir-gilir dengan kailan, sawi, kobis, kangkung dan bayam. Tak la bosan sangat.

Monday, February 4, 2013

Masak-Masak Hujung Minggu

Hujung minggu sentiasa dinantikan sebab waktu tu je lah dapat jumpa dan mengada-ngada dengan husband. Hehehe. Pastu time tu jelah kot saya masuk dapur nak memasak. Kalau tak, alamatnya masak kat kedai jelah. Kepulangan suami membawa hasil tangkapan istimewa iaitu B. E. L. U. T. Belut! Yummy! Siapa sini tak makan belut?

Belut ni saya tak pasti pulak masuk kategori ikan ke tak. Tak pernah pulak dengar orang panggil ikan belut. Belut popular digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kulit. Macam sepupu saya, dia bagi anak dia makan sup belut, sekarang anak-anak dia kulit mulus je. Pernah juga tengok di Majalah 3 yang menunjukkan ada lelaki makan hempedu belut mentah-mentah untuk meningkatkan libido. Dan saya ada juga terbaca, belut kaya dengan omega 3 dan sesuai untuk semua peringkat usia termasuk bayi yang sudah mula makan makanan pepejal. Nanti nak suruh Kaklong bagi Amni (my niece) makan belut la sebab kulit dia tak cantik.

Gambar belut dalam phone suami la pulak. Belut ni di pancing di kolam ikan ternakan mertua saya. Asalnya suami melayankan kerenah saya yang mengaruk sebab tak berjaya pancing ikan haruan tapi asyik dapat anak ikan je. Anak ikan tu dipotong, di pasang pada tajur (joran yang dibuat guna pelepah sawit) dan ditinggal. Dekat-dekat maghrib tu pergi jenguk sekejap, dah mengena. Dapat lah seekor. Lepas tu kemaruklah.. Tiap-tiap hari pasang. Alhamdulillah, setiap hari ada saja yang mengena. Ada yang besar dan ada yang kecil. Dapatlah lebih kurang 10 ekor untuk seminggu pasang tajur.

Sup belut hasil air tangan suami.
Dua hari kami makan belut. Hari Sabtu makan sup belut campur dengan kailan segar dari laman. Ya Allah, memang nikmat dunialah. Hari Ahad goreng dengan garam dan kunyit je. Personally saya lebih suka yang goreng, lebih terasa erti kata belut yang sebenarnya. Kekekeke.. Ini semua poyo!

Cukuplah cerita belut. Hujung minggu juga merupakan hari kami berkebun bersama-sama. Alihkan anak-anak sawi, semai benih-benih baru. Dan juga menuai untuk masak makan malam. Cauliflower kebanggaan suamiku akhirnya dituai dan masuk sekali dalam nasi goreng saya. Termasuklah daun cekur dan kobis cina.


Upload gambar tuaian jelah. Nak upload gambar nasi goreng dah tak rupa nasi goreng bersayur. Dah rupa sayur goreng bernasi. Hahaha.. Yang penting big boss makan dengan berselera dan bertambah-tambah. Betullah orang kata, tak rugi bercucuk tanam. Dan baru-baru ni ada terbaca, akan tiba suatu masa nanti, orang akan sanggup bayar makanan dengan emas. Hmmm..

Wednesday, December 12, 2012

Kencur @ Cekur

Mula-mula tanam tiga pasu. Lepas tu jadi 5 pasu. Lepas tu pecah lagi jadi berpasu-pasu.. Masuk dalam nasi goreng rasa pedas-pedas sikit. Mungkin ramai yang tidak biasa, tapi sungguh berkhasiat. Bagaimanapun pokok cekur saya ni agak mabuk daun. Daunnya merimbun tapi rizomnya kurang berisi.

Bunga cekur.

Subur dan segar.
Rujukan pembacaan dalam talian boleh dicapai antaranya di:-

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Cekur
2) http://agromedia.mardi.gov.my/MEPIS/index.php/galeri-herba-2/52-cekur
3) http://www.globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=79352:cekur&catid=790:c
4) http://petuanenekkebaya.blogspot.com/2011/10/nama-botani-kaempferia-galanga-famili.html

Friday, June 8, 2012

Ahli Keluarga Baru: Cekur, Kunyit, Cili Padi dan Cili Merah

Malam Rabu hari tu, suami saya balik dari kampung membawa ahli keluarga yang baru. Oleh sebab, Incik Hambali adalah penggemar masakan pedas, tentulah ada pokok cili yang di bawanya. Sebenarnya daripada minggu sebelumnya kami dah nak ambil, tapi kereta Viva yang kenit tu tak mampu nak menampung beban dua guni tanah, seguni baja organik, dan bekalan-bekalan kami yang lain. Hehheh.

Cili padi kampung (bird's eye chillies) yang dibawa tu saya tak tahulah baka apa. Tapi saya suka sebab buahnya gemuk dan comel. Kadang-kadang kakak ipar saya akan buatkan cili padi jeruk dan suami saya cukup suka bila cili tu meletus bila digigit. Saya? Taklah...sebab saya tak kuat pedas. Heheh. Oh ya, suami saya ni Jawa, jadi cili dipanggil lombok, cili padi pula lombok rawit. (Yes, dah pandai sikit jawa. Kakakka).

Kiri Sekali: Anak Cili Padi, Sebelahnya Anak Cili Besar

Selain tu, masyarakat Jawa memang suka memasak dengan menggunakan cekur (diorang panggil kencur) sebagai ramuan, termasuklah dalam nasi goreng. Dulu mak saya pernah juga tanam cekur (Kaempferia galanga Linn), tapi cuma guna daunnya. Kalau orang yang tak kenal cekur/kencur ni, pokok dia macam kunyik tapi sangat rendah, ada rizom yang berisi warna putih. Tapi ada macam-macam jenis cekur, yang saya kenal yang ni jelah. Hehehe. Oh ya, ada kunyit (curcuma longa/domestica) juga. Saya biasanya tanam kunyit untuk dapatkan daunnya yang wangi. Buat masak lemak cili padi ataupun bungkus ikan bakar. Heheh.

Cekur/Kencur

Kunyit
Kalau ikutkan hati, macam-macam nak tanam. Nak buat koleksi herbalah, edible garden lah. Tapi benih yang dibeli pun tengah beratur menunggu giliran. Kekekeke. Sabar ya semua.. Hehhe..

p/s: nampak tak bekas minyak yang suami saya jadikan pasu?