Tuaian 18 April 2013. |
Daun layu sebab biar lama sangat kat luar sebelum masuk peti sejuk. |
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, laporan perubatan yang selalunya lambat gile nak keluar, belum sebulan dah sampai notis. Hospital suruh datang ambil. So, sekali harunglah. Lepas appointment pi PERKESO pulak. Tapi oleh sebab kami guna alamat kampung, terpaksa hantar borang ke Pejabat Perkeso di Kluang. Esoknya ke Kluang pulaklah kami. Pung pang pung pang, pegawai perkeso kata maybe next month kena pergi meeting dengan Jemaah Doktor. Ok. Ikut jelah kan?
Alih-alih, 17/4/13 dapat surat suruh pergi Hospital Kluang pada 18/4/13. Ini sudah bagus. Tak payah tunggu sebulan. Tapi ramainyalah yang buat permohonan. Harap-harap dapatlah bantuan dialisis tu. Kalau tak dapat, saya memang larilah, terus tak buat. Hahahahh. Antara soalan yang ditanya.
1. Sudah kena buat dialisis?
2. Keputusan pemeriksaan terkini, jikalau ada.
3. Kalau kena buat dialisis, nak buat di mana? Sudah booking?
4. Bekerja atau tidak?
5. Sudah buat tapak (fistula)
6. Sejak bila sakit?
Kebetulan pula, di Hospital yang sama adik ipar saya, Idah sedang menunggu kelahiran bayinya. Kasihan. Tiga kali induce, tiga hari tahan sakit, at last kena ceaser. Apa nak dikata, bahagian masing-masing. Alhamdulillah, yang penting, mommy and baby selamat. Pada 20 hb April, my new nephew, Muhammad Zarif Iman dilahirkan dengan berat 3.18 kg. Muka sebiji macam Nasruddin dan Haziq. Semua spesis kening sepesen dengan hubby saya. Nampaknya cucu keluarga Abd Jalil semua keluar ikut tingkap. Yang dua bakal keluar tak lama lagi nanti pun ada possibility sebab kedua-dua ibu sebelum ni melahirkan dengan kaedah caeserian walaupun masing-masing ingin melahirkan secara normal.
Oh ya, cerita pasal baby, tiba-tiba teringat. Hari ni hari ulang tahun kelahiran arwah anak saya yang kedua. Semakin hari saya dapat melalui kehidupan ini dengan tenang dengan hanya memikirkan kebahagiaanya. Saya ada terbaca artikel tentang perihal anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Sebelum hari kiamat, mereka akan dijaga oleh Nabi Ibrahim. Mereka tidak akan dihisab. Mereka pasti akan menjadi penghuni syurga. Bila difikirkan balik, tidak ada hadiah yang lebih baik daripada syurga yang sebenar. Saya cuma berharap, kami berpeluang berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga. Amiin
14 comments:
Amin...untuk doa Nurul...
Semoga sihat selalu.. elokla makan lobak putih tu untuk kesihatan.. tapi tak boleh selalu...
Kenapa tak boleh makan selalu kak Mar? Heheh memang tak boleh makan selalu. Tanam pun sikit-sikit. :P
sy tanam lobak putih tk menjadi pun
Salam nurul..
anak2 yg meninggal sblm baligh mmg akan menjadi penghuni syurga dan mrk jugak menutup salah satu pintu neraka bg ibubapa mrk..goodnews tlh menunggu kan..nurul yg berjuang dgn kesakitan nie pun satu jihad jgk..byk pahalanya tuh...
smRose ~ cuba lagi eh. InsyaAllah jadi nanti. Saya pun dah tak ingat berapa kali gagal. Tak paham apa yang dia nak sebenarnya. Alih-alih yang ni ada rezeki pulak.
ummuaidan ~ salam ummu. Mudah-mudahan. Kalau dengan bersabar saya boleh mendapat redha Allah, kenapa tidak kan?
salam nurul, moga cepat sihat...ganjaran pahala amat besar atas dugaan ini. INSYAALLAH.amiin.
salam Nurul,
semoga Nurul sihat sihat saja sesihat lobak dan sayur2 yg lain tu..hehehe..sihat lobak tu nampak manis dan segar.
salam nurul..sy tak faham dengan keadaan kesihatan awk..tapi apa pun semoga Allah memberi kesihatan yang baik..dan memberi kesabaran yang tinggi terhadap ujian yang diberikan pada awk...:D
btw..lobak putih tu comel betul...sy tgh mencuba ni
salam dayah..sorry eh, kita kurang paham sakit dayah..tp cuba dayah bukak link ni http://www.lumiglow2u.com/carasapuan
kot2 boleh membantu sebagai alternatif... kita guna juga produk ni..setakat ni alhamdulillah.. harap2 dapat membantu ye..
@na ~ Salam ana. terima kasih.. Aamiin
Puteri Purnama ~ Salam Kak. Baru masak untuk makan malam semalam. Sedap.. masak lemak putih.
nadia + aizyan ~ Jangan kata kita semua, doktor pun confuse dengan penyakit saya ni. Hehehe.. Kalau daripada ujian darah, sejenis sakit buah pinggang, tapi anehnya takde simptom macam orang-orang yang sakit buah pinggang yang lain.
Nurul... jg kesihatan, jgn stress2.. always think positive. Lynn paham perasaan seorg ibu yg kehilangan anak. Lynn pun ada baby meninggal akibat jantung berlubang. After operations, doctor suruh bwk balik rumah, ms tu dah blh accept mungkin dia x blh survive. Akhirnya sebulan sehari, dia pergi meninggalkan Lynn..
lynnhelite ~ Sebenarnya, kalau ikutkan semua yang terjadi tu banyak hikmahnya. Mula-mula memang nurul sedih gile. Tapi bile fikir-fikir balik, takpelah dia dah aman kat sana. Dengan keadaan kami yang masih long distance marriage tak habis-habis ni, tak sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Mak dan mak mertua nurul masing-masing ada anak yang meninggal, jadi dapat sokongan daripada mereka berdua. I can say that I'm so lucky.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan. Semoga terus kuat, Dayah :))
Salam Nurul,
Amin!! Syukur alhamdulillah Nurul mendapat anugerah yang cukup berharga daripada Allah SWT yang berupa saham akhirat yang sudah pasti! Bukan ramai yang berpeluang meraihnya!
Mak Aji harapkan yang terbaik untuk Nurul, sama ada perlu buat dialisis atau belum lagi!
Post a Comment