Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 6, 2012

Sawi

Lama tak kemaskini blog.. Emosi semedang sejak akhir-akhir ni. Rasa nak marah je sebab ramai benar yang....ahhh malaslah nak cerita..

Salah satu punca emosi saya ialah SIPUT. Stress gila tiap-tiap hari kutip menatang kecik ni yang seronok menggonggong biji benih carrot saya. Last-last satu je yang tumbuh. Pagi ni pokok yang satu tu pun dah arwah kena makan dengan diorang. Pokok kobis bunga punyalah sihat pun ghaib satu-satu. Balik kerja semalam dapat tangkap culpritnya. Jahatnya lah korang ni. Tinggallah sikit kat aku woii..Tak padan cenonet.

Nasib baiklah sawi hidup subur dan gemuk. Cuma takde hati nak tuai. Terbiar berbunga. Tuai biji benih jelah nanti. Kelakar tengok tangkai dia dah melentok sebab biji dah berat. Hon tsai tsai belum bunga lagi.

Petak Sawi dan Hon Tsai Tsai.


Bunga sawi.


Biji benih.

9 comments:

muzai said...

bestnye bercucuk tanam..jimat duit beli sayur kan.. ni yang x sabar nk ada rumah atas tanah ni

Nudabuffy said...

rumah kita takde tanah pun..tanam dalam bekas.. hehehee.. hasil dah banyak, tapi memasak malas..

Unknown said...

gunalah racun siput, ianya sungguh berkesan gunalah tanpa was was (heh heh macam iklan racun siputlak...)

suka suka said...

Betul kata Hidayah tu..bagi je racun siput..bergelimpanganla siput2 tu..cantik bunga sawi tu

Nudabuffy said...

hidayah & kak mar.. Bagi contoh jenama yang betul-betul berkesan..nak pi search. Batul-betul buat saya emosi tau siput-siput ni.. Takde mood dah nak tgk pokok jadinya

Unknown said...

yang saya tahu racun siput tu semua jenama pun berkesan, racun berwarna merah muda,berbutir kecil kecil taburkan saja selepas menyiram pokok terutama waktu petang.....esok pagi gerenti siput tu toink toink mati berjemaah heh heh ...cubalahyer puan

Nudabuffy said...

hihik..hidayah salim ni dah betul-betul macam promoter.. Ok-ok.. nanti saya pi cari.

TukangKebun said...

Hon Tsai Tai bila berbunga pun boleh makan juga. Kalau nak simpan biji benih yang pure biar satu species je yang berbunga nanti dah kahwin campur.

Nudabuffy said...

tukang kebun, suami saya cakap ho tsai tsai sedap. Rangup.. hehehe