Great stuff to be shared together...
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Thursday, June 14, 2012
Hari Penderma Darah Sedunia
Saya nak share pasal ni. Sumber daripada http://www.pdn.gov.my/. Tengok dekat TV3 pagi tadi. Sudahkah anda menderma darah?
Dulu-dulu pernah juga menderma darah. Dalam 6 kali kot, sebab fikir saya ni takde duit. Ada darah je nak derma. But now, dah tak layak lagi. Sebab saya sendiri perlukan darah dan pernah terima darah orang lain.
Kepada yang sihat tubuh badan, cukup berat badan (lebih 45 kg kalau tak silap), mengamalkan gaya hidup sihat, tidak mempunyai penyakit kronik, tidak mengambil ubat-ubatan, sudi-sudikanlah ya. Menderma darah mampu menyelamatkan nyawa.
Wednesday, June 6, 2012
Setem Tumbuh-Tumbuhan Beraroma Dah Sampai
YEAY! Alhamdulillah, penantian yang lama akhirnya.....berakhir. Kekekkek.. Lambat betul nak sampai. Rupanya hari Isnin hari tu dah kuar lagi satu keluaran, Persidangan Gas Sedunia 2012. Tapi taklah teruja sangat macam yang ni. Sesuai benor dengan pos sebelum ni.
| Ini saya punya. Happy! |
Dapat satu pamplet tentang tumbuh-tumbuhan yang ada dalam tu. Mari saya kongsikan.
Kesum (Polygonum minus) berasal dari Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Tumbuhan menjalar dan tidak berkayu ini adalah daripada keluarga Polygonaceae dan boleh bertumbuh sehingga 1 hingga 1.5 meter panjang. Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau, dan sedikit kemerahan dengan nod perantaraan yang pendek. Nod-nod itu ditutup oleh daun pengasoh berbentuk tiub dari mana akarnya bercambah ke dalam tanah. daun adalah panjang dan meruncing ke hujung dengan ukuran 5-7 cm panjang dan 0.5-2cm lebar. Daunnya yang berwarna hijau gelap adalah beraroma dan disusun secara selang-seli sepanjang batang.
Kesum adalah sejenis herba masakan yang digunakan untuk menyedapkan masakan tradisional seperti asam laksa dan asam pedas. Rebusan daun kesum digunakan untuk membantu penghadaman dan sebagai tonik yang diminum selepas persalinan (lepas bersalin). Ekstrak dan minyak pati daripadanya digunakan sebagai bahan pencucian rambut untuk menyingkirkan kelemumur dan kegunaan aromaterapi
Kesum is originated from malaysia and other South East Asia countries. This creeping herbaceous plat from Polygonaceae family can grow up to 1 to 1.5 meter long. The stem is cylindrical, green, slightly reddish having short onternodes. The nodes are enclosed in a tubular stipule from which the roots sprout into the soil. The leaves are long and lanceolate measuring about 5-7 cm long and 0.5-2 cm wide. The dark green leaves are aromatic and arranged alternatively on a stem.
It is a popular culinary herb which is used to flavour traditional dishes such as asam laksa and asam pedas. Decoction of the leaves helps in digestion and as tonic taken after birth. Leaf extracts and essential oil is used as hair wash to remove dandruff and in aromatherapy.
Pudina (Mentha x piperita) adalah berasal dari negara Eropah dan tersebar luas ke seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Ianya ditanam di kawasan tanah tinggi di Malaysia. Tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae ini boleh bertumbuh sehingga 30-100 cm panjang. Batangnya berbentuk segi empat sama dan berbulu sedikit. Daunnya berbentuk lanceolat atau ovat-lanceolat dengan ukuran 4-8 cm panjang dan 1-2.5 cm lebar. Baunya adalah lebih kuat daripada jenis pudina lain.
Daun ini digunakan secara meluas dalam masakan dan memberi rasa pada gula-gula, coklat, kek, aiskrim dan minuman kordial. Teh diperbuat daripada daunnya diminum untuk merawat selsema dan membantu penghadaman. Ianya juga digunakan untuk merawat luka dan ruam kulit. Ianya juga dilaporkan untuk kegunaan sebagai penghalau serangga. Minyak pati daripada daun pudina sentiasa digunakan sebagai ubat sedutan untuk melegakan selsema, serangan dada dan asma. Ianya juga ditambahkan dalam produk kosmetik dan pergigian untuk kesan dekongestan, antiseptic dan anestesia ringan. Namun demikian, ibu mengandung atau sedang menyusu dan bayi dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan minyak pati ini kerana penggunaan berlebihan akan mengakibatkan tindak balas alergi.
Pudina is native to European countries and widespread throughout Europe and the United States. it is cultivated in highlands in Malaysia. this plant from Lamiaceae family can grow up to 30-100 cm long. Its stem squarish and slightly hairy. The leaves are lanceolate or ovate-lanceolate measuring about 4-8cm long and 1-2.5 cm wide. It is more pungent than other type of mints.
The leaf is widely used in cooking and to flavour sweets, chocolates, cakes, ice creams and cordials. The leaves can be taken as tea for colds and aid digestion. It is also used in bath to treat cuts and skin rashes. It is also reported to be used as insect repellent. Essential oil of its leaves is often used as an inhalant to relieve colds, chest infections, catarrh and asthma. It is also added in cosmetic and dental products for its decongestant, antiseptic, and mildly anaesthetic effects. However pregnant or breastfeeding mothers and infants are not recommended to use the oil because excessive use may cause allergic reactions.
Phewww...penat juga menyalin. Lagi penat daripada mengarang sendiri. Wah, banyak juga kegunaan kesum dan pudina eh. Tapi banyak perkataan yang saya tak faham. Takpe nanti saya tengok kamus. Lepas ni saya akan lebih memandang tinggi kepada mereka. Hehehhe. ni yang makin sayang ni.
Friday, May 4, 2012
Teganu Kite di TV3
Sementara menunggu poslaju sampai petang semalam, saya on lah tv yang dah lama sepi tu (sian dia). Habis Upin Ipin, sinetron la pulop.. Tukar siaran TV3, ada rancangan Jom Terokai Perak. Maria Tunku Sabri pengacaranya, cerita pasal tempat-tempat dan makanan menarik di Negeri Perak. Tapi yang saya suka rancangan selepasnya, Teganu Kita. Rancangan hampir serupa, tapi yang ni mempromosikan Negeri Terengganu. Kenapa saya suka? Hehehhe..pertamanya sebab saya ni separa Terengganu (from my mother's side). Dah lama tak balik Terengganu. Kali terakhir masa majlis temu menantu Kaklong dekat Marang. Dekat setahun dah..
| Tasik kenyir (kredit) |
| Pulau Redang (kredit) |
| Pantai Kelulut, dekat je dengan rumah mak mertua kaklong. (Kredit) |
Masuk semalam, baru dua kali saya tengok rancangan yang bermula 19 April lepas. Walaupun saya ni ramai saudara mara di Terengganu, tapi jarang berkesempatan nak pusing-pusing satu Terengganu. Paling-paling pun Kedai Payang, macam pelancong la pulop. Kalau betul-betul bercuti pun masa honeymoon dekat Pulau Perhentian. Selalunya balik kampung untuk berziarah saudara mara yang jarang berjumpa, jangan sampai tak kenal kerabat, kata orang. Dan Terengganu memang banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Ada pulau, pantai, tasik, air terjun dan tempat-tempat tumpuan macam pusat-pusat kraf. Hasil seni macam batik dan sutera, tenun songket, tembaga dan macam-macam lagi memang berkualiti dan dicari orang. Tak percaya, pergilah ke kedai payang, memang padat. Sebab tu kadang-kadang saya lebih sanggup beli di Kuala Berang sahaja, memang kurang pilihan, tapi jauh dari kesesakan.
Dulu, mak saya rajin juga berniaga barang-barang keluaran asli Terengganu dengan jiran-jiran. Walaupun kami sampai rumah pada waktu malam dalam keadaan penat akibat perjalanan jauh, tapi tetap kena serbu sebab jiran-jirang takut kalau lambat nanti yang cantik-cantik dah habis. Heheh.. Arwah Tuk pula adalah salah seorang penenun songket, taukenya pulak arwah nenek saudara saya. Sayangnya, generasi penenun songket dalam keluarga saya sudah habis. Songket yang kakak beri pada suaminya adalah yang terakhir (Mine is the second last). Ingat lagi, kalau kain sutera lukis, belum kering di ampaian orang dah tempah. Tapi sekarang dah banyak batik digital.. Jadi pembuatannya lebih pantas.
Dalam episod semalam, baru saya tahu, di Terengganu ada pembuat kapal antara yang terbaik di dunia. Walaupun Tokki-Tokki tersebut sudah tua, tapi masih gigih lagi. Dan yang lagi hebat, diorang boleh buat kapal yang besar tanpa menggunakan pelan. Hanya menggunakan gambaran di dalam otak. Subhanallah. Bukan calang-calang ya, pelanggan mereka ramai daripada seberang laut. Tapi masyarakat Melayu sebenarnya memang terkenal sebagai pembina kapal yang hebat sebab mereka ni golongan pelaut yang berani. Ingat, orang yang pertama mengelilingi dunia ialah Awang.
Tapi dalam banyak-banyak perkara yang saya rindu pasal Terengganu tentulah makanannya. Yummilicious! Pecah liur ni teringatkan kepok lekor, akok, satar, otak-otak (versi pantai Timur), nekbat, serban tuk aji, nasi dagang... arghhhh.. sedap-sedapnya. Oh ya, jangan terkejut kalau jumpa nasi minyak tiap-tiap hari. Nasi minyak tu sajian biasa je untuk sarapan. Kalau untuk kenduri kendara pulak, alamak aiii..memang mewah makan. Sebab tu kalau ada sepupu-sepapa kawen, harus ku tunaikan. walaupun majlisnya kecik, makannya memuaskan hati.. Slurrrppppp...
Selain
itu, saya mengagumi anak-anak Terengganu yang bijak-bijak. Dah berapa tahun sekolah
di Terengganu mencatat pencapaian cemerlang dalam akademik. Orang kata, budak
pandai timur ramai yang cerdik sebab selalu makan ikan tongkol. Heheh.. ye ke? Kerajaan Negeri pun nampaknya serius dalam meningkatkan mutu pendidikan di Negeri Terengganu contohnya macam pemberian netbook dan kelas maya dan ingin menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu. Saya sangat menyokong kalau ini yang diinginkan oleh pemimpin dan saya yakin turut diingini rakyat. Patutlah Sultan bersungguh-sungguh mahukan Datuk Seri Ahmad Said jadi menteri besar. Now I can see it. Even one of my relative yang merupakan penyokong kuat pembangkang mengakui yang Datuk Seri 'melakukan sesuatu' untuk Negeri Penyu Menangis ni.
Arghhh,, nak balik terengganu boleh tak?
Thursday, March 1, 2012
Pesta Buku UTM
Marilah beramai-ramai menyerbu Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai sampai 3 Mac 2012 ni..
Saya dah pergi semalam.. Meriah.. Saya pun apa lagi, membeli-belah buku Artemis Fowl macam kena rasuk. Tapi rugi lorrrhh.. Sebab masuk satu kedai terus beli dan tak tanya harga.. Beza Rm5 satu buku dengan kedai biasa dan gerai-gerai lain dalam tu.. Huhuhuhu.. Nasib baik ada terambil 2 buku sama. So pulangkan buku tu, minta balik duit, n beli buku Artemis Fowl episod lain kat kedai lain.. Yahooo... Saya pandai.. Kakakakak... Padahal nasib baik je.. Banyak juga buku best-best.. Tapi terpaksa restrain diri sendiri sebab dah over budget.. Hokhokhok... Siapa yang ada baucer buku tu, memang lagi heaven lah..
Oklah.. selamat membeli-belah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
