Bismillah..
Hari ni hari ulang tahun kelahiran suami saya.. Semalam pula emak saya.. ramai lahir bulan tiga ni.. Tapi sume tak dapat hadiah.. heheheh.. eh, mak dapat hadiah awal. Microwave oven daripada kami lima beradik.
Hubby pula, tak tahu nak bagi hadiah apa? Hadiahkan diri sendiri boleh tak? Hahah.. Poyo je. Kalau best sangat tak pe juga.. Ni masak pun malas.. hohohho..
Cerita pasal memasak, oleh sebab saya jarang memasak sebab bateri asyik kong je, saya cuba lah tunaikan apa yang dia nak makan bila rasa sihat sikit. Hujung minggu lepas, adik ipar saya yang duduk di Shah Alam nak balik ke kampung. Habis diharuk abang kakak dia suruh balik kampung. Jadi suami cadangkan untuk masak rendang arnab. Mungkin dah memang rezeki, ibu saudara dia minta sembelihkan arnab, dapat arnab percuma. Alhamdulillah.. Murah rezeki suami saya ni. Mungkin sebab dia ni budak baik, pakcik makcik dia selalu minta tolong buat itu ini dan dapat upah macam-macam. Kadang-kadang arnab, kadang-kadang ayam kampung, puyuh, telur ayam atau telur itik, dan kadang-kadang buah-buahan. Itik pun ada juga dioffer, tapi tak pandai makan itik kot. Hahhaha.. Kadang-kadang dapat ilmu-ilmu terutamanya hal penternakan.
Eh melalut-lalut pula.. Berbalik kepada cerita rendang. Oleh kerana saya ni tukang masak amatur, terpaksalah mula memasak dari awal petang. Nama pun masak rendang yang sinonim dengan renyah.. Hahahha. Siap bawa buku resipi ko! Malu juga dengan mak mertua, tapi baik tengok buku resipi daripada masak tak jadi. Resipi rendang ni daripada mak saya. Malu-malu siput pula kejap bila mak mertua belek resipi kita. Hahhaha.. Nak jamin sedap, rendang belum jadi lagi..
Alah tak jauh beza pun saya tengok dengan resipi kat dalam majalah. Cuma biasalah, orang terengganu suka pakai gula nira dan rendang musti ada kerisik. Kerisik ni buat sendiri, sangai kelapa sampai kering dan keperangan lepas tu blend. Sedang saya asyik memasak dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba ibu mertua saya bilang, "Apa kata malam ni kita buat kenduri? Kenduri sedara-sedara je." O. M. G. Tukang masak amatur ni nak kena masak untuk kenduri? SERIOUSLY?!!!!!
Tapi takkan nak kata tidak kan? I kan menantu mithali. Kekekek (sila jangan muntah). Kenduri kecil je pun. Doa selamat sebab tahun ni je keluarga besar ni akan dapat tiga orang cucu baru. InshaaAllah. Semoga dipermudahkan kepada ipar-ipar dan biras saya. Tapi masalahnya, menu yang dirancang tu saya tak pandai masak. Asam rebus batang keladi, dan ayam masak kicap. Ok ok, saya memang jahil bab masak. Masak kicap pun tak tahu. Bukan tak tahu, cuma masakan jawa lain daripada masakan terengganu. Terpaksa la buat muka innocent mengaku tak pandai masak. Nasib baik mak mertua I sporting. Dapatlah belajar resipi baru. Tak jauh beza pun, cuma gantikan lada boh dengan serbuk lada hitam. Lain-lain lebih kurang. Tapi sayur keladi tak sempat belajar sebab mak mertua suruh pergi solat maghrib.. Perghhh... daripada lepas zohor sampai nak masuk isyak. Berhenti time solat je. Tetiba rasa macam superwoman. Hahhaa. Tak boleh lawan towkey ye. Superwoman tu mak mertua saya. Saya sidekick je. Sidekick pun sidekick la..
Hmm.. masalah saya waktu memasak ialah saya langsung tak yakin dengan deria rasa saya.. Pertamanya, saya masak stail makanan orang sakit. Kurang garam dalam masakan, kurang gula dalam minuman. Lagi satu lidah saya ni selalu rasa tak sedap dan mual. Saya ada terbaca tu kesan sampingan bila toksik banyak dalam badan. Jadi, tukang rasa saya haruslah encik suami yang hebat memasak. Dia kata rasa rendang tu "BEGINI", sambil tunjuk jempol (ibu jari). Yeay! Sukses..
To my dearest hubby, thanks for always being there for me. Semoga ulang tahun ini menjanjikan kematangan dan membawa sinar bahagia sama ada di dunia atau di akhirat. Terima kasih juga kepada mak dan bapak sebab kerana mereka, abang adalah abang pada hari ini. Abang yang menjadi suami Nurul. Suami yang terbaik yang isteri dambakan. May Allah SWT bless you!
3 comments:
Just drop by ur blog to c how u are. Hmm... Seems like you are not getting better. I surf around d Internet, got some infor. Pls drop by cacare.com. Then go to pain & wellness Centre. I think d charges aren't expensive. There are some entries of stories for u to follow. I think they are good to try.
Fm, someone who care, Angel Lee
Saya pun nak buat pengakuan. Saya pun tak pandai masak Melayu, sebab dari kecik suka makan stirfry aje. Tapi ayam masak kicap saya tahu, sebab saya suka makan tu. Tapi style apa kebendanyasaya pun kurang pastilah. Style hantam sajalah kot. Dah berumur begini baru nak berjinak masakan tradisi warisan bangsa. Semalam berjaya masak sayur lodeh tanpa perencah. Ada perencah sayur lodeh? Ye, dulu Maggi ada, sedap tau. Sekarang dah tak ada, tu yang terpaksa masak from scratch. Ahahaha.
Tahniah kepada Nudabuffy dan encik Suami di atas kenduri memasak dan ulangtahun. Insha Allah, saya doakan keberkatan, rahmah dan rezeki melimpah ruah untuk Nudabuffy sekeluarga.
P/S: La, orang Ganu ke? Hik hik. Papa Pongkey pun keluarganya adayang berasal dari Ganu Kite. Tu yang dia minat sangat bubur lambuk style Ganu tu. fuhhh memang kelasss sedapnya.
Mama Pongkey ~ Ala.. kecur pulak air liur dengar pasal bumbur lambuk terengganu style yang penuh dengan sayur dan isi ikan.. Sekarang nampak pakis merah tu mulalah teringin, sebab susah nak dapat.. Saya Ganu belah mak..
Post a Comment