Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

Serumpun Bunga Putih Kuning

Hari ni pagi-pagi lagi terpaksa ke bank membayar sewa rumah.. Memaksa diri sebenarnya sebab bank dalam UTM ni nak kena panjat tangga tinggi giler. Nak pergi bank luar malas nak merosakkan mood sebab banyak sangat pemandu gila. Lepas tu cash deposit machine semedang rosak. Parking pula susah Ya Rabbi. Dah la saya ni kuat merungut. Hahahah.

Semasa fokus memanjat tangga, tiba-tiba saya ternampak serumpun bunga berwarna putih kuning di sisi tangga. Lebat bunganya. Nampak macam bunga mawar. Dalam hati mulalah datang nakal nak merepih setangkai. Hewhewhew.


Dalam keterujaan, saya pun mendekati rimbunan indah tu.. Eh kenapa daun dia lain macam je? Ada buah pulak tu. Rupa-rupanya.....

 
.......bunga tahi ayam daaa...Kusangkakan bunga harum mewangi.. rupanya bunga tak wangi. Mungkin kerana baunya yang tak best tu, bunga ni bebas dari serangan perosak. Selamatlah juga dia daripada perosak bernama Nurul Hidayah. Hahahhah..

Thursday, March 21, 2013

Veggies

Cuaca sangat panas di Johor sekarang ni.. Terpaksa lebihkan siraman..Alhamdulillah kebanyakan tanaman kali ni jenis yang tahan lasak..

Red Scarlet Long Radish.. Dah boleh tuai ke belum. Siapa tau?
Brokoli dan daikon.

Kobis Cina.

Red Scarlet Long Radish benih daripada Kebun Bahagia Bersama, benih brokoli dari Stesen Mardi Cameron Highlands, kobis cina pula benih kongsi daripada TanamSendiri.com. Setakat ni kobis cina yang dah pun dituai, dicampur dalam nasi goreng dan dibuat ulam cicah sambal. Sedap rangup macam salad. Sebelum ni banyak yang berlubang dimakan siput, tapi lepas dapat racun siput, selesai masalah. Guna kulit telur tak jalan la.. Kebal agaknya siput-siput ni.. Kobis cina juga jenis sayur yang survivor. Buktinya:-

Kekeringan selepas beberapa hari balik kampung
Revived selepas kembali mendapat minuman secukupnya.
 Tapi jangan terlebih takjub pula. Bukan lepas siram terus jadi camtu. Adalah beberapa hari. Tapi yelah, mula tengok dah macam takde harapan je kan. Tanah pun merekah. Nasib baik tak cabut terus. Hihihi. Oh ya, red radish tu kalau harvest nak masak apa eh? Ini adalah satu contoh pokok yang sangat menggembirakan hati saya sebab berjaya dapatkan isi selain carrot. Daikon tak berjaya la sebab macam kena makan dengan perosak. Bila korek buah dia lecur, walaupun orang kata antara tanaman yang mudah nak tanam. Rezeki masing-masing. Apa-apa pun syukur alhamdulillah..



Tuesday, March 19, 2013

Merah-Merah Delima

Salam semua.. Semalam kakak saya datang bersama anak saudara saya, Dhia Amni. Saja datang untuk shopping di Jusco, Taman Universiti kemudian bermalam di rumah saya.. Bulan depan setahun la umur anak saudara saya ni..

Bulat mata tengok Upin Ipin
Jalan-jalan di Jusco, ingatkan nak ambil gambar ciku, tapi asyik ada orang lalu je.. Hahhah.. Takut kantoi pula. Sekali nampak buah delima tinggal saki baki.. Dah lama takde delima dekat jusco ni. Selalu kalau nak cari takde, ni dah nampak belilah juga. Tak molek sangat pun rupa luarannya.. Kira bolehlah.. RM 5 sebiji.. Mahal gile.. Huhuhu.. Beli dua biji..

Bukan suka sangat pun makan delima ni.. Tapi ada kawan cakap, kalau nak hemoglobin cantik, makanlah delima.. Hb saya sebelum ni dalam 10 ke 11 macam tu.. Doktor bagi vitamin dan zat besi tapi makin turun pulak ke 7-8 je.. Haru... Sebelum kena marah baik cuba makan ni. Lagipun ramai kawan saya yang cuba dah berjaya.

Tak indah sangat lah rupa dia..

Tapi memang merah bak permata delima
Rasanya manis dan sedap. Tapi menyampah makan delima sebab biji dia banyak dan agak besar berbanding isi.. Saya telan je biji dia sekali..Hmm dekat kampung, bapa mertua tanam banyak pokok delima sekeliling rumah. Dua puluh pokok ada kot. Siapa lah nak makan nanti ye? Hahahah

Monday, March 18, 2013

Bunga-Bunga Tunggal Kembang Emas dan Kemunting Cina

Setelah menanti dan menanti, akhirnya marigold dan periwinkle saya sudi menyerikan laman kecil saya. Seperti bunga pukul empat yang terus memberikan satu kuntum bunga dalam satu masa, begitu juga dengan kembang emas dan kemunting cina ni.. Kembang emas kali ni kuning telur ayam omega, manakala kemunting cina putih semuanya.. Masih berharap warna yang lain pun sudi berkembang..



Kedua-dua bunga ni bukanlah bunga yang berbau harum tapi kembangnya lama.. Kembang tunggal seperti tuannya yang selalu keseorangan.. Minggu lepas sewaktu berjalan-jalan di nurseri mencari racun siput, nampak banyak kemunting cina dengan warna yang sangat menarik.. Ada yang merah terang, ada yang warna peach, ada yang ungu gelap.. Bunganya lebat dan meriah.. Agak tergoda di situ.. Sabar.. nantilah kalau ada duit lebih.. Hehehh. Oh ya, masa berjalan di stesen Mardi Cameron, saya kutis biji benih Mexican Marigold.. (syyyhh jangan bagitahu orang). Ada yang dah tumbuh di kampung.. Harap-harap terus hidup dan berkembang..


Friday, March 15, 2013

Ciku dari Kampung

Papaya buah cempedak
Ciku ciku rasanya enak



Tinggal dua biji.


Tengah makan ciku ni baru teringat nak buat post pasal ciku.. Dah tinggal dua biji, jadilah sebagai penyeri blog..Saya bukan peminat ciku, tapi ila dah tengok ciku yang bertimbun, tergodalah juga nak rasa. Hehe.. bawa enam biji sebagai pemanis mulut... suami kata makan sebiji sehari.. Tapi dia masak serentak daa.. terpaksa simpan dalam peti..

Buah ciku ni di rumah bapa saudara suami (Paman Oche). Tak pernah berhenti berbuah. Paman dan bibiknya tinggal berdua je, jadi tak termakan.. Jadi makanan kelawar je.. sayang jadinya.. Jadi mereka suruh suami dan adik-adiknya petik.. Sekali petik adalah dua puluh kilo kot.. Tu pun petik yang rendah-rendah sebab malas.. Hahahah.. Buahnya besar-besar dan sangat manis.. Tapi terlalu manis untuk saya.. Sebab tu kurang suka kot.. Hari tu, jalan-jalan di Jusco Taman Universiti, harga ciku yang alahai sadis rupanya pun dah RM 6 sekilo.. Di cafe hospital pula, ciku yang dijual sebagai buah potong, 4 belah (2 biji) dah RM 2. Sebiji RM 1? Bukan besar pun.. Tapi harga dah sama level dengan epal.. Fuiyooo.. Mungkin kerana harga yang tinggi di luar tu lah yang buat otak saya memberi arahan " Ini adalah makanan  mewah. Sila makan".

Lebihan buah tadi dibahagi-bahagi kepada adik-beradik yang balik kampung last weekend. Ada buah yang sangat besar, empat biji dah sekilo. Ada yang saiz biasa. Buah yang belum masak diperam dalam beras. Tapi kena periksa jangan sampai berair dalam beras sebab terlebih masak. Ibu mertua saya bungkus baki yang masih banyak tu sekilo-sekilo untuk dijual di sekolah. Berebut masing-masing. Ada yang minta nak beli anak pokok.. Hmm.. suami dah cuba dapatkan dengan kaedah tut.. Tak tahulah bila nak menjadi..

Walaupun ciku bukan buah kegemaran saya, tapi ciku ada kenangan tersendiri bagi saya. Suatu masa dulu, sewaktu arwah Atuk (nenek sebelah ayah) masih ada, sekeliling rumah ada 3- 4 pohon ciku yang sangat besar dan sangat rendang. Entah berapalah umurnya. Di situlah saya berlagak jadi tarzan, memanjat, bermain-main dan melayan perasaan. Seronok sangat. Menurut ayah saya, di bawah pohon ciku di bahagian depan rumah Atuk, ayah berniaga ais kacang sewaktu zaman remajanya.  Tapi semua pokok tu dah ditebang dan kawasannya dah disodok oleh Pak Ngah saya untuk membesarkan rumah Atuk. Arwah Atuk bising juga. Ialah, berapa lama dia tanam untuk jadi sebesar itu.

Harap-harap pokok ciku di rumah paman tak ditebang.

Thursday, March 14, 2013

Pegaga yang Enak

Pegaga dan cekur. Untuk dua orang makan.


Selalunya pegaga dimakan sebagai ulam, dihiris sebagai ramuan nasi kerabu atau dibuat jus. Sekarang ni, ada pelajar sarjana di makmal ni gunakan pegaga sebagai bahan kajian. Sekarang ni pegaga dah mula jadi makanan yang saya suka sebab pokoknya senang dijaga dan tak cerewet, asalkan cukup air. Mulanya tanam pegaga cuma untuk menambah koleksi tanaman. Tapi bila dah mula merayap keluar bekas, terfikir nak manfaatkannya. Cuba makan sebagai salad dicampur dengan sayur-sayur lain.. Errggghh.. pahit.. (mengada). Cuba pula digoreng tumis dengan cili padi dan ikan bilis. Hasilnya tak mengecewakan. Sedap! Tak pahit langsung walaupun masak sekejap je. Lepas tu cuba pula campurkan dengan ulam cekur yang menjadi-jadi. Rasanya jadi bertambah segar sebab cekur ada rasa berangin dan pedas-pedas sikit. Bolehlah bergilir-gilir dengan kailan, sawi, kobis, kangkung dan bayam. Tak la bosan sangat.

Wednesday, March 13, 2013

Birthday My Hubby.. Kenduri-kenduri

Bismillah..

Hari ni hari ulang tahun kelahiran suami saya.. Semalam pula emak saya.. ramai lahir bulan tiga ni.. Tapi sume tak dapat hadiah.. heheheh.. eh, mak dapat hadiah awal. Microwave oven daripada kami lima beradik.


Hubby pula, tak tahu nak bagi hadiah apa? Hadiahkan diri sendiri boleh tak? Hahah.. Poyo je. Kalau best sangat tak pe juga.. Ni masak pun malas.. hohohho..

Cerita pasal memasak, oleh sebab saya jarang memasak sebab bateri asyik kong je, saya cuba lah tunaikan apa yang dia nak makan bila rasa sihat sikit. Hujung minggu lepas, adik ipar saya yang duduk di Shah Alam nak balik ke kampung. Habis diharuk abang kakak dia suruh balik kampung. Jadi suami cadangkan untuk masak rendang arnab. Mungkin dah memang rezeki, ibu saudara dia minta sembelihkan arnab, dapat arnab percuma. Alhamdulillah.. Murah rezeki suami saya ni. Mungkin sebab dia ni budak baik, pakcik makcik dia selalu minta tolong buat itu ini dan dapat upah macam-macam. Kadang-kadang arnab, kadang-kadang ayam kampung, puyuh, telur ayam atau telur itik, dan kadang-kadang buah-buahan. Itik pun ada juga dioffer, tapi tak pandai makan itik kot. Hahhaha.. Kadang-kadang dapat ilmu-ilmu terutamanya hal penternakan.

Eh melalut-lalut pula.. Berbalik kepada cerita rendang. Oleh kerana saya ni tukang masak amatur, terpaksalah mula memasak dari awal petang. Nama pun masak rendang yang sinonim dengan renyah.. Hahahha. Siap bawa buku resipi ko! Malu juga dengan mak mertua, tapi baik tengok buku resipi daripada masak tak jadi. Resipi rendang ni daripada mak saya. Malu-malu siput pula kejap bila mak mertua belek resipi kita. Hahhaha.. Nak jamin sedap, rendang belum jadi lagi..

Alah tak jauh beza pun saya tengok dengan resipi kat dalam majalah. Cuma biasalah, orang terengganu suka pakai gula nira dan rendang musti ada kerisik. Kerisik ni buat sendiri, sangai kelapa sampai kering dan keperangan lepas tu blend. Sedang saya asyik memasak dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba ibu mertua saya bilang, "Apa kata malam ni kita buat kenduri? Kenduri sedara-sedara je." O. M. G. Tukang masak amatur ni nak kena masak untuk kenduri? SERIOUSLY?!!!!!

Tapi takkan nak kata tidak kan? I kan menantu mithali. Kekekek (sila jangan muntah). Kenduri kecil je pun. Doa selamat sebab tahun ni je keluarga besar ni akan dapat tiga orang cucu baru. InshaaAllah. Semoga dipermudahkan kepada ipar-ipar dan biras saya. Tapi masalahnya, menu yang dirancang tu saya tak pandai masak. Asam rebus batang keladi, dan ayam masak kicap. Ok ok, saya memang jahil bab masak. Masak kicap pun tak tahu. Bukan tak tahu, cuma masakan jawa lain daripada masakan terengganu. Terpaksa la buat muka innocent mengaku tak pandai masak. Nasib baik mak mertua I sporting. Dapatlah belajar resipi baru. Tak jauh beza pun, cuma gantikan lada boh dengan  serbuk lada hitam. Lain-lain lebih kurang. Tapi sayur keladi tak sempat belajar sebab mak mertua suruh pergi solat maghrib.. Perghhh... daripada lepas zohor sampai nak masuk isyak. Berhenti time solat je. Tetiba rasa macam superwoman. Hahhaa. Tak boleh lawan towkey ye. Superwoman tu mak mertua saya. Saya sidekick je. Sidekick pun sidekick la..

Hmm.. masalah saya waktu memasak ialah saya langsung tak yakin dengan deria rasa saya.. Pertamanya, saya masak stail makanan orang sakit. Kurang garam dalam masakan, kurang gula dalam minuman. Lagi satu lidah saya ni selalu rasa tak sedap dan mual. Saya ada terbaca tu kesan sampingan bila toksik banyak dalam badan. Jadi, tukang rasa saya haruslah encik suami yang hebat memasak. Dia kata rasa rendang tu "BEGINI", sambil tunjuk jempol (ibu jari). Yeay! Sukses..

To my dearest hubby, thanks for always being there for me. Semoga ulang tahun ini menjanjikan kematangan dan membawa sinar bahagia sama ada di dunia atau di akhirat. Terima kasih juga kepada mak dan bapak sebab kerana mereka, abang adalah abang pada hari ini. Abang yang menjadi suami Nurul. Suami yang terbaik yang isteri dambakan. May Allah SWT bless you!

Friday, March 8, 2013

Appointment 5 Mac 2013

Bismillah..

Keputusan seperti dalam jangkaan. Creatinine meningkat ke 640. Dr suruh bersedia dan buat pilihan dekat mana nak buat hemodialisis. Saya pulak agak dilema nak pilih area skudai atau kluang sebab kontrak akan tamat tak lama lagi. MC yang doktor beri dimanfaatkan untuk ke pejabat PERKESO untuk buat semakan samaada saya layak untuk bantuan dialisis. Alhamdulillah, layak tapi masih ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Sekurang-kurangnya bab keringanan beban kewangan sudah ada jaminan. Perlu usaha sikitlah ke sana-sini. Takpe.. boleh diusahakan..

Hmm.. sebelum tiba giliran saya untuk berjumpa Doktor, nurse akan periksa tekanan darah dulu. Sambil tu saya pasang telinga perbualan doktor dengan pesakit. Waktu tu Doktor sedang melayan seorang auntie. Dia menangis-nangis. Muka doktor pula tak puas hati. Saya ingatkan dia kena marah dengan doktor sebab mereka berbual dalam Bahasa Cina. Tiba-tiba doktor bertanya kepada jururawatnya.

Doktor : You tinggal mana?
Nurse : Masai.

Doktor: Masai, skudai, banyak perompak aar?
Nurse : Betul doktor. Motor hubby dah dua biji kena curi. Ada sekali tu siang-siang hari.
Doktor: Haiyooo.. ini pun surat khabar, TV kata tenteram, aman. Dia ni (pesakit) takde duit nak buat AVF. Suami dia pergi jual motor dapat RM3000, keluar kedai ada dua lelaki ********* rompak, lepas tu pukul tangan. Sekarang tangan dah patah dah tak boleh kerja.


Huhuu.. insaf saya. Rasa malu pula sebab berkeluh kesah sebelum ni sedangkan ada orang yang lebih kesian daripada saya. Pengajaran untuk saya.

Friday, March 1, 2013

[3R] Actions speak louder than words

Hmm.. pagi ni bangun awal. Ada la masa nak organize 3R corner saya.. Tunjuk gambar nak eksyen sikit..Sila jangan jeles. Nak tiru boleh.. Sila tiru..Hahaha cam poyo benar je. Entah-entah orang lain punya lagi best. Sorry kualiti gambar tak memberangsangkan.

Botol kaca dan plastik. Tin reuse tin cat.

Surat khabar dan kertas kotak. Cuba teka apa ada dalam kotak?

Orang lain tayang beg berjenama, I tayang shopping bag cukuplah. Heheheh

Pakaian lama untuk dijadikan kain pengelap

Taraaa.. inilah bendanya yang ada dalam kotak. Cuba teka apa air favorite saya?