Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 16, 2012

Harvest: Kangkung, Pucuk Keledek, Cili ceri, Daun selasih,

Hujung minggu adalah hari untuk menghabiskan masa bersama suami kesayangan. Tapi taknak lah habiskan masa secara tak berfaedah dengan membuat taik mata je. Oleh sebab takde apa sangat nak dibuat, tanaman juga la jadi hiburan.

Si kacak bersama kebun mini kami. Bekas-bekas asal boleh je.

Kangkung yang dah boleh dituai buat kali kedua.

Oleh sebab kami ni suka makan daun, seperti biasa kena topup dengan pucuk keledek. Juga sedikit daun selasih buat penaik selera.

Sedikit cili ceri. Rancangnya nak buat jeruk.

Kami ni dalam bak bercucuk tanam hanya ikut naluri dan kadang-kadang hentam keromo. Banyak kesilapan yang kami lakukan dan banyak jugalah yang kami pelajari. Macam bekas tanaman dari tin tu, agak kurang praktikal kalau di tempat panas sebab tanah terlalu cepat jadi panas dan kering. Lubang saliran pun tak cukup besar membuatkan air bertakung. Hanya pokok yang sukakan air macam kangkung dan kesum bahagia. Sawi dan bayam jadi kurang sihat.

Bekas-bekas yang ada perlu diubah suai. Besarkan lubang, baiki medium tanaman. Ada tanah yang agak menakung air. Ada yang terlalu peroi, langsung tak simpan air. Semalam, kami buat keputusan untuk guna tapak kecil di luar pagar untuk jadikan kawasan bertanam kerana kawasan dalam pagar yang menerima cahaya matahari agak terhad. Ada sebahagian tanah dalam bekas kami gunakan untuk menambak. Tambahkan tanah bakar, baja tahi arnab dan juga tanah dari kampung yang kaya cacing. Semua pokok ulam raja dah dialih ke tanah, bersama pokok kunyit, dan ditabur dengan semaian baru bayam, sawi dan kailan. Bekas berisi kesum dan rumpun bawang pun dah diletak di luar.  Harap-harap mereka suka tempat baru. Cuma geram sebab nampak kesan tapak kaki kucing. Jangan ditinggalkan bom diorang sudahlah.

6 comments:

Puteri Purnama said...

wahh..subur kangkung dan cili ceri tu..cantik warna warni.

Nudabuffy said...

Puteri Purnama~ Nak benih cili ceri tak? Kalau nak saya boleh je pos kan. :P

suka suka said...

kangkung tu tanam dalam bekas apa eh?

Nudabuffy said...

Tanam dalam tin solvent.. Potong dua, dapat dua bekas..

yumna adana said...

Nuda.. saya nk sgt2 cili ceri tuh.. nuda jual tak benihnya? Sy nk beli.. Yumnakeyan@yahoo.com

Nudabuffy said...

Yumna, maaf ya, biji benih tak adalah.. kalau tak, kita happy je nak bagi free..