Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 9, 2012

Kisah Durian dan Mahmoud dari Palestin

Durian (sumber)


Hari yang tak produktif. Mujur sebelah petang pelajar dari Palestin, Mahmoud datang membuat kerja makmal. Barulah badan saya ni nak bergerak ke sana-sini. Saya rasa ringan tulang nak membantu sebab saya ada hutang dengan dia. Hari Jumaat lepas rak bahan kimia dalam lab ni runtuh. Banyak chemicals yang jatuh dan pecah. Saya tinggal seorang dekat lab, tak berani bersihkan sorang-sorang. Jadi saya cuma maklumkan pada students untuk bersihkan sama-sama pada hari ini. Takut ada bahan kimia bahaya dan kalau jadi apa-apa takde orang nak selamatkan saya. hahahah. Drama tak? Hari ni saya datang, semua dah siap kemas. Semua student tak mengaku, so saya rasa dia yang kemas sebab dia ada minta nak duplicate kunci. Thank you..

Kebetulan Mashitah, salah sorang student ni bawak durian ke lab (ye, melanggar peraturan, but who cares? hahaha). Saya ni dah lama mengidam nak makan, hari tu hubby bagi makan yang dah jadi bubur je. Saya nak juga makan yang original. Ada rambutan sejuk lagi. Arghh.. kompom naik darah malam ni. Kakakakk. Ampun ya bos?

Kami pun ajaklah Si mahmoud ni cuba makan buah-buah tempatan ni. Dia tak suka bau durian. So saya suruh dia cuba rambutan. 'Nice taste", he said. Lepas tu budak-budak tu beria juga suruh dia makan durian. "Urgh. Why the smell is so tough?". Jangan tanya saya bau 'tough' tu macamana ya, tanya Mahmoud. Lepas rasa sikit terus dia letak balik dan cakap "thank you", masuk toilet dan kumur-kumur. Kesian Mahmoud.

Lepas tu dia cakap,"I forgot something. Actually, I'm fasting". Dua kali kesian kat Mahmoud. Takpelah Mahmoud. Rezeki. Hihik. 

2 comments:

Mama Pongkey said...

Hahaha kesian pulak kawan tu kena makan durian di dalam paksarela. Kiranya rezeki orang berpuasa tu.

In some people I know, kalau kurangkan makan gula, nasi dan roti, bila makan buah durian seulas dua tak naik pun blood pressure atau blood sugar. :-) Ini berlaku masa Ramadan tahun lepas, so maybe puasa pun memainkan peranan. Siap hilang 1kg esok harinya.

Nudabuffy said...

Haah, saya tak paksa foreigner makan durian sebab tahu ada yang tak mampu tahan bau durian.

Oh, macam tu ya. Saya ada baca satu buku kaedah perubatan Islam, salah satu cara nak turunkan tekanan darah ialah dengan berpuasa. Jadi betullah puasa pun main peranan.