Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 14, 2012

Ulam-ulaman

Banyak ulam-ulaman yang hidup subur sebab sering ditimpa hujan. Saya pulak semakin malas memasak apatah lagi nak makan ulam. Tetapi rajin pula pergi ke pasar pagi setiap ahad membeli nasi kerabu.

Bercakap pasal nasi kerabu, tentulah teringat pada emak di kampung. Bila pulang ke kampung tak nak pulak makan nasi kerabu walaupun mak berniaga nasi kerabu. Sebab selalu tergoda dengan nasi dagang tak pun nasi lemak. Hihihi..

Masa bujang-bujang dan masih menganggur dulu, saya selalu juga tolong emak berniaga. Kelim karipap, bancuh apam, goreng kuih. Tapi kalau hari nasi kerabu kenalah mengutip dan menghiris ulam. Antaranya daun selom, kesum, ulam raja, bunga kantan, daun kaduk, daun mengkudu, daun kunyit, serai kayu, pegaga, timun, taugeh, kobis. Hmm tapi kata emak, kalau resipi orang kelantan yang betul-betul original, lagi banyak ulam yang dia letak.

Dekat rumah saya yang ada daun pegaga, selasih, pudina, ulam raja dan cekur sahaja. Selasih dan ulam raja dah mula serasi, tapi pudina memang tak masuk, pegaga pulak pahitnya. Tapi kalau nak awet muda dan cerdas makanlah pegaga. Hihihi..

Ulam Raja

Pegaga

Selasih

9 comments:

Umm AA said...

nuda sebut nasi kerabu terliur saya....

Nudabuffy said...

dekat tempat saya ni ada penjual nasi kerabu asal kelantan. Sangat sedap nasi kerabunya. Nasi biru + ulam + lada solok + daging salai + telur masin + kuah lemak + samabl budu = RM4.00. Nasi dagang, laksam dan ayam percik pun sedap.

Unknown said...

wow, nasi kerabu.... teliur liur dengornyer

Nudabuffy said...

sedap..nyum nyum nyum.. (saja lagi nak kasi lagi terliur)

Anis aka Mama Mila said...

nasi kerabu ni mmg most favorite la...mak dgn saya mmg layan habis :)

Nudabuffy said...

sedap dan berkhasiat. Nasi kerabu ni salah satu pemakanan lengkap yang seimbang(karbohidrat, protein , fiber, etc etc). Pandai orang dulu-dulu reka menu

TukangKebun said...

Ohhh saya pun suka nasi kerabu tapi yang jual nasi kerabu dekat kawasan tempat tinggal Diana warna biasa tak warna biru.

GO GREEN said...

owh..pegaga semestinya awet muda..he he.. Lynn blender letak madu sikit, tapis dan minum. Pagi2 rasa fresh..

Nudabuffy said...

Tukang kebun~ haah. memang ada tempat yang nasi biasa. Ada yang biru bukan sebab bunga telang tapi pewarna.

Lynnhelite~ patutlah lynn awet muda.. heheheh