Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 13, 2012

Penipuan Harga di Pasaraya

Hari ni saya tertarik dengan satu link yang dikongsi oleh kawan saya di facebook. Perihal penipuan harga di pasaraya besar. Untuk cerita penuh baca di sini.

http://www.hazrey.com/2012/07/863-hypermarket-giant-menipu-pelanggan.html?spref=fb

Saya sangat-sangatlah bersetuju dengan apa yang dituliskan oleh Encik Hazrey sebab saya telah melalui pengalaman yang sama bukan sahaja di Giant, tapi di beberapa pasaraya besar lain. Soal pekerja yang biadap juga kisah lama. Bagi saya, itu salah pihak pengurusan kerana tidak memberikan latihan yang sewajarnya. Saya rasa-rasalah kan, setiap kali pergi musti ada harga yang salah punya. Buat masa ni yang saya puas hati, Jusco. Customer service dia bagus. Kalau harga salah, dia akan pulangkan duit kita dengan cepat. Suasana membeli belah pun selesa. Boleh bawak beg sendiri walaupun bukan Sabtu. Tak macam sesetengah pasaraya tu, masuk satu pintu, keluar satu pintu. Siap nak kena cop resit, plastik barang nak kena ikat dengan cable tie. Menyampah. Eh, saya ni boleh jadi duta Jusco plak, promot je kerja. Hahahah.

Berbalik pada cerita asal, walaupun berhadapan dengan pekerja-pekerja yang 'kureng' ni, saya selalunya bertegas dengan hak saya untuk mendapatkan harga seperti yang dipamerkan. Malah, selalunya mereka ni ada memaparkan yang mereka akan honour harga terpamer, dengan kita membayar harga yang lebih rendah.

Biasanya saya akan semak harga menggunakan mesin semakan harga yang ada. Kalau tidak ada, selalunya saya akan menghafal dan memerhati dengan teliti setiap kali harga diimbas. Bila saya perasan je harga lebih tinggi (biasanya jauuuuuuh lebih tinggi), saya akan tegur cashier. Di sinilah nampak sama ada pekerja bagus ke tak.
1) Ada pekerja yang terus sahaja pergi sendiri atau memanggil runner untuk memeriksa harga. Ini yang sepatutnya dilakukan.
2) Ada yang meminta kita memeriksa sendiri dan mendapatkan tanda harga daripada rak barangan tersebut. Tidak patut berlaku, tapi kalau kita betul-betul perlukan barang tersebut, terpulang pada kita untuk pergi atau paksa pekerja itu pergi. Saya baik, so selalunya saya pergi sendiri. Sengal kan?
3) Ada yang meminta kita menolak barangan tersebut (tak jadi beli) sebab dia malas nak pergi cek. Kalau macam ni, saya biasanya tak jadi ambil barang tersebut, sambil memberikan jelingan paling tajam dekat orang tu. Kalau mood tak baik disertakan dengan kata-kata tajam. Kasi makan dalam sikit. Hahahaha.

Itu kalau saya perasan sebelum buat bayaran. Kadang-kadang kita berbelanja banyak terutamanya apabila stok barang dapur habis serentak (jarang terjadi). Mana sempat nak cek satu-satu kan? Bila dah bayar dan beredar dari kaunter, baru nak cek dan jumpa. Banyak bezanya ringgit malaysia kat situ. Nasib baiklah saya ni dilahirkan sebagai seorang yang degil dan mampu mengubah air muka saya jadi macam singa (bila saya nak), pastu ditemani oleh jejaka sasa (walaupun rendang). Biasanya saya berjaya dapatkan balik duit saya. Dan saya rasa, in case saya jumpa spesis macam 'Fajariah' dalam cerita Encik Hazrey tu, boleh terbang budak tu kena penampar. Hehehehe. Bukan saya yang tampar. Jejaka sasa tadi lah. Hewhewhew.

Oleh sebab saya selalunya berjaya dapatkan duit saya walaupun selalunya sempat berasap telinga sebab marah, saya tetap maafkan diorang. Kalau ada yang berdegil, saya tahulah nak pastikan yang berkenaan dapat habuan. Well, kita kan boleh blogkan. Kalau siap bukti bergambar dengan muka si pelaku lagi bagus. Kalau ada rakaman video lagi super duper bagus. heheheh.. Kejamnya saya. HAhaha.. Tak sabar nak tunggu hypermarket tu minta maaf dengan semua pelanggan yang telah ditipu.

4 comments:

Mama Pongkey said...

Geram membaca entry ni dan entry Encik Hazrey tu. Saya memang dah lama tak ke Giant, salah satu sebab ialah kerana jauh. Dan ada juga terdengar cerita penipuan harga seperti itu.

Sebagai pengguna, kita berhak mendapat servis yang sewajarnya. Saya langsung tidak terkejut dengan non-response daripada Giant kerana kebanyakan Customer Service di negara kita memang akan either :

a) buat dek
b) menegakkan benang basah atau 'cover line'

Saya paling tidak suka alasan tidak masuk akal yang seringkali diberikan oleh golongan ini. Biasanya kita kena berkeras baru dapat apa yang sewajarnya. Buat naik darah sahaja. Saya pun biasanya baik macam Nudabuffy, tapi tolonglah jangan buat saya naik angin... hehehehe.

Nudabuffy said...

Batullah. Lagi sakit hati bila kita minta bantuan dengan sopan tapi layanan mereka tak sesopan mana. Hmm teringat papan tanda dekat hospital "Anda Sopan, Kami Segan". HIhik

baguznet said...

tak tau la pernah kena ke tak, tak berapa perasan tp mmg dah jarang ke Giant sbb harga tak murah mana pun dan Giant no longer Malaysian company. Cuma time ada special offer je baru g, tu pun lepas confirmed mmg murah berbanding lain dan beli semata-mata barang2 offer je :D

Nudabuffy said...

Saya selalu kena tapi bukan Giant je. Saya pun masih lagi pergi ke tempat-tempat kejadian kalau ada tawaran menarik. Cuma lebih berhati-hati.