Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

Perkembangan Semaian Bulan November

Back to track. Kesian tanaman saya terabai namun masih sudi membesar walaupun diancam dengan pelbagai perosak dan cuaca tak menentu. Pokok yang dah nak mati pun ada yang kembali segar, misalnya timun walaupun tak pasti timun jepun ke horned sebab tak dah lama sangat tanam sampai lost track. Mungkin sebab terima banyak air hujan. Pokok cili padi dan cili besar ada beberapa yang mati setelah buahnya masak. Kenapa agaknya? Buahnya tu ambil banyak sangat zat ke?

Sedikit gambar.

Anak kailan.
 Yang ni dalam dua minggu umurnya. Benih dari tanamsendiri.com. Sangat bernas sebab seolah-olah 100 % tumbuh. Kawasan yang agak kosong tu bukan sebab tak tumbuh tapi sebab pokoknya tercabut siram ganas sangat. heheheheh. Nanti dah besar sikit boleh tuai baby kailan untuk jarangkan.

Lobak putih dah makin kukuh. Cepatlah gemuk.
 Cerita pasal lobak putih, my in-laws tak makan lobak putih sebab kata mereka baunya hancing. Hmm.. saya pulak suka. Jadi saya tanya emak macamana nak kurangkan baunya sebab saya teringin nak makan. Emak suruh celur sikit dan bilas, baru masak, kira-kira hilang baunya. Saya masak lemak putih dan suruh suami rasa. Dia kata ok. Yess. Sekarang suami pun tanam lobak putih di kampung. Persoalannya, adakah hilang khasiatnya? Oh ya, yang ni berusia lebih kurang 3-4 minggu. Tak ingat. Ada banyak lagi yang berusia 2 minggu. Kalau semua menjadi siapa nak makan? hahahah.

Kobis bunga.
Ini suami yang tanam. Mulanya saya ingatkan kailan. Rupanya kobis bunga. Daunnya serupa. Biji benih dibeli di pasaraya econsave berharga rm1.90 sepeket. Kadar pertumbuhan juga baik tapi banyak yang mati sebab dibakar matahari masa kami bercuti. Mujurlah ada dua yang terselamat. Mudah-mudahan menjadi.

4 comments:

TukangKebun said...

Sayur kailan dan sayur kubis bunga memang mirip. Brokoli pun sama juga. Subur kailan tu. Belum sempat menyemai kailan lagi semenjak balik.

Nudabuffy said...

Kali ni menjadi kailan mungkin sebab banyak dapat siraman semulajadi. sebelum ni kalau tanam selalunya 4 pokok je yang membesar. Mungkin juga sebab gardeners nya belum cukup pengalaman.

Unknown said...

"siram ganas sangat",gelihati bunyinya hi hi hi....

Nudabuffy said...

Hihi.. itulah akibatnya kalau terhegeh-hegeh bersiap. Bila dah lambat nak pergi kerja terpaksalah main simbah je air sesuka hati.. sampai tercabut anak pokok