Bunga kenanga (
Canangium odoratum) adalah salah satu bunga yang mempunyai bau yang unik dan wangi. Warnanya kuning kehijauan dan taklah terlalu menyerlah. Bentuk kelopak bunganya pun lain daripada yang lain, panjang berpintal. Saya tengah berangan nak kumpul bunga-bunga yang wangi. Jadi saya mengendeng dengan hubby minta dia tut pokok bunga kenanga dari rumah paman. Tapi banyak betul halangan. Hari tu bahagian yang ditut patah riuk kena timpa dengan kayu-kayu dari rumah lama paman. Pekerja yang buat kerja-kerja tu semberono je. Tak hirau harta benda orang. Takpelah, kalau ada rezeki, dapatlah.
|
Yang ini jenis ada 6 kelopak je. Ada yang sampai 12 kelopak.
|
|
Dari bunga membentuk buah. Tak tahu pula dari buah ni boleh bercambah atau tidak. |
|
|
|
|
Banyak maklumat daripada internet tentang khasiat kenanga. Antaranya bunga kenanga dipakai untuk menurunkan tekanan darah, membantu keseimbangan hormon dan meredakan stress. Wah memang sesuai sangat dengan saya ni. Kenanga yang juga dikenali sebagai ylang-ylang adalah salah satu bahan yang digemari sebagai aromaterapi. Ekstraknya banyak digunakan sebagai bahan utama dalam pewangi termasuklah daripada jenama terkemuka. Campuran minyak pati kenanga dengan minyak-minyak pati melati dan mawar dapat membantu dalam masalah seksual (erk?). Ianya juga baik untuk kesihatan kulit. Tapi penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Dalam sumber yang lain, ada juga dikatakan bunga kenanga dapat digunakan untuk masalah sendi dan otot. Ia juga dapat digunakan sebagai penghalau nyamuk. Hmm.. impressive.
7 comments:
byk juga khasiatnya..tak tahu pulak..selama ni biar jer dipokok sampai layu
teringat pokok kenanga kat kg, pokoknya tinggi sungguh, boleh kutip bila bunga jatuh ke tanah..tapi cuma dapat petals nye je la...
nadia rashid ~ saya pun baru tahu lepas search. Selalu manfaatkan bunga kenanga untuk buat bunga rampai atau untuk ditabur atas kubur je.
@na~ Saya penah terbaca,kenanga ada jenis rendah ada yang jenis pokok tinggi. Mungkin di kampung ana jenis yang tinggi..
Salam Nurul,
Mak Aji ada pokok kenanga ni tapi bunganya macam tak berbau aje! Ada ke kenanga yg x berbau, apa lagi wangi. Pelik kan??
selalunya fail pasal pokok2 bunga ni. terima kasih dik berkongsi info
kenanga di rumah saya jenis renek, bila nak ambil gambar terbaring-baring gitu. tapi bunganya tak putus,
Ummu Madihah ~ Salam Mak Aji. Hmm selalunya kenanga berbau wangi.. Mungkin jenis lain kot mak aji..Macam bunga melati, ada orang tanam, tak berbau, ada yang wangi.
Zamzurina zulkafli~ Sama-sama. Samalah, tak habis study lagi pasal bunga-bungaan ni.
shafirul suffian ~ yang di rumah paman suami ni pun rajin berbunga. Wangi, tapi bila bau dalam-dalam pening la pulak.
Post a Comment