Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 1, 2013

Mencuba Resipi Pai Labu Manis Puan Zaitun

Assalamualaikum..

Hmm hari Sabtu lepas, saya ada masa sikit untuk mencuba pai labu manis resipi Puan Zaitun Ismail yang dikongsi oleh Encik Iskandar di SINI. Buah labu manis yang suami saya tanam di kampung dah pun matang walaupun saiznya agak 'mini'. Mungkin sebab saya debungakan dengan bunga jantan labu Jack-Be-Little. Apa nak buat, tak ada bunga jantan lain waktu tu. Hanya dua biji yang menjadi. Jadilah..





Tak besar pun kan? Biji dia pun comel-comel je. Mulanya saya ingat nak kecilkan sukatan, tapi takut tak jadi pula kalau derhaka. Hahah.. Nama pun first time cuba kan...Resipi ni agak mudah, dan kalau pandai rancang masa, tak memakan masa yang lama pun. Misalnya, panaskan air kukusan semasa menyediakan bahan, dan kukus buah labu, sementara menguli kulit pai. Bab menguli ni saya lemah sikit, sebab jari-jari saya macam nak kejung. Buat mental note, lain kali buat masa boss ada. Biar dia yang uli dan canai. Barulah dapat kenipisan yang diinginkan.





Macam nilah rupa labu ni di sebelah dalam.. Bau labu yang dikukus sangat menggoda hokey! Dah la buat waktu lapar. Banyak jugalah kena cukai masuk dalam mulut. Sedap.. Patutlah anak buah saya suka makan labu. Segala bahan-bahan untuk isi pai disatukan dalam blender dan kisar. Senang kan? Lepas tu curahkan je dalam loyang yang dah dilapis dengan kulit pai.

Sementara tunggu pai masak, boleh lah buat kerja lain. Kemas rumah ke, mendobi ke, berkebun ke. Sebab makan masa jugalah nak masak. Okey, I underestimated the size of my pumpkin. Penuh sampai melimpah isi pai sampai tak nampak dah crust dia. Masa korek isi labu tu, penuh semangkuk besar. Jadi Pai Labu ni agak mewah dengan labu. Tadaaa.. Inilah hasilnya.


Err.. please excuse kecacatan kat bahagian tepi tu. Tu saya terpegang masa nak check dah masak ke belum. Masa tu masih lembik lagi.. Hmm.. rasanya agak manis bagi saya. Jadi siapa yang tak suka manis boleh kurangkan gula. Tapi bila suruh hubby rasa dia kata ok.. Dan yang penting dia kata, "Sedap". Terima kasih Puan Zaitun kerana sudi berkongsi resipi yang mudah diikut bagi saya yang teramat amatur ni. Kepada kawan-kawan yang ada tanam labu manis tu, silalah mencuba. Kepada yang suka rasa yang lebih berempah boleh lebihkan serbuk kulit kayu manis. Cinnamon menyeimbangkan dan menyedapkan lagi rasanya. Ada juga resipi yang saya jumpa menggunakan serbuk halia dan cengkih. Terpulang pada citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

9 comments:

Unknown said...

Sedap2...nk buat jgk...tp pakai labu bli kat pasar..hehe..tak mnjadi bila tanam pokok yg berbuah ni..huhuhu

Nudabuffy said...

Hai hitomi.. dah sihat ya? Boleh saje guna yang dari pasar.. Hmm saya pula masih belum berjaya tanam timun dan tomato.. Heeee

nadia rashid said...

alhamdulillah walaupun mini dapat jugak manfaat jadi pie labu yg sedap!

Umm AA said...

comelynya labu tuh...bila tengok nuda buat nie terasa cam sedap jgk kan...nanti ade labu leh cubalah..:)

@na said...

walau pun 1st time try...tapi nampak cantik n yummy, sure rasanye sedap tu

PutriPurnama said...

salam dik,
wow sedapnye..boleh cuba gak ni.

Nudabuffy said...

nadia rashid ~ alhamdulillah.. merasa juga hasil tanam sendiri.

Ummuaidan ~ kalau ada labu dan takde idea nak buat apa, boleh cuba ni. Aidan tentu suka.

@na ~ alhamdulillah, boleh tahan untuk first timer. :)

Puteri Purnama ~ salam Kak. Ni cucu cicit labu pemberian kak Puteri la ni.

suka suka said...

Assalam Nurul.. excited tengok labu tu..

Nudabuffy said...

Salam Kak Mar.. si mini yang manis.. heheheh