Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 18, 2012

Tapak Kecil Depan Rumah

Hari tu saya ada cerita yang kami buat keputusan nak guna tapak kecil depan rumah tu. Inilah hasil yang tak seberapa tu.  Selain pokok serai, lengkuas, kunyit dan ulam raja, kami tabur juga benih bayam dan sawi. untuk isi ruang kosong sementara menunggu pokok-pokok yang lebih besar membesar. Ada benih bendi lebih, sumbat juga dicelah-celah pokok ulam raja yang dah terbantut tu. Pudina yang dah terlalu menjalar, kami potong dan cucuk je di tepi batas tu (batas ke?). Alang-alang peria dah tumbuh kat luar, biarlah dia berteman kan? Semalam ada satu lagi pokok peria tumbuh dekat situ. Tapi nampak banyak anak siput lah kat luar ni. Harap-harap burung-burung yang bersinggahan rajin buat kerja amal. Hihihi.

Cincai je. Tempat untuk kunyit, lengkuas, serai, keembong, marigold dan ulam raja.






Pokok keembong saya yang berterabur dan berkumpul di sudut sebab dihanyut hujan.





Nak cabut yang kecil-kecil tu sayang sebab tak tahu warna apa. Akhirnya saya cabut dan alih juga, sebahagian. Kalau diorang nak besar, besar lah. Kalau nak mati, kembalilah kepada Tuhan yang Esa.

Semalam saya kerja separuh hari je. Gara-gara terlalu penat pada hari Isnin, saya hilang selera makan pada malamnya. Tapi akibatnya perut masuk angin dan naik ke kepala. Mulanya cuma pening sahaja, tapi selepas tu saya mula muntah-muntah. Perut kosong, bila muntah takde isi nak keluar. Asid perut je lah kot yang keluar. Perit tekak jadinya. Cepat-cepat cari makanan tapi baru tiga suap dah rasa nak muntah lagi.

Tak boleh jadi, terpaksa balik. Cuma perlu baring sekejap lepas tu ok rasanya. Tapi hari ni bos akan datang. Syarikat pembekal gas pun akan datang. Arghhh.. Untuk hari ni je.. Kepala rasa macam nak meletup. tinggalkan pesan pada student dan saya pun balik. Bawak motor pun macam apa. Sampai rumah terus collapse. Sejam selepas tu saya terjaga sebab ada call masuk. Cari hubby. Argghh.. mengganggu. Ni mesti orang nak promot kad kredit atau insurans. Berapa kali nak bagitau taknak pakai kad kredit dan dah ada insurans. Manalah diorang dapat nombor kita. Saya cakap je salah nombor. Ada missed call daripada student so tapi diorang kata dah setel. Ok, boleh sambung rehat.

Hari ni kerja semalam dan terkumpul dengan kerja hari ni. Sebab tu malas nak cuti. Huhuhuh..

Semangat-semangat! Tak lama lagi nak puasa. Yeay!

Monday, July 16, 2012

Rindu Jadi Surirumah

I love my job. Tapi ada masanya rasa tak mampu laksanakan tugas dengan baik. Aku lemah. Lemah.

Hari ni rasa macam superwoman sangat. Buat kerja sampai berdarah tangan. Pastu dah lewat baru terhegeh-hegeh nak pergi cari makan. Lepas makan angkut silinder gas pulak. Bukan gas masak. Gas nitrogen, hidrogen, dan sebagainya. Alone. Dah nyaris-nyaris kena hempap dengan tong gas yang lagi besar dari diri sendiri (of course lagi berat), baru la nak minta tolong. Memang makcik berat mulut nak minta tolong. Sebab, ahhh.. berat nak citer kat sini. Bukan nak merungut, tapi kerja tu memang tak selayaknya dilakukan dengan kederat wanita kecil seperti makcik. Kalau setakat tolak guna troli je takpe, tapi nak bula lalu bendul-bendul, menyeberang longkang dan liku-liku. Dekat sini sume pompuan. Pernah minta bos cari pekerja lelaki, tapi bos dihantui pengalaman ramai pekerja lelaki yang pemalas. Yang rajin cepat je cabut lari cari kerja lain yang ada jaminan. Yelah, kerja kat sini kerja kontrak. Ada dana, ada duit.Takde dana, lu pikirlah sendiri.

Makcik pula, orang ajak kerja, makcik kerja. Tapi bila dah penat gile macam ni mulalah rasa nak jadi surirumah macam hari tu. Tapi bila fikir pasal kelangsungan hidup, rasa nak kerja balik. Kejap lagi rasa nak balik kampung tanam jagung. Tapi makcik bukan ada rumah ke tanah sendiri. Ahhhhhh... Kan best kalau ada orang bagi sebidang tanah percuma. Heheheh.. Angan-angan tinggi melangit.

Nampak sangat emosi tak stabil. Ni sumer sebab mimpi kena kejar rimau malam tadi. Huhuhu

Reminder: Makcik is just another alter ego.

Harvest: Kangkung, Pucuk Keledek, Cili ceri, Daun selasih,

Hujung minggu adalah hari untuk menghabiskan masa bersama suami kesayangan. Tapi taknak lah habiskan masa secara tak berfaedah dengan membuat taik mata je. Oleh sebab takde apa sangat nak dibuat, tanaman juga la jadi hiburan.

Si kacak bersama kebun mini kami. Bekas-bekas asal boleh je.

Kangkung yang dah boleh dituai buat kali kedua.

Oleh sebab kami ni suka makan daun, seperti biasa kena topup dengan pucuk keledek. Juga sedikit daun selasih buat penaik selera.

Sedikit cili ceri. Rancangnya nak buat jeruk.

Kami ni dalam bak bercucuk tanam hanya ikut naluri dan kadang-kadang hentam keromo. Banyak kesilapan yang kami lakukan dan banyak jugalah yang kami pelajari. Macam bekas tanaman dari tin tu, agak kurang praktikal kalau di tempat panas sebab tanah terlalu cepat jadi panas dan kering. Lubang saliran pun tak cukup besar membuatkan air bertakung. Hanya pokok yang sukakan air macam kangkung dan kesum bahagia. Sawi dan bayam jadi kurang sihat.

Bekas-bekas yang ada perlu diubah suai. Besarkan lubang, baiki medium tanaman. Ada tanah yang agak menakung air. Ada yang terlalu peroi, langsung tak simpan air. Semalam, kami buat keputusan untuk guna tapak kecil di luar pagar untuk jadikan kawasan bertanam kerana kawasan dalam pagar yang menerima cahaya matahari agak terhad. Ada sebahagian tanah dalam bekas kami gunakan untuk menambak. Tambahkan tanah bakar, baja tahi arnab dan juga tanah dari kampung yang kaya cacing. Semua pokok ulam raja dah dialih ke tanah, bersama pokok kunyit, dan ditabur dengan semaian baru bayam, sawi dan kailan. Bekas berisi kesum dan rumpun bawang pun dah diletak di luar.  Harap-harap mereka suka tempat baru. Cuma geram sebab nampak kesan tapak kaki kucing. Jangan ditinggalkan bom diorang sudahlah.

Friday, July 13, 2012

Penipuan Harga di Pasaraya

Hari ni saya tertarik dengan satu link yang dikongsi oleh kawan saya di facebook. Perihal penipuan harga di pasaraya besar. Untuk cerita penuh baca di sini.

http://www.hazrey.com/2012/07/863-hypermarket-giant-menipu-pelanggan.html?spref=fb

Saya sangat-sangatlah bersetuju dengan apa yang dituliskan oleh Encik Hazrey sebab saya telah melalui pengalaman yang sama bukan sahaja di Giant, tapi di beberapa pasaraya besar lain. Soal pekerja yang biadap juga kisah lama. Bagi saya, itu salah pihak pengurusan kerana tidak memberikan latihan yang sewajarnya. Saya rasa-rasalah kan, setiap kali pergi musti ada harga yang salah punya. Buat masa ni yang saya puas hati, Jusco. Customer service dia bagus. Kalau harga salah, dia akan pulangkan duit kita dengan cepat. Suasana membeli belah pun selesa. Boleh bawak beg sendiri walaupun bukan Sabtu. Tak macam sesetengah pasaraya tu, masuk satu pintu, keluar satu pintu. Siap nak kena cop resit, plastik barang nak kena ikat dengan cable tie. Menyampah. Eh, saya ni boleh jadi duta Jusco plak, promot je kerja. Hahahah.

Berbalik pada cerita asal, walaupun berhadapan dengan pekerja-pekerja yang 'kureng' ni, saya selalunya bertegas dengan hak saya untuk mendapatkan harga seperti yang dipamerkan. Malah, selalunya mereka ni ada memaparkan yang mereka akan honour harga terpamer, dengan kita membayar harga yang lebih rendah.

Biasanya saya akan semak harga menggunakan mesin semakan harga yang ada. Kalau tidak ada, selalunya saya akan menghafal dan memerhati dengan teliti setiap kali harga diimbas. Bila saya perasan je harga lebih tinggi (biasanya jauuuuuuh lebih tinggi), saya akan tegur cashier. Di sinilah nampak sama ada pekerja bagus ke tak.
1) Ada pekerja yang terus sahaja pergi sendiri atau memanggil runner untuk memeriksa harga. Ini yang sepatutnya dilakukan.
2) Ada yang meminta kita memeriksa sendiri dan mendapatkan tanda harga daripada rak barangan tersebut. Tidak patut berlaku, tapi kalau kita betul-betul perlukan barang tersebut, terpulang pada kita untuk pergi atau paksa pekerja itu pergi. Saya baik, so selalunya saya pergi sendiri. Sengal kan?
3) Ada yang meminta kita menolak barangan tersebut (tak jadi beli) sebab dia malas nak pergi cek. Kalau macam ni, saya biasanya tak jadi ambil barang tersebut, sambil memberikan jelingan paling tajam dekat orang tu. Kalau mood tak baik disertakan dengan kata-kata tajam. Kasi makan dalam sikit. Hahahaha.

Itu kalau saya perasan sebelum buat bayaran. Kadang-kadang kita berbelanja banyak terutamanya apabila stok barang dapur habis serentak (jarang terjadi). Mana sempat nak cek satu-satu kan? Bila dah bayar dan beredar dari kaunter, baru nak cek dan jumpa. Banyak bezanya ringgit malaysia kat situ. Nasib baiklah saya ni dilahirkan sebagai seorang yang degil dan mampu mengubah air muka saya jadi macam singa (bila saya nak), pastu ditemani oleh jejaka sasa (walaupun rendang). Biasanya saya berjaya dapatkan balik duit saya. Dan saya rasa, in case saya jumpa spesis macam 'Fajariah' dalam cerita Encik Hazrey tu, boleh terbang budak tu kena penampar. Hehehehe. Bukan saya yang tampar. Jejaka sasa tadi lah. Hewhewhew.

Oleh sebab saya selalunya berjaya dapatkan duit saya walaupun selalunya sempat berasap telinga sebab marah, saya tetap maafkan diorang. Kalau ada yang berdegil, saya tahulah nak pastikan yang berkenaan dapat habuan. Well, kita kan boleh blogkan. Kalau siap bukti bergambar dengan muka si pelaku lagi bagus. Kalau ada rakaman video lagi super duper bagus. heheheh.. Kejamnya saya. HAhaha.. Tak sabar nak tunggu hypermarket tu minta maaf dengan semua pelanggan yang telah ditipu.

Thursday, July 12, 2012

Kailan, Salad Butterhead, Peria

Tiap-tiap hari tengok tanaman, saya selalu cakap, "cepatlah besar, aku tak sabar nak makan korang". Agak-agak diorang makin cepat besar ke takut nak besar? Hahaha..


Pokok-pokok kailan dan satu salad butterhead.

Bila 'head' dia nak terbentuk agaknya.
Cukup ke 5 pokok je kailan ni? Kami ni dah la rakus.

Hari tu ada beli dan masak peria. Ada biji saya pun kumpul. Suami suruh campak je bawah pokok yang ditanam majlis daerah. Kalau tumbuh boleh dia panjat pokok tu. Saya semai sekali benih kacang botor. Timbunkan rumput-rumput yang dimesin atas tu supaya tak dicuri burung yang banyak berterbangan. Sekali kena berak dengan kucing daaa... Hari ni dah keluar satu anak peria. Anak kacang botor takde. Harap-harap membesar dengan sihat la. Jangan jadi mangsa pemotong rumput sudahlah.

Anak peria tumbuh dari bawah timbunan kompos.

Tuesday, July 10, 2012

Tanaman dan Perpaduan

"Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan".

Banyak benarnya seni kata lagu bertemakan perpaduan yang dinyanyikan oleh N.D. Lala ni. Dalam hal ni, saya dah jumpa salah satu 'persamaan' yang membawa 'perpaduan' tu.

GARDENING.

Saya banyak melawat blog-blog bertanam dari seluruh dunia. Dan satu temui bahawa bertanam ni membawa getaran positif pada diri kita. Yelah, saya rasa takde orang yang bertanam dengan niat jahat. Biasanya sebab mengisi masa lapang, nak jimat belanja dapur, mencantikkan rumah, aromaterapi, kesedaran untuk menghijaukan bumi, menghasilkan lebih banyak oksigen, lindungi lapisan ozon, dan banyak lagi tujuan mulia. Niat yang dah memang mulia ni membawa pula kepada perkara murni yang lain seperti perkenalan, persahabatan dan perpaduan. Kan bagus tu? Saya mengaku saya jumpa ramai orang baik sejak bercucuk tanam. Sebab bertanam la baru bertegur dengan jiran. Siap dapat pokok percuma lagi.

Hari ni, blogwalking jumpa satu blog menarik. Macamana bertanam boleh mengeratkan satu komuniti. Sila ke Out of My Shed. Anda pasti teruja.


Monday, July 9, 2012

Kisah Durian dan Mahmoud dari Palestin

Durian (sumber)


Hari yang tak produktif. Mujur sebelah petang pelajar dari Palestin, Mahmoud datang membuat kerja makmal. Barulah badan saya ni nak bergerak ke sana-sini. Saya rasa ringan tulang nak membantu sebab saya ada hutang dengan dia. Hari Jumaat lepas rak bahan kimia dalam lab ni runtuh. Banyak chemicals yang jatuh dan pecah. Saya tinggal seorang dekat lab, tak berani bersihkan sorang-sorang. Jadi saya cuma maklumkan pada students untuk bersihkan sama-sama pada hari ini. Takut ada bahan kimia bahaya dan kalau jadi apa-apa takde orang nak selamatkan saya. hahahah. Drama tak? Hari ni saya datang, semua dah siap kemas. Semua student tak mengaku, so saya rasa dia yang kemas sebab dia ada minta nak duplicate kunci. Thank you..

Kebetulan Mashitah, salah sorang student ni bawak durian ke lab (ye, melanggar peraturan, but who cares? hahaha). Saya ni dah lama mengidam nak makan, hari tu hubby bagi makan yang dah jadi bubur je. Saya nak juga makan yang original. Ada rambutan sejuk lagi. Arghh.. kompom naik darah malam ni. Kakakakk. Ampun ya bos?

Kami pun ajaklah Si mahmoud ni cuba makan buah-buah tempatan ni. Dia tak suka bau durian. So saya suruh dia cuba rambutan. 'Nice taste", he said. Lepas tu budak-budak tu beria juga suruh dia makan durian. "Urgh. Why the smell is so tough?". Jangan tanya saya bau 'tough' tu macamana ya, tanya Mahmoud. Lepas rasa sikit terus dia letak balik dan cakap "thank you", masuk toilet dan kumur-kumur. Kesian Mahmoud.

Lepas tu dia cakap,"I forgot something. Actually, I'm fasting". Dua kali kesian kat Mahmoud. Takpelah Mahmoud. Rezeki. Hihik. 

Friday, July 6, 2012

Menjejak Identiti Sebenar Pokok TomYam

Puas saya google pasal pokok tom yam ni, takde info langsung. Yang keluar gambar tom yam, resipi tom yam, buat saya lapar je.. Pasal pokok tom yam, yillek. Saya belek-belek buku "Mari Berubat dengan Tumbuhan di Sekeliling Kita". Ada dua yang nampak macam pokok tom yam ni.

Pokok tom yam dekat rumah saya.


1) Pokok Tapak Leman 



Nama saintifik : Elephantopus scaber
Nama Lain      : Tapak sulaiman, Tapak Gajah, tapak babi, Bersih Hitam, Tutup Bumi
Keluarga         : Asteraceae
Ciri-Ciri          : TAPAK sulaiman menyerupai pokok kaduk tetapi ia kelihatan lebih berkilat. Bezanya pokok ini tidak memanjat kerana batangnya pendek. Tangkai daun juga pendek berwarna hitam dan berbulu halus.
Daun mudanya berwarna kemerahan dan belakang daun berwarna coklat. Pokok ini tidak tahan pada cahaya matahari. Batangnya lembut berair dan berbulu. Pokok yang subur daunnya lebih lebar daripada kaduk. Herba ini mempunyai bunga berwarna merah jambu yang terbit di hujung pucuknya.

Sumber Rujukan:
1) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_04.htm
2) http://warisanetnobotani.blogspot.com/2011/04/tapak-leman.html
3) www.forestry.gov.my/herba/tutupbumi_en.pdf
 




2) Pokok Sawi Belanda

Nama Saintifik: Lactuca indica L.
Nama lain       : Daun puning, sawi rana, lampens, tongo (Sunda), tempuh wiyang (Jawa), Indian Lettuce,   
                        Daun Panjang,
Keluarga        : Asteracea/Compositae
Ciri-ciri          :
Sumber Rujukan:
1)Mari Berubat dengan Tumbuhan di Sekeliling Kita
2) Tumbuhan Obat dan Khasiatnya by H. Arief Hariana
3) http://www.globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=62979:lactuca-indica-l&catid=376:l
4) http://www.pfaf.org/user/Plant.aspx?LatinName=Lactuca+indica

Gambar pokok sawi belanda yang saya tengok dalam buku Mari Berubat dengan Tumbuhan di Sekeliling Kita memang sama dengan yang ada dekat rumah. Tapi bila saya google guna nama saintifik dia lain pula. Nampaknya kena tunggu pokok yang ada berbunga baru ada maklumat tambahan.


Daun Bawang dan Kesum

Rasa macam dah lama sangat tak update apa-apa pasal gardening. Sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Dengan gotong-royong bersihkan lab, orang ni cari, orang tu cari. Penat dan stressed sangat. Agaknya kalau saya menghilangkan diri daripada tempat kerja sehari, kelam-kabut tak diorang? Pokok-pokok pun macam terabai. Nasib baik hubby masih tekun berkebun.

Benih terung asam yang Herny minta dah ada, tapi perlu dikeringkan dulu. Hubby merungut dapur bau masam. Dah namanya terung asam, sayang! Hahahah.. Tak banyak perkembangan pasal kebun mini saya. Cuma proses mengalihkan anak-anak pokok capsicum, cili ceri, bendi dan rosel. Kawasan rumah saya kurang dapat matahari pagi tapi bila tengahhari sangat terik. Sebenarnya matahari bukan masalah, tapi kalau hujan lebat lagi kelam kabut jadinya. Sistem saliran dekat sini pelik. Bila hujan, air dari bumbung akan turun macam simbahan yang besar. Kalau tersimbah dalam pasu, boleh tercabut anak pokok. Jadi, bila panas, pokok tu akan bahagia dapat matahari, bila hujan terpaksa di alih ke tempat letak kereta.

Oh ya, buat masa ni hubby jadi househusband sementara tunggu dapat kerja baru. Hari tu dia korbankan kerja dia sebab risaukan saya duduk di Johor sorang-sorang. Saya tak kisah pun, sebab saya rasa suami saya lebih cekap uruskan rumahtangga daripada saya masa saya jadi housewife hari tu. Saya balik kerja penat-penat, dia dah siap sapu rumah, basuh baju (kadang-kadang siap lipat), jaga tanaman, dan yang paling best dah siap masak. Dah la hubby pandai masak, memang heaven.

Masa dia belum duduk dengan saya, saya memang ada cita-cita nak buat eksperimen memasak. Jadi bila ada masa (dan kerajinan), saya siapkan bahan masakan macam kupas bawang, kisar cili kering, kupas bilis etc etc. Tapi lain jadinya sebab saya jadi malas makan. Hasilnya,

Siap berakar bawang merah saya.

Sebenarnya bukan bawang merah je. Bawang putih pun sama tapi tak snap gambar. Saya tanam garlic cloves yang dah bertunas tu untuk dapatkan garlic green (sambil berharap mereka bertukar jadi garlic bulb heheh). Tapi masa hujan lebat hari tu, dia jadi lecur dan rosak. Bawang merah ni pun saya tanam juga. Hidup subur dan dah beberapa kali juga gunakan dalam masakan.

Daun bawang patah-patah ditimpa hujan, tapi gemuk. Agak-agak diorang boleh jadi bawang tak?
Daun kesum yang sekali dengan pokok bawang tu asalnya daripada pangkasan pokok induk. Dah sama besar dengan pokok asal.

Pokok kesum asal. Semakin rimbun sebab dipangkas dan ditimpa hujan.
Sejak bertanam ni, kami dah mula pandai makan ulam. Sekarang kalau nampak daun selasih yang baru naik dan segar-segar, mesti rasa terliur. Makan pun makin berselera. Badan pun makin montel. Hahhah. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi atas usaha sendiri kan. Memang berbaloi-baloi.

Wednesday, July 4, 2012

Incredible Hulk!

Argggghhh.. kalau boleh menjelma jadi incredible hulk lepas tu mengamuk tanpa pedulikan perasaan orang lain kan best. Serius sangat geram dengan ramai orang. Kenapalah susah sangat nak luahkan perasaan direct kat muka yang berkenaan? Diorang ni takde perasaan kesian kat saya ke? Nak suruh saya mampus cepat lepas tu jadi hantu kejar diorang dulu kot. Hahahahha... heeeeeheeeeeeheeeee.. opppss..

Tolong jawab yes or no pun susah ke? Nak kena penampar dulu ke? Ke nak kena saman?


ARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGHHHH.. nak makan orang!