Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sawi. Show all posts
Showing posts with label Sawi. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Selepas Cuti..

Lama juga saya tinggalkan rumah.. Selang tiga hari kami balik juga sekejap menjenguk tanaman. Masa hujan berterusan selama 4 hari tempoh hari, lega juga tak perlu risaukan tanaman.. Tapi masa bercuti di Cameron Highlands tu, panas terik sentiasa di Skudai. Banyak juga tanaman yang tewas terutamanya semaian baru. Ada yang masih bertahan tapi kebanyakannya daun dah bertukar menjadi kekuningan.

Lobak ni kononnya harapkan berbunga. Terpaksa juga cabut. Sedap cuma agak kering.

Cauliflower kesayangan suamiku. Mujur masih sihat. Oh ya benih ni jenama serbajadi atau Trio.

Kailan dah gemuk. Sebahagian dah dituai untuk masak.

Kobis cina yang tak mahu bertangkup.

Kobis cina juga tapi kekeringan. Masih tak mahu mengalah, bangkit kembali lepas disiram.

Sawi.

Thursday, December 6, 2012

Sawi

Lama tak kemaskini blog.. Emosi semedang sejak akhir-akhir ni. Rasa nak marah je sebab ramai benar yang....ahhh malaslah nak cerita..

Salah satu punca emosi saya ialah SIPUT. Stress gila tiap-tiap hari kutip menatang kecik ni yang seronok menggonggong biji benih carrot saya. Last-last satu je yang tumbuh. Pagi ni pokok yang satu tu pun dah arwah kena makan dengan diorang. Pokok kobis bunga punyalah sihat pun ghaib satu-satu. Balik kerja semalam dapat tangkap culpritnya. Jahatnya lah korang ni. Tinggallah sikit kat aku woii..Tak padan cenonet.

Nasib baiklah sawi hidup subur dan gemuk. Cuma takde hati nak tuai. Terbiar berbunga. Tuai biji benih jelah nanti. Kelakar tengok tangkai dia dah melentok sebab biji dah berat. Hon tsai tsai belum bunga lagi.

Petak Sawi dan Hon Tsai Tsai.


Bunga sawi.


Biji benih.

Friday, June 22, 2012

Perkembangan Semaian Sayur Berdaun

Tak ingat sebenarnya bila saya mula semai benih-benih sayur ni. Rasanya dalam tiga minggu lepas. Ada yang cepat dan ada yang lambat bercambah. Tapi alhamdulillah ada perkembangan.

Anak bayam merah. Benih percuma daripada Kebun Bahagia Bersama sebab beli benih Carrot.
 Tak jelas nampak anak bayam ni sebab warna dia lebih kurang warna medium tanaman kami. Lambat letak bawah matahari jadi agak terbantut sikit.

Kangkung, benih kongsi dari www.tanamsendiri.com. Tak lama lagi jadi lauk la ni. Heheheh.
 Kangkung membesar dengan pesat dan pantas. Semalam hujan lebat, seronok la mereka menari-nari dalam hujan. Hari ni tengok macam dah gemuk berbanding semalam.

Anak Sawi. Risau diorang patah riuk sebab ditimpa hujan. Mujur hubby dah buat teduhan.

Cambahan ulam raja.
Mesti pelik tengok anak ulam raja tu kan? Padahal masa mula-mula tanam dia yang cambah dulu. Actually ni semaian baru, dua hari lepas kot semai. Sebabnya, ada kucing jiran 'bersiar-siar' dalam petak tanaman saya sampai mangkat semua putera-puteri raja saya. Huhuhuhu. Nasib baik ada benih lebihan. Boleh semai semula.

Oh ya, semaian bunga marigold/kembang emas dan keembung saya rasanya semua dah lemas dibawa arus hujan. Huhuhu.. Harap-harap tersangkut la mereka kat rumput mana-mana menghiasi alam ni walaupun bukan kat laman saya. Jangan jadi mangsa pemesin rumput sudahlah. Saya semai semula marigold yang masih bersisa. Keembong dah yillek. Bukan rezeki. Innalillahiwainnailaihirojiun.