Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 13, 2012

Selasih ke Kemangin?

Saya selalu tak dapat bezakan jenis-jenis basil. Selasih ke, kemangin ke, thai basil, lemon basil. Maklumlah, newbie. Yang saya kenal sweet basil sebab daun dia gemuk-gemuk. Tapi saya rasa saya dah dapat jawapan daripada pemilik blog www.tanamsendiri.com, En Iskandar. Kebetulan ada entry tentang selasih di sini. Berikut adalah jawapan En Iskandar.


Rupanya memang dekat tetapi ada perbezaan yang ketara. Warna batang selasih ungu, batang kemangin hijau. Daun selasih lebih tirus berbanding daun kemangin. Yang paling jelas baunya berbeza.

Jadi saya rasa selamat untuk menamakan pokok basil yang saya tanam sebagai selasih. Hehe.. Semuanya berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan oleh Encik Iskandar.

Pokok Selasih saya. Dah berbunga pun.

Ingat nak close-up tapi susah nak dapat gambar cantik.
 Oh ya, sejak mula bercucuk tanam ni, kami suami-isteri dah tahap kemaruk. Semua benda nak tanam. Pantang nampak biji benih, mesti kutip dan semai. Biji tomato yang saya semai dah bercambah. Tengoklah kalau diorang mampu hidup ke tak. Suami siap semai anggur. Hahaahha. Sekarang tengah kumpul biji tembikai (beli weekend hari tu) dan capsicum. 

Lepas tu, punya lah desperado nak makan pucuk ubi, tanam batang ubi dalam plastik beras. Dah keluar pucuk dah. Hari Isnin, hubby tanam keledek pula dalam container. Kakakak. Kakak ipar saya gelakkan kami tanam keledek dalam bekas. Takpe...takpe.. Kang keluar keledek, nak show off.. Kekekekk.






       

12 comments:

baguznet said...

eh, boleh la tanam keledek dalam bekas. ada seorang blogger saya nampak dia tanam keledek dalam bekas dan hidup subur.
Moga berjaya!

Nudabuffy said...

ye ke? blog siapa? nak gi baca dan tambah pengetahuna. TQ

mat jon said...

paham sangat kalau dah tahap desperado nak bercucuk tanam nih. bukan sahaja kemaruk dah jadi ketagihan pulak ;)

GO GREEN said...

sebut pasal kemaruk....mlm tadi dah kena tegur,,baikkk punya. Mana taknya, balik kerja jer kejar ke garden belakang rumah dulu..alih2 dinner jam 8.30.

wani sc said...

insya-Allah boleh tumbuh keledek tu dalam container. cuba tengok kat blog malay-kadazan girls dan kebun bahagia bersama, diorang banyak tanam dalam containers. gemuk-gemuk! geram tengok :p

Nudabuffy said...

mat jon~ Kan? 'berhantu' agaknya hobi ni.. Kekekke..

Nudabuffy said...

lynnhelite~ samalah kita. Pagi-pagi sebelum gi kerja nak tengok pokok dulu. Balik kerja sebelum masuk rumah tengok lagi.. Pastu sebelum maghrib tengok lagi dengan hubby. Selagi ada bekas dengan tanah, musti mau tanam..

Nudabuffy said...

wani sc~ haah.. dah tengok.. makin bersemangat jadinya. Sekarang kalau ada masa, wajib pergi tengok blog kebun kawan-kawan. Best sangat..

GO GREEN said...

eh betullah,nowadays pantang tengok container, mesti nak bawak balik...he he

Nudabuffy said...

hehehe,,betull.. ni nak bawak balik lagi..

herny ridzwan said...

Best kalau husbNd n wife sma2 minat grdening.... Saya dalam oroses nak cari pokk2 ulam kampung ja nak tanam ni.....

Nudabuffy said...

hmm..suami saya sekarang lagi obses daripada saya.. tambah seronok sebab dia supportive