Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 23, 2013

Projek Fertigasi Cili

Saya terlupa nak cerita salah satu aktiviti yang menambahkan kesibukan hujung minggu saya. Sebelum ni, kakak ipar saya, Pauziah dan suaminya, Zawawi, buat projek tanaman cili secara fertigasi. Tapi disebabkan kesibukan dan lokasi yang jauh, projek tu tergendala. Semasa projek berjalan, saya dan suami selalu juga ke  tempat tanaman di Pontian. Alang-alang suami saya dah ada di kampung, diorang hantarlah set fertigasi tu ke kampung untuk digunakan semula.

Sebelum memulakan semula, kena pastikan segala kelengkapan mencukupi. Jadi kami berjumpa dengan kawan baik Abg Awie di Merlimau, Melaka sambil-sambil melawat projek fertigasinya. Dia ni buat projek fertigasi co-venture dengan Pejabat Peladang Merlimau. Hui, beribu-ribu pokok cili padi dia tanam. Ada cili besar dan timun juga. Katanya kalau kami datang awal sebulan, dapat makan rock melon. Ini satu kerugian. kekekek. Cuaca di Melaka, subhanallah panasnya. Macam takde tapisan UV langsung. Balik daripada Melaka, muka saya naik jerawat banyak gile. Hahahah. Kagum betul macam mana pekerja-pekerja ni boleh selamba duduk bawah bahang macam tu.

Saya, suami dan Kak Pojit selamba je buat macam kebun sendiri. Mula-mula malu-malu. Lepas orang offer suruh petik hasil, laju je pergi pilih. Katanya, datang jauh-jauh takkan bawa balik dua tiga biji je. Dapatlah timun seplastik besar (betul-betul besar tau), cili padi sepenuh tangan dan cili besar dalam 2-3 kilogram. Hahahah. Tapi sayangnya saya takde kamera. Gambar semua dalam kamera kakak ipar. Oh ya, oleh sebab saya membodek-bodek pekerja kat situ, dapat biji benih timun. Hahahahah. Alhamdulillah.. Bila nak tanam, itu saya serahkan pada encik suami.

Ada masa saya upload gambar projek kat kampung. Tapi sikit je tanamnya, dalam 120 pokok je. Kira oklah untuk permulaan kan. Nanti tambah lagi sikit-sikit kalau berhasil.

4 comments:

@na said...

salam nurul, sayang tak da gambar..utk menghayati projek fertigasi tuh...

nadia rashid said...

120 pokok? banyak tu...rezeki kan jangan ditolak..:D

Nudabuffy said...

@na ~ nanti kalau ada nurul update entri ni

nadia rashid ~ sistem fertigasi agak menjimatkan ruang, jadi tak nampak banyak. Heheeh.. tahu takpe.. Sorgaaaa

Unknown said...

bio-one-plus
menjimatkan dijadikan foliar untuk tanaman fertigasi
semburan seminggu sekalai denagn nisbah 60ml+20liter air
sila layari
mdaarifent.blogspot.com