Cuaca sangat panas di Johor sekarang ni.. Terpaksa lebihkan siraman..Alhamdulillah kebanyakan tanaman kali ni jenis yang tahan lasak..
 |
| Red Scarlet Long Radish.. Dah boleh tuai ke belum. Siapa tau? |
|
 |
| Brokoli dan daikon. |
 |
| Kobis Cina. |
Red Scarlet Long Radish benih daripada
Kebun Bahagia Bersama, benih brokoli dari Stesen Mardi Cameron Highlands, kobis cina pula benih kongsi daripada
TanamSendiri.com. Setakat ni kobis cina yang dah pun dituai, dicampur dalam nasi goreng dan dibuat ulam cicah sambal. Sedap rangup macam salad. Sebelum ni banyak yang berlubang dimakan siput, tapi lepas dapat racun siput, selesai masalah. Guna kulit telur tak jalan la.. Kebal agaknya siput-siput ni.. Kobis cina juga jenis sayur yang survivor. Buktinya:-
 |
| Kekeringan selepas beberapa hari balik kampung |
 |
| Revived selepas kembali mendapat minuman secukupnya. |
Tapi jangan terlebih takjub pula. Bukan lepas siram terus jadi camtu. Adalah beberapa hari. Tapi yelah, mula tengok dah macam takde harapan je kan. Tanah pun merekah. Nasib baik tak cabut terus. Hihihi. Oh ya, red radish tu kalau harvest nak masak apa eh? Ini adalah satu contoh pokok yang sangat menggembirakan hati saya sebab berjaya dapatkan isi selain carrot. Daikon tak berjaya la sebab macam kena makan dengan perosak. Bila korek buah dia lecur, walaupun orang kata antara tanaman yang mudah nak tanam. Rezeki masing-masing. Apa-apa pun syukur alhamdulillah..