Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 27, 2012

Tuaian Hari Ini: Kangkung, Daun Keledek, dan Daun Selasih

Hujan beberapa hari ni, pokok yang sukakan air memang gembira dan gemuk. Kangkung dah mula nak menjalar. Jadi memang patutlah dituai. Tapi, oleh sebab kami berdua ni adalah pemakan sayur yang rakus, rasa macam sikit je. Terpaksalah topup dengan daun keledek. Daun selasih nak buat ulam. Hmm..ada anak-anak bayam yang baru tumbuh. Agaknya mereka pun sukakan air. Saya fikir dah tak nak tumbuh. Keembong pun banyak yang bercambah walaupun dah berterabur tak ikut susunan. Alhamdulillah..

Dalam masa dua hari mereka membesar dengan pesat.
Rasa macam sikitlah..

Yahoo..dah penuh pun..
 Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat En Iskandar Tanam Sendiri sebab berkongsi benih kangkung ni. Kangkung ni bakal jadi lauk tengahari ni (hubby masak..hehehe).

Saya tengah dalam proses mengeringkan benih-benih cili. Tak tahulah betul ke tak kaedahnya. Biji cili ceri yang saya penyek-penyek dalam pasu dah bercambah. Banyak anak dia.


Tuesday, June 26, 2012

Keledek Dalam Container

Ini pokok-pokok keledek saya yang ditanam dalam bekas. Yang hijau tu keledek sayur, untuk di makan daunnya. Hubby kata, ubinya lambat jadi.. Yang ungu pun boleh buat sayur juga. Tapi nak dapatkan ubi. Yang ni isinya warna oren.

Keledek yang dikorek dekat kampung buat minum petang. Dari pokok yang ungu. Isinya banyak kena tebuk dengan perosak.
Alhamdulillah. Hidup dan sihat.

Keledek sayur. Semua condong cari matahari. Semaian tomato menumpang teduh.
 Bersemangat tengok hasil tuaian keledek dalam bekas di Kebun Malay-Kadazan Girls.

Monday, June 25, 2012

Pasang Surut Berkebun

Selalu post perkara best je kan... hari ni takde mood sangat nak update sebab pokok cili colurful saya dah nyawa-nyawa ikan. Mungkin faktor cuaca yang ekstrim. Panas terik dari pagi sampai pukul 3, lepas tu hujan selebat-lebatnya siap ribut petir. Medium dalam bekas pun banyak yang terkeluar. Tu dah buat teduhan tu. Banyak bus stop yang terbang bumbung atau terbalik terus. Pokok pun ada yang patah kena panah petir. Takpelah.. Nanti saya cuba tanam dari buahnya yang dah masak. Ada siapa-siapa nak benih pokok ni tak? Nanti saya cuba kumpulkan. Kalau nak email alamat ke nudabuffy@yahoo.com. Tapi tak segeralah. saya nak cari benih-benih lain yang boleh dikongsikan. Till then.. dadada..

Friday, June 22, 2012

Perkembangan Semaian Sayur Berdaun

Tak ingat sebenarnya bila saya mula semai benih-benih sayur ni. Rasanya dalam tiga minggu lepas. Ada yang cepat dan ada yang lambat bercambah. Tapi alhamdulillah ada perkembangan.

Anak bayam merah. Benih percuma daripada Kebun Bahagia Bersama sebab beli benih Carrot.
 Tak jelas nampak anak bayam ni sebab warna dia lebih kurang warna medium tanaman kami. Lambat letak bawah matahari jadi agak terbantut sikit.

Kangkung, benih kongsi dari www.tanamsendiri.com. Tak lama lagi jadi lauk la ni. Heheheh.
 Kangkung membesar dengan pesat dan pantas. Semalam hujan lebat, seronok la mereka menari-nari dalam hujan. Hari ni tengok macam dah gemuk berbanding semalam.

Anak Sawi. Risau diorang patah riuk sebab ditimpa hujan. Mujur hubby dah buat teduhan.

Cambahan ulam raja.
Mesti pelik tengok anak ulam raja tu kan? Padahal masa mula-mula tanam dia yang cambah dulu. Actually ni semaian baru, dua hari lepas kot semai. Sebabnya, ada kucing jiran 'bersiar-siar' dalam petak tanaman saya sampai mangkat semua putera-puteri raja saya. Huhuhuhu. Nasib baik ada benih lebihan. Boleh semai semula.

Oh ya, semaian bunga marigold/kembang emas dan keembung saya rasanya semua dah lemas dibawa arus hujan. Huhuhu.. Harap-harap tersangkut la mereka kat rumput mana-mana menghiasi alam ni walaupun bukan kat laman saya. Jangan jadi mangsa pemesin rumput sudahlah. Saya semai semula marigold yang masih bersisa. Keembong dah yillek. Bukan rezeki. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Thursday, June 21, 2012

Appointment 19 June 2012

Lupa pulak nak update pasal medical appointment dengan nephrology clinic, last Tuesday. Ini semua gardening punya pasal. Hahhah...

Hmm..sebenarnya saya kecut perut nak pergi jumpa doktor sebab sejak akhir-akhir ni BP saya tinggi je.. Selalunya 160/110 mmHg je tak nak turun walaupun dalam keadaan rehat. Lepas tu selalu sakit kepala rasa macam nak pecah sebab cuaca yang panas. Macam-macamlah saya cuba untuk turunkan tekanan darah, makan tunjuk langit la, hempedu bumi la, makan timun dan macam-macam lah. Ubat spital makan juga. Supplement makan juga. Tapi tetap juga dia nak duk takat tu. Lepas tu hubby teringat ada satu time tu darah saya elok turun. Puas memikir apa yang saya makan masa tu. Last-last teringat yang masa tu saya teringin nak minum air kelapa muda sebab rasa nak demam.

Kebetulan petang Isnin ada pasar malam dekat-dekat sini. Belilah air kelapa muda. Tapi buat persediaan juga kot-kot kena admit. Surat admit yang doktor dah siapkan awal-awal pun dan sediakan dalam beg. Berus gigi, ubat gigi, cawan, sudu, garfu, dan pakaian dalam pun dah siap packing. Dah sedialah katakan. Hahahah.. Kejadahlah macam excited pulak nak masuk wad kan? Saya cakap kat hubby, kalau kena tahan pun lantaklah. Boleh juga saya berehat. Heheheh..Tapi kena tebalkan telinga la sebab kalau bp macam ni mesti kena marah punya dengan tuan doktor. Hahahh..

Sampai masa, nurse amik tekanan darah, 120/80 mmHg. Ewahhhh.. elok pulak dia kan. Alhamdulillah. Tapi tetap kena bebel dengan doktor sebab tak buat perancang keluarga lagi. Hari tu pergi nak pasang implanon, tapi LPPKN tak boleh buat sebab bp saya tinggi. Masa tu 175/115 mmHg. Hamek kau! Siap diorang kata nak refer balik kat spital kot-kot spital suggest ikat terus. Huwaaaaaa.. Sian la kat saya. Saya nak anak juga. Last-last doktor LPPKN kata, kalau BP saya macam ni, segala jenis perancang keluarga pun diorang tak boleh buat (kecuali abstinence & kondom). Sebab takut tekanan darah saya makin melonjak. Doktor Nephro bagi dateline bulan Julai musti buat. Dia kata, BP saya naik sebab saya stress nak buat implanon. Dia siap pesan kat suami suruh ikut dan pastikan saya tak cari alasan. Heheh.. Yolah doktor! Dia tak tahu hubby tu partner in crime saya. Heh!

Oleh sebab kidney disease saya ni spesis misteri, takde apa yang diorang boleh buat selain daripada kawal tekanan darah saya. Ubat pun dah tinggal dua jenis sebab yang lagi dua tu ada kesan negatif pada buah pinggang saya. So, saya tak perlu jumpa mereka selama 3 bulan. Yahoo...Oh ya, dua bulan lepas punya creatinine ialah 340. Agak menurun daripada sebelumnya 360. Alhamdulillah.


Kawan Baru: Cili Api Warna-Warni, Pokok TomYam, Pokok Burung Bertenggek

Salam..

Dekat rumah saya ada tiga pendatang baru. Datang dari tiga sumber. Cili Api kalerful saya beli dekat nursery Jalan Skudai-Pontian lepas balik jumpa doktor hari Selasa. Banyak nursery kat situ. Ada banyak bunga cantik-cantik.. Rasa macam kat Cameron Highlands la pulak. Hehehe.. Cili ni ada mula dengan warna kuning pucat, jadi oren, dan last sekali merah. Tapi ada juga pokok cili padi biasa terselit dalam tu, jadi dapat warna hijau dan coklat sekali. Heheheh.

Bertambah koleksi cili saya. Heheheh.

Balik dari nursery tu, sementara kitorang tengah admire warna-warna cili yang menarik tu, sekali jiran selang dua buah rumah kami menegur. Teruk tak kitorang, dah dua bulan belum berkenalan dengan jiran. Hahahh. Encik Zailani namanya. Rupanya, En Zailani pun suka bercucuk tanam. Dia bagi kami satu pokok, katanya datang dari rumah sebelahnya (selang sebuah rumah dari rumah kami, Kak Dila). Pokok ni unik, baunya macam tomyam dan gunanya untuk masakan tom yam.

Pokok Tom Yam.
Oleh sebab tak tahu nama, kami panggil pokok tomyam je. Heheh. Semalam hubby masak tomyam letak daun pokok ni. Memang sedap.. Habis seperiuk makan dua orang. Nyum nyum.

Dan last sekali pokok bunga pemberian mak saya. Yang ni pun tak tahu nama. Saya panggil pokok burung bertenggek sebab ada macam burung bertenggek kat bunga dia.

Pokok ni pun banyak dekat nursery yang kami pergi tu.

Can you see the birds?
Kuasa Allah Yang Maha Pencipta. Subhanallah.

Wednesday, June 20, 2012

Kemunting Cina

Bersiar-siar keliling rumah mak ayah saya, sangat banyak pokok kemunting cina berbunga lebat. Asalnya nak buat landskap, tapi sejak akhir-akhir ni mak saya sibuk sebab menjaga kakak saya yang dalam pantang dan juga amni, my niece. Ni kakak dah habis pantang, boleh lah berkebun semula. Tapi panas terik la pulak.

Info pasal bunga kemunting cina atau periwinkle ni boleh didapati di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_tapak_dara. Oh ya, kemunting cina ni boleh digunakan sebagai bahan ubat antaranya untuk cirit-birit, lenguh-lenguh dan macam-macam la. Ada satu artikel ni kata, boleh jadi ubat kanser. Wah wah wah.. Boleh baca dekat sini.

Kemunting Cina Putih

Putih Tengah Merah

Pink Tengah Merah
Purple Tengah Putih

Sepatutnya Pink, Tengah Putih.



Monday, June 18, 2012

Terung Bermacam Terung

Sambung cerita balik kampung. Sebelum ni, ramai yang orang kata saya ni jelmaan mak saya. Saya sikit pun tak percaya, sebab masa saya kecik-kecik ramai orang kata saya sebiji macam ayah saya dan kakak saya sorang je ikut muka mak. Tapi saya dah boleh percaya sikit-sikit sebab saya rasa masa saya sanding, saya cute macam mak saya masa muda-muda (sila jangan muntah). Siap ada yang tanya mak saya, "Awak ni kakak pengantin perempuan ke? Samalah muka". Ehem!

Tapi bab muka tu silalah letak ketepi. Saya rasa saya paling sama dengan mak saya bab suka bertanam. Saya dari kecik dah suka main sorang-sorang, main tanam-tanam. Siap tanam pokok koko, OK? Kakaka. Dulu tanam cili, tebu, cekak manis, macam-macam la. Cumanya, mak saya terer masak, saya kurang terer. Hahahha. Kira ada harapan lah kan, sebab mak saya cakap dulu ayah tu puas makan hasil eksperimen memasak.

Ok cukuplah membebel, nak cerita pasal terung. Mak saya ada tanam banyak jenis terung. Saya suka tengok. Tapi pokok terung bulat takde buah pulak. Mari kita cuci mata.

Terung telunjuk. Sedang elok untuk dimasak.

Terung telunjuk yang dah ranum. Disimpan untuk benih.

Terung asam. Adik saya kata sedap dimasak asam pedas dan sweet sour. Kalau tanya saya, memang tak tahu.

Terung Pipit. Rajin berbuah dan dah puas dibahagi-bahagi dengan jiran.

Balik Kampung Palong Timur

Hujung minggu baru ni saya balik kampung sempena majlis perkahwinan kawan sekolah rendah saya. Dah lebih sepuluh tahun saya tak menjejakkan kaki ke Palong Timur. Tahniah buat Salina dan pasangannya Rani. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama dan macam-macam cerita. Rupanya ada kawan saya yang dah pun kembali ke rahmatullah 10 tahun yang lepas.


Hmm..alang-alang dah balik kampung kan, apa lagi, operasi memunggah pun bermula. Semua gardening punya pasal. Kakakakk.. Yang emak dan ayah saya memang memberi sokongan penuh dengan aktiviti ni, semua diorang nak bagi. Biji benih, tanah, botol minyak, pokok, pasu... Senang kata segala yang ada kaitan la. Berpeluh sakan kitorang laki bini duk memotong botol minyak, potong buluh (nak buat pancang) pastu mengayak tanah bakar. Wah.. betul-betul jimat belanja. Tanah bakar tu kalau beli satu paket paling kurang RM2. Dapat banyak juga. Jimat la RM10 untuk tanah.

Oleh sebab saya ni macam takde luck sangat dengan pokok bunga, saya nak try tanam pokok bunga yang mudah macam marigold dengan keembong. Kalau tak hidup juga tak tahulah. Keembung mak saya banyak sangat kaler, tapi mak saya tanam ikut suka je. Kalau arrange cantik-cantik tentu lagi menarik. Sedap je mengata mak sendiri, padahal saya pun kutip benih main campur je segala kaler. Hahaha. Ada pink pucat, deep pink, magenta, peach, light purple, deep purple, dan putih. Tapi saya paling suka yang peach sebab dia berlapis-lapis, sekali tengok macam mawar. Marigold dua-dua kuning cuma lain tone je. Kita nantikan la ya tumbuh ke tak.

Malam tadi pulun buat pasu surat khabar macam kawan-kawan gardener buat. Nak alihkan anak tomato. Banyak gile tumbuh. Boleh bagi-bagi kat adik beradik. Heee..

Friday, June 15, 2012

Koleksi Baru Dari Seorang Sahabat

This afternoon, after lunch, just before my hubby go and perform Solat Jumaat, sempat pergi ambik parcel dekat poslaju larkin. Ada dua, satu dari Mont Kiara, dan satu dari Butterworth. One is precious while the other is priceless.

Jeng jeng jeng


Uik? TM Rewards. Peeping..hehehe


Whoa. Like! Like! Like!




Thanks a lot Shafique. Love them so much. Sungguhla colourful, beautiful, and wonderful. And of course, I am grateful to have a generous friend like you. Semoga awak murah rezeki, kawan.





    

Thursday, June 14, 2012

Bakal Bekas Tanaman

Kemas-kemas ofis jumpa satu makhluk yang sesuai benar nak jadikan container bertanam. Memperkenalkan...


Heheh..ni gabus pasangan yang saya bawak balik jadi bekas tanam salad hari tu. Dah pakat dengan hubby suh dia datang jemput untuk ambik bendalah ni. Pastu nak angkut sekam padi yang reput akibat disabotaj dengan beruk kat belakang ofis ni. Sekam tu bahan mentah penyelidikan kitorang. Tempatnya dalam drum tapi penutupnya dibuka dengan budak-budak berbulu lebat tu. Dah masuk air hujan. Huhu. Tapi bak kata orang, jangan membazir. Membazir tu amalan syaiton. Heheheh..

Hari Penderma Darah Sedunia


Saya nak share pasal ni. Sumber daripada http://www.pdn.gov.my/. Tengok dekat TV3 pagi tadi. Sudahkah anda menderma darah?

Dulu-dulu pernah juga menderma darah. Dalam 6 kali kot, sebab fikir saya ni takde duit. Ada darah je nak derma. But now, dah tak layak lagi. Sebab saya sendiri perlukan darah dan pernah terima darah orang lain.


Kepada yang sihat tubuh badan, cukup berat badan (lebih 45 kg kalau tak silap), mengamalkan gaya hidup sihat, tidak mempunyai penyakit kronik, tidak mengambil ubat-ubatan, sudi-sudikanlah ya. Menderma darah mampu menyelamatkan nyawa.




Melankolia Nudabuffy


Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Salah dimana? Dalam kata-kata kah? Perbuatan kah? Bahasa tubuh kah?

Kenapa aku?

Kenapa aku yang begini?

Kenapa orang seperti aku?

Jangan begitu. Jangan begini.

Jangan. Jangan. Jangan.

Jaga. Jaga. Jaga.

Tetapkan hatiku.

Kuatkan imanku dan dia dan mereka.

Redakanlah. Tenangkanlah. Damaikanlah. Perkenankanlah.

Amin.

Terima kasih, Allah. Kerana memelihara aku.

Wednesday, June 13, 2012

Selasih ke Kemangin?

Saya selalu tak dapat bezakan jenis-jenis basil. Selasih ke, kemangin ke, thai basil, lemon basil. Maklumlah, newbie. Yang saya kenal sweet basil sebab daun dia gemuk-gemuk. Tapi saya rasa saya dah dapat jawapan daripada pemilik blog www.tanamsendiri.com, En Iskandar. Kebetulan ada entry tentang selasih di sini. Berikut adalah jawapan En Iskandar.


Rupanya memang dekat tetapi ada perbezaan yang ketara. Warna batang selasih ungu, batang kemangin hijau. Daun selasih lebih tirus berbanding daun kemangin. Yang paling jelas baunya berbeza.

Jadi saya rasa selamat untuk menamakan pokok basil yang saya tanam sebagai selasih. Hehe.. Semuanya berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan oleh Encik Iskandar.

Pokok Selasih saya. Dah berbunga pun.

Ingat nak close-up tapi susah nak dapat gambar cantik.
 Oh ya, sejak mula bercucuk tanam ni, kami suami-isteri dah tahap kemaruk. Semua benda nak tanam. Pantang nampak biji benih, mesti kutip dan semai. Biji tomato yang saya semai dah bercambah. Tengoklah kalau diorang mampu hidup ke tak. Suami siap semai anggur. Hahaahha. Sekarang tengah kumpul biji tembikai (beli weekend hari tu) dan capsicum. 

Lepas tu, punya lah desperado nak makan pucuk ubi, tanam batang ubi dalam plastik beras. Dah keluar pucuk dah. Hari Isnin, hubby tanam keledek pula dalam container. Kakakak. Kakak ipar saya gelakkan kami tanam keledek dalam bekas. Takpe...takpe.. Kang keluar keledek, nak show off.. Kekekekk.






       

Friday, June 8, 2012

Ahli Keluarga Baru: Cekur, Kunyit, Cili Padi dan Cili Merah

Malam Rabu hari tu, suami saya balik dari kampung membawa ahli keluarga yang baru. Oleh sebab, Incik Hambali adalah penggemar masakan pedas, tentulah ada pokok cili yang di bawanya. Sebenarnya daripada minggu sebelumnya kami dah nak ambil, tapi kereta Viva yang kenit tu tak mampu nak menampung beban dua guni tanah, seguni baja organik, dan bekalan-bekalan kami yang lain. Hehheh.

Cili padi kampung (bird's eye chillies) yang dibawa tu saya tak tahulah baka apa. Tapi saya suka sebab buahnya gemuk dan comel. Kadang-kadang kakak ipar saya akan buatkan cili padi jeruk dan suami saya cukup suka bila cili tu meletus bila digigit. Saya? Taklah...sebab saya tak kuat pedas. Heheh. Oh ya, suami saya ni Jawa, jadi cili dipanggil lombok, cili padi pula lombok rawit. (Yes, dah pandai sikit jawa. Kakakka).

Kiri Sekali: Anak Cili Padi, Sebelahnya Anak Cili Besar

Selain tu, masyarakat Jawa memang suka memasak dengan menggunakan cekur (diorang panggil kencur) sebagai ramuan, termasuklah dalam nasi goreng. Dulu mak saya pernah juga tanam cekur (Kaempferia galanga Linn), tapi cuma guna daunnya. Kalau orang yang tak kenal cekur/kencur ni, pokok dia macam kunyik tapi sangat rendah, ada rizom yang berisi warna putih. Tapi ada macam-macam jenis cekur, yang saya kenal yang ni jelah. Hehehe. Oh ya, ada kunyit (curcuma longa/domestica) juga. Saya biasanya tanam kunyit untuk dapatkan daunnya yang wangi. Buat masak lemak cili padi ataupun bungkus ikan bakar. Heheh.

Cekur/Kencur

Kunyit
Kalau ikutkan hati, macam-macam nak tanam. Nak buat koleksi herbalah, edible garden lah. Tapi benih yang dibeli pun tengah beratur menunggu giliran. Kekekeke. Sabar ya semua.. Hehhe..

p/s: nampak tak bekas minyak yang suami saya jadikan pasu? 

Wednesday, June 6, 2012

Setem Tumbuh-Tumbuhan Beraroma Dah Sampai

YEAY! Alhamdulillah, penantian yang lama akhirnya.....berakhir. Kekekkek.. Lambat betul nak sampai. Rupanya hari Isnin hari tu dah kuar lagi satu keluaran, Persidangan Gas Sedunia 2012. Tapi taklah teruja sangat macam yang ni. Sesuai benor dengan pos sebelum ni.



Ini saya punya. Happy!

Dapat satu pamplet tentang tumbuh-tumbuhan yang ada dalam tu. Mari saya kongsikan. 

Kesum (Polygonum minus)  berasal dari Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Tumbuhan menjalar dan tidak berkayu ini adalah daripada keluarga Polygonaceae dan boleh bertumbuh sehingga 1 hingga 1.5 meter panjang. Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau, dan sedikit kemerahan dengan nod perantaraan yang pendek. Nod-nod itu ditutup oleh daun pengasoh berbentuk tiub dari mana akarnya bercambah ke dalam tanah. daun adalah panjang dan meruncing ke hujung dengan ukuran 5-7 cm panjang dan 0.5-2cm lebar. Daunnya yang berwarna hijau gelap adalah beraroma dan disusun secara selang-seli sepanjang batang.

Kesum adalah sejenis herba masakan yang digunakan untuk menyedapkan masakan tradisional seperti asam laksa dan asam pedas. Rebusan daun kesum digunakan untuk membantu penghadaman dan sebagai tonik yang diminum selepas persalinan (lepas bersalin). Ekstrak dan minyak pati daripadanya digunakan sebagai bahan pencucian rambut untuk menyingkirkan kelemumur dan kegunaan aromaterapi

Kesum is originated from malaysia and other South East Asia countries. This creeping herbaceous plat from Polygonaceae family can grow up to 1 to 1.5 meter long. The stem is cylindrical, green, slightly reddish having short onternodes. The nodes are enclosed in a tubular stipule from which the roots sprout into the soil. The leaves are long and lanceolate measuring about 5-7 cm long and 0.5-2 cm wide. The dark green leaves are aromatic and arranged alternatively on a stem.

It is a popular culinary herb which is used to flavour traditional dishes such as asam laksa and asam pedas. Decoction of the leaves helps in digestion and as tonic taken after birth. Leaf extracts and essential oil is used as hair wash to remove dandruff and in aromatherapy. 

Pudina (Mentha x piperita) adalah berasal dari negara Eropah dan tersebar luas ke seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Ianya ditanam di kawasan tanah tinggi di Malaysia. Tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae ini boleh bertumbuh sehingga 30-100 cm panjang. Batangnya berbentuk segi empat sama dan berbulu sedikit. Daunnya berbentuk lanceolat atau ovat-lanceolat dengan ukuran 4-8 cm panjang dan 1-2.5 cm lebar. Baunya adalah lebih kuat daripada jenis pudina lain. 

Daun ini digunakan secara meluas dalam masakan dan memberi rasa pada gula-gula, coklat, kek, aiskrim dan minuman kordial. Teh diperbuat daripada daunnya diminum untuk merawat selsema dan membantu penghadaman. Ianya juga digunakan untuk merawat luka dan ruam kulit. Ianya juga dilaporkan untuk kegunaan sebagai penghalau serangga. Minyak pati daripada daun pudina sentiasa digunakan sebagai ubat sedutan untuk melegakan selsema, serangan dada dan asma. Ianya juga ditambahkan dalam produk kosmetik dan pergigian untuk kesan dekongestan, antiseptic dan anestesia ringan. Namun demikian, ibu mengandung atau sedang menyusu dan bayi dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan minyak pati ini kerana penggunaan berlebihan akan mengakibatkan tindak balas alergi.

Pudina is native to European countries and widespread throughout Europe and the United States. it is cultivated in highlands in Malaysia. this plant from Lamiaceae family can grow up to 30-100 cm long. Its stem squarish and slightly hairy. The leaves are lanceolate or ovate-lanceolate measuring about 4-8cm long and 1-2.5 cm wide. It is more pungent than other type of mints.

The leaf is widely used in cooking and to flavour sweets, chocolates, cakes, ice creams and cordials. The leaves can be taken as tea for colds and aid digestion. It is also used in bath to treat cuts and skin rashes. It is also reported to be used as insect repellent. Essential oil of its leaves is often used as an inhalant to relieve colds, chest infections, catarrh and asthma. It is also added in cosmetic and dental products for its decongestant, antiseptic, and mildly anaesthetic effects. However pregnant or breastfeeding mothers and infants are not recommended to use the oil because excessive use may cause allergic reactions.

Phewww...penat juga menyalin. Lagi penat daripada mengarang sendiri. Wah, banyak juga kegunaan kesum dan pudina eh. Tapi banyak perkataan yang saya tak faham. Takpe nanti saya tengok kamus. Lepas ni saya akan lebih memandang tinggi kepada mereka. Hehehhe. ni yang makin sayang ni.


Pudina dan Kesum

Hari ni mood baik, pagi-pagi lagi dah turun jenguk baby-baby kesayangan. Pastu tengok pokok kesum dengan pudina dah serabai sebab terlalu tinggi atau penuh. Jadi saya pangkas sikit, kasi diorang kiut dan renek gitu. Dapatlah fresh supply of herbs. Tadaaa...


Apa nak buat dengan diorang ni eh? Saya ni tanam suka-suka je. Maybe saya boleh praktis masak asam pedas yang kadang jadi kadang tak jadi tu. Kakakaka. Pudina tu nak semai dalam bekas lain. Nak jadikan buddy untuk pokok lain. Oh ya, saya guna pokok pudina sebagai buddy untuk pokok-pokok limau purut dan kasturi saya. Sangat berkesan. Tapi semalam saya alihkan pudina tu sekejap sebab dia dah berserabut. Balik kerja tengok daun-daun limau banyak yang rongak. Ulat-ulat tu buat kenduri daaa.... Huhuhuhu

Pokok kesum lepas kena pangkas

Pudina bertenggek atas pasu limau purut dan kasturi

p/s: Maaflah, kualiti gambar tak berapa baik. Pakai handfon murah je.

Tuesday, June 5, 2012

Petak Tanaman Dari Barang Terbuang



Hehe..oleh sebab rumah saya takde tapak tanaman, jadi semuanya perlu ditanam dalam bekas. Nak beli pasu banyak-banyak, alahai..sayang duit la. KEDEKUT. Ala, purpose tanam sayur pun dah memang berniat nak jimatkan belanja dapur kan. Lagipun, reuse and recycle kan boleh mengurangkan sampah sarap.

Bekas tanaman saya ni semuanya berasal daripada tempat kerja saya. Yang petak coklat tu tin bahan pelarut (alkohol tau aseton) yang dah berkarat pun. Tunggu orang pelupusan tak juga datang, baik saya ambil. Dah lama nak buat sebenarnya tapi saya cuma bermotorsikal, macamana nak angkut tin-tin yang besar tu. Mujurlah sepupu saya sudi bawakan. Saya ambil tiga, dua di kerat melintang dapat bekas panjang. Yang ni kami tanam kangkung, sawi, bayam dan ulam raja. Satu lagi dipancung dua, dapat bekas yang tinggi. Sesuai untuk tanam lobak bagi dia ada ruang nak memanjang. Pasangannya suami saya letak daun kesum yang saya rendam, dan semai pokok bunga matahari. Semai 3 biji bunga matahari tapi dua je hidup. Sama ada sebab tak bernas atau pun dah kena curi dengan burung sebab banyak betul burung sejak kami bercucuk tanam ni.

Yang putih tu pulak gabus yang digunakan untuk sendal botol bahan kimia masa penghantaran. Supaya tak berlaga gitu. Wah, bagus bentuknya, dah siap macam pasu kembar empat. Memang sesuai sangatlah nak buat bercucuk tanam, sebab senang nak tebuk lubang kat bawah. Yang ni hubby tanam salad butterhead dan kailan. dan mula tumbuh pokok-pokoknya.

Hubby balik kampung ada projek bersihkan kolam ikan kaloi. Katanya dia kerat botol-botol minyak 5L untuk jadi pasu kami. Heheh. Thanks sayang. Best bila share hobi lagi-lagi bila si dia tu sangat handy. Hahaha. Oh ya, saya ada terbaca pasal orang buat polibeg guna kertas surat khabar. Nanti nak google kalau best boleh try. HEEEEEEEEEEE