Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Blog-blog. Show all posts
Showing posts with label Blog-blog. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Penipuan Harga di Pasaraya

Hari ni saya tertarik dengan satu link yang dikongsi oleh kawan saya di facebook. Perihal penipuan harga di pasaraya besar. Untuk cerita penuh baca di sini.

http://www.hazrey.com/2012/07/863-hypermarket-giant-menipu-pelanggan.html?spref=fb

Saya sangat-sangatlah bersetuju dengan apa yang dituliskan oleh Encik Hazrey sebab saya telah melalui pengalaman yang sama bukan sahaja di Giant, tapi di beberapa pasaraya besar lain. Soal pekerja yang biadap juga kisah lama. Bagi saya, itu salah pihak pengurusan kerana tidak memberikan latihan yang sewajarnya. Saya rasa-rasalah kan, setiap kali pergi musti ada harga yang salah punya. Buat masa ni yang saya puas hati, Jusco. Customer service dia bagus. Kalau harga salah, dia akan pulangkan duit kita dengan cepat. Suasana membeli belah pun selesa. Boleh bawak beg sendiri walaupun bukan Sabtu. Tak macam sesetengah pasaraya tu, masuk satu pintu, keluar satu pintu. Siap nak kena cop resit, plastik barang nak kena ikat dengan cable tie. Menyampah. Eh, saya ni boleh jadi duta Jusco plak, promot je kerja. Hahahah.

Berbalik pada cerita asal, walaupun berhadapan dengan pekerja-pekerja yang 'kureng' ni, saya selalunya bertegas dengan hak saya untuk mendapatkan harga seperti yang dipamerkan. Malah, selalunya mereka ni ada memaparkan yang mereka akan honour harga terpamer, dengan kita membayar harga yang lebih rendah.

Biasanya saya akan semak harga menggunakan mesin semakan harga yang ada. Kalau tidak ada, selalunya saya akan menghafal dan memerhati dengan teliti setiap kali harga diimbas. Bila saya perasan je harga lebih tinggi (biasanya jauuuuuuh lebih tinggi), saya akan tegur cashier. Di sinilah nampak sama ada pekerja bagus ke tak.
1) Ada pekerja yang terus sahaja pergi sendiri atau memanggil runner untuk memeriksa harga. Ini yang sepatutnya dilakukan.
2) Ada yang meminta kita memeriksa sendiri dan mendapatkan tanda harga daripada rak barangan tersebut. Tidak patut berlaku, tapi kalau kita betul-betul perlukan barang tersebut, terpulang pada kita untuk pergi atau paksa pekerja itu pergi. Saya baik, so selalunya saya pergi sendiri. Sengal kan?
3) Ada yang meminta kita menolak barangan tersebut (tak jadi beli) sebab dia malas nak pergi cek. Kalau macam ni, saya biasanya tak jadi ambil barang tersebut, sambil memberikan jelingan paling tajam dekat orang tu. Kalau mood tak baik disertakan dengan kata-kata tajam. Kasi makan dalam sikit. Hahahaha.

Itu kalau saya perasan sebelum buat bayaran. Kadang-kadang kita berbelanja banyak terutamanya apabila stok barang dapur habis serentak (jarang terjadi). Mana sempat nak cek satu-satu kan? Bila dah bayar dan beredar dari kaunter, baru nak cek dan jumpa. Banyak bezanya ringgit malaysia kat situ. Nasib baiklah saya ni dilahirkan sebagai seorang yang degil dan mampu mengubah air muka saya jadi macam singa (bila saya nak), pastu ditemani oleh jejaka sasa (walaupun rendang). Biasanya saya berjaya dapatkan balik duit saya. Dan saya rasa, in case saya jumpa spesis macam 'Fajariah' dalam cerita Encik Hazrey tu, boleh terbang budak tu kena penampar. Hehehehe. Bukan saya yang tampar. Jejaka sasa tadi lah. Hewhewhew.

Oleh sebab saya selalunya berjaya dapatkan duit saya walaupun selalunya sempat berasap telinga sebab marah, saya tetap maafkan diorang. Kalau ada yang berdegil, saya tahulah nak pastikan yang berkenaan dapat habuan. Well, kita kan boleh blogkan. Kalau siap bukti bergambar dengan muka si pelaku lagi bagus. Kalau ada rakaman video lagi super duper bagus. heheheh.. Kejamnya saya. HAhaha.. Tak sabar nak tunggu hypermarket tu minta maaf dengan semua pelanggan yang telah ditipu.

Tuesday, July 12, 2011

Blog Best: Aidid Mu'addib

Assalamualaikum. 

Korang pernah dengar tak pasal blog ni? Aidid Mu'addib? Tak pernah? Seriously?


Salah satu header yang pernah diguna oleh Mr Aidid

Well, inilah blog yang mesti saya buka kalau ada masa. Blog ni takde iklan, tapi traffic dia ribu-ribuan setiap hari. Kepada sesiapa yang belum baca, please, bacalah. Blog ni boleh dikatakan seangkatan dengan blog Slap Me Why Don't You yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan amaran kepada masyarakat di luar sana, tentang kewujudan segolongan manusia yang kerjanya nak makan duit haram hasil daripada menipu orang.

Bezanya, Aidid Mu'addib lebih fokus kepada syarikat-syarikat yang mengamalkan Multi Level Marketing (MLM). Memang saya selalu musykil kenapa sesetengah produk MLM harganya melampau-lampau mahalnya. Rupa-rupanya, harga tu di mark-up daripada harga asal berlipat kali ganda semata-mata nak pastikan org paling atas piramid tu akan dapat untung riban-riban (or juta-juta) hasil titik peluh org bawah.

Daripada penulisan dalam blog ni lah saya dapat info tentang teori-teori merapu MLM scammers, produk yang baguih-dok-ada, and even DR MICKEY MOUSE.. ahahah. Kalau korang baca, sure terkejut dengan muka-muka so-called Dr or even Prof yang sebenarnya dapat ijazah tak laku from bogus universities. Memang tak syak lagi. Patutlah semacam je diorang tu.. Semua gila nak cepat kaya.

Kadang tu saya suka baca komen-komen diorang, just to have some laugh.. Secara personal, saya setuju sangat dengan Mr Aidid berkenaan sikap pengamal MLM yang mula lupa diri bila sudah kaya raya. Sebab ada orang yang saya kenal sangat baik, tapi kemudiannya terlalu berbangga dengan kekayaan.

Well pembaca dan pengulas dalam setiap artikel merangkumi banyak lapisan masyarakat. Tuan punya blog tersebut pun menyasarkan seramai umat dapat diselamatkan daripada terjebak dengan sistem piramid ni. Tapi saya memang pasti, ramai di antara mereka merupakan golongan terpelajar terutamanya doktor walaupun diorang mengaku sebagai tukang sapu la, cone remover, rubber tapper.. Almaklumlah,selalu terlibat dengan para doktor. Ahahahah...

Kalau ada masa, bacalah. Tapi satu pesanan (atau amaran), bahasa yang tuan blog guna agak harsh sikit bagi yang tak biasa. Jadi pandai-pandailah menapis kalau kata-kata tu kurang sesuai dengan naluri anda. Pada saya, benda tu macam stimulant. Ahahahha.. Bukan saya suka, tapi saya dapat rasa keikhlasan penulisnya yang memang anti sesangat dengan MLM. 

Wassalam.

p/s: Blog Aidid Muaddib ni dah berjaya mendapat hits sebanyak 2000000. Good Job Mr Aidid!

Friday, July 23, 2010

Online Shoppers, BEWARE!

Dalam kebosanan duk rumah sorang-sorang, saya terjumpa satu page dengan title ni "KAMI-BENCI-ONLINE-SHOP-YANG-TIPU-MAKAN-DUIT-HARAM". Terkejut saya bila dengar pengakuan ramai mangsa penipuan e-shoppe.

Dan bersyukur lah saya sangat-sangat sebab tak pernah terkena lagi walaupun memang rancak bershopping online. Alhamdulillah, semua seller baik-baik dan efisien. Semua barang selamat sampai dan berkeadaan baik. Cuma sekali je berlaku kesilapan. Baju yang saya order lengan panjang tapi dapat yang sleeveless dan berfesyen kemban. Tapi selepas membuat aduan pada penjual, dia bertindak pantas menyelesaikan masalah tu. Bukan sahaja dia gantikan dengan baju yang betul, tapi saya tak perlu pun pulangkan baju yang dah salah hantar tu. Nah, ini baru betul ikhlas berniaga. Bukan tamak nak menyonglap duit customer kan?

Lepas baca tu saya terpanggil untuk google tentang kisah-kisah penipuan ni. Saya terjumpa blog ini; Slap Me Why Don't You. Daripada kes-kes yang dibincangkan termasuklah komen-komen pengunjung, kebanyakan penipuan tu dilakukan oleh individu yang sama. Selepas menyonglap duit orang ramai, dia tutup blogshop lama, then buka yang baru dengan nama yang lain.

Ramai yang dah terkena. Ini peringatan untuk diri saya juga. Tapi kalau blogshop yang pernah saya review kat sini, so far semuanya ok. Hmm.. saya sedang menahan diri daripada membeli-belah dalam talian buat sementara. takut dengar cerita orang. Ada yang sampai rugi ribu-ribu. Tapi penipuan taklah tertakluk pada pembeli je. Ada juga penjual yang jadi mangsa.

Sedikit tips;

1) Janganlah berani sangat beli barang yang mahal-mahal gila kat online. Kalau murah then kena tipu tak lah ralat sangat.

2) Simpan semua bukti berlakunya urusan jual beli. Kalau terkena anda boleh menuntut hak anda dengan jalan yang betul.

3) Pastikan anda benar-benar yakin dengan pihak yang anda beurusniaga.

4) Selalu keep in touch dengan pembeli-penjual. Kot-kot berlaku salah faham. Biasalah, kadang-kadang sistem pun ada hairwire kat mana-mana kan. Manusia melakukan kesilapan.

5)Kalau anda jadi mangsa, share dengan umum. Laporkan pada pihak berkuasa dan tribunal. Pastikan dengan bukti yang kukuh.

6) berurusniaga dengan orang yang tak dikenali perlu simpan sedikit syak wasangka. You can't be too careful nowadays.

Tuesday, April 27, 2010

Resipi Untuk Si Kecil

Salam pagi selasa...Makcik just nak share satu website resipi untuk kanak-kanak dan bayi... wah sungguh menarik.. sesuai untuk ibu-ibu penyayang yang nak sediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak.. But i'm sure most of the recipes also suitable for adult.. macam puding trifle, strawbery pudding with raisin (oooooo... i like pudding..nyum nyum), hot dog and tomato scramble.. dan banyak lagi.. best best. Kepada yang berminat yang nak belajar resipi mudah berkhasiat boleh masuk sini http://www.excellencebeginsyoung.com.my. Sedikit sedutan...hehehhe


Sunday, April 11, 2010

Shopping online?

Currently i have a new hobby...browsing and surfing the net----->online shopping.. WHOA! Hobi yang bahaya sebenarnya.. yelah, sementara ada pendapatan ni oklah. Cuba bila makcik tukar profession jadi surirumah sepenuh masa nanti?

Mula-mula tu cuma suka-suka tengok blog orang. Especially for recipes and cupcakes.. i simply like those cute edible ornaments.. Very creative.. And look yummy too.. Memuaskan selera tanpa memakannya..Nak diet la konon.. muahhaha..

Benda first yang makcik beli online ialah Jamu.. sebab badan letih-letih, untuk tambah tenaga.. Kepada sesiapa yang berminat nak beli jamu tradisional bole la masuk blog ni Jamu Cantik. Macam-macam jamu ada, untuk yang perempuan, lelaki, bakal pengantin yang nak naikkan seri wajah and etc. Servis dari tuan rumah blog memang tip top. Cuma untuk makluman, jamu ni dibuat dari hasil-hasil asli hutan. Jadi stok tak selalu ada. Ada juga testimoni untuk jadi rujukan pembeli. Kepada mereka yang skeptikal pasal ubatan tradisional, boleh tengok-tengok. Tapi jangan kutuk-kutuk. Tak baik. Ada orang yang memerlukannya, Ok? =)



Benda kedua yang makcik beli ialah cloth diapers. Ni masa makcik disahkan positif hamil last Februari.. Tapi nampaknya lambat lagi dapat menggunakannya. Baby's gone. Huhuhu.. Beli CD ni sebab menyahut seruan untuk cintai alam sekitar dan mengurangkan penggunaan lampin pakai buang. kebetulan masa tu ada offer. sayang pulak kalau tak beli. Makcik tengok banyak blog yang jual CD but Hana Sweet Baby yang bagi offer terbaik masa tu. Actually, the blog's owner is my sister's friend's wife. So support bisnes kengkawan pun ya juga. For mothers, or mother-to-be's yang sayangkan alam sekitar, bolehlah usha-usha blog-blog yang offer benda ni. Nanti kalau rajin, makcik akan post kebaikan guna CD compared to disposable diapers k? InsyaAllah.





Lepas tu lama juga makcik stop usha blog. Yelah, baby pun dah takde kan? Tapi terpikat pulak dengan maxi dress.. tapi still tak dapat lagi..hukhukhuk.. masih menanti ni.. hopefully sempat lah sampai, nak pakai masa gi honeymoon...Ni order kat page dalam facebook jer..

Yang paling latest makcik beli ialah perfume...Flora by Gucci. Not authentic kot. Just AA grade. But look like ori. Just cost me rm62 for 75mL including postage. Baunya sangat long-lasting, but bit strong for someone who prefer fresh and boring fragrances,,muahahah.. Not really my type. I prefer Bond Girl from Avon. This one i get from Lizdee. Great value for your money.. seriously, i cant differentiate between ori or not..Maybe because i'm not a perfumemanic kot...Service? very fast. but i'm sure it's actually 100mL when i order. But then i recheck...hurmm..maybe salah tengok kot..



My opinion about online shopping, make sure you have full confidence with the seller before you buy something. Pastikan identiti mereka. Baca testmonial kalau nak lebih pasti. kalau ada email mereka yang bagi testi, boleh cuba contact diorang untuk double check. Can never be too careful kan? So far, semua barang except one yang makcik order selamat sampai.