Tak ingat sebenarnya bila saya mula semai benih-benih sayur ni. Rasanya dalam tiga minggu lepas. Ada yang cepat dan ada yang lambat bercambah. Tapi alhamdulillah ada perkembangan.
|
Anak bayam merah. Benih percuma daripada Kebun Bahagia Bersama sebab beli benih Carrot. |
Tak jelas nampak anak bayam ni sebab warna dia lebih kurang warna medium tanaman kami. Lambat letak bawah matahari jadi agak terbantut sikit.
|
Kangkung, benih kongsi dari www.tanamsendiri.com. Tak lama lagi jadi lauk la ni. Heheheh. |
Kangkung membesar dengan pesat dan pantas. Semalam hujan lebat, seronok la mereka menari-nari dalam hujan. Hari ni tengok macam dah gemuk berbanding semalam.
|
Anak Sawi. Risau diorang patah riuk sebab ditimpa hujan. Mujur hubby dah buat teduhan. |
|
Cambahan ulam raja. |
Mesti pelik tengok anak ulam raja tu kan? Padahal masa mula-mula tanam dia yang cambah dulu. Actually ni semaian baru, dua hari lepas kot semai. Sebabnya, ada kucing jiran 'bersiar-siar' dalam petak tanaman saya sampai mangkat semua putera-puteri raja saya. Huhuhuhu. Nasib baik ada benih lebihan. Boleh semai semula.
Oh ya, semaian bunga marigold/kembang emas dan keembung saya rasanya semua dah lemas dibawa arus hujan. Huhuhu.. Harap-harap tersangkut la mereka kat rumput mana-mana menghiasi alam ni walaupun bukan kat laman saya. Jangan jadi mangsa pemesin rumput sudahlah. Saya semai semula marigold yang masih bersisa. Keembong dah yillek. Bukan rezeki. Innalillahiwainnailaihirojiun.
10 comments:
Bayam merah saya hari tu dah bercambah. Tiba2 hilang..ntah pegi mana...
Kena makan dengan perosak kot? Kalau ikutkan banyak yang disemai tapi tak banyak yang bercambah. Takut ada pemangsa juga..
ah sayanglah benih2 bunga yg.hanyut tu.Apapun doaku semoga puan sihat walafiat dan banyakkan rehat ye.
nampak macam menjadi je bayam merah tu. bayam merah saya pulak tak bertunas langsung. anyway gud luck
Puteri purnama~ Saya dah periksa, ada juga yang tersangkut dan bercambah... Terima kasih kak..
Mat jon~ hmm..mungkin bayam perlukan keadaan tanah yang berbeza.. Macam kami, semai tembikai, dekat rumah satu pun tak tumbuh tapi benih yang sama semai di kampung semua tumbuh.. Bayam saya pun agak kecik berbanding sayur lain
Agaknya itu sebab setiap pokok hasilkan beratus malah beribu biji benih..... setengah akan lemas hanyut dek air, setengah kering hangus dek panas terik. Tapi akan ada yang bercambah........
Bangchik and Kakdah~ betullah tu.. Kuasa Allah. Nak pastikan kesimnambungan spesis tu kan?
Warna bayam merah kalau tak silap ikut pH tanah. Kalau tanah yang kaya sangat dengan baja akan buat daun ke arah kehijauan atau sebaliknya. Saya perhati bayam merah dekat tanah yang tak de baja sangat warnanya merah menyala.
Lynn tgh bengang dgn jiran kat belakang, byk sgt bela kucing, tapi x tau nak jaga. Habis garden kat luar tepi rumah dikerjakannya.. kena up sikit budget bulan ni nak buat pagar..adeh..
Tukang kebun~ yang saya tanam ni macam merah semuanya. Tapi tanah banyak tahi arnab.
lynnhelite~geram kan? Tu belum kita terpijak 'bom jangka' dia lagi. Bukan salah kucing, salah tuan dia. Macam dalam artikel baguznet.
Post a Comment