Great stuff to be shared together...

Friday, October 22, 2010

Tomot Ada Gout

Pagi ni saya masuk lambat ke tempat kerja sebab nak teman Tomot gi amik keputusan ujian darah. Dari awal lagi  Doktor dah suspect gout sebab kaki dia sakit dan bengkak. Mula tu kaki kanan. Ingat sebab accident dulu. Tapi lately yang selalu sakit belah kiri pula. Risau sangat.



Sampai kat Klinik Norila, pembantu klinik tu bagi result ujian darah dulu before masuk jumpa doktor. Walaupun tak lah tahu sangat pasal medik ni, tapi trak susah nak faham keputusan ujian tu. Reference 0.20 - 0.40. Result pulak 0.52. Kira confirm lah tu kan. Siap kena highlight lagi.


Masuk je, Dr terus cakap, tak lepas. Kitorang sengih-sengih je la. Apa nak buat. Walaupun sebenarnya memang berharap takde apa-apa. Yelah, muda lagi dah macam-macam penyakit. Cukuplah saya ni ada darah tinggi dan haematuria yang tak dapat dikesan punca nya. Penah dowh berulang ke hospital. Dari tak sakit pun boleh jadi sakit. Sakit hati. Last-last, Dr give up sebab dah habis ultrasound, scan, masuk teropong, test darah, test air kencing tak payah cakaplah, tak dapat cari punca. Nada. Nul. Semua nampak normal.

Tapi mujur lah my sayang ni masih tak teruk. Cuma kena jaga makan, ambil ubat. Next month test lagi. Kalau dah ok, boleh stop prescription. Antara pesanan doktor:-

1) Kalau sakit jangan urut atau letak minyak angin. Nanti, asid urik tu akan mengkristal dan boleh merosakkan sendi.
2) Time betul-betul sakit, jangan makan ubat. Sebab ada reaction yang boleh jadikan penyakit makin teruk.
3) Kena banyak minum air kosong. Tanda dah cukup air, air kencing jernih, bukan kekuningan, keorenan atau kecoklatan.
4) Kawal kolesterol
5) Kena jaga pemakanan. Antara makanan yang patut dikurangkan atau dielakkan:-
  • seafood
  • sardin
  • bunga kobis dan cendawan
(tak ingat pulak, nanti kalau dah ingat saya tambah k?)

Kitorang pun ada search pasal makanan yang perlu pantang. Macam-macam jugalah. Gout kena kawal, sebab asid urik ni juga boleh sebabkan batu karang.

5 comments:

Said Saiful Fazli said...

tumpang lalu.nnti tumpang lalu blog saya lak yek~

Shafique said...

Wak sapa Tomotnyer tue? Aiseh kesian nyer tapi kalo dah taw makan seyes kena jaga. If tak lagi terok. Sbb ada gak kawan gout nie tapi dengan pemakanan terkawal alhamdulillah dah ok dia skang.

Pesan kat dia yea mkn jaga betol2 smbil2 berubat2 n bersenam bila dah sehat :)

Anonymous said...

salam dayah.. skdr nk bkongsi.. makan durian belanda time kene gout.. ade kaitannye dari segi sains.. pernah blaja dulu time kat u..

Nudabuffy said...

Shafique: tomot tu my hubby le. Memang kena jagalah nampaknya. dah la kitorang memang selalu makan seafood.

Durian belanda eh. Thanks for the tips. kebetulan kat kampung memang ada pokok durian belanda.

Shafique said...

Aiseh mana nak tawu nama hubby awak tomot :D