Ni post lama yang diperam.. Satey ni kakak ipar saya yang buat. Kebetulan mak dan ayah saya datang, seronok sikit makan ramai-ramai. Kononnya nak buat outdoor, sekali hujan ribut, terpaksa la membakar dalam rumah.. Hehehe.. Tak pernah dibuat orang agaknya.
Great stuff to be shared together...
Monday, April 29, 2013
Friday, April 26, 2013
Alahai PRU13
Salam semua.. Hmmm saya sendiri tak percaya yang saya akan buat entry ni di sebalik kemualan saya dengan perang cyber dunia politik yang menyampahkan. Dalam mual dan muak terpaksa ambil tahu juga. Yelah, nak mengundi katanya. Tak boleh tak tahu semua, kata bapa mertua saya. PRU13 ni lebih kepada ambil peluang nak balik kampung, lepas tu nak jumpa childhood friends. Saya akan mengundi di satu kawasan yang hampir 20 tahun saya tinggalkan. Eh, tetiba rasa tua.
Saya bukan benci semua bakal YB, semua parti atau mana-mana puak yang bakal berperang. Yang menyampah tu keyboard warrior yang taksub parti sampai mencarut-carut, fitnah maki, yang tak elok di dengar dan dipandang mata. Lepas tu penuhkan wall facebook saya. Sehari dua tiga share dah le. Ni sampai berpuluh-puluh, pastu berhujah macam tin kosong. Alahai, ni dan zaman baru, era baru, orang pandailah cari maklumat dan tentukan kesahihan maklumat tu. Cakap kalau takde fakta dan fitnah semata, such an insult to our intelligence la.
Pastu perang bendera macam budak tadika. Pasang ikut sedap je. Tak kira lah menghalang penglihatan pemandu ke apa. Ni musim hujan ribut ni, banyak yang tercabut berterbangan berkibar-kibar. Bahaya tau kepada pengguna jalan raya. Bagilah taklimat sikit pada si pemasang bendera, jangan ikut dan je.. Nak jadi pemimpin kan? Takkan pengikut tegar pun tak boleh ajar? Sama je dua-dua pihak pun. Pastu tak payahlah nak pasang sebanyak-banyak tidak bendera tu.. Ni tempat tunggu bas pun dah serupa bilik gerakan deme. Alahai.. daripada labur duit buat beli bendera dan upah orang pasang bendera, baik buat beli kayu, bata zink dan bagi upah orang baiki atau buat rumah orang fakir miskin. Pahala dapat, tanggungjawab terlaksana, dan untung-untung orang tu nak pangkah parti awak. Muahahah.. (eh macam rasuah pulak. Rasuah ke kalau bagi pada yang hak?).
Sedikit sedutan daripada sebuah blog yang saya baca. Saya suka baca sebab dia ni jujur dalam menulis.
"Aper pon.... Penyokong Totok PR akan tetap mengundi PR walau aper pon keadaannya... begitulah jugak Penyokong Totok BN tetap akan mengundi BN walau aper pon keadaannya.... sekarang nih kalu nak diikutkan kedua-dua pihak samer kekuatan (ties) iaitu sekitar 30% setiap satu kumpulan ... dan semua mata tengah nak tengok kemana 40% pengundi atas pagar nih nak swing...
Kalu Pimpinan Atasan PR buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus PR kali nih.....
Kalu Pimpinan Atasan BN buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus BN kali nih.....
Semuanya ditentukan oleh pengundi atas pagar.... pengundi muda.... first time voter.... nasib la korang.... patut lu orang sumer jaga mulut jangan keluar statement longkang..."
Sangat mewakili apa yang saya fikir dan rasa. Dan saya masuk dalam kategori 40 % tu. Pengundi muda+First Time Voter+Pengundi Atas Pagar. Good luck bakal YB dalam memenangi hati saya.
Thursday, April 25, 2013
Keputusan Jemaah Doktor
Hubby sms tadi.. Katanya keputusan mesyuarat jemaah doktor dah keluar dan diorang putuskan tiada keilatan. So maknanya apa? Takde bantuan dialisis la kan? Tak tahulah nak rasa apa. Ada sedih, ada kecewa. Inilah susahnya kalau tak nampak macam orang sakit. Agaknya doktor-doktor ingat saya nak buat tuntutan palsu kot. Tak baca ke laporan perubatan saya tu ek?
Hmm.. saya senang je.. Kalau doktor arahkan buat dialisis, kalau saya ada duit saya pergi buat. Kalau takde, saya konon-konon buat sudah.. Hahha. Yelah, orang yang contract basis macam saya ni. Gaji pun macam biskut, sekejap ada sekejap takde. Ni daripada awal tahun tak masuk-masuk sampai bos saya kena dulukan duit dia sendiri. Dengar-dengarnya duit peruntukan lari ke kempen pilihanraya. Hai.. nak berkempen gunalah duit sendiri, ape hal pula pakai duit rakyat marhaen ni? Pastu ada hati nak suruh orang bagi undi dekat dia. Haisshhh..
Dugaan..dugaan.. Takpe, senyum je.. Ngeeeeeee

Tuesday, April 23, 2013
Projek Fertigasi Cili
Saya terlupa nak cerita salah satu aktiviti yang menambahkan kesibukan hujung minggu saya. Sebelum ni, kakak ipar saya, Pauziah dan suaminya, Zawawi, buat projek tanaman cili secara fertigasi. Tapi disebabkan kesibukan dan lokasi yang jauh, projek tu tergendala. Semasa projek berjalan, saya dan suami selalu juga ke tempat tanaman di Pontian. Alang-alang suami saya dah ada di kampung, diorang hantarlah set fertigasi tu ke kampung untuk digunakan semula.
Sebelum memulakan semula, kena pastikan segala kelengkapan mencukupi. Jadi kami berjumpa dengan kawan baik Abg Awie di Merlimau, Melaka sambil-sambil melawat projek fertigasinya. Dia ni buat projek fertigasi co-venture dengan Pejabat Peladang Merlimau. Hui, beribu-ribu pokok cili padi dia tanam. Ada cili besar dan timun juga. Katanya kalau kami datang awal sebulan, dapat makan rock melon. Ini satu kerugian. kekekek. Cuaca di Melaka, subhanallah panasnya. Macam takde tapisan UV langsung. Balik daripada Melaka, muka saya naik jerawat banyak gile. Hahahah. Kagum betul macam mana pekerja-pekerja ni boleh selamba duduk bawah bahang macam tu.
Saya, suami dan Kak Pojit selamba je buat macam kebun sendiri. Mula-mula malu-malu. Lepas orang offer suruh petik hasil, laju je pergi pilih. Katanya, datang jauh-jauh takkan bawa balik dua tiga biji je. Dapatlah timun seplastik besar (betul-betul besar tau), cili padi sepenuh tangan dan cili besar dalam 2-3 kilogram. Hahahah. Tapi sayangnya saya takde kamera. Gambar semua dalam kamera kakak ipar. Oh ya, oleh sebab saya membodek-bodek pekerja kat situ, dapat biji benih timun. Hahahahah. Alhamdulillah.. Bila nak tanam, itu saya serahkan pada encik suami.
Ada masa saya upload gambar projek kat kampung. Tapi sikit je tanamnya, dalam 120 pokok je. Kira oklah untuk permulaan kan. Nanti tambah lagi sikit-sikit kalau berhasil.

Monday, April 22, 2013
Lobak Putih dan Peristiwa-Peristiwa Sepanjang Minggu
Salam semua.. Lama tak menjenguk blog. Banyak sangat hal dah kejadian sepanjang minggu ni.. Sibuk sikit. Malas banyak. Hahahah. Sebelum bercerita panjang, cuci mata dulu dengan tuaian lobak putih saya. Sebelum cabut punyalah teruja sebab nampak panjang gile lobaknya. Sekali tarik, cenonet je. Ngeheheheh.
Pada 9 April lepas, saya bertemujanji dengan Doktor Liu. Hari tu mood Dr Liu baik siap boleh borak gelak-gelak lagi. Creatinine naik ke 690 manakala urea turun daripada 23 ke 19. Walaupun creatinine saya terus naik tapi doktor belum bagi arahan untuk buat dialisis. Saya tanya dalam keadaan macamana saya mesti buat dialisis? Katanya, ada orang kena buat lebih awal, terutamanya kalau ada simptom seperti tak boleh kencing, bengkak, BP terus tinggi. Tapi saya takde simptom. Ada doktor yang kata, kalau saya tak beritahu, dia tak tahu pun saya sakit. Heheh.. Alhamdulillah, minta-mintalah keadaan saya bertambah baik dan kalau tak pun, statik dekat sini. So tak perlu lah buat dialisis.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, laporan perubatan yang selalunya lambat gile nak keluar, belum sebulan dah sampai notis. Hospital suruh datang ambil. So, sekali harunglah. Lepas appointment pi PERKESO pulak. Tapi oleh sebab kami guna alamat kampung, terpaksa hantar borang ke Pejabat Perkeso di Kluang. Esoknya ke Kluang pulaklah kami. Pung pang pung pang, pegawai perkeso kata maybe next month kena pergi meeting dengan Jemaah Doktor. Ok. Ikut jelah kan?
Alih-alih, 17/4/13 dapat surat suruh pergi Hospital Kluang pada 18/4/13. Ini sudah bagus. Tak payah tunggu sebulan. Tapi ramainyalah yang buat permohonan. Harap-harap dapatlah bantuan dialisis tu. Kalau tak dapat, saya memang larilah, terus tak buat. Hahahahh. Antara soalan yang ditanya.
1. Sudah kena buat dialisis?
2. Keputusan pemeriksaan terkini, jikalau ada.
3. Kalau kena buat dialisis, nak buat di mana? Sudah booking?
4. Bekerja atau tidak?
5. Sudah buat tapak (fistula)
6. Sejak bila sakit?
Kebetulan pula, di Hospital yang sama adik ipar saya, Idah sedang menunggu kelahiran bayinya. Kasihan. Tiga kali induce, tiga hari tahan sakit, at last kena ceaser. Apa nak dikata, bahagian masing-masing. Alhamdulillah, yang penting, mommy and baby selamat. Pada 20 hb April, my new nephew, Muhammad Zarif Iman dilahirkan dengan berat 3.18 kg. Muka sebiji macam Nasruddin dan Haziq. Semua spesis kening sepesen dengan hubby saya. Nampaknya cucu keluarga Abd Jalil semua keluar ikut tingkap. Yang dua bakal keluar tak lama lagi nanti pun ada possibility sebab kedua-dua ibu sebelum ni melahirkan dengan kaedah caeserian walaupun masing-masing ingin melahirkan secara normal.
Oh ya, cerita pasal baby, tiba-tiba teringat. Hari ni hari ulang tahun kelahiran arwah anak saya yang kedua. Semakin hari saya dapat melalui kehidupan ini dengan tenang dengan hanya memikirkan kebahagiaanya. Saya ada terbaca artikel tentang perihal anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Sebelum hari kiamat, mereka akan dijaga oleh Nabi Ibrahim. Mereka tidak akan dihisab. Mereka pasti akan menjadi penghuni syurga. Bila difikirkan balik, tidak ada hadiah yang lebih baik daripada syurga yang sebenar. Saya cuma berharap, kami berpeluang berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga. Amiin
Tuaian 18 April 2013. |
Daun layu sebab biar lama sangat kat luar sebelum masuk peti sejuk. |

Monday, April 8, 2013
Projek Gaharu
Tanaman gaharu ni diusahakan oleh bapa mertua saya. Hmm tak pasti dah berapa tahun, rasanya dalam 4-5 tahun kot. Damar gaharu ni digunakan untuk menghasilkan minyak wangi yang mempunyai bau kayuan (woody). Suami saya pula bertugas sebagai buruh kasarnya. Hahahah..
Kalau nak tunggu damar gaharu terhasil secara semula jadi memakan masa yang agak lama. Biasanya kalau di hutan-hutan damar terbentuk selepas pokok 'dirosakkan' oleh makhluk seperti anai-anai misalnya. Dalam proses pemulihan pokok itulah damar terbentuk. Sekarang ni proses tu dapat dipercepat dengan cara menyuntik dengan bahan tertentu, kami panggil ubat gaharu. Ubat ni kami beli je daripada pembekal.
Kalau ada masa lapang di kampung, saya suka pergi mengorek anak pokok gaharu untuk dipindahkan. Seronok juga, macam mencari barang tersembunyi. Sambil-sambil mengeluarkan peluh. Bila pokok dah tinggi sekurang-kurangnya sekaki, kami akan sulam di antara pokok-pokok gaharu yang dah besar. Pernah juga ada orang bertanya untuk dapatkan daun gaharu untuk dibuat teh, tapi tak jadi. Tak tahu kenapa. Saya tak tahu pula apa khasiat teh gaharu, jadi saya buat pencarian di google. Untuk pembacaan lanjut, boleh rujuk SINI atau search sahaja 'teh gaharu'.

Friday, April 5, 2013
Sudah Sampai
Biji benih bunga-bungaan daripada Lynn sudah sampai petang semalam. Sangat cantik presentationnya, buat saya tak henti tersenyum melihatnya. Terima kasih lynn. Semoga Lynn sekeluarga akan semakin dimurahkan rezeki, rahmat dan berkat daripada-Nya. Tak sabar nak tanam dan melihat bunganya. Baru tanam cosmos sulphureus orange, brightness mixed dan zinnia chippendale. Yang lain terpaksa tunggu bekas tanaman kosong.
Wednesday, April 3, 2013
Mahkota Dewa
Hmm... kenapa agaknya orang panggil mahkota dewa. Ditilik-tilik, tak ada pula bentuk mahkota. Saya rasa setiap rumah sedara-mara suami dekat kampung ada tanam pokok ni. Tapi tak buat apa-apa pun. Buahnya jatuh bertaburan je. Kalau tengok harga produk yang ada mahkota dewa, mak aih, mahalnya. Oh ya, nama saintifik mahkota dewa ialah Phaleria macrocarpa.
Saya pernah tanya kenapa tak diapa-apakan buah tu. Katanya sebab ada bahagian pada buah mahkota dewa yang bersifat toksik. Kalau tak pandai, boleh jadi beracun. Kebetulan blogwalking hari tu ada terbaca, bahagian yang digunakan ialah antara kulit dan biji. Bahagian isi buah la maknanya kan? Bahagian tu diracik dan dikeringkan betul-betul barulah boleh digunakan. Ibu mengandung dilarang untuk guna hasil daripada tanaman ni.
Antara khasiat buah mahkota dewa yang saya jumpai ialah mengubati kegatalan, flu, sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia berfungsi dengan cara bertindak sebagai antibakteria, antivirus, meningkatkan sistem imun, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan pembekuan darah. Hmm.. Lecturer saya pernah pesan, kalau nak menjalani pembedahan, jangan makan herba yang menghalang pembekuan darah. Jadi berhati-hati ya. Selain itu, mahkota dewa juga dapat mengurangkan timbunan lemak pada pembuluh darah. Ada juga artikel di laman maya yang mengatakan bahawa mahkota dewa baik untuk pesakit hepatitis, gout, hipertensi, reumatik dan penyakit ginjal. Apa-apa pun, dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakannya.

Alkisah Scarlet Radish
Ingat tak gambar ni?
Memang cantik menarik kau memang debomm la kan? Yang ni yang ditanam di rumah kami di Skudai. Ada beberapa yang ditanam di kampung pun dah dituai. Cantik walaupun kecil. Yang ni nampak cantik.. Tapi..
Satu je yang betul sempurna, yang satu ada bisul, yang lagi satu memang tak membentuk langsung. Tak apalah, syukur ada rezeki kan. Lagipun yang ni tanam nak seronok-seronok je. Yang dua tu saya campurkan dalam bubur nasi bilis saya. Rasanya macam lobak putih juga. Isinya pun putih walaupun kulitnya merah. Not bad. Daunnya tak tahu nak guna macammana, jadi suami tapau untuk bagi arnab-arnabnya.
Oh ya, cakap pasal arnab, lupa nak bagitahu, jualan Panda, Pondo dan Pindi dah ditutup. Sebabnya diorang semakin menggebu dan comel, menyebabkan tuan arnab tetiba rasa sayang nak jual. Lagipun, ada dua induk jantan dah mati sebab dianiaya dengan tikus. Cik menti-cik menti sekalian pergi makan testis diorang. Kesian.. tentu Yus dan Tokey (nama induk jantan tu) mati dalam keadaan tersiksa. Jadi perang telah dilancar kepada cik-cik menti sekalian. Sekarang budak-budak bertiga tu jadi calon untuk jadi induk.

Tuesday, April 2, 2013
Bunga Kenanga
Bunga kenanga (Canangium odoratum) adalah salah satu bunga yang mempunyai bau yang unik dan wangi. Warnanya kuning kehijauan dan taklah terlalu menyerlah. Bentuk kelopak bunganya pun lain daripada yang lain, panjang berpintal. Saya tengah berangan nak kumpul bunga-bunga yang wangi. Jadi saya mengendeng dengan hubby minta dia tut pokok bunga kenanga dari rumah paman. Tapi banyak betul halangan. Hari tu bahagian yang ditut patah riuk kena timpa dengan kayu-kayu dari rumah lama paman. Pekerja yang buat kerja-kerja tu semberono je. Tak hirau harta benda orang. Takpelah, kalau ada rezeki, dapatlah.
Banyak maklumat daripada internet tentang khasiat kenanga. Antaranya bunga kenanga dipakai untuk menurunkan tekanan darah, membantu keseimbangan hormon dan meredakan stress. Wah memang sesuai sangat dengan saya ni. Kenanga yang juga dikenali sebagai ylang-ylang adalah salah satu bahan yang digemari sebagai aromaterapi. Ekstraknya banyak digunakan sebagai bahan utama dalam pewangi termasuklah daripada jenama terkemuka. Campuran minyak pati kenanga dengan minyak-minyak pati melati dan mawar dapat membantu dalam masalah seksual (erk?). Ianya juga baik untuk kesihatan kulit. Tapi penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Dalam sumber yang lain, ada juga dikatakan bunga kenanga dapat digunakan untuk masalah sendi dan otot. Ia juga dapat digunakan sebagai penghalau nyamuk. Hmm.. impressive.
Yang ini jenis ada 6 kelopak je. Ada yang sampai 12 kelopak. |
Dari bunga membentuk buah. Tak tahu pula dari buah ni boleh bercambah atau tidak. |
Monday, April 1, 2013
Mencuba Resipi Pai Labu Manis Puan Zaitun
Assalamualaikum..
Hmm hari Sabtu lepas, saya ada masa sikit untuk mencuba pai labu manis resipi Puan Zaitun Ismail yang dikongsi oleh Encik Iskandar di SINI. Buah labu manis yang suami saya tanam di kampung dah pun matang walaupun saiznya agak 'mini'. Mungkin sebab saya debungakan dengan bunga jantan labu Jack-Be-Little. Apa nak buat, tak ada bunga jantan lain waktu tu. Hanya dua biji yang menjadi. Jadilah..
Tak besar pun kan? Biji dia pun comel-comel je. Mulanya saya ingat nak kecilkan sukatan, tapi takut tak jadi pula kalau derhaka. Hahah.. Nama pun first time cuba kan...Resipi ni agak mudah, dan kalau pandai rancang masa, tak memakan masa yang lama pun. Misalnya, panaskan air kukusan semasa menyediakan bahan, dan kukus buah labu, sementara menguli kulit pai. Bab menguli ni saya lemah sikit, sebab jari-jari saya macam nak kejung. Buat mental note, lain kali buat masa boss ada. Biar dia yang uli dan canai. Barulah dapat kenipisan yang diinginkan.
Macam nilah rupa labu ni di sebelah dalam.. Bau labu yang dikukus sangat menggoda hokey! Dah la buat waktu lapar. Banyak jugalah kena cukai masuk dalam mulut. Sedap.. Patutlah anak buah saya suka makan labu. Segala bahan-bahan untuk isi pai disatukan dalam blender dan kisar. Senang kan? Lepas tu curahkan je dalam loyang yang dah dilapis dengan kulit pai.
Sementara tunggu pai masak, boleh lah buat kerja lain. Kemas rumah ke, mendobi ke, berkebun ke. Sebab makan masa jugalah nak masak. Okey, I underestimated the size of my pumpkin. Penuh sampai melimpah isi pai sampai tak nampak dah crust dia. Masa korek isi labu tu, penuh semangkuk besar. Jadi Pai Labu ni agak mewah dengan labu. Tadaaa.. Inilah hasilnya.
Err.. please excuse kecacatan kat bahagian tepi tu. Tu saya terpegang masa nak check dah masak ke belum. Masa tu masih lembik lagi.. Hmm.. rasanya agak manis bagi saya. Jadi siapa yang tak suka manis boleh kurangkan gula. Tapi bila suruh hubby rasa dia kata ok.. Dan yang penting dia kata, "Sedap". Terima kasih Puan Zaitun kerana sudi berkongsi resipi yang mudah diikut bagi saya yang teramat amatur ni. Kepada kawan-kawan yang ada tanam labu manis tu, silalah mencuba. Kepada yang suka rasa yang lebih berempah boleh lebihkan serbuk kulit kayu manis. Cinnamon menyeimbangkan dan menyedapkan lagi rasanya. Ada juga resipi yang saya jumpa menggunakan serbuk halia dan cengkih. Terpulang pada citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Subscribe to:
Posts (Atom)