Saya telah menjalani pembedahan kecil AVF ni pada hari Sabtu lepas, 8 Disember 2012.
Hmm...saya ringkaskan lah ya? Mula-mula Dr Anga mengenalpasti urat yang nak digunakan.. Oleh sebab susah nak cari urat di tangan kiri, terpaksalah guna tangan kanan. Bius setempat disuntik sebelum prosedur pembedahan. Pembedahan tak ambil masa yang lama, dalam setengah jam sahaja. Tapi memang bukan pengalaman yang indah la.. sempatlah menitik dua tiga titis air mata..Oleh sebab tak boleh kena air, kerja memasak dan mencuci diambilalih oleh suami.Kena buat excercise genggam lepas untuk pastikan urat tu kembang.
Semalam pergi cabut tiub. Dressing kalis air ditampal. Tapi katanya, kalau sakit, jari-jari kebas atau basah perlu dibuka dressing tu. Risau nak buka sebab takut lagi susah nak jaga.
Semalam. Masih putih suci bersih. |
Hari ni. Ala.. apesallah ada tompok-tompok pulak ni.. Huhuhu |
Oh ya.. Antara penjagaan yang perlu dititikberatkan ialah tidak boleh memakai baju dengan lengan ketat, tidak boleh memakai perhiasan di tangan yang dipasang AVF (jam tangan, cincin, gelang), dan tidak boleh mengambil tekanan darah atau mengambil sampel darah dari lengan tersebut. Pastikan juga bahagian tersebut tidak terhimpit sewaktu tidur. Bagaimanapun, fungsi tangan adalah seperti biasa termasuk boleh mengangkat benda berat.
Pasal pemakanan masih dalam pencarian dan pembacaan.
12 comments:
Alaaa..kesiannyer...sabar yer..mungkin takde per per kot..tp elok gie check kat klinik cepat2..
hopefully takde apa-apa. Tengok dulu kalau tompok tu makin besar, nak kena tanya doktor juga. Takut dah bernanah.
Insya Allah,takde ape2 ;-D
salam Nuda,
ohh..sabarlah ya.Insyallah semuanya akan baik.salam mesra.
errr, bersabarlah yer mudah mudahan INSYAALLAH semuanya selamat....amin
Salam Nurul..bersabar menghadapinya ya.. Semoga segera sembuh
Terima kasih semua kerana mengambil berat. InshaaAllah berkat doa kalian saya akan semakin sihat. Aamiin.
Buat kat hospital mana?
Buat kat hospital mana?
Saya buat di Anga Plastic and cosmetic surgery sdn bhd. Ini atas rekomendasi doktor pakar. Alamat di 44, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 1, Medan Cahaya, 80000 Johor Bahru. Tel: 072228858. Telefon dulu untuk dapatkan tarikh pembedahan.
Sy bru lpas buat fistula,nk tnya lepas buat fistula ni kwsan tapak tgn n jari2 mmg bengkak dan kebas2 ke?..sy dh hampir seminggu menahan sakit..adakh ia normal?..jangkaan bila nk baik ye?
Salam asri noor. Saya pun dah tak ingat macamana rasa selepas pembedahan tu. Tapi pastikan rajin buat senaman supaya urat yang disambung tu lancar perjalanan darahnya dan cepat membesar. Gunakan bola getah yang selesa digenggam. Buat senaman genggam, tahan dan lepas. Buat selalu. Harap dapat membantu
Post a Comment