Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 19, 2013

Merah-Merah Delima

Salam semua.. Semalam kakak saya datang bersama anak saudara saya, Dhia Amni. Saja datang untuk shopping di Jusco, Taman Universiti kemudian bermalam di rumah saya.. Bulan depan setahun la umur anak saudara saya ni..

Bulat mata tengok Upin Ipin
Jalan-jalan di Jusco, ingatkan nak ambil gambar ciku, tapi asyik ada orang lalu je.. Hahhah.. Takut kantoi pula. Sekali nampak buah delima tinggal saki baki.. Dah lama takde delima dekat jusco ni. Selalu kalau nak cari takde, ni dah nampak belilah juga. Tak molek sangat pun rupa luarannya.. Kira bolehlah.. RM 5 sebiji.. Mahal gile.. Huhuhu.. Beli dua biji..

Bukan suka sangat pun makan delima ni.. Tapi ada kawan cakap, kalau nak hemoglobin cantik, makanlah delima.. Hb saya sebelum ni dalam 10 ke 11 macam tu.. Doktor bagi vitamin dan zat besi tapi makin turun pulak ke 7-8 je.. Haru... Sebelum kena marah baik cuba makan ni. Lagipun ramai kawan saya yang cuba dah berjaya.

Tak indah sangat lah rupa dia..

Tapi memang merah bak permata delima
Rasanya manis dan sedap. Tapi menyampah makan delima sebab biji dia banyak dan agak besar berbanding isi.. Saya telan je biji dia sekali..Hmm dekat kampung, bapa mertua tanam banyak pokok delima sekeliling rumah. Dua puluh pokok ada kot. Siapa lah nak makan nanti ye? Hahahah

15 comments:

Umm AA said...

betul tuh..ramai yg cakap buah delima nie bagus utk hb...sy pun takjumpa cari kat sini..beli jus jerr...

Nudabuffy said...

susah nak cari.. bila jumpa macam tulah, mahal sangat harganya

@na said...

salam kenal dan salam ziarah...bagus rupanya delima utk HB kita..suka sesangat buah delima pantang jumpa mesti beli punya!

nadia rashid said...

dulu time preggy ada gak cari masa tu bukan musim..mahal sebijik rm8 kt pasar...tp jumpa kat tesco rm5 sebiji...mkn nyer berapa je..sebab nyampah pada biji tu..huhu

PutriPurnama said...

salam dik,
sedapnya delima ni, dah lama tak makan. Pernah makan delima yg tak ada biji, sedap.

Nudabuffy said...

@na ~ Salam Kenal ana.. senang eh nak dapat di tempat ana?

nadia rashid ~ hahaha.. samalah kita.. menyampah sangat dengan biji-biji tu.. tapi berkhasiat pula untuk kita..

Puteri Purnama ~ salam kak. Hah? betul-betul ke cobaan ni? Tak pernah jumpa lagi delima tak ada biji.. Kalau jumpa, saya mesti pilih!

PutriPurnama said...

Betul, bila musim delima, banyak jual dekat depan pasarraya maidin di masjid india tu,3 biji rm10. Butir2 dalam delima tu,biji didalamnya kempis dan rangup,tidak keras macam delima tempatan, menurut juru jualnya itu delima import dari siam.Butir isi delima ni sangat merah dan berkilat, manis sekali.

Nudabuffy said...

wah, seronoknya kalau jumpa.. Harganya lebih murah pula

ummihasan said...

dayah.. serius your FIL tanam pokok delima?? seriusly, klu berbuah dengan banyak, nak beli sikit ye.

Nudabuffy said...

betull tapi belum berbuah lagi.. InshaaAllah.. kalau dah berbuah, I'll let you know!

Mama Pongkey said...

Piau! piau! ;-)

Saya pun malas nak makan delima ni. Tapi mengenangkan ada hadis Nabi yang menyebut tentang kebaikan makan buah delima ni... Maka saya ambil jalan mudah.

Saya beli juicer manual (pusing pakai tangan) di Cosway, harganya dalam RM30 kalau kita pakai kupon. Lepas tu buah delima tu saya juicekan sahaja. Ye dengan biji sekali. Hasil jusnya nanti tiada biji. Memang mudah. Sedap pulak tu.

Nudabuffy said...

murah juga juicer tu eh? Tapi takut jadi perhiasan je pulak nanti.. Hahhaha..

Anonymous said...

Salam.nk kongsi info, once buah pinggang rosak, wil cause hormon yg ransang penghasilan homoglobin x dpt dikeluarkn.terencat.jd,pnghasilan hemoglobin pun menurun dr masa ke semasa. Dats y, hmpir semua pesakit buah pinggang akn disuruh utk ambil suntikan recormon setiap minggu utk menaikkan hb. Biasanya start after dialisis. Maaf tp mknan yg boleh tmbh drh termasuk delima hanya bkesan utk mereka yg sihat..yg buah pinggangnye buleh bfungsi secara total.

Nudabuffy said...

Anon ~ Oh ye ke? Takpelah, tak salah mencuba kan? Lagi pun makan buah delima tak menjejaskan kesihatan kan? Snek yang lebih baik daripada junk food, me think. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya kebetulan terjumpa blog ni masa tengah browsing nak cari info pasal buah delima tempatan untuk research.
Maaf tapi saya ingin bertanya sebab terperasan dekat post tu yang ayah mertua akak ada tanam pokok delima. Kebetulan saya memang tengah cari buah delima tempatan tu untuk research.
Boleh tak kalau akak hubungi saya melalui email sebab saya harap sangat nak dapatkan bekalan buah delima tempatan tu. Kebetulan pulak saya pun orang Johor.
email saya : rida_8181@yahoo.com
Thanks! :)