Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 15, 2013

Ciku dari Kampung

Papaya buah cempedak
Ciku ciku rasanya enak



Tinggal dua biji.


Tengah makan ciku ni baru teringat nak buat post pasal ciku.. Dah tinggal dua biji, jadilah sebagai penyeri blog..Saya bukan peminat ciku, tapi ila dah tengok ciku yang bertimbun, tergodalah juga nak rasa. Hehe.. bawa enam biji sebagai pemanis mulut... suami kata makan sebiji sehari.. Tapi dia masak serentak daa.. terpaksa simpan dalam peti..

Buah ciku ni di rumah bapa saudara suami (Paman Oche). Tak pernah berhenti berbuah. Paman dan bibiknya tinggal berdua je, jadi tak termakan.. Jadi makanan kelawar je.. sayang jadinya.. Jadi mereka suruh suami dan adik-adiknya petik.. Sekali petik adalah dua puluh kilo kot.. Tu pun petik yang rendah-rendah sebab malas.. Hahahah.. Buahnya besar-besar dan sangat manis.. Tapi terlalu manis untuk saya.. Sebab tu kurang suka kot.. Hari tu, jalan-jalan di Jusco Taman Universiti, harga ciku yang alahai sadis rupanya pun dah RM 6 sekilo.. Di cafe hospital pula, ciku yang dijual sebagai buah potong, 4 belah (2 biji) dah RM 2. Sebiji RM 1? Bukan besar pun.. Tapi harga dah sama level dengan epal.. Fuiyooo.. Mungkin kerana harga yang tinggi di luar tu lah yang buat otak saya memberi arahan " Ini adalah makanan  mewah. Sila makan".

Lebihan buah tadi dibahagi-bahagi kepada adik-beradik yang balik kampung last weekend. Ada buah yang sangat besar, empat biji dah sekilo. Ada yang saiz biasa. Buah yang belum masak diperam dalam beras. Tapi kena periksa jangan sampai berair dalam beras sebab terlebih masak. Ibu mertua saya bungkus baki yang masih banyak tu sekilo-sekilo untuk dijual di sekolah. Berebut masing-masing. Ada yang minta nak beli anak pokok.. Hmm.. suami dah cuba dapatkan dengan kaedah tut.. Tak tahulah bila nak menjadi..

Walaupun ciku bukan buah kegemaran saya, tapi ciku ada kenangan tersendiri bagi saya. Suatu masa dulu, sewaktu arwah Atuk (nenek sebelah ayah) masih ada, sekeliling rumah ada 3- 4 pohon ciku yang sangat besar dan sangat rendang. Entah berapalah umurnya. Di situlah saya berlagak jadi tarzan, memanjat, bermain-main dan melayan perasaan. Seronok sangat. Menurut ayah saya, di bawah pohon ciku di bahagian depan rumah Atuk, ayah berniaga ais kacang sewaktu zaman remajanya.  Tapi semua pokok tu dah ditebang dan kawasannya dah disodok oleh Pak Ngah saya untuk membesarkan rumah Atuk. Arwah Atuk bising juga. Ialah, berapa lama dia tanam untuk jadi sebesar itu.

Harap-harap pokok ciku di rumah paman tak ditebang.

5 comments:

Mama Pongkey said...

Amiin.
Bila baca entri ni, teringat pula pokok ciku di kampung arwah tok. Berbuah lagi kah?
Seram mendengar harga ciku sadis itu. Ya. Memang makanan mewah sebab hasil tanaman sendiri (ok, hasil tanaman paman sendiri). Sila makan dengan jayanya. :-)

Umm AA said...

sedapnya ciku kan..lama dah tak makan...ingat ms kecik2 dl kami ade pokok kat umah..bila berbuah kami adik bradik mulalah sembunyikan bhg masing2 sampai masak..kdg terlupa mana simpan..busk jdnya,..:)

Nudabuffy said...

Mama pongkey ~ itulah, kadang-kadang pandang hina dekat ciku sebab rupanya yang tak berapa indah. Yang dekat rumah paman tu hasil tanaman arwah datuk nenek hubby.. Kalau tak sebab nenek moyang tanam, silap-silap tak kenal pokok ciku generasi akan datang ni.

ummuaidan ~ hihik.. itulah pasal.. saya simpan dalam beras hari tu dah nyaris-nyaris nak kena ciku terlebih masak. Bila nak masak nasi ada bau ciku..

PutriPurnama said...

salam dik,
dah lama tak makan ciku.
Tempat akak jarang nampak ciku dijual.

Nudabuffy said...

salam kak.. haah, mungkin tak lama lagi ciku akan masuk kategori buah nadir..