Great stuff to be shared together...

Monday, December 20, 2010

Takde Gossip-Gossip, Takde Shopping-Shopping Hari Jumaat

Inilah akibatnya kalau kerja kat tempat yang hanya anda sorang je pekerja pompuan.. Boring to da max.. huhuhuhu... walaupun tempat baru ni kira not bad, tapi boring gile kot tak dapat nak share hal-hal kewanitaan.. Lagi-lagi time dah pregnant ni mesti nak minta tips-tips daripada mereka yang lebih berpengalaman kan?

See? Tengah jadi pengantin pun sempat bergosip tau?

Sekarang saya dah selamat berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan. Dekat la sikit dengan suami kesayangan.Tapi biasalah, tempat jatuh lagi kan dikenang.. Ini kan pulak tempat yang dah jatuh bergolek-golek berkali-kali. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan tempat baru selepas bermukim bertahun-tahun dan jatuh cinta dengan tempat lama.

Yup, kalau nak suruh pilih, UTM tu berkali-kali ganda lebih best kot. Walaupun urusan gaji nye leceh dan asyik sangkut je, tapi saya seronok buat apa yang saya minat. Saya willing nak gi masuk lab before kul 8 pagi. Takde orang suruh pun. Sebab bagi bos, yang penting kerja jalan. Kalau takde sebab2 yang mendesak, takde la saya nak memonteng walaupun ada cuti 30 hari setahun. Malahan, masa saya sengaja cuti sebulan hari tu dah tersangap-sangap nak masuk lab.

Kalau banding dengan Nilai, Taman Universiti lagi up kot. Cuma kredit perlu diberikan kepada pemandu-pemandu Nilai yang lebih berhemah daripada orang Skudai.. (Ampun..den cakap yang bonar yo). Laju, laju juga.. tapi tak membahayakan orang lain. Kalau ada pemandu yang bawa semacam tu, plat keta selalunya J.. Oppsss.. Ampun Johorian.. saya ni partly Johorian juga..Plat motor saya pun J juga. So, anggaplah ni sebagai teguran untuk kita lebih berdisiplin di jalan raya. Kalau bab jalan berlubang-lubang tu sama level je kot. Sungguh mencabar. Skill cilok2 lubang terpaksa diasah.

Berbalik kepada tajuk asal, saya akui mental saya agak tertekan dengan situasi kerja yang baru.. Belajar benda baru, buat benda baru, takde perbincangan isu-isu masyarakat, artis dan sebagainya. Info ibu mengandung apatah lagi. Dah la saya ni masuk golongan bertuah yang amik pakej paling "Best + Complete" dalam simptom-simptom kehamilan. Mabuk, Muntah, Cramp, Simpul Biawak, Air Liur Banyak dan sebagainya. Senang kata, complete package la. Dah la baby ni makan memilih.. Nak makan tuna mayonaise ayam brand. Kalau mama dia ni dah muntah tergolek-golek, tu je lah ubatnya. Lagi satu, tetiba mengaruk nak makan tembikai. Nasib baik lah ada terjumpa kat web makan tembikai masa mengandung tu bagus. Bila dah terjelepuk, tension lagi mabuk, mulalah rasa UTM tu super best. Ramai kawan boleh minta petua or minta teman gi klinik ke apa.

Oh ya, sebut pasal klinik, paling menyampah tau gi klinik kat sini. Doktor-doktor bukan sahaja tak mesra, malah menyakitkan hati. Tak macam klinik Norila kat Taman Sri Pulai. Cakap macam nak marah je. Ingat orang tak mampu ke nak bayar servis dia? Klinik kerajaan pulak, kena datang pukul 7 sampai 10 je. Tu setakat nak buat kad merah tu. Sudahnya, sampai hari ni baby ni takde kad merah. Pergi klinik swasta pulak, setakat buat test air kencing. Tekanan darah ke, denyutan jantung ke, satu benda dia tak check. Ahhhh.. TENSI sungguh la...

Setakat ni, dah 4 klinik saya pergi dan saya masih tak tahu kondisi kesihatan saya dan bayi. Rasa nak balik Skudai je semata-mata nak buat check up...

Sunday, November 14, 2010

Air Limau Kasturi dan Susu Kambing

Ini bukan segmen petua ya. Cuma sekarang rasanya kena ada kedua-dua benda ni untuk menghadapi hidup sehari-hari.

Macam lagu," Madu di tangan kananmu, Racun di tangan kirimu". Cuma saya perlukan kedua-duanya. Satu asid dan satu alkali. Satu untuk tekak dan satu untuk perut.

Yup, I'm pregnant. Again. Bezanya, kali ni saya mengalami muntah-muntah dan pening-pening yang teruk. Dari sudut positifnya, kata orang itu tandanya kandungan kali ni lebih kuat. Negatifnya, kalau dah tiap kali makan, muntah, minum, muntah, tak makan dan minum pun muntah, mungkin boleh jadi ternyahidrat dan kekurangan nutrien.

Satu benda je yang saya boleh makan tanpa muntah buat masa ni. Tom yam campur kat kedai Dapur Istimewa. Memang istimewa la.

Saya cuma berharap saya dapat mengharungi tempoh ini dengan sabar dan bersemangat. Dan semoga misi ini tak terkandas di tengah jalan lagi. Cuma, bila dalam keadaan lemah ni suami pulak takde kat sisi, rasa cam pilu sangat-sangat. Kadang-kadang ternangis sorang-sorang. Kadang-kadang termimpi bukan-bukan. But, thank God, not for long. Tak lama lagi dapatlah kami tinggal bersama (walaupun rumah tak dapat-dapat lagi). Still, SYUKUR yang tak terhingga kupanjatkan pada-MU, Ya ALLAH. Alhamdulillah. Permudahkan lah segala urusan kami.

Tuesday, November 9, 2010

Packing Mode (o_O) fuuuuuuuuuh.

Sebenarnya bulan November ni saya mencutikan diri sendiri selama sebulan. Tapi dengan approval la.. Cuma takde gaji (hukhuk). Ni sebenarnya saya kira sebagai self reward sebab dah penat bekerja dengan tekun. Dah lama fikir nak berehat dan peluang yang ditunggu pun tiba. So here I am in my home sweet home (not so sweet la), thinking about future while avoiding internet untuk mengekang nafsu nak berbelanja dalam talian. Duit ciput lorrr.

Oh ya, saya bercuti ni pun ada tujuan lain iaitu nak buat persiapan untuk berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan. Kerja kat Nilai 7. So for those yang nak recommend rumah sewa yang murah2 dekat area berdekatan, boleh email saya di nudabuffy@yahoo.com. Kalau dapat area in between Nilai and Puchong pun Ok juga sebab hubby kerja kat Puchong.

So, sepanjang bercuti ni saya bertugas untuk mengemas rumah apa yang patut la kan. Tapi lepas tu buntu, sebabnya barang tak la banyak, tapi masih rasa nak guna. Plus, saya ni cerewet orangnya. Nak kelaskan barang, susun ikut jenis, dan dilabel. Perghh.. complicated juga. Tapi ni untuk kesenangan masa hadapan. In case tak sempat nak unpack semua benda, bole cari ikut label je kan? Antara benda paling awal yang dikemas ialah baju-baju zaman kurus dulu. Tengah fikir nak bagi sepupu-sepupu kecil saya la. Orang-orang dalam family saya semua ebab-ebab belaka. Nak bagi kawan-kawan dekat sini, saiz diorang lebih besar walaupun diorang tak gemuk. Takpun tak pakai baju stail saya.

Semalam saya dah jual barang yang recyclable kat lori surat khabar lama tu. And guess what, untuk satu plastik beg besar + 1 kotak kertas dan kotak yang kitorang kumpul selama ni dapat RM 1 je. Cis! Patutlah masyarakat Malaysia tak menyokong program kitar semula ni. Sebelum ni saya pernah jual dalam kuantiti yang lebih kurang sama dapat Rm 3.50. Kira bole tahan la. Nasib baiklah benda-benda tu boleh dikatakan tak bermodal. Yelah, orang hantar kertas-kertas iklan, katalog-katalog Avon saya, kotak-kotak ubat gigi, tisu, kasut, biskut dll, semuanya saya kumpul. Hahahaha. Seronok rasa.

Oh ya, siapa tahu perkhidmatan lori yang murah-murah pun boleh roger saya.

Monday, November 1, 2010

Welcome to the World, Nasruddin!

Hujung minggu baru ni, saya dan suami gi melawat kakak ipar yang baru bersalin. Nak tengok baby baru. Hihik. Tententen.. Nilah budaknya..


Hai! Nama saya Nasruddin. Saya seorang bayi lelaki. Saya kacak kan?

Masa lahir berat dia 3.1 kg. First time tengok terus jatuh cinta. Sungguh bambam la dia ni.. Pipi labuh yang menggeramkan. Dia ni tak kuat nangis. Tapi kalau dah nangis suaranya memang sangat kuat. Oleh sebab baby memang sangat kuat tidur, bila dia sedar je mesti kena kelek puas-puas dengan kitorang.

Yang bestnya, dia suka senyum. Dalam tidur pun senyum-senyum. Kesian kena dengki dengan orang dewasa yang tak puas menggentel dia. Pastu dia suka tidur mengiring. Comel sangat.

Tuesday, October 26, 2010

My First Nephew

Alhamdulillah.. tengah hari semalam (25 Oktober 2010) kakak ipar saya selamat melahirkan cucu sulung keluarga Abd Jalil. Baby lelaki, berat 3.1 kg. Syukur semuanya selamat.

Sepatutnya, tarikh jangkaan pada 22 Oktober. Tapi last minute baru tahu kedudukan baby songsang. Memang risau sangat-sangat. Nak buat kami tambah risau, baby tiba-tiba statik dan tak aktif macam selalu. Takut kalau-kalau baby lemas, jadi pada hari Sabtu kakak ipar admitted kat Hospital Kluang. Tapi doktor pakar takde. Kena tunggu hari Isnin (semalam). Dijangka operate hari selasa atau rabu. Tup-tup isnin dah keluar. Alhamdulillah.

Kata bapa mertua saya, baby sangat aktif. Semua nak gerak, tak macam dalam perut. Before dia bersalin hari tu, saya ada cerita dengan Mak. Mak kata, mungkin sebab dia dah penat lasak-lasak, tu yang dia rehat dan statik. My Hubby kata dia merajuk sebab penat je meronta-ronta tapi tak dapat keluar. Heheheh. Memanda je.

So welcome to da world dear nephew. Nama belum ada kot.. Nanti dah ada saya update dan letak gambar.

Friday, October 22, 2010

Tomot Ada Gout

Pagi ni saya masuk lambat ke tempat kerja sebab nak teman Tomot gi amik keputusan ujian darah. Dari awal lagi  Doktor dah suspect gout sebab kaki dia sakit dan bengkak. Mula tu kaki kanan. Ingat sebab accident dulu. Tapi lately yang selalu sakit belah kiri pula. Risau sangat.



Sampai kat Klinik Norila, pembantu klinik tu bagi result ujian darah dulu before masuk jumpa doktor. Walaupun tak lah tahu sangat pasal medik ni, tapi trak susah nak faham keputusan ujian tu. Reference 0.20 - 0.40. Result pulak 0.52. Kira confirm lah tu kan. Siap kena highlight lagi.


Masuk je, Dr terus cakap, tak lepas. Kitorang sengih-sengih je la. Apa nak buat. Walaupun sebenarnya memang berharap takde apa-apa. Yelah, muda lagi dah macam-macam penyakit. Cukuplah saya ni ada darah tinggi dan haematuria yang tak dapat dikesan punca nya. Penah dowh berulang ke hospital. Dari tak sakit pun boleh jadi sakit. Sakit hati. Last-last, Dr give up sebab dah habis ultrasound, scan, masuk teropong, test darah, test air kencing tak payah cakaplah, tak dapat cari punca. Nada. Nul. Semua nampak normal.

Tapi mujur lah my sayang ni masih tak teruk. Cuma kena jaga makan, ambil ubat. Next month test lagi. Kalau dah ok, boleh stop prescription. Antara pesanan doktor:-

1) Kalau sakit jangan urut atau letak minyak angin. Nanti, asid urik tu akan mengkristal dan boleh merosakkan sendi.
2) Time betul-betul sakit, jangan makan ubat. Sebab ada reaction yang boleh jadikan penyakit makin teruk.
3) Kena banyak minum air kosong. Tanda dah cukup air, air kencing jernih, bukan kekuningan, keorenan atau kecoklatan.
4) Kawal kolesterol
5) Kena jaga pemakanan. Antara makanan yang patut dikurangkan atau dielakkan:-
  • seafood
  • sardin
  • bunga kobis dan cendawan
(tak ingat pulak, nanti kalau dah ingat saya tambah k?)

Kitorang pun ada search pasal makanan yang perlu pantang. Macam-macam jugalah. Gout kena kawal, sebab asid urik ni juga boleh sebabkan batu karang.

Tuesday, October 19, 2010

Dendam Tak Kesampaian

Saya rasa saya memang dilahirkan sebagai seorang yang pendendam. Tap sepanjang umur saya, entah berapa dendam saya yang dah terbalas. Tak ada kot. Mungkin saya seorang yang pengecut.

Saya rasa sangat geram bila kebaikan yang saya buat dibalas dengan kejahatan. Dan selalu pula orang cuma menjadikan saya kawan masa susah je. Bila dah senang, gembira, berjaya, semua lupa. Saya bukan minta dibalas, cuma saya hairan, kenapa tak minta tolong pada 'kawan-kawan baik' yang tersayang tu? Malah saya dan beberapa orang kawan pernah dilabel sebagai 'diswanted' persons. Apa agaknya maksud diswanted ek?

Bukan saya sahaja. Emak saya pun selalu mengalami nasib yang sama. Fitnah. Tapi Mak tak pula membalas dengan fitnah. Emak sabar. Mak kata, kalau ikutkan, mungkin boleh jadi gila dek mulut jahat orang. Bila si pemfitnah tu jatuh sakit, Mak tetap pergi melawat. Saya bising-bising kat mak, kena mak buat baik dengan dia. Kalau saya agaknya, saya akan kata, "Padan muka ko. Mulut jahat sangat." Ada satu ketika, mak pernah kena buatan orang, tapi mak tetap suruh saya buat baik dengan si 'pembuat' tu. Saya geram dengan mak.

Dulu ramai yang cakap saya ni pendengar yang baik. Selalu ada untuk mendengar masalah sesiapa sahaja. Tapi itu dulu. Saya rasa saya telah menjelma menjadi seorang yang semakin selfish. Mungkin dendam kesumat dengan sikap orang-orang yang *****. Arghhh... Tapi hati saya tak rasa puas pun. Kadang-kadang rasa bersalah pula. Dendam saya tak terbalas pun.

Saya selalu fikir, saya tolong orang masa diorang susah, tapi bila saya susah saya terpaksa harunginya sendiri. Itu fikir saya sahaja. Saya sebenarnya lupa, mungkin orang yang saya tolong tak tolong saya, tapi orang lain tolong saya. Mungkin saya tak berpeluang membalas kebaikan orang, tapi mungkin Allah akan bukakan hati sesiapa sahaja untuk menolong si budiman tu.

Hari ni, tiba-tiba saya tersedar. Kenapa dulu saya boleh buat baik, tapi sekarang tidak. Kenapa dulu saya willing? Rupa-rupanya, bila saya dapat tolong orang, saya rasa senang hati. I feel good. Mungkin itu lah juga yang mak saya rasa. Mungkin betul bila dikatakan fitrah insan ingin berbuat kebaikan. Kenapa saya nak membebankan fikiran saya dengan sikap-sikap buruk orang terhadap saya. Mungkin dia dah bantu orang lain dalam dunia ni dengan caranya sendiri.

Semoga Allah jadikan saya seorang yang baik hati walaupun saya ni moody.

Thursday, October 14, 2010

Khasiat Susu Kambing

Saya tak tahu sejak bila saya mula terjebak dengan susu kambing ni. Tapi saya memang penggemar susu walaupun kadang-kadang saya kalah dengan susu. Biasanya lepas minum susu, saya akan berulang ke tandas. Orang kata lactose-intolerance. So, saya cuba la susu kambing pula sebab orang kata hampir sama dengan susu ibu. Memang saya kurang ke tandas tapi harganya, ya ampun, RM 5 untuk satu botol kecik. Dah la cara menyimpan kena betul, kat tempat sejuk beku. Saya pernah beli dan simpan macam susu biasa. Hasilnya, bau hamis kambing tu keluar. Bweek. Fobia kejap nak minum susu. Membazir RM 5 ku. Dasar kedekut. Hahaha.

Sekarang ni saya jadi peminum susu kambing yang dibancuh macam susu tepung biasa. Harganya boleh tahan mahal juga. Jenama Hi-Goat. Susu ni saya beli daripada emak saya. Saya beli sebab dengan cara ni jelah mak saya nak terima duit saya. Saya pun tak faham dengan mak saya ni, bukan memang tanggungjawab biasa ke anak bagi duit kat mak ayah?

Cerita pasal susu kambing ni, saya pernah suruh adik lelaki saya tolong belikannya untuk saya di pasar pagi.

Penjual: Anak kena demam kuning ke?
Taufik: Eh tak lah..
Penjual: Habis, isteri tengah pantang ya?
Taufik: Taklah, saya belum kahwin..

LOL!

Kesian awak, Apit. Susu kambing ni memang untuk budak demam kuning dengan ibu berpantang ke? Setahu saya, susu kambing ni memang jadi amalan Rasulullah SAW kesayangan kita. Antara khasiat susu kambing:-

1) Susu kambing mudah hadam  jadi ia sesuai untuk semua peringkat.

2) Mempunyai laktosa yang rendah, jadi memang alternatif yang baik untuk orang-orang yang mempunyai alahan laktosa macm saya ni (dan suka pula minum susu).

3) Susu kambing bersifat alkali dan bersifat menyahasid, dan baik untuk merawat ulser dan gastrik.
Saya rasa ini bagus sebab kita memang terdedah dengan makanan-makanan berasid terutamanya makanan segera macam burger dan nugget. Makanan berasid ni boleh menyebabkan sakit kepala, sakit badan dan otot, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Banyak lagi khasiat susu kambing ni.. untuk bacaan lanjut sila kunjungi laman web rasmi HI-Goat dan Kerian Goat Farm sebab kat situlah saya baca pasal khasiat susu kambing ni. Saya percaya banyak juga kajian klinikal yang dah dibuat untuk mengkaji khasiat susu kambing ni. Suka saya nak ingatkan, saya tidak dibayar ya untuk letak nama diorang ni.

Monday, October 11, 2010

Aku Tak Biasa

 Semalam encik suami dah balik ke Shah Alam. Rasa sungguh sunyi bila dah biasa dia sentiasa ada dekat dengan kita. Lepas tu dengar pulak pasal kemalangan ngeri kat lebuhraya PLUS tu. Serun rasa hati ni.. Semoga Allah sentiasa menjaga keselamatan insan-insan kesayangan saya.




Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Monday, October 4, 2010

Keruntuhan Teori Darwinisme

Ada ramai kawan yang share sebuah video tentang dunia akhir zaman. Video ni telah menafikan kewujudan zaman batu, darwinisme, dan macam-macam teori yang diketengahkan oleh barat. Tahniah diucapkan pada pengarah video tersebut.

Untuk tonton video sila ke Jalan Salafus Sholih. Ambillah sedikit masa dan buka hati seluas-luasnya.

Sebenarnya saya pernah terbaca betapa tingginya tamadun orang-orang sebelum kita. Betapa Allah telah memberi mereka pelbagai ilmu yang mungkin tidak tercapai dek akal kita. Kalau sesiapa yang berminat dengan bahan bacaan tersebut, boleh cuba search " Alter Terahsia Bangsa Melayu". Kita memang tak boleh terima bulat-bulat maklumat yang kita terima. Tapi kita diberi akal bukan? Juga dibekalkan dengan Al-Quran teragung sebagai panduan.

Saya akui saya bukan tinggi sangat ilmu, dan masih nipis imannya. Saya percaya dalam 'kenakalan' kita, jauh di sudut hati kita masih mencari fitrah kebenaran yang tersembunyi dalam terang.

Kita masih dihantui propaganda "seseorang" yang mahu kita menganggap bahawa apa yang kita ada hari ini kerana jasanya. Atas usaha bersungguh-sungguhnya yang mahu menyingkap tabir yang menyelebungi kita. Sedangkan 'dia' sedang menjerumuskan kita ke lembah paling hitam.

Mungkin penemuan " Zaman Batu" mereka tu cumalah sisa kepada masyarakat yang Allah hancurkan tamadun mereka kerana kekufuran, lalu mereka perlu bermula dari zero. Misalnya, apa yang tinggal selepas banjir yang paling besar melanda sehingga menelan gunung-gunung? Mungkin apa yang ada dalam bahtera sahajalah yang memungkinkan kelangsungan manusia, dengan Izin Allah pastinya.

Saya Sudah Matang!

Macam tak boleh blah je statement tu kan? Okeh lah, hari ni saya dah berumur 26 tahun 2 hari.. sudah lebih suku abad umur saya. Saya rasa sungguh matang. Thanks a lot kepada mereka yang wish saya.. Rasa sangat popular macam selebriti.. And special thanks to Shafique sebab susah-susah buat entri untuk saya.. Thanks bro. Really appreciate it.. *sniff*.

Sebenarnya, saya dah lupa yang saya akan menyambut ulang tahun kelahiran saya. Sebabnya malam 1 oktober tu saya sibuk buat makan-makan sempena hari raya + bulan terakhir saya kerja kat Lab Zeolite. So that nite, i ate a lot, especially the watermelon cubes. As a result, in the middle of the night, i need to wake up and pee pee and pee pee (I have overactive bladder problem. Maybe i shall make a post on it). Then, when i was sure there's no more urine to spare, I went to my 'kamar beradu' before my beloved hubby whispered to my ear, "Selamat Hari Jadi Sayang".

Thank you dear.. Love you so much.. 

Plan kitorang nak spend masa together. Nak tengok movie or gi jalan-jalan tempat yang jauh sikit. Nak jadi cerita tetiba ada pulak org ofis dia call suruh gi kerja. GILA APA? Hari cuti tu dowh. Dah la kena cover kerja orang.. Bak kata hubby, 'cuci taik org'. Dan, dan, dan....Kenapa mesti pada hari jadi saya? Geramnya. Nasib baik dapat deal supaya postpone ke Isnin. Plus my hubby tak berapa sihat. And masih tak sihat hari ni.

Oh ya, atas request encik shafique, saya nak reveal apa hubby bagi sebagai hadiah birthday.. Jeng jeng.. Dia bagi TV. Ini betul-betul, bukan cubaan tau. Hadiah yang bijak, sebabnya walaupun tu hadiah birthday saya tapi dia pun boleh tengok sekali.. Ahahah. Pandai abang eh.. So pada hari jadi saya, dapatlah kami tengok Shin Chan malam tu. Ya, selepas hampir setahun berkahwin, barulah kami ada TV sendiri.. eheheheh.. Apa yang lagi best, tahun ni special sebab rasanya first time celebrate birthday dengan dia. Love him so much.

Friday, October 1, 2010

POYO!

HAHAHHA!!

Hari ni saya rasa penuh dengan aura negatif. Malas, boring, penat, dan JAHAT. Jalan-jalan kat fan page Tiz Zaqyah.. Ternampak pulak komen ni.

    Click to enlarge.


tengok komen first tu. Bukan nama watak dia tu Nur Amina ke? Alah, kalau nak tunjuk awak tu minat kat dia, janganlah sampai salah pulak...Kot kalau dia ada berlakon watak nur amalina pun, bagilah yang UP sikit..Yang naikkan nama dia. Ahahaha.. Errkk.. Kenapa jahat sangat ni?

Wednesday, September 29, 2010

People Can Be Very Annoying + Irritating (Me too.. eheheh)

Type 1: Busy Body

Kadang-kadang dalam kehidupan kita sehari-hari, kita tak sedar yang kita ni suka menyibuk hal orang lain. Kalau mengambil tahu hal-hal yang penting macam anak dara/ bujang bawak balik pasangan bukan muhrim tido kat rumah tu wajib.. tapi kalau hal-hal menyibuk macam "Menantu ko kerja apa, cikai no aku tengok keta dia?", "ko ni bila nak kawen? Jadi andartu kerepot sok mana ada orang nak..", "Amboi, tiap-tiap tahun beranak, subur nampak?", dan lain-lain lagi bentuk busy body yang sungguh le annoying. Kadang tu dah la membusy body, pastu bagi pulak 'nasihat' yang tak relevan. Baru je jumpa contoh canggih kat FB kenalan pasal seseorang yang sibuk pasal dia bagi baby dia susu ibu. Dia kata, badan member tu kurus kering, ada susu ke? Kononnye kesian kat anak tak cukup makan. Pastu dengan bangga kata dia bagi anak dia susu tepung, so anak dia kenyang sokmo dan tak mengaruk.. Ah ye, tak tahu ke susu ibu itu yang terbaik untuk anak. Secara logiknya la kan, susu manusia mestilah paling bagus untuk manusia, supaya perangai dia macam manusia.. Esok-esok kalau perangai anak macam lembu, jangan salahkan anak pulak. Pendek kata, benda-benda yang dah ditentukan oleh Allah such as REZEKI, JODOH, AJAL, MAUT, tu jangan nak dipersoalkan. Manusia berhak untuk berusaha mencapai sesuatu melalui usaha dan tawakal masing-masing, tapi hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Peringatan buat diri sendiri juga.

Type 2: Show Off

Wah, spesies ni pulak memang tak boleh kalah.. sume dia yang hebat. Dialah yang paling pandai, paling cantik, kaya, perfect, bla..bla..Saya selalu jumpa type no 2 ni.. Biasanya Parents yang anaknya menjadi lah... Mungkin naluri keibubapaan tu selalu rasa bangga dengan kejayaan anak-anak.. tapi kadang kita lupa sumbangan orang lain ke arah kejayaan kita, anak-anak kita, keluarga kita dan sesiapa sahajalah yang kita kenal. Hari tu, masa gi kenduri kawen kawan, saya berborak lah dengan sorang makcik ni. Bila dia tahu je saya ni dari UTM,  terus dia buka cerita pasal anak-anak dia. Katanya, anak-anak dia semua graduate UTM. Masa sekolah semua sekolah teknik and minat sains. Tak mainlah sastera-sastera.. ERK! Saya tak kisah kot kalau dia rasa bangga dengan anak dia, tapi kalau dah pandang rendah bidang lain, saya tak boleh blah makcik. What if saya ni orang sastera? Saya amik bidang sains, tapi saya suka sastera apa? Tapi saya pendam jelah dalam hati.. terus takde mood nak berbual, dan seterusnya cuma jadi pendengar jelah. Lagi annoying kalau tak cukup dengan menyanjung memuja anak sendiri, pastu mengata anak orang (bukan makcik tadi). Hidup ni macam roda kan? Kadang anak kita best, masa depan kita tak tahu. Saya tengok ramai kawan-kawan saya yang masa sekolah dulu agak lemah dalam pelajaran, tapi dalam hidup jauh lebih berjaya daripada orang lain. Begitu juga sebaliknya, yang dulu hebat, sekarang biasa-biasa je. Yang penting, attitude kita dalam menghadapi kehidupan. Kecemerlangan akademik mungkin pembuka jalan tapi tak dapat menjamin survival kalau tak ada keazaman, ketekunan dan jati dari yang teguh.

Plus, kalau ada yang rasa diri dia tu best sangat, ingat-ingatlah semua tu pinjaman je. Bila-bila Allah nak Allah boleh amik balik. Macam dalam Syurgamu Ramadhan, even cinta pun hanya pinjaman. Again, peringatan untuk diri sendii juga.

Type 3: Know-It-All

Orang type no 3 ni selalu mencuit hati saya. Hahaha.. Kadang saya pun suka buat perangai bangang ni. Selalunya pas baru lepas baca majalah, jumpa info tu kat mana-mana then dengar orang borak pasal tu, mulalah nak share info kononnya. Kenapa saya kata mencuit hati? Sebab kadang-kadang orang tengah buat lawak bodoh yang kononnya related dengan benda tu (tapi sebenarnya tak relate langsung), kita pulak sibuk bagi info + trivia. Saya pernah terkena dengan bapa mentua. Ceritanya begini:-

Kami beramai-ramai pergi menolong kakak ipar berpindah rumah. Rumah tu atas tembok batunya ada ditanam serpihan-serpihan kaca.

Bapa mentua: Bagus juga buat macam ni. Orang takut nak panjat ceroboh. Kena kaca bisa...Tapi ada juga yang berani.

Me: Kalau orang tutup dengan guni boleh panjat kot bapak?

Mengekek ketawa bapa mentua saya...

Bapa mentua: Bukan la nurul... semut yang paling berani.. selamba je dia lalu..

OH! OH! Terkena gua.. Ahahahahahhaha...

So, sejak hari tu, saya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan pandangan, unless diminta.. Bukan kedekut OK? Tak nak terkena je. Tapi tulah, kalau terkena Si Know-It-All yang super poyo, perghhh... annoyed gila. Kadang kita dah tahu dah, tapi dia ni still beria-ia nak tunjuk hebat. Orang nak bercakap pun tak boleh, dia dah kontrol suasana. Kadang tergelak dalam hati, tapi kena time mood tengah ding dong, rasa nak makan orang je. Lagi tension kalau mood dah la asyik buat summersault, time nak release tension tengok movie/Tv or baca something, time tu lah dia sibuk nak bercakap, mengulas segala-galanya sampai dah tak tahu dah apa yang orang kat dalam tv tu cakap, tak ingat dah apa yang tengah dibaca tadi. So kalau dah ada yang blah tarik muka enam belas tu maknanya, GUA DAH ANNOYED gila lah tu..


p/s: Sempena bulan syawal yang masih belum habis ni, saya ingin meminta maaf kalau ada yang annoyed or/and irritated dengan fiil saya. Ampun maaf dipinta.

Monday, September 27, 2010

Berkonvo Bersama YB Super-Kacak

Alhamdulillah.. penantian akhirnya berakhir.. semalam saya berkonvo untuk ijazah sarjana sains (kimia). Gembira tapi sungguh penat. 

Saya bersyukur sangat kerana konvokesyen kali ini semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya ditemani oleh Si Tomot. Ayah, mak dah keluarga tak dapat hadir. Tapi baik juga sebab upacara tu super-boring.. ahahahah. Kesian diorang nanti.. Saya pun sakit kepala sangat-sangat lepas keluar dewan. Mujur semuanya selesai dengan cepat.. Keluar tak la pagi sangat, tapi dapat parking best. Keluar dewan, saya terus cari Incik Suami, ambik nombor giliran fotografi studio, tak sempat duduk nama dah dipanggil. Alhamdulillah.. Settle photo session, pergi pesta kejap beli makanan.. SHOOOOT, dapat nasi beriani tak best pula.  Tu jelah yang tak berapa best.

Muka penat


Ada gaya minah senget tak?
Incik suami nampaknya lebih teruja. He trimmed his hair, shaved his facial hair (so he look much younger), and guess what, he even bought special attire, BAJU BATIK!!! Masa shopping kat Kedai Payang on the way back from Pulau Perhentian, saya pernah suruh dia beli baju batik.. But he refused sebab dia kata nanti nampak 'BESAR'.. Oh ya, apa yang saya perasan, dia selalu cukur misai dan janggut kalau ada majlis yang dia rasa penting, e.g: Our wedding, honeymoon, kenduri kendara.. (+ my convocation ceremony..eheheh).
So yesterday, I called him super-kacak YB (yang berhormat).

My Super-Kacak YB
US!

Wednesday, September 22, 2010

Baby! Baby! Baby! ooooohhh...

Selamat hari raya maaf zahir batin buat semua.. Entry ni ditujukan khas buat kawan-kawan saya iaitu tiga orang SITI yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka.. Happy for all of you, walaupun terselit rasa cemburu sebab kalau tak mesti I dah join sekaki dah time ni.. Hukhukhuk

Tahniah buat ex-Housemate, Kak Siti Sya'wanah dan Abg Hadi dengan kelahiran boboy yang encem bernama Muhammad Luqman Iskandar (2.6 kg) pada bulan puasa hari tu..

Amacam? Kacak kan saya?

Juga kepada Siti Munirah dan suami dengan kelahiran gegirl bernama Nur Anis Amani.. Gambar belum ada sebab baby kecik sangat.. 2.2 kg. Amani ni lahir sehari sebelum raya.. Kata Puan Siti, dia tak sempat makan rendang.. eheheheh.. nakal ya baby ni? Err siti, nama anak ni terpengaruh dengan cite adamaya eh? Ehehe, just kiddin'.(update on 27/09/2010, gambar gegirl anis)



Dan yang terpaling latest, baby boy pasangan Siti Irwani dan Ridhwan.. Nama belum bagi sebab saya teruja sangat nak tulis blog.. ahahah.. Wani ni kawen dah le sama tarikh dengan kita, 'sangkut' pun sesama, even predicted due date pun sama.. cumanya dia ada keluar baby, kita tak.. hukhuk..(update: Boboy ni nama dia Muhammad Mikail)


Apa-apa pun semoga anak-anak buah baru ni jadi anak yang soleh dan solehah, sihat mental dan fizikal, jiwa dan semangatnya, rohani dan jasmaninya. Amiin.. Ya Allah, Yang Maha Pemberi Nikmat. Kau telah berikan hamba pelbagai nikmat dan hamba bersyukur.. Gembirakanlah hati kami dengan kelahiran zuriat dari rahimku sendiri.. Hanya kepadaMu kami bermohon, dan hanya padaMu lah kami meminta pertolongan..Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur. Amiin..

Thursday, September 2, 2010

Mengantuknya...

Tinggal seminggu je ramadhan sebelum syawal menjelma. Kerajinan masih bersisa tapi mata dan anggota tak memberi kerjasama. Mengantuk sangat, rasa tak boleh buka mata. Sudahnya, mimpi menyapu rumah sambil tidur... OH!

Bila dah asyik mengantuk je ni, bangun sahur pun bukan main liat. Rasa emo je bila Emot masih sedap berguling atas katil.. Arghh.. ni pun rasa mata nak tertutup.. hmmm...apa nak tulis lagi? ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzz...
 

Monday, August 30, 2010

Buncit Beranak Lagi.. YEAAAAAAAAAA!

Amboi buncit, subur kamu yea.. Dah 3 kali beranak, tuan kamu ni juga yang tak beranak lagi.. Ehehe.. Apa petua?

Buncit ialah kucing kawan suami. Tapi dia bagi dekat suami sebab dia susah nak bagi komitmen nak menjaganya. Masa mula-mula dapat, dia tengah bunting. Dapat 3 anak, Ori, Singa dengan Capek. Tapi Capek baru je mati sebab keguguran (kot).

Buncit (yang tengok atas) bersama Singa (corak rimau) dan Arwah Capek (tompok2)
Pastu dia beranak lagi.. Anaknya semua mati kecuali sekor, Gemok namanya. Tapi dia pun dah mati sebab accident dan pendarahan otak (kot). 

Buncit dengan Arwah Gemok.

Buncit dengan anak-anak barunya.
Yang ni kali ketiga dia beranak. Lima ekor kesemuanya. Comel. GERAMNYA. Rasa nak picit-picit je.

Konvokesyen UTM kembali lagi.. Erkk.. Kenapa Yuran Konvo Mahal Sangat?

Alhamdulillah, setelah setahun lebih menanti, akhirnya saya dapat juga bergelar sarjana. Ahahah.. Macamlah gempak sangat kan? Sessi saya akan berlangsung pada 26 September 2010. Jemputlah datang. Tapi agak tak bestlah kan sebab lepas raya. Kalau sebelum raya, boleh la bershopping sakan. Mesti harga mantap-mantap. Kuih raya pula confirm melambak-melambak.

Tapi, adalah unsur geram juga sebab fakulti ni tak reti nak tipon beritahu boleh konvo.. Surat senatnya mana. Tahu pun sebab ada sorang lecturer tu tanya. Transkrip pun bantai pos je. Kalau hilang ke basah ke macamana? Yang lagi tak best tu, yuran konvo naik mendadak. RM 250. Kata lecturer saya, " Buat duit jelah ye". Dulu sekitar RM80-100 je kot. Transkrip pulak makin nipis.


Walau apapun, bersyukur ke hadrat Allah kerana mempermudahkan jalan saya. Dimurahkan rezeki sebab bos tawarkan kerja dekat KL. Dekat dengan suami. Alhamdulillah. Rezeki suami pun murah. Mungkin ini dikatakan rezeki ramadhan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Juadah Berbuka 28/08/2010 Nasi Ayam dan Kek Coklat

Saya dah lama nak cuba masak nasi ayam sendiri..Takde resipi khas pun, sekadar apa yang teringat masa tolong mak buat nasi ayam. Hentam sajalah labu. Saya pilih nak buat hari cuti sebab banyak masa. Maklumlah, buat nasi ayam ni renyah sikit. Nak sediakan stok ayam, masak sup, sediakan sambal, sediakan salad/ulam, perap dan goreng ayam dan lastly masak nasi. Masing-masing ada cara sendiri buat nasi ayam. Saya dengan cara saya (cara mak saya sebenarnya).

Pukul 11pagi I dah start masak you! Ahahah..

Mula-mula kenalah bersihkan ayam pastu rebus bersama halia dan bawang putih. Stok Ayam ni paling penting sebab stok nilah yang nak guna masa masak nasi, buat sup dan sambalnya. Ayam rebusan pulak kendiannya digoreng selepas diperap bersama madu, kicap dan bawang putih. Rasanya lebih masyuk sebab ayamnya confirm masak tapi still moist.

Stok yang digunakan untuk masak nasi lebih kurang dengan sukatan menanak macam biasa. Cuma mak saya ajar, beras tu rendam dulu. Untuk sambal cuma ambil dua sudu besar stok ayam je. Lebihan stok diguna untuk buat sup. Buat sup macam buat sup ayam yang biasa. Dalam sup ni, saya letak bahagian ayam yang banyak tulang, macam kepak, leher dan rusuk. Yang berdaging tu saya goreng.

Oleh sebab saya bermula  awal, semuanya siap lebih kurang pukul 1, kecuali ayam goreng. Time makan tengah hari tu.. tak pasal-pasal lapar. So, nak menghilangkan rasa lapar, saya buat lah kek coklat ikut resipi kegemaran suami. Dalam banyak-banyak kek, yang ni dia paling suka. Saya dah buatkan sejak dari zaman bercintun. eheheh. Kononnya saya buat sebagai bekal untuk dia balik Shah Alam. Sekali, dia kena extend sebab masih ada site dekat JB.. YEAHHOOOO..

Sedikit gambar yang sempat disnap.
 Kek coklat sebelum dimekap.. Sila abaikan kecomotannya. Itu SENI namanya.. eheheh

Selepas dimekap..

Ayam Goreng Madu

Tak ada perkara yang lebih memuaskan hati bila tengok suami makan dengan berselera.. Siap mengulang time malam tu. Then masuk bilik semata-mata nak beritahu kek coklat tu sedap.. Nanti raya kita buat lagi ye sayang?

Thursday, August 26, 2010

Testimonial: SNE Capsules


Seperti dalam yang saya cerita dalam entri PCOS dan Negatif Lagi, saya mengalami masalah kecelaruan hormon sampaikan usaha kami nak dapatkan zuriat asyik terkantoi je. So, bila dah confirm tak hamil, hubby suruh saya amik supplement yang dah lama dia suruh amik tapi saya agak reluctant sebab harganya agak mahal. Tapi kata orang, kita berdoa dan bertawakal tak cukup kalau takde usaha kan. Jadi saya pun menurut kata makan SNE capsule ni. Gambar courtesy of SNE Marketing.


Tapi silap besar lah saya try kapsul ni masa bulan puasa. Patutnya tunggu habis bulan puasa baru try. Tak pasal2 tinggal puasa. Huhuhuh.. Selalu kitar menstruasi saya lebih kurang 9minggu. Tapi lepas 3 hari consume, saya yang dah terlewat seminggu dari tarikh sepatutnya, PERIOD! Dah lama tak tinggal puasa, alih-alih tahun ni kena mengganti. Bak kata member, dah biasa hidup senang takde hutang puasa. Hakhak.. dengkilah tu kan.. muahahah

Lepas tu saya perasan yang kali ni takde period pain sampai cramp-cramp perut macam selalu. Cuma extra-moody-me tu memang tak dapat ubah la. Walaupun sedih sebab terpaksa cuti puasa, tapi rasa happy juga. Sebabnya, before this walaupun tak period dalam tempoh dua bulan, tapi sakit perut macam period pain tu tetap dirasai.. Stress ko! Pastu alang-alang cuti tu, saya bantai lah buat kuih raya beria-ia. Yelah, boleh rasa. Kena pulak time buat tart nenas, asyik masuk molot je. Oppss.. Lari topik pulak.

Berbalik pada cerita asal, saya google lah info pasal kapsul SNE ni. Ni antara info yang saya jumpa. Produk ni dihasilkan dari biji buah seabuckthorn. Macammana pulak rupa buah ni ye.

Bersumberkan info daripada Phytochemicals Info, Seabuckthorn dikatakan kaya dengan beta carotene, Vitamin C, Vitamin E dan flavanoids. Seabuckthorn digunakan secara traditional untuk merawat masalah kulit, kewanitaan, jantung, gastric ulcer, mengubati luka dan ubat penahan sakit. Yang kat bawah ni saya copy paste dari satu sumber tapi blog dia dah tak wujud.

"SNE KAPSUL mempunyai daya penyingkiran radikal bebas yang kuat. Ia dapat meningkatkan system keimunan dalam 15 hari. Boleh mengaktifkan sistem otak, sistem saraf dan sistem endokrin. Mengandungi khasiat yang sempurna untuk membaiki kesilapan di dalam genetik manusia. Dapat mengaktifkan serta menguatkan sel-sel. Pada masa yang sama ia dapat memperkuatkan sistem saluran darah. Ia mengandungi lebih daripada 200 jenis khasiat yang penting untuk melakukan 6 fungsi;

1) Pencegahan Jangkitan Bakteria dan Virus
2) Ditoksifikasi
3) Penyelarasan Serta Pembaikian
4) Proses Penguatan
5) Peningkatan Sistem Keimunan
6) Melanjutkan Usia.

Saya cuma berkongsi. Harap-harap pelaburan ni membuahkan hasil. Amiin.

Restoren-restoren Yang Dah Tak Hingin Kukunjungi Lagi

Semalam saya rasa sangat happy sebab dapat mengendeng encik suami agar berbuka puasa di luar. Almaklum, dah bosan dengan masakan sendiri. Muahahah. Kalau ikutkan, bazar sekangkang kera je dengan rumah. Tapi tak sanggup sebab terlalulah ramai orang. Yelah, dekat dengan UTM kan?

So berbuka ala kadar je. Lepas berbuka tetiba kami berdua diserang sakit kepala. Biasalah kitorang ni, bukan reti nak sakit sorang-sorang. Mesti nak sharing is caring juga. Terpaksalah postpone makan luar sampai lepas isyak (hahah, kompom tak gi terawih). Masa tu punyalah sakit sampai dah tak rasa nak makan. Tapi oleh sebab hubby kena gi pulangkan kunci site, kitorang keluarlah juga. Masa tu tak decide lagi nak gi makan mana. Plannya nak makan kat Dapur Istimewa je. Tempat favorite kitorang. Hubby ada sebut nak makan kat McD tapi lepas tu tukar fikiran dengan alasan "Nanti Nurul gemuk". Erkk..

After pulangkan kunci kat Taman Universiti, kitorang pun bergerak la ke destinasi. Alih-alih terpandang Restoren Tungku Impian. Teringat pulak kat lab siang tu Syai cerita betapa nyamannya air durian belanda and mango yang diorang minum kat situ. Kiranya testimoni makan kat situ dahsyat la daripada ceritanya. So, suggest lah kat hubby, "Kita try makan kat sini nak? Syai kata best".

I ordered Mi hailam dengan air tembikai, emot pulak pesan jus epal dengan bihun tomyam. First impression? Impressed, sebab baru letak punggung dah ada yang datang amik order. Dalam hati, "tak macam Wakaf Singgora tu". 15 minit duduk, takde sekor pun yang amik order. Bila nak panggil, entah mana diorang menyorok. Dah la puasa time tu. baru buka puasa air kosong. Agaknya muka kitorang ni macam takde duit kot. Tak kuasa nak layan. Sob sob. Kompom aku blacklist walaupun makanan kat situ memang sedap.

Tak lama pastu makanan pun sampai. Eh, makanan sampai dulu. Bila rasa, alamak! Tak sedap lah mi hailam ni. Masin sangat. Tapi pikir dalam hati jelah. Sekali hubby cakap bihun tom yam dia pun tak sedap. Apa ni? Tapi saya cuba juga sumbat. Punyalah seksa sebab air tak sampai2 lagi. Yang hairannya, orang sebelah meja kitorang datang lagi lambat dah dapat air maaaa... Saya pun pergilah ke kaunter nak tanya. Takde orang jaga. Saya pergi ke tempat orang bancuh air. Tak sempat buka mulut yang tukang buat air tu cakap, "order! order!" Kononnya, dia tak amik order. saya kena order kat pelayan. Saya cakaplah saya dah order. Then datanglah sorang young lady ni, nak bayar ke? aiii.. aku belum minum lagi. Tak, saya nak tanya, kenapa air tak samapi lagi. Dah lama dah duduk. Pompuan tu buat muka kerut-kerut macam nak marah. "Order air apa?" dengan nada yang tak nice langsung. pas saya btau dia pun bagilah arahan kat tukang air kerek tu. Geramnya. Penat je saya siapkan tekak ni dengan tone yang lembut. Saja nak buat aku marah kan. Dah la aku sakit kepala, lapar, disaji hidangan hampeh.

Sampai kat meja, family yang duk sebelah meja kitorang dah siap makan pun. Then hubby cakap, dia ada tanya sorang waiter tu, kenapa air tak sampai. Boleh mamat tu tanya, dah order ke? Eh mangkuk, tengoklah atas meja tu kan ada makanan. Kalau orang tanya kenapa belum sampai, mestilah sebab dah order tapi tak sampai. Hubby kata, nasib baik waiter tu tak kerek. tu pun dia dah gigil-gigil sebab marah campur geram. Saya pun membebel-bebel. Peduli apa kalau customer lain dengar. Bukan ramai orang pun kat restoren ko tu. Beberapa minit kemudian baru lah air sampai. Dengan takde minta maaf ke apa ke, selamba je muka. So, secara rasminya saya menyenaraihitamkan restoren ni. Jangan harap lah nak pergi lagi kat situ. Sakitnya hati.

Kitorang berbincang dalam kereta. Kenapa kitorang selalu kena macam ni. And selalunya time nak berbuka puasa. Saya kata agaknya sebab kita ni nampak macam takde duit kot. Tapi kenapa peminta sedekah suka approach kitorang? Hukhukhuk. Tak pun kitorang ni invisible kot. Ahaks. Saya teringat yang suatu masa dahulu saya nak buka puasa kat pizza hut jusco taman u dengan kaklong sama juga. Lagi dahsyat kot. Dekat setengah jam kat situ, semua waiter bolayan tamo amek order. Bila panggil, "kejap, kejap". Padahal tak ramai orang. Alih-alih orang yang datang kendian dilayan dulu. Brengsek! Sudahnya, dah lama tak gi Pizza Hut. Bukan Taman U punya branch je, semua Pizza Hut. Trauma. Cis, buat kurus pahala puasa je diorang ni tau. Tapi betul ke kalau puasa tak boleh marah? Kalau sakitkan hati orang pula macamana?

Friday, August 20, 2010

Kenapa Perlu Naikkan Harga Setem?

Oh! Harga setem naik seratus peratus. Kenapa saya baru perasan pasal ni ya. Padahal ada je dalam
Berita Harian dan Mstar.

Katanya untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. WTH! Apa kaitan naikkan harga dengan kecekapan? Kecekapan tu bergantung kepada peribadi pekerja ok?? Nak naikkan pulak tak mengagak. Mengikut pengalaman saya, masalah kecekapan tu sebab ramai (bukan semua) pekerja yang dah jemu bekerja. Garang bukan main, cakap kalau boleh mesti nak menyakitkan hati orang. Rupanya bukan saya seorang yang kena, tapi ramai yang merungut. Bila ada yang letak dekat wall FB, ada pula yang membela, "Janganlah kutuk dia, dia jiran saya". SO WHAT?!!
Etika mana? Customer service mana? Walaupun ada juga yang mesra macam kat Poslaju Larkin, tapi pengalaman-pengalaman ngeri yang pernah dialami apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang kereks begitu menakutkan saya.

Kalau macam nilah, makin sepilah Pos Malaysia tu. Pula tu orang dah tak rajin nak hantar surat. Kalau mahal sangat, baik hantar email, sms, ataupun guna application yang macam-macam kat Facebook nun. Bukan setakat surat or kad raya, kuih raya, lauk berbuka semua boleh. Hahahah. Nak bayar bil sekarang pun boleh guna online or bayar je ikut bank mana-mana. Lagi Bank happy. Kita pun happy sebab dilayan dengan mesra, bukan dilayan oleh singa.

Tapi saya sangat sedih. Saya suka kumpul setem!

Wednesday, August 18, 2010

Makcik, makcik tak puasa ya hari ni?

Kalau makcik puasa, kenapa makcik sakitkan hati saya. Kenapa pagi-pagi lagi makcik dah buang sampah depan rumah saya. Kalau makcik nak buang sangat, kenapa makcik tak buang dalam tong samaph saya, kenapa mesti di luar tong sampah?

Makcik, umur makcik berapa ya?
Kalau tengok rupa makcik, saya rasa dah boleh panggil nenek. Tapi makcik sihat, masih kuat. Masih boleh menyeberang jalan semata-mata nak buang sampah kat rumah saya.

Makcik,
Saya ada buat salah dengan makcik ke sampai makcik sakit hati sangat dengan saya. Sampai nak mencemar kebersihan rumah saya. Makcik tak nampak ke saya dengan suami bersihkan sampah-sampah yang makcik buang tu? Kami pun nak bersih juga macam rumah makcik. Tolonglah makcik, jangan buang sampah lagi depan rumah saya.

Ke makcik nak saya candid gambar makcik buang sampah lepas tu pos dekat blog? Makcik nak macam tu? Geram sungguh saya dengan makcik. Nasib baik saya puasa tau makcik.

Makcik puasa tak hari ni?

Tuesday, August 17, 2010

Cara Kreatif Menyimpan Makanan

Suka suka suka. Sangat kreatif, Ok. tak payah nak beli tupperware. Sumber asal dari kheru2006.

Boleh masuk kat page dia kalau suka.


Smart Way Of Keeping Biscuits/Tit-bits Fresh & Crispy



1. Clean and dry the disposable plastic bottle.
2. Then, cut out the neck of the disposable bottle (refer to picture above) <>3 inches long.



3. Put left over biscuit/tit-bits in the plastic & insert the plastic bag through the neck of the bottle (refer to picture). Then tighten the cap.

Not a drop of water will leak. Trust me as the bag is sealed completely. Let's try it out!

Kes Histeria dan Pengajarannya

Sekadar berkongsi. Copy paste dari email.

Anda ingat lagi kes ini?

OGOS 2009 , ia menandakan sudah sebulan aku mengikuti perkembangan masalah histeria melibatkan lebih 30 pelajar di sebuah sekolah di semenanjung tanah air (maaf, tak perlu sebut nama tempat. saya tidak mahu lokasi saya dan SHAHi dikesan 'sesetengah orang'). Masalah itu bermula sejak April 2009 dan terus berlarutan sehingga Ogos tanpa penyelesaian serta penjelasan yang kukuh. Malah, ia berlaku setiap hari.

Pelbagai teori muncul dari mulut penduduk-penduduk setempat dalam menghuraikan punca sebenar masalah itu tercetus. Guru-guru juga tidak terlepas daripada mengutarakan teori-teori mengenai punca terjadinya serangan histeria di sekolah itu.

Aku pula yang selalu hadir memantau bagi mendapatkan bahan berita di sekolah itu juga tidak terlepas daripada membuat tanggapan terhadap punca berlakunya histeria itu. Tanggapan yang aku buat pula hanya bersandarkan kepada teori-teori penduduk setempat dan guru-guru sekolah itu.

Disebabkan selalu sahaja berita mengenai kejadian itu tersiar di dada akhbar, nama aku mula menjadi tumpuan sejumlah bomoh, pengamal perubatan tradisional, pakar psikologi, pakar psikiatri dan pakar perubatan alternatif. Mereka semua tidak putus menghubungi aku, ada yang mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar sekolah malang itu, ada pula yang hanya sekadar mahu tahu cerita sebenar dan ada pula bomoh palsu yang hanya mahu mempergunakan aku untuk meraih glamer di dada akhbar.

Bahkan, ada juga seorang psikik dari Indonesia yang datang menemui aku untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar mangsa histeria di sekolah itu. Psikik itu ternyata seorang psikik, aku sudah mengujinya dengan modul aku sendiri. Namun, dia juga tidak berjaya memulihkan keadaan di sekolah itu. Histeria terus berlarutan.

Sepanjang memantau keadaan di sekolah itu, aku sempat menemui beberapa pelajar untuk ditemubual sebagai responden berita. Melalui temubual itu, pelajar-pelajar memberitahu aku bahawa mereka ternampak beribu-ribu makhluk hitam merayap di atas tanah, di lantai bilik kelas, di atas siling, di papan hitam dan sebagainya.

Ada pula yang besar setinggi bangunan tiga tingkat, ada yang kecil, ada yang seperti budak, ada seperti perempuan, ada juga seperti lelaki, semua makhluk itu berwajah hodoh. Ada juga seperti seorang ‘nenek’ yang gemar memanjat di belakang pelajar sekolah itu sehingga menyebabkan mereka terbongkok-bongkok menampung beratnya makhluk seperti nenek itu. Nenek itu sangat gemar menunggang manusia.

Malah pelajar sekolah itu turut beritahu aku bahawa mereka pernah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di sekolah itu untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Menurut seorang pelajar perempuan yang menceritakan perkara itu kepada aku, dia beritahu bahawa dia didatangi ‘nenek’ tadi semasa sedang membaca Yassin. Nenek itu sedikit pun tidak gentar dengan bacaan al-Quran. Nenek itu dengan wajah bengis membisikkan ke telinga pelajar itu: “La ila, La ila, La ila..” yang bermaksud ‘Tiada tuhan, tiada tuhan, tiada tuhan..” sebanyak berkali-kali dengan suara menakutkan. Pelajar itu ketakutan ketika tiada siapa melihat perkara yang dia sedang lihat ketika itu. Dia kemudian diserang histeria ketika majlis doa selamat itu.

Namun, kisah itu tidak aku laporkan dalam laporan akhbar kerana berasa kekok untuk menceritakan semuanya dengan terperinci. Kini, dengan ikhlas aku lapor kepada pembaca blog ini semua.

Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menamatkan episod histeria di sekolah itu, sudah berpuluh-puluh juga bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang tampil untuk membantu tetapi gagal. Pada masa yang sama juga, berpuluh-puluh lagi menelefon aku untuk menyatakan mereka mahu menghulurkan bantuan. Kemudian setiap panggilan telefon seterusnya, aku minta mereka berhubung terus dengan pengetua sekolah. Aku sudah penat melayan mereka semua kerana aku juga ada tugas lain yang harus disempurnakan.

Kemudian pada September, seorang alim dari Perak menghubungi aku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ku (bukan nama sebenar) dan menyatakan kesediaannya untuk membantu pelajar sekolah itu menyelesaikan masalah histeria. Katanya, dia bukan pengamal perubatan, dia juga bukan bomoh, dia hanya mahu membantu. Keikhlasannya terpancar jelas walaupun kami hanya bercakap melalui telefon pada ketika itu. Aku setuju, kemudian aku menghubungi pengetua sekolah itu dan menyatakan niat murni Pak Ku.

Selang dua hari selepas itu, Pak Ku tiba di sekolah itu dan mahu berjumpa dengan aku untuk menyatakan terima kasih atas bantuan yang aku berikan. Aku tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah itu untuk melihat proses pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Aku hanya menunggu dari luar pagar.

Aku ingin melihat, lalu aku telefon pembantu Pak Ku menggunakan Video Call 3G dan aku menyaksikan pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Biasa saja kaedah pengubatan Pak Ku, tak ada yang istimewa. Hanya sekadar membaca ayat al-Quran dan menghembus pada segelas air, lalu dipercikkan ke ubun-ubun pelajar yang terkena histeria.

Beberapa jam kemudian ketika aku sedang duduk di luar pagar sekolah, aku lihat Pak Ku mengekori seorang pelajar perempuan yang sedang dalam keadaan histeria (sampuk). Budak perempuan itu membawa Pak Ku ke satu kawasan dan menuding jari ke arah satu sudut. Kemudian dari jauh aku lihat Pak Ku berubah menjadi sedikit terkejut dengan benda yang ditunjukkan budak perempuan itu kepadanya. Pak Ku membaca sesuatu dan menyapu kepala budak itu dengan air, budak itu rebah dan kemudian dipapah guru-guru wanita. Budak perempuan itu adalah murid terakhir yang disembuhkan pada hari itu.

Pak Ku kemudian bertemu semua ibu bapa pelajar berkenaan dan menyampaikan pesanan mengenai cara mengelak anak mereka ‘diserang’ lagi pada masa akan datang. Apabila kelihatan seperti selesai semuanya, Pak Ku melangkah keluar dari pagar sekolah dan bertemu dengan aku.

“Dah beres ke Pak Ku?” aku tanya.
“Belum. Malam ini, Pak Ku nak hang ikut Pak Ku. Itu pun kalau hang tak ada urusan lain malam ni.” kata Pak Ku dalam dialek Perak Utara.
“Insya-Allah. Lagipun isteri dan anak saya ada di kampung hari ni. Boleh saja nak ikut Pak Ku, tapi pukul berapa nak jumpa?” aku balas.
“Kita jumpa solat Maghrib sama-sama nanti di masjid depan tu.” kata Pak Ku.

Menjenguk dari luar tingkap


Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

“Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini.” pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhiri ‘sodaqollah-hul-azim’.
Pak Ku kemudian melafazkan:

“Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan ‘kamu’ dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah.” lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan ‘jangan melangkah walau setapak’. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapa inci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku ,” itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat ‘anak-anak kecil’ berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian, aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

“Jom kita pergi sembahyang Isyak,” itulah peringatan Pak Ku sebaik aku ‘terjaga’.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.

“Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.

“Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita” kata Pak Ku.

“Yang tadi tu syaitan?” aku tanya.

“Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.

“Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akan melangkah masuk ke dunia ‘dia’. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalam dunia tu.,” kata Pak Ku.

“Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,” aku menyoal.

“Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,” kata Pak Ku.

“Sebelum saya sedar tadi, ada ‘benda’ macam budak-budak kecil berlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?” aku tanya lagi.

“Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wuduk terbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.

“ Pak Ku buat ni sebab dapat rasa yang hang ni susah nak percaya kat bomoh-bomoh tipu yang hanya nak ambik kesempatan atas hang untuk glamer di surat khabar. Pak Ku buat ni sebagai nak bagi hadiah atas kesudian hang bagi peluang kat Pak Ku untuk tolong budak-budak ni. Terima kasih sebab percaya dengan niat Pak Ku. Tak perlu tulis cerita Pak Ku cuba ubati budak-budak sekolah ni dalam surat khabar,” jelas Pak Ku.

Kemudian Pak Ku beritahu aku, dia tidak mengubat orang. Dia hanya mahu menolong budak-budak sekolah itu yang mahu belajar dan terganggu setiap kali ada kejadian histeria. Dia tidak pandai mengubat orang, dia hanya ‘menyuruh benda itu’ balik ke dunia mereka. Itu saja. Kata Pak Ku, dia tidak pandai mengubat saka, dia juga tidak pandai mengubat santau, tetapi dia boleh melihat dan berunding dengan makhluk-makhluk itu. Tetapi juga, dia hanya boleh berunding dengan makhluk-makhluk halus yang tidak ada perjanjian dengan manusia. Aku sukar mempercayainya, tetapi Pak Ku sudah buktikan kepada aku. Itu kelebihan yang Pak Ku ada.

Kes selesai


Seminggu kemudian, masalah histeria itu berakhir. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana isu histeria di sekolah itu berakhir, Pak Ku lah orang yang menamatkannya dengan izin Allah. Aku pula sudah tidak perlu lagi berulang-alik ke sekolah itu untuk melapor berita yang aku sudah bosan menulisnya setiap hari. Aku sudah boleh memberi tumpuan kepada berita-berita lain terutama berita jenayah yang sangat aku suka tulis.

Pengalaman itu juga membuktikan bahawa azan mempunyai kuasa dalam mensejahterakan jiwa. Wuduk juga mempunyai kuasa sebagai perisai pertahanan diri daripada godaan syaitan. Niat yang mahu ke jalan Allah juga mempunyai kuasa yang akan menjadikan jiwa sebati dengan segala suruhan-NYA. Semua itu akan berkoordinasi dengan harmoni dalam tubuh manusia, menjadikan kita sedar tujuan kita diciptakan. Aku sudah merasainya, tapi sukar untuk aku buktikannya.

Sekali lagi, tidak ada bukti logik dalam perkara kuasa azan, wuduk dan niat. Tetapi, suara azan lah yang memanggil jiwa aku supaya sedar dengan niat aku sebelum itu. Ketika azanlah aku melihat ada ‘anak-anak’ berlari menyusup masuk ke alam itu. Aku juga tidak paksa pembaca semua percaya, mungkin ada yang kata ini hanya cerita karut. Jika karut bagi anda, maka terpulanglah.

Jangan pernah takut setiap kali melihat syaitan, jin atau hantu…makhluk-makhluk itu akan tersenyum bangga apabila mengetahui manusia berasa lebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.

Hanya takut kepada Allah…

Monday, August 16, 2010

Negatif Lagi..

Semenjak kes hari tu, menstrual cycle terus jadi tunggang langgang. Kalau dulu lewat seminggu je, sekarang ni berminggu-minggu. Specifically, 9 minggu satu cycle. Tak ke gile. So, every cycle selalulah berangan-angan mengandung semula. Lagi kesian kat encik suami yang dah selalu berlakon jadi ayah. Kesian sangat.

So, saya pun test lah lagi hari ni. Negatif lagi. Frust lagi. Tapi dah agak imun lah. Not expecting too much. Tapi bila dengar kawan-kawan sorang demi sorang mengandung, jealous la juga. I'm happy for them, tapi cemburu tu tetap ada kan? Lagilah kalau kawan tu baru je kawen terus bunting pelamin.

Tapi kan, Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Kadang bila saya fikir balik, dengan kehidupan yang masih haru biru ni, duk berjauhan dengan suami, mungkin tak mengandung lebih baik. Pulak tu ada ura-ura nak kena pindah KL. Kalau perut boyot sapelah nak kemas rumah kan?

Lagi satu, kita kena tengok keadaan orang lain, banding dengan nikmat yang Allah bagi kat kita, insyaAllah kita akan redha dan bersyukur. Orang lain ada yang lagi lama berkahwin tak ada anak juga. Macam sepupu-sepupu saya ada yang dah kawin 7-10 tahun masih berdua. Yang penting sekarang ni, berusaha, berdoa dan bertawakal.

Cuma biasalah. Adakalanya memang hati ni mudah juga terguris. Lagi-lagi kalau balik kampung or pergi kenduri. Ada je makcik kepoh yang men'torture'. Mengalahkan mak ayah kita. Bagilah masa, bukannya kitorang tak berusaha. Bukan kita ni anak diorang pun, kepoh je lebih. Menyakitkan hati betul kalau orang-orang yang tak sensitif ni. I dont mind lah kalau orang tanya, dah berisi ke belum? Biasalah tu, masyarakat kita ni memang caring. Tapi kalau dah tahap bagi lecture, torture mental, and sometimes rasa macam kena marah, rasa sakit hati jugalah kan?

Apa-apa pun semoga suatu hari nanti, kami, dan semua pasangan yang masih berdua dan teringin nak menimang cahaya mata akan dikabulkan doanya. Amiin.

Oven rosak?!!! TIDAK!!!

Semalam saya rasa teramatlah boringnyer... Tunggu encik suami sampai lambat sangat. So, i decided to bake some more. Belek punya belek, jumpalah resipi yang berkenan. Biskut ni simple, tapi ada letak cokelat dalam dia jadi inti. Memikirkan dalam peti tu dah lama ada chocolate button Van Houten tak guna lagi, on je lah kan. Saya buat ala biskut kepit, bentuk bintang. pastu sprinkle dengan manik gula. Tengah ralit-ralit buat, tiba-tiba oven ku membisu. selalu kipas dia tu bunyi kuat juga. Alalala.. nervouslah pulak. Walaupun warranty masih ada, tapi tak syoklah kan. Dah la dah siapkan bahan untuk adunan biskut coklat cornflakes pulak tu. SHOOOT!

Tengok lampunya dah tak nyala. Biskut kat dalam tu dah mula naik sikit, tapi oven nye tak berapa panas dah. OWH TIDAK! Tapi saya masih try cool. Nak try baiki kan jadi tikus baiki labu pulak. Tunggu hubby balik lah. Hukhukhuk. Dah tu, cemana dengan biskut-biskut ni?

Mujurlah oven old skool kaklong ada lagi. Tertinggal masa angkut barang dia balik kampung. Tapi first batch punya tray hangus rentung. Maklumlah tak reti nak control suhu dan masa. Pulak tu cermin oven tu dah pecah, balut lebih kurang cincai je pakai aluminium wrap. Mana nak nampak isi dalam tu. So, first batch telah dibakulsampahkan. sangat sedih tengok diorang. Sorry ye sayang, mama tak dapat selamatkan kamu semua. Tapi yang seterusnya Alhamdulillah.. Biskut coklat pun dapat disiapkan. Syukur.

Saya cuba menyiasat punca kerosakan tu. Yang menakjubkan terjumpa mangsa bunuh diri. Seekor cicak kecik yang dah kering, tapi tak hangus. Rasanya dia masuk dari lubang ventilator tu. Pastu kena kipas oven kot. Agaknyalah. Nasib baik biskut batch first tu hangus. HAhahah. Tak lalu makcik nak makan ko!

Dipendekkan cerita, encik suami balik dia pun tolong tengokkan oven tu. Dia kata bukan oven rosak, tapi extension yang rosak. Ya Allah.. alhamdulillah. Buat cuak je. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..encik suami jadi tukang rasa kuih. Dia kata semua sedap, kecuali satu. Kuih gulung coklat. Terlebih coklat, rasa pahit, rasa kesat. Yang tak boleh tahan tu dia kata, "yang ni tak sedap, boleh bawak balik kampung" (sebab yang sedap tu dia nak makan). ABANGGGGG!! Nanti mak mertua nurul dah tak sayang la sebab buat kuih tak sedap. Muahahahah.

Thursday, August 12, 2010

Two down, more's coming! Ngehehe..

Sungguh sedih rasanya sebab terpaksa berpuasa sorang-sorang sebab encik suami dah pergi balik Shah Alam. Sampai bila tak tahu la.. Untuk mengisi masa lapang sempena cuti awal ramadhan semalam, saya trylah oven dan mixer baru tu.. Ahahahha...dapatlah dua jenis kuih. Dapur punyalah panas, berpeluh-peluh, rasa nak pengsan. Tapi sebelum encik suami balik, sempat dia bagi komen, "wangi baunya". Hnnnss..Hnnss.. cubaan pertama buat kuih sensorang.

Saya buat kuih arab tapi saya buat kuih tu jadi warna-warni. Daripada putih kosong, boring melihatnya. Ada orang panggil kuih ni bebola kristal. Kuih satu lagi pulak nama dia kuih susu. Dua dua resipi ni amik dalam majalah saji. Dah rasa masa berbuka, yang kuih susu tu sangat lemaknya. Manis. Sesuai untuk penggemar kuih manis-manis macam saya. Yang arab tu, biskut tak manis sangat tapi dia gaul dengan gula halus.

Oleh sebab cik abang takde, so takdelah kamera. Takdelah gambarnye ye. Maybe lain kali. Sepanjang buat biskut tu, puas saya buat mental note jangan jilat mentega atau gula atau adunan kuih tu. Alhamdulillah berjaya. Heheheh (macam budak-budak je rasa). Malam ni nak buat biskut apa pulak eh?

Monday, August 9, 2010

I am Happy. I get sunshine..ooopss..OVEN!

Alhamdulillah.. Dapat juga saya membeli oven idaman sejak sekian lama. Mak pesan, beli yang besar terus. Lalu saya beli yang besar punya. Yahooo.. Bolehlah buat kuih raya. Dah beli buku resipi dah. Semalam berkobar-kobar nak test oven baru, nak buat kek untuk kakak ipar yang sarat mengandung. Sekali, aiseymen, lupa pula mixer takde. Yang kaklong punya tu baru je hantar balik kampung. Kena beli mixer pulak. Takpun cari resipi yang gaul-gaul je lah kot. Muahahhaha. Any idea? Apa eh kuih yang sedap tapi simple tak payah pakai mixer. Cornflakes madu kot ek? kakak ipar kata kuih mazola pun x payah putar, tapi kuih mazola tu apa eh? ahahahahha. So mental note, kalau keluar gi shopping mesti beli Mixer. Wajib! Ahahah. (budget ada lagi sikit je. Kena pandai manage ni.. Hukhukhuk.

Wednesday, August 4, 2010

No Need To Tell Me. I Know I Am Fat.

Huhuhu.. Terasa sungguh stress bila menimbang berat badan. Naik dan terus naik. Tak perlu tengok depan cermin, i can see my bulging fat clearly. Arghhh.. bila nak kurus balik ni. Harap-harap Ramadhan akan datang memberi silhoutte baru kepada tubuh badanku. Muahahahah.

Rasanya makan macam biasa je. Kena plan diet ikut nutrisi seimbang lah. Nak kena korek majalah RAPI lama ni. is there any dietitian who can help me? Bukan lah nak kurus kering, setakat boleh pakai baju yang mula tak muat dalam almari tu. I dont want to spend extra money on clothes/attire. Duit tu tengah kumpul nak buat beli oven. Dah ushar kat Jusco tadi. Im gonna get it, no matter what. So, baju baru is a big NO NO NO. Maybe i need to create new blog to sell my preloved clothes so that I can buy new ones. Nope, dont think so. I love them mucho mucho much. Hohoho..

Lelaki Melayu Tak Gentlemen?

Thank God I am married to a gentleman (and he is a Malay, of course). Kalau tak saya tentu saya setuju seratus peratus dengan kenyataan di atas. Sebenarnya statement ni dikeluarkan oleh seorang kawan non-Malay saya. Sebabnya, kawan lelaki melayu saya tak ringan tulang menolong gadis-gadis (masa tu saya masih gadis, hahaha). Kalau tolong pun perempuan cantik je. Tu pun angkat beg yang paling ringan. Sentap sekejap tau. Nak bela tak boleh, sebab even lepas statement tu keluar depan muka diorang pun, diorang tetap berperangai macam tu.

Tapi kan, bila fikir-fikir balik ada kebenarannya. Lelaki Melayu sekelian, anggaplah ini kritikan membina. Dan buktikanlah yang statement tu salah, please..... Pengalaman saya, sewaktu pergi ke satu program yang sayalah satu-satunya Melayu kat situ, saya tak pernah angkat beg or hatta fail saya sendiri. Ada je yang offer nak membawakannya. Cina, Jepun, Indonesia, Vietnam, Korea, etc etc. Maybe they wanted to be nice. But hey Malay guys, dont you want to be nice too?

Tapi yelah, bukan semua tak gentleman kan? Ramai juga yang saya jumpa sangat membantu. Perlu ke sebut nama? Tak payah lah kan? Kang riak pulak. Heehehee.. Mungkin skill meminta tolong tu yang kena betul kot. Tapi kalau dah minta tolong baru nak tolong tu masih masuk kategori gentleman ke? Renung-renungkan dan selamat beramal.. Ahaks.

Selamat Berpuasa Muslimin dan Muslimat

Diam tak diam tinggal seminggu je menjelang Ramadhan. Ada orang dah buat persiapan raya pun. Macamana persiapan menyambut Ramadhan? Saya sendiri belum apa-apa lagi rasanya. Cuma dah sediakan kurma je. Tu pun mak yang belikan. Kepada sesiapa yang dah lupa bacaan niat nak berpuasa dan doa berbuka, mari kita menghafalnya bersama-sama.

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz doa berbuka puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh-Nya.

Monday, August 2, 2010

Jiran Dulu Jiran Sekarang

Saya teringat masa zaman kanak-kanak dulu, masa keluarga tinggal di Felda Selendang, Kuala Rompin Pahang. Masa tahun 80-90an tu, Felda ni memang lah hutan rimba lagi. Belakang rumah tu bukan setakat semak, tapi hutan ya. Kadang-kadang ada juga pelawat dari rimba.. macam beruk, babi, ular sawa (besar punya ya), musang dan macam-macam lah. Pernah org tangkap ular sawa lepas tu rentang kan dekat court takraw, sepanjang court tulah. Lepas tu ayah pernah naik motor terlanggar beruang, then kena tampar dengan beruang tu. Mujur beruang tu terkena ekzos motor dan lari. Kalau tak tak tahu lah apa jadi.

Kitorang pulak (spesifik sikit, saya dengan kaklong, heheh) macam jungle girls. Main kalau bole nak masuk dalam semak, kalau hujan berkubang dalam lopak tangkap berudu. Hahaha. Main nyorok-nyorok kat gua (sebenarnya lereng bukit yang banyak lubang-lubang tu), pastu jumpa telur ular. Tapi tak serik-serik. Makan benda bukan-bukan pulak tu. Contohnya Akar lalang (later i find out yang akar lalang ni boleh buat ubat), rasa dia macam tebu tau. buah senduduk yang pecah, pastu mulut biru-ungu. Manis rasa dia. tombong buah kelapa sawit, alah cari je pokok sawit baru tumbuh. Korek dapatkan biji sawit tu, pastu pecah dengan batu. Rasa sama macam tombong kelapa. Tapi oleh sebab nak dapatnya lebih mencabar, lebih nikmat kot. Hihik. Tapi kitorang sihat dan kuat. Ahaha.

Walaupun duduk dalam hutan, tapi sangat seronok. Sebabnya jiran kitorang sangat baik-baik. Duk sebelah kanan rumah kami Makcik Sitah dan Cik Jalil sekeluarga. Ni dah jadi rumah no dua saya. Selamba je pergi. Anak makcik Sitah ni lebih besar sikit dari kitorang. So selalu pergi rumah dia cari bahan bacaan. Selalunya cari komik dan majalah. Kadang makan sekali kat rumah dia.

Jiran dean rumah pulak Cik Murni dengan Cik Busu. Saya selalu pergi ngaji tumpang motor cik muni, sebab kononnya saya budak kecik lagi (org lagi jalan kaki). Pastu kat rumah cik muni dapat TV3. Kat rumah saya masa tu dapat RTM je. So bila ada citer best malam-malam cik muni ajak kitorang gi tengok kat rumah dia pastu tido terus kat rumah dia. Seronok sangat. Nanti dia bentang toto depan TV. Teringat pulak saya berkali-kali tanya kat dia "ni apa?" sambil tunjuk kat toto. Dan dia macam iklan burung murai tu dengan sabarnya jawab, Toto. Toto. Toto. Hahaha. Kesian dia.

Sebelah kiri pulak masa kitorang budak tu pasangan baru kahwin. Cik Ani dengan...sapa eh nama suami dia. selalu bawa kitorang balik rumah. kitorang pun seronok sebab kat rumah dia ada buku lagu (buku yang dia salin lirik lagu). Kalau ada mood nak nyanyi, saya gi rumah dia.

Dekat sebelah rumah cik muni pula ada seorang cikgu. Tapi dia tak mengajar kat Selendang. Tapi bila dia balik, dia selalu ajak pergi rumah dia. Nama dia Cikgu Zanariah (sama dengan nama mak). Nanti dia ajar menulis dengan membaca. Pastu tak kasi balik. Petang dia buat kuih dulu, baru bagi saya balik bawa kuih.

Happynya masa tu. Jiran semua sangat baik dan buat kami macam anak sendiri. Tak macam jiran saya sekarang.. Tak kisahlah kalau masing-masing buat hal sendiri. Tapi kalau sampai mengganggu ketenteraman, ARRGGGGGHH.. stressnya. Rumah sebelum ni, jiran saya jenis panjang tangan. Mula-mula pakaian dalam kami yang kiut-miut dicurinya. ingatkan orang gila seks, so kitorang ampailah yang kecik2 tu dalam rumah, alih2 seluar baju pun hilang. Yang lagi mantap tu selamba je pakai depan gua. Arrghh. Tak halal kan. berkurap lah ***** ko.

Pastu yang asyik berkaraoke melalak-lalak. Kalau suara tu sedap takpe. ni macam suara itik nila. Tapi kompiden pula dia melalak-lalak. Lepas satu lagu ke satu lagu. Entah berapa album dia putar tah.

Yang sekarang ni pun boleh tahan peliknya. Ada ke dia kemas-kemas rumah dia, sampahnya buang kat rumah kitorang. Nak bahasakan dah tua. Tapi takde kesedaran sivik. Pagi tadi selonggok rumput dia kat rumah kita. Ewah-ewah.. mentang kitorang ni org muda, BULI eh? Makcik tak nampak ke kitorang berkebun, berkemas merumput. Maknanya kitorang pun suka rumah kitorang bersih dan cantik. MACAM RUMAH MAKCIK. Tapi kenapa makcik mencemarnya. HUHUUHUH..

Yang membela kucing lepas tu biarkan kucing melepas kat porch rumah pun ada. Tapi kucing bukan ada akal kita nak marah. Tuan dialah yang tak mengajar. Yang parking depan rumah sampai kitorang yang tak boleh nak keluar masuk rumah sendiri pun ada. Bila kena hon, buat muka ketat macam kita yang salah. BRENGSEK betul. Sticker kat kereta macam orang terpelajar. Tapi perbuatan tu macam takde otak pun ada. Ikut senang dia je.


ARGGHHH.. Geramnya. Actually post ni saja saya buat supaya saya boleh luahkan perasaan sempena nak puasa ni. Harap-harap janganlah diorang buat benda-benda yang boleh menaikkan darah dan mengurangkan pahala puasa saya. hukhuk

Wednesday, July 28, 2010

Berjimat-Cermat Cara Saya

Merancang perbelanjaan adalah salah satu kegemaran saya. Saya mungkin agak kedek** bagi sesetengah pihak, tapi saya sebenarnya tak kedekut langsung ya selagi benda tu tak membazir. Walaupun gaji saya kecik, alhamdulillah, saya berjaya juga menyimpan walaupun sedikit setiap bulan. Sekarang ni dah tak single lagi, lagilah kena 'kupik' bab-bab financial ni kan? So saya nak share lah serba sedikit tips yang mungkin dapat membantu dalam menguruskan perbelanjaan seharian. Walaupun agak syok sendiri. Muahahahhah.

1) Perkara pertama bila dapat duit gaji, asingkan sebahagian sebagai simpanan masa hadapan. Yang ni silalah jangan usik. Saya pernah ditanya, buat apa nak simpan duit? Habis tu bila nak guna? Well kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan kan? Bagi saya, duit simpanan tu untuk kegunaan di masa-masa kecemasan atau mengumpul aset contoh nya:-
~ tiba-tiba dapat penyakit or ada ahli keluarga masuk hospital. Kalu takde simpanan mana cekau duit dek non oiiii!
~ keta rosak, nak bayar saman
~ kita or anak nak sambung belajar, kot-kot yuran mahal bebenor dan tak dapat biasiswa
~ nak beli rumah ke tanah ke
~ modal mulakan bisnes (in case susah nak dapat pinjaman bank)

2) Bayar bil-bil wajib dulu macam bil api, air, telefon, indah water, internet, sewa/beli rumah or kereta.

3) Buat list senarai barang KEPERLUAN macam barang dapur, wash and laundry, kelengkapan rumah yang penting, ubat-ubatan ker dan petrol. Pastu boleh juga senaraikan perbelanjaan lain. Macam saya, saya ada peruntukan juga wang untuk hobi saya (buku dan majalah), baja untuk tanaman saya (kadang-kadang je), stationery, dengan membership renewal fees (setahun or dua tahun sekali je ni).

4) REUSE & RECYCLE. Penting juga untuk alam sekitar ya. Ni dah banyak orang cerita, so saya ambil yang basic jelah ya? Apa yang saya amalkan setakat ni
~guna balik plastik beli belah jadi plastik sampah.
~ kalau kat rumah tu dah banyak sangat plastik, guna reusable shopping bag untuk membeli belah.
~ kumpul dan jual kertas-kertas terpakai, kotak, surat khabar, majalah, katalog AVON (hihi), kertas iklan yang orang hantar kat rumah tu, pastu jual. Kalau kumpul tin aluminium lagi best. Masyukkk! Hari tu saya nampak apek yang cari kotak dengan surat khabar lama bawak motor lagi baru dan cantik daripada motor saya. huhhu
~elakkan guna dispo such as kitchen tissue towel (gunalah kain buruk or baju lama), dispo pad, dispo diapers (for those who have infant), etc etc. Bayangkan lah, kita beli-beli, pastu buang. Sayangnya. Macam buang duit je rasanya.

5) Share keta nak gi tempat kerja. ni saya tak buat. Saya naik wave 100 je. Muahahha

6) Guna barang sampai to the max lah. macam ubat gigi ke syampu, make sure dah betul-betul habis baru buang and buka yang baru. Kalau saya, suka beli yang murah-murah tapi ok, cam ubat gigi fresh and white, facial wash AVON or Safi yang murah-murah.

7) Shopping masa ada sale. Orang kaya yang bawa keta mewah pun shopping masa sale! Apehal kita golongan marhaen ni eksen noo nak beli time mahal? Yang ni saya memang selalu tengok kat mana-mana pasaraya pun. Kadang hairan. Tapi bila pikir-pikir balik, agaknya sebab tulah diorang boleh kaya. Diorang pandai berjimat.

8)Tanam sayur anda di rumah. Di rumah saya yang tanahnya sekangkang kera tu, saya tanam pokok yang selalu saya guna macam serai, pandan, cili padi, kunyit, bendi, terung, bayam, kangkung. Eh, rosel pun ada. Ahahah. Masa pun jimat sebab tak payah pergi kedai. Bagus sebagai senaman juga.

9) Anda juga boleh buat baja untuk tanaman sendiri. Suami saya biasanya akan kumpulkan rumput yang dipotong lepas tu timbus dengan tanah. Lama-lama rumput tu reput dan jadi kompos. Kalau yang ada ternakan, boleh guna bahan buangan diorang untuk jadi baja organik. Hari tu, saya tengok agrojurnal di TV1 ada ajar buat baja daripada perut ikan. But i dont fancy this one because of the smell. Takut menimbulkan gangguan kepada jiran-jiran.

10) Don't smoke. Malas nak cakap banyak. Terang-terang bakar duit. Good for nothing.