Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 6, 2013

Kau Pergi Jua

Salam sayang buat semua...

Untuk makluman, ayah saya, Mohd Yunos Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada Khamis 28 November 2013, pukul 950 pagi. Kami telah mengikhlaskan kepergian Ayah daripada melihat Ayah menahan kesakitan dan ditebuk di sana sini. Sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah sedar dan cuba bercakap tapi kami tidak mampu memahami kerana penggunaan alat bantuan pernafasan. Jantung ayah semakin lemah dan dua kali terhenti. Peluang pada waktu itu kurang daripada 50 %. Kemudian didapati darah ayah sudah berkuman dan perlu menjalani dialisis segera. Walaupun ayah tidak dapat minum, tapi tubuh ayah bengkak air (edema). Pihak hospital sedaya upaya untuk menaikkan tekanan darah yang menurun. Namun, setelah semua ubat dan dos maksimum diberikan, tekanan darah terus jatuh. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah atas izin dan kehendak Allah. Ayah pergi dengan hanya Emak dan Mokde disisinya. Ada rasa kecewa kerana tidak dapat menghadap buat kali terakhir, tapi apabila menatap wajah arwah yang tenang, keredhaan itu datang sendiri. Semoga Allah mencucurkan rahmat atas roh Ayah dan melindunginya daripada siksa kubur dan api neraka dengan izin dan kurnia-Nya. Kini urusan Ayah hanya dengan Allah, bukan lagi dengan manusia-manusia yang sering mengkhianati dan menganiaya Ayah sepanjang hidupnya. InshaaAllah segala kesabaran atas dugaan akan dibalas dengan setimpal. Semoga Ayah ditempatkan di dalam syurga bersama para solihin.

Wednesday, November 13, 2013

Rumpai Berkhasiat Perubatan Part I

Banyak tumbuhan yang tumbuh meliar sekeliling rumah sebenarnya mempunyai khasiat perubatan. Selalunya kita anggap sebagai rumpai je. Ye lah, tumbuh tak ditanam. Cabut-cabut buang. Padahal banyak kajian saintifik dah dibuat membuktikan khasiat tumbuhan ini. Tadi saya berjalan-jalan sekeliling rumah sambil menyemai pecah beling, belalai gajah dan selasih. Terfikir pulak nak merekodkan rumpai-rumpai dalam blog.

Gelang Pasir
Nama saintifik: Portulaca oleracea L. 
Nama lain : Rumput beremi, remilang, pucuk sepit
Khasiat : Meredakan bengkak, sakit, darah beku, antiradang dan bahan tonik. Rumput yang segar ditumbuk dan diperah digunakan utnuk merawat radang apendiks. Campuran dengan daun ekor angin kemudian direbus digunakn untuk merawat kencing berdarah. Boleh juga digunakan untuk merawat demam dan jantung berdebar. Menurut Dedaun Alam, rumput ini juga boleh menghilangkan ketagihan merokok, menyembuhkan asma dan merawat paru-paru. Tumbuhan ini boleh dijadikan ulam, salad, dan urap. Yang ni pun arnab suka. Tapi saya pernah terbaca, tumbuhan ni tak boleh diambil berlebihan sebab boleh melemahkan syahwat. Banyak tumbuh berkeliaran sekeliling rumah. Gemuk-gemuk pula tu.. tapi kami tak pandai gunakannya. Hehehhe.

Ketumbit
Nama saintifik : Ageratum  conyzoides
Nama lain: Rumput tahi ayam, tahi babi, tahi anjing (kenapa semua kait dengan tahi ni? Tahulah rumpai ni busuk. Hahaha!), Billyweed, goat weed (sebab katanya bau seperti bau kambing jantan). 
Khasiat : Berguna sebagai stimulan, tonik, meredakan demam, antitoksik, meredakan bengkak, menghentikan pendarahan, perangsang haid, pelawas kencing, dan merangsang pembuangan angin. boleh dijadikan sebagai insektisid berasaskan tumbuhan. Patutlah serangga tak kacau pokok ni. Tapi penggunaannya perlu berhati sebab tumbuhan ni ada unsur racun sikit. Ada kajian sanitifik tentang penggunaan tumbuhan ni untuk merawak epilepsi. Air rebusan ketumbit kering pula digunakan untuk merawat malaria. Daun dan batang yang ditumbuk digunakan untuk merawat rambut.

Peria Hutan.
 Nama saintifik : Momordica balsamina (tak sure sangat ni)
Khasiat : Merawat luka, buasir, antibakteria, anti-HIV. Tidak baik untuk wanita mengandung. Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kematian. So be careful.

Rumput Itik
Nama saintifik : Asystasia gangetica micrantha
Nama lain: Rumput israel, ara songsang, akar ruas-ruas, pengorak
Khasiat : Mengubat gigitan serangga dengan menggunakan daun yang dilumat, melawaskan kencing, melegakan bisa-bisa tulang. Kalau di rumah, rumput ni kami beri pada arnab. Memang favorite diorang ni.

Cypress Vine
Nama saintifik : Ipomoea quamoclit
Nama lain : Cupid's flower, Indian pink, cardinal vine, hummingbird vine
Khasiat : Cooling and purgative (laxative), daun yang ditumbuk digunakan untuk merawat bahagian buasir. juga digunakan dalam merawat kanser dan kesakitan payudara.

Gubahan Alam

Tuesday, November 12, 2013

Salam semua.. Apa khabar agaknya sahabat-sahabat maya saya. Saya baru baik demam. Satu family demam. Eh, banyak family demam sebenarnya. Mula-mula last week kakak telefon beritahu yang ayah tak sihat. Demam, batuk, semput, tak dapat tidur. Makin lama makin teruk sampai mengerang-erang masa tidur. Beberapa kali bawa ke klinik. Mulanya doktor cakap angin je. Bawa lagi doktor cakap gastrik. Bawa ke perubatan Islam, katanya gangguan jin. Ada orang nak main-main katanya. Tapi penyakitnya tak juga kurang. Ayah pula nampak makin lemah. Saya berhajat nak balik ke kampung sehari selepas sessi dialisis. Tiket keretapi pun dah dibeli.

Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. Pada malam sebelum saya pulang ke kampung, suami saya mengalami muntah-muntah dan cirit birit. Nak kata keracunan makanan, apa yang kami makan sama. berkali-kali dia ke bilik air sampai ke tahap susah nak bangkit daripada katil. Hati saya waktu tu galau tak terkira. Betullah kesihatan, tenaga dan kekuatan itu hanya pinjaman. Dia yang sebegitu tough and strong, tiba-tiba mengerang-erang kesakitan. Saya sms emak saya, minta maaf tak dapat balik kampung. Keluar bilik terserempak dengan MIL katanya adik ipar bongsu pun mengalami masalah sama. Hari itu hari pertama SPM. Kasihannya...Kemudian bapa mertua saya pula diserang cirit birit dan muntah-muntah. Macammana saya nak tinggalkan orang-orang sakit ni? Waktu tu, mak kata ayah dah ok sikit. Jadi ada rasa lega walaupun keluarga di segamat semua demam.

Esoknya, orang-orang sakit beransur pulih, tapi saya dan ibu mertua pula mengambil alih. Simptom yang sama. Saya naik hairan mana datang isi perut yang keluar sebab kami tak lalu nak makan apa-apa. Ibu mertua ke klinik tapi doktor bilang sebab angin juga. Hai, tak tahu pula angin boleh berjangkit. Cukup mengecewakan apabila doktor enggan mendengar penerangan kami. Rupa-rupanya, dua orang kakak ipar saya pun demam. Disyaki pembawa virus ni, anak buah kami, Nasrudin, sebab dia yang mula-mula kena muntah-muntah dan tak mahu makan. Mungkin dapat dari hospital sebab mereka baru pulang dari hospital berjumpa pakar paediatrik.

Kelmarin, sedang saya berbaring cuba menghilangkan rasa sakit-sakit badan, tiba-tiba kakak menelefon lagi. Katanya ayah dimasukkan ke wad kecemasan. Saya sudah mula memikirkan yang tidak-tidak. Tidak boleh tidak saya mesti balik ke kampung. Suami mengeluh kakinya sakit diserang gout. Mungkin antibodi lemah selepas demam menyebabkan penyakit lama berulang. Tapi saya mesti tahu keadaan ayah dengan mata saya sendiri. Dua jam perjalanan dirasakan terlalu lama. Sampai di Hospital Segamat lingkungan pukul 4 petang, ayah masih lagi di rawat di wad kecemasan. Mata mak merah sebab menangis. Taufik, adik lelaki yang berpraktikal di Melaka pulang untuk menghantar ayah ke hospital kerana ayah tak mahu orang lain yang menghantarnya. Farhan, adik bongsu saya kebetulan ada juga di rumah tapi dia tak pandai memandu. Mak kata, semalamnya ayah dah dibawa lagi ke klinik tapi disuruh datang lagi pada hari Isnin untuk ujian darah. Tapi keadaan ayah nampak semakin lemah, jadi ayah dipujuk ke hospital sebab kemudahannya lebih lengkap. Ayah tak nak mulanya, tapi selepas dirayu dengan air mata emak, akhirnya ayah menurut. Dalam pukul sepuluh pagi ayah dibawa ke hospital. Mak kata, bila sampai di hospital tiba-tiba keadaannya makin teruk. Agaknya ayah risau atau takut.

Tak lama selepas itu ayah dipindahkan ke unit rawatan rapi tapi kami belum dibenarkan melawat kerana doktor masih lagi perlu memantau dan memeriksa. Saya risau dengan keadaan emak sebab daripada pagi belum makan dan berehat. Ada orang menyapa, katanya ayahnya pun dimasukkan ke ICU sebab sesak nafas. Katanya lagi, ramai orang dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas sejak akhir-akhir ni. Jadi, masalah 'ANGIN' juga ke wahai doktor sekalian? Dalam pukul 5 atau enam, Kaklong sampai dari Kulai. Emak balik sekejap ke rumah. Lebih kurang pukul 7.30 malam barulah kami dipanggil untuk diberitahu tentang kondisi ayah dan juga melihat ayah sekejap kerana sudah habis waktu melawat. Kami diberitahu, badan ayah terlalu banyak air, paru-parunya dipenuhi air sebab tu ayah mengalami kesukaran bernafas. Jadi ayah diberi ubat untuk mengeluarkan air melalui kencing dan juga ditidurkan supaya dapat berehat. Keadaan ayah kritikal dan perlu bantuan pernafasan. Sebenarnya ini kali kedua ayah dimasukkan ke ICU. Kali pertama lebih kurang 6 tahun lepas kerana masalah jantung tersumbat. Cuma pada waktu tu, ayah sedar dan boleh berbual dengan kami.

Saya terpaksa balik ke Rengam sebab perlu menjalani hemodialisis. Mujurlah Acah, adik saya yang bekerja di Terengganu balik. Dapatlah juga menemani emak dan membantu menyelesaikan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah, semalam ayah dah mula sedar namun masih belum stabil. Hari ini juga masih belum stabil, tapi ayah dah sibuk nak pergi ke kebunnya. Tanya pasal keretanya, tanya pasal anak-anaknya. Hal lain juga yang disibukkannya.. Ayah... ayah.. Semoga keadaan ayah semakin pulih dan kembali ceria. Saya yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada ayah dan memberikannya pahala di atas dugaan ini. Amiiin..

Thursday, October 24, 2013

Appointment 12 Oktober 2013

Phewww.. Punyalah dah lama jumpa doktor baru nak update.. Penyakit malas terlalu bervirus sekarang.. Idea banyak tapi malas nak taip.. Boleh gitu? Baca blog orang pun tak sempat.. Tanaman pun tak update.. Nantilah kalau rajin saya update blog pasal tanaman lump sum terus.

Appointment lepas, semuanya ok je.. Result darah tak improve sangat tapi terkawal. Doktor kata bagus, darah pun bersih. Potassium, kolesterol semua OK. Cuma Phosphate je tinggi sikit. Tapi dapat agaklah sebab apa. Ambil darah hari tu betul-betul lepas raya. Imagine jelah, biskut raya almost all ada kacang. Biskut cornflakes I je yang xde kekacang. Pastu lauk pauk melayu ni mesti nak ada santan kan? Rendang, kuah kacang, lodeh, gulai.. Kalau tak makan karang. mak kecik hati.. Eh? Nama mak juga kena jual. Hahahha.. Ampun mak...Sebenarnya sebab mak masak sedap. Anakanda tergodalah.. Doktor seronok je berborak pasal pendermaan organ. Bagus juga doktor ni.. Dia suka share tapi patient lain cakap dia kuat membebel.. Hahahha.. Doktor pesan suruh buat exercise..

Hmm patutnya dalam bulan oktober ni kitorang nak berjimba-jimba kat Langkawi. Pusat dialisis sponsor RM500 untuk setiap patient yang nak pergi. Pengiring bayar sendiri. Puas pujuk hubby pergi, siap offer nak sponsor lagi. Rasa berpatutan sebab termasuk tiket penerbangan, makan, penginapan dan tour guide. Tapi yang tak bestnya tak dapat sambutan. Ahli rombongan tak cukup untuk satu pakej. Jadi terpaksalah ditunda. Hukhukhuk.. Penat I buat survey apa yang best kat Langkawi tu. Yelah, nak pergi sendiri boleh. Tapi kalau pergi dengan rombongan ni senang. Jadual dialisis diorang atur. Kalau perlu, boleh buat dialisis dekat sana. Ada nurse dan doktor sekali. So, kalau jadi apa-apa, tak payah risau. Senang kata, senanglah! Takde rezeki lah nak melencong...

Huhuhuhuhu.. Baru ingat nak honeymoooooon..

Monday, September 9, 2013

Melawat Wad Ibu Bersalin

Salam semua..

Minggu lepas , semua ibu-ibu arnab yang bunting dah selamat beranak. Ada selang masa tapi tak jauh antara satu sama lain. Masih ingat pada Pindi? Iya, dia pun dah membuktikan kesuburannya. Hohoho.. Actually, ni kali kedua Pindi beranak. Kali pertama anaknya semua mati. Sama ada sebab saiz anak dia terlalu besar (lemas), atau pun sebab Pindi ni tak matang lagi masa tu. Ni pun masih tak matured lagi. Dia pergi beranak kat luar kotak.. 

Anak Pindi.. Empat Ekor..

Anak Coklat.. Baru juga beranak ni.. Tapi sebab anak dia dua ekor je, cepat diorang mengingkong.

Anak sapa ntah ni.. Empat ekor juga. Paling latest.




Anak Hitam. Semua hitam.. Tapi lincah.. Hehehh

Anak ayam pun dah mula ramai..



Ni yang baru menetas.. Ada sembilan ekor.. 

Ayam-ayam dah mula banyak.. Ada beberapa ibu yang bawa anak.. Perghhh,, makin mencabar aktiviti pertanian sebab asyik kena kais je.. Gerammmmmm sangat. GRrrrrrr.. Tapi permintaan ayam kampung tinggi juga. Tak sempat besar dah ada yang tanya. So, terpaksalah bersabar dengan kerenah ayam yang ganas mengalahkan terrorist ni.. Hahhaha.. Kalau nak bertanam kena tempat yang semak-semak sikit, biar dia tak nampak tanaman kita. Hmm.. Plannya nak cari ibu ayam baru.. Nak cari baka yang besar sikit.. Biar anak-anaknya semua gedempol-gedempol belaka.

Thursday, September 5, 2013

Ati-Ati Suamiku, Si Tangan Sejuk

Saya selalu jealous dengan keupayaan suami saya menanam dengan selamba. Saya tanam dah la asyik mati. Pastu kena aniaya dengan ayam la, ulat bulu la.. Hehehh.. tapi takpelah.. Biarlah dia tanam pun.. Yang penting berhasil. Ni koleksi pokok ati-ati yang dia tanam..










Wednesday, September 4, 2013

Dua Bulan Di Kampung

Dua bulan dah? Serius, tak perasan masa berlalu. Lagi-lagi bila kerja dua hari seminggu je. Memang tak ingat tarikh dah. Yang tahu hari je. Sebab setiap Selasa dan Sabtu, dialisis. Rabu dan Khamis, kerja. Lain hari ikut suka hati je nak buat apa. So far, so good. 

Hmm.. Sekarang ni banyak masa nak buat enda yang disukai. Dah boleh start baca novel semula. Mula-mula ulang baca novel-novel favourite (Dan Brown's and J.K. Rowling's). Lepas tu baru nak buka plastik buku-buku yang dah berzaman beli tapi tak sempat nak baca. Bila dah habis baca, order lagi buku kat online shop..Opsss.. Ketagihan perlu dikawal. Lepas ni dah nak jadi suri rumah katanya. Cakap pasal kesurirumahan, ramai juga yang sibuk bertanya pasal saya dah duk kampung ni. Of course la orang-orang yang kepochi yang saya tak berapa nak gemor. Bila saya cakap dah tak kerja, diorang punya geleng kepala tu macam saya buat jenayah je. SO WHAT? Aku ada laki apa? Dia boleh tanggung makan minum lagi kot. OK, maybe berhenti kerja tu macam extreme sangat. So lain kali orang tanya (orang yang sama tahap kepochinya), saya jawablah kerja part time je. Pun salah juga jawapan saya tu sebab diorang cakap, "Ada juga macam tu?". Adalah. Kalau tak, takdelah istilah part time. Grrrrr.. saja je diorang ni nak "membangkitkan" alter-alter ego saya yang lain (Grumpy The Dwarf or Makcik Si Mulut Racun, antaranya). Heheheh.. Tapi yela, kita bukan boleh puaskan hati semua orang kan? Kita ada masalah pun bukan diorang nak tolong settle kan, Kan?

Ada juga yang nak korek-korek pasal, "Tak susah ke duk dengan mertua?". Ok, maybe I am so damn lucky sebab in-laws saya baik. My mother in law and I have a lot in common. Apa-apa pun, mertua kan macam ibu-bapa kita sendiri. Kalau kita layan macam kita layan mak ayah kita, for sure diorang dapat rasa kasih sayang kita dan layan kita macam anak sendiri pulak. What you give, you get back, kata orang. Dan dalam sesetengah perkara, mungkin kita akan dapat sesuatu yang kita tak dapat daripada ibu bapa kita. Contohnya, saya kalau bab belajar memasak, lembam yang amat. Bila belajar dengan mak sendiri, biasanya sambil lewa je. Tapi kalau dengan mak mertua, tak banyak sikit, kita mesti ada perasaan nak bagi impressive performance sikit kan. Or at least, avoid complaint. Hahahah. Betul tak? Rasanya masakan saya dan improve, a lot (I think so, hahahha). Kalau tak improve pun bukan korang tahu pun. Hahahah. Sekurang-kurangnya, kritikan dah kurang. Yes!!



Oh ya, pasal tanaman. Saya kurang bertanam sekarang. Bertanam juga tapi takde hasil sebab asyik kena keroyok dengan ayam je.. Tensi I dibuatnya. Nasib baiklah korang boleh dimakan wahai ayam-ayam sekalian. In fact ayam-ayam tu tak sempat nak besar sangat pun. Asyik kena sembelih buat tomyam. Almaklum, supply untuk sawtooth coriander tengah banyak ni. Berkembang biak. So asyik buat tomyam lah. Tom yam ayam kampung, memang heaven lah.. Time makan semua tunduk je, srooot... srooottt... Hirup kuah. Heheheeh..

Tumbuhan Misteri. Siapa Tahu Angkat Tangan!

Salam semua. Tumbuhan menjalar ni ditanam oleh bapa mertua saya, tapi tak tahu apa namanya. Kegunaannya untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. Dah diuji keberkesanannya oleh bapa mertua saya yang ada diabetes. Side effect tak pasti pula. So, siapa-siapa yang tahu nama tempatan atau nama saintifiknya, sudi-sudikan berkongsi ya? Boleh saya pergi buat bacaan sikit. Hehhehe.. Untuk mengenali lebih dekat, marilah tengok gambar-gambarnya. Oh ya, bahagian yang digunakan sebagai ubat ialah daunnya.


Daunnya

Buah yang dah masak

Buah muda. Macam kacang sikit.

Bunga (Bersama kerengga yang nak tumpang glamour)

Bijinya.. Macam pil.

Sunday, July 28, 2013

Petai...Anyone?

Salam Ramadhan semua.. hmm.. dah tinggal berapa hari je nak raya. Tapi tahun ni macam takde nafsu langsung nak raya. Kuih raya seketul pun tak buat lagi.. Yang ada beli kuih batang buruk buatan tradisi daripada kawan kakak. Spesial kuih batang buruk ni, memang betul-betul guna kaedah dahulu kala tau, warisan turun temurun. Beli 6 paket 1/2 kg, dua dah selesai dah. Hahahah..Baju raya hantar untuk tempahan daripada awal tahun sampai ke sudah tak siap. Tak kisahlah, bukan nak berjalan sangat pun. Hehehe..

Seperti biasa, dalam bulan puasa, di kampung ni ada amalan menghantar juadah yang dipanggil 'Munjung'. Untuk memberi kelainan dalam hidangan, cadangannya nak buat sambal tumis petai. Kebetulan pokok-pokok petai keliling rumah in-law ni tengah lebat berbuah. Rezeki ramadhan kata orang.

Besar-besar dan rapat-rapat mata dia.. Memang berbaloi

Yang diikat untuk dijual. Yang dekat belakang tu untuk kenduri

Hmm.. ni sebahagian je, ada lagi atas pokok tapi belum sesuai untuk dituai. Mungkin minggu depan kot. Yang diikat tu ibu mertua saya nak bawa ke sekolahnya, ramai yang dah menempah. Satu ikat ada 7 papan dijual dengan harga RM4 sahaja. Saya ni bukan peminat petai, so taklah teruja sangat. Tapi bila dah jadi sambal, memang menaikkan selera.

Oh ya, bulan ramadhan bulan rahmat dan keberkatan. Tahun ini lebih istimewa sebab banyak berita gembira untuk saya. Tiba-tiba rasa malu sebab banyak mengeluh dah merungut sebelum ni. Guess what, Baitulmal dah luluskan untuk menanggung baki kos hemodialisis yang tak ditanggung Socso. Alhamdulillah. Seperti yang saya katakan dulu, kalau tak dapat pun saya tetap bersyukur sebab sebahagian besar SOCSO dah cover. Tapi bila ditanggung sepenuhnya, memang banyaklah leganya. So sekarang hanya perlu fokus pada rawatan je.

Hmm ujian darah baru ni ada improvement. Creatinine, urea, potassium dah turun. Mungkin faktor puasa ada menyumbang. Yelah, kurang minum air atau makan bukan-bukan. Raya nanti kena tahan godaan makanan sedap-sedap. Hehehhe.. Saya tanya doktor, ada tak possibility kalau dah buat hemodialisis kemudian tiba-tiba tak perlu buat lagi. Dia kata ada, malah ada 3 kes yang HD tak perlu dijalankan lagi. Tapi untuk kes saya (chronic kidney disease di mana buah pinggang dah mengecut) agak susahlah. Biasanya kalau kes acute seperti jangkitan kuman or sebab-sebab lain (tak ingat doktor cakap), lebih tinggi kemungkinan nak pulih tu.Takpe.. takde yang mustahil kan? Chaiyok! So far, saya agak selesa dan gembira. Sebab bila pergi HD centre dapat jumpa ramai orang. Maklumlah sebelum ni dekat rumah dan tempat kerja saya selalu keseorangan. Kadang-kadang rasa macam nak gila pun ada. Hahahah.

Saya kononnya dah bersara kan? Tapi nampaknya jodoh dengan UTM ni masih kuat la.. Hahahah.. Ex-boss pujuk saya kerja tapi apa nak buat keputusan berpindah dah buat. Akhirnya saya dapat bos baru tapi kerja part-time hari Rabu dan Khamis sahaja. Gaji dibayar ikut jam. OKlah tu.. Waktu-waktu lain saya boleh buat aktiviti kegemaran saya.. Seronok...

Thursday, June 6, 2013

Israk dan Mikraj

Salam semua.. Hari ni 27 Rejab iaitu hari Israk Mikraj, di mana Rasulullah di perjalankan di waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Beberapa hari lepas saya ada dengan radio sinar mengenai Israk Mikraj ni. Rupa-rupanya peristiwa ni berlaku untuk menghibur hati Rasulullah SAW yang sedang dalam kesedihan kerana baru sahaja kematian isteri kesayangan iaitu Saidatina Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib (Iya, seorang rasul yang paling dikasihi Allah pun bersedih ya). Selain itu baginda juga dalam keadaan kesedihan kerana dakwah baginda ke Thoif telah mendapat tentangan yang hebat. Baginda dihalau dan dibaling dengan batu sehingga darah bercucuran sampai ke tumit baginda. Aduhai, betapa berat tanggungjawab yang dipikul oleh Rasulullah untuk menyampaikan dakwahnya. Bersyukurlah kerana dilahirkan dengan nikmat Islam. Peristiwa Israk Mikraj juga bertujuan untuk menunjukkan kepada baginda tentang kebesaran Allah SWT agar dapat mengembalikan semangat dan motivasi baginda dalam usaha dakwah. Selama ni yang saya tahu, Israk Mikraj adalah hari di mana Ibadat Solat lima waktu disyariatkan.

27 Rejab juga menandakan bulan Rejab sudah hampir benar ke penghujungnya. Tidak lama lagi tibalah pula Syaaban dan Ramadhan. Saya sendiri tertanya-tanya, sudah bersiap sediakah saya. Hutang puasa ada 3 hari lagi. Jadi, sempena bulan-bulan yang dimuliakan ni, memang sesuai sangat untuk mengganti dan berlatih puasa. Semoga kita semakin hari berubah ke arah yang semakin positif. Tak apalah perlahan-lahan, asalkan konsisten. Salam Israk Mikraj dan selamat menyambut ketibaan Syaaban dan Ramadhan.

Wednesday, June 5, 2013

Letting Go

Semakin dekat dengan 'persaraan', makin menimbun pulak kerja. Masa nilah semua nak cari saya. Hmm harap-harap dapat selesaikan sebelum berlepas diri sepenuhnya. Mood nak mengemas belum datang lagi. Sekarang dalam proses melepaskan pergi barang-barang di rumah ni.

Yang pertama, mengagih-agihkan barangan keperluan bayi. Sasarannya anak-anak saudara dan anak-anak kawan. Nasiblah siapa yang dapat guna. Dah tak banyak pun sebab setiap kali ada kelahiran, adalah yang dapat bahagian.

Yang kedua, tanaman. Saya bagi pada mereka yang minat bertanam, terutamanya yang baru bermula. Biar naik semangat sikit nak menghijaukan alam ni. Tadi baru lepas bagi tanaman belalai gajah, pandan, kecur dan sawtooth coriander pada sorang colleague. Dia sekarang amalkan diet vegetarian dan organik sebab ada kanser. Harap-harap dapat membantu.

Yang Ketiga, pakaian. Ni kakak saya minat nak ambil. Tapi daripada bagi pada dia, saya prefer bagi pada yang betul-betul memerlukan. Hahaha. Sorry kaklong. Bila diasingkan, taklah banyak sangat pakaian yang sesuai diagihkan sebab walaupun masih cantik, tapi ada kerosakan dibahagian-bahagian seperti zip. Rasa tak patut pula bagi pakaian rosak. Baju mengandung boleh simpan untuk bakal-bakal ibu mengandung. Mungkin bagi pada kakak juga sebab badan dia tak susut sejak bersalin. Heheheh.. Cakap pasal susut, masa mengemas, saya cuba-cuab pakaian lama saya. Wah dah muat semula. Yeay! Tapi berat saya taklah turun banyak, dalam sekilo je. Mungkin dialisis dah keluarkan bahagian-bahagian berlebihan tu kot. Hahahahha

Yang keempat, perabot. Ingatkan tak ada orang nak. Tapi hasil kerja promoter tak bertauliah (Kaklong), ramai pulak yang berminat nak beli. Sedih juga nak let go perabot sebab beli hasil titik peluh dan perit menyimpan. Beli pula yang betul-betul minat dan ambil masa lama untuk buat keputusan membeli. Ada yang baru pakai beberapa bulan je. Apa nak buat, jodoh tak panjang. Kalau nak bawa, nak sumbat dekat mana? Terpaksa jua kuucap selamat tinggal. Huhuhu..Sedih sungguh sungguh ni..

Barang elektrik tak jual kot. Peti sejuk letak rumah mertua. Kebetulan satu peti sejuk di rumah mertua rosak. Televisyen pulak letak rumah emak ayah. Boleh mak tengok tv di dapur masa memasak. Taklah berebut channel dengan ayah. Hihihi..

Tapi yang paling sedih nak tinggalkan ialah kawan-kawan dan kenangan-kenangan sepanjang berada di sini.

Monday, June 3, 2013

Baju Untuk Diderma

Assalamualaikum...

Hmm siapa tahu mana-mana tempat atau entiti yang memerlukan pakaian untuk didermakan. Saya pening kepala tengok baju-baju saya dan suami yang nak dipindahkan. Almaklumlah barang dari satu rumah nak dimuatkan dalam satu bilik. Baju masih elok terutamanya baju kurung dan blouse sebab saya pergi kerja selalunya pakai t-shirt. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh tak tinggalkan alamat tempat tersebut supaya saya boleh pos ke sana. Baju lelaki adalah sikit tapi seluar mungkin banyak. Ada juga plush toys yang rasanya tak sesuai dah untuk jadi mainan saya. Heheheh.. Kalau ada yang berminat, jangan malu-malu ya. Saya je yang malu sikit sebab baju saya bukan cantik pun. Jahitan pun tak lah kemas sebab kebanyakan jahitan amatur. *blush*...

Friday, May 31, 2013

Selamat Tinggal Skudai

Hmm.. mungkin bulan Jun akan jadi bulan terakhir saya bekerja. Selepas ni terpaksalah say bye-bye pada Skudai. Banyak kedukaan dekat sini tapi banyak juga kenangan yang indah-indah. Bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang. Heh.. Tapi tentu masih kerap lagi bertandang. Tolong-tolong mana yang patut. Cuci rezeki kata orang. Yelah, selama saya bekerja pun, banyak ponteng kalau rasa badan tak sihat. Mujurlah bos saya sungguh memahami.

Dan setelah berbagai-bagai halangan, akhirnya ada juga berita gembira menjengah. Alhamdulillah, rayuan bantuan dialisis saya dah pun diluluskan walaupun tidak menanggung keseluruhan kos dialisis. Semalam suami terima suratnya. Syukur sangat. Lapang dada terang mata. Atas jasa Encik Idris, pegawai Perkeso yang berusaha membantu walaupun staf bawahan lebih sudu daripada kuah. Perihal gaji yang tertangguh pun dah mula menampakkan sinarnya. Terima kasih sangat-sangat pada bos saya, Datuk Dr Halimaton yang mencari jalan agar saya dapat juga bayaran. Sedang berusaha mendapatkannya, mudah-mudahan ada rezeki saya. Satu persatu masalah selesai, mungkin berkat doa-doa orang sekeliling yang dimakbulkan Allah. Terima kasih semua. Saya sayang kalian semua.

Oh ya, lupa pula. Saya ada memohon bantuan daripada Baitulmal selepas permohonan pertama ke Perkeso ditolak. Selepas diluluskan, suami saya call semula baitulmal memaklumkan perkara tersebut. Iyalah, cukuplah satu, dah syukur sangat. Tapi pihak baitulmal minta suami hantar surat dari Perkeso dan kalau lulus, mereka akan tanggung baki selebihnya. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Kalau dapat syukur, kalau tak dapat pun tak apa. Mungkin hak orang lain. Memang itu yang saya katakan pada suami. Kalau hak kita, kita akan dapat. Kalau bukan hak kita, nak buat macam mana. Kenalah usaha cara lain. Tapi kalau memang hak kita tapi orang menyeleweng, saya tak halalkan satu sen pun. Hehehhe.. Kejam tak?

Rasa sedih juga nak meninggalkan skudai. Yelah, susah senang kita berdikari. Selepas ni saya akan menumpang rumah mertua. Kenalah pandai-pandai bawa diri tak boleh nak malas-malas basuh baju, longgok-longgok pinggan, timbun-timbun kain, dan sepah-sepahkan rumah. Tak boleh juga bangun lambat sampai tegak matahari walaupun hujung minggu. Hehehe.. takpelah, bukan senonoh pun buat perangai macam tu. Yang penting dapat mengendeng dengan hubby 24/7. Bolehlah qada balik percintaan kami yang asyik terhalang dek jarak dan waktu. Chewah...Dan yang penting dapat buat aktiviti kegemaran iaitu jadi petani sepenuh masa. Mudah-mudahan inilah yang terbaik untuk kami. Aamiiin..

Wednesday, May 29, 2013

Medication & Diet Counselling

Apabila dah memulakan hemodialisis, ada beberapa perkara yang perlu dititikberat terutamanya pemakanan dan ubat-ubatan. Sekadar untuk perkongsian, saya nak ceritalah apa yang diberitahu oleh doktor dan nurse.

1) Perlu kawal pemakanan yang mengandungi tinggi kalium (potassium) dan phosphate. Antara makanan yang tinggi potassium & phosphate ialah tomato, potato, buah-buahan berwarna kuning (mangga, oren, durian, pisang), sayur-sayur hijau, seafood. Nampak macam makanan sihat kan? Baik untuk orang sihat, tidak untuk pesakit buah pinggang. Saya juga diajar agar merendam sayur hijau barang 3 jam untuk menyingkirkan potassium daripada sayur tu. Kiranya saya makan fiber jelah.. Yelah, kalau tak makan fiber karang sembelit pulak.

2) Pengambilan protein boleh macam biasa asalkan dari sumber yang segar bukan processed food (such as nuggets, burger, makanan dalam tin-sardin, baked bean). Takde masalah kalau setakat macam ni.. Lemah part sardin je.. hahahah.. sedap tu..:P Protein masih penting untuk menjalankan fungsinya misalnya untuk pembinaan otot dan hemoglobin.

3) Oleh sebab saya ni ada hypertension, makanan tinggi garam, ber-MSG, kicap (makanan ruji ni.. huhuhuh), sos, mi segera, jajan memang kena elak la.. Ubat hypertension makan macam biasa kecuali kalau dekat sangat dengan masa dialisis. Misalnya selalu makan ubat pagi dan petang, tapi ada dialisis waktu pagi. Jangan makan ubat pagi sebelum dialisis tu. Selepas takpe. Sebabnya, tekanan darah boleh turun mendadak masa hemodialisis. Dah rasa dah ni.. Hypotension namanya. Tetiba rasa tak cukup oksigen, nak muntah, kebas, tak selesa, pening. Biasanya diorang suruh saya goyangkan kaki dan kalau teruk sangat diorang bagi saya oksigen. Orang dah biasa tekanan darah tinggi tak apa-apa, tetiba bila tekanan darah turun jadi 100/60 dah rasa macam nazak je. Hehehehe..

4) Doktor juga pesan untuk jalan-jalan barang 30 minit setiap petang atau berbasikal. Bila saya kata kerja saya melibatkan pergerakan fizikal, dia kata kerja lain, riadah lain. Takpelah, saya rajin teman kakak saya ukur shopping complex.. Theheheh..

5) Pengambilan air perlu dikawal. Kalau ikutkan sehari cuma boleh minum lebih kurang 500 mL air je. Yang ni susah nak ikut sebab saya cepat dahaga dan suka  minum air. Bila tak boleh minum air saya mula stress. Tapi oleh sebab saya masih boleh kencing banyak, diorang bagi saya minum banyak sikit. Heheheh. Perlu berhati-hati juga dengan air tersembunyi seperti dalam buah-buahan dan makanan seperti bubur, puding dan jeli.

6) Pengambilan makanan berminyak dan berlemak pun perlu dikawal sebab kalau berlebihan boleh menyumbat salur darah.. Ni diorang yang cakap. 

7) Pengambilan kalsium juga penting. Biasanya pil kalsium karbonat dikunyah bersama makanan untuk mengikat fosfat dan mengeluarkannya melalui proses penyahtinjaan. Chewah... ilmiah gile bunyinya. Ada sorang TA kat pusat dialisis tu kata, kalau tak amik pil kalsium nanti saya jadi makin pendek. Erk! Fosfat berlebihan boleh menyebabkan masalah pada sendi dan tulang. Walaupun begitu, sumber tenusu tak boleh walaupun kaya kalsium.

Buah Ceri Liar

Salam semua.. Siapa pernah makan buah ceri liar ni? Buahnya hijau masa muda dan merah bila tua.. Manis rasanya. Buah ni saya kutip dari rumah jiran emak saya, Maksu Hendon. Saya dengan hubby konon-konon nak semai sekali lupa pula.. Buah tu sampai dah berulat.. Haru.. Mak saya cakap, mak saya pernah mengidam nak makan buah ni masa mengandung tapi tak dapat.. Mueheheh.. Oh ya, buah ceri ni juga dikenali sebagai buah kerkup.  Tapi kerkup banyak kerkup, saya pun dah konfius.

Hmm.. banyak juga penyelidikan antarabangsa tentang khasiat ceri liar ni.. Antaranya sebagai antibakteria, antioksidan, dan antidiabetik melibatkan penggunaan buah, daun dan batang pokok. Mungkin penyelidik Malaysia pun boleh buat penyelidikan juga.. Sebab pokok ni mudah tumbuh sendiri dan tak manja.. Yang penting, buahnya sedap!



Comel je buah dia

Close up sikit kasi orang kenal

Monday, May 27, 2013

New Routine

Salam semua.. lama tak menjengah blog dan kebun.. Mujurlah tanaman masih bersemangat meneruskan hidup dan dapat jugalah menuai sawi organik. Cuma brokoli masih tak muncul-muncul.. Lamanyaaa..... Tak sabar rasanya.

Hmm.. sekarang ramai kawan-kawan saya dah mula menanam. Salah satu faktornya kerana kesihatan. Kawan saya yang kena kanser baru-baru ni dah mula diet vegetarian dan organik. Nak membeli je parah la. Mahal tu.. Saya pula dah mula perlahankan aktiviti berkebun sebab nak mula clearkan laman.. Tak lama lagi dah nak say bye-bye to Skudai. Jadi petani sepenuh masa la lepas ni. Heheheh..

Hmm.. bermula 15 Mei 2013, saya dah menjalani kehidupan sebagai pelanggan pusat hemodialisis. Keputusan ujian darah pada 14 Mei menunjukkan bacaan Creatinine sebanyak 930, urea pula 23. Saya pula dah mula muntah-muntah dan rasa lemah. Tak sangka pula vomiting tu antara tanda jelas yang saya perlukan dialisis. Sebelum buat dialisis terpaksa ke Hospital Putra, Batu Pahat jumpa pakar, Dr Kee sebab saya first timer. Dia suggest saya buat transplant ginjal. Calon penderma pula adik beradik saya..Katanya kalau dapat penderma saya boleh mengandung dan beranak ramai-ramai. Tapi masalahnya, sampai hati ke saya nak ambil buah pinggang adik beradik saya. Kalau apa-apa jadi pada diorang? Tak apalah, saya pilih untuk tidak mempunyai anak. Kalau suami saya nak anak, dia boleh kawen lagi satu. Heheheh..Second choice pula CAPD/APD. Ini mungkin saya akan pertimbangkan. But not now.

Berlakon sedih.. Padahal baru lepas mengilai tengok ulangan Edisi Khas

Beginilah sambungan dibuat

After 2nd time hemodialysis....

Saya tak rasa banyak beza sebelum dan selepas dialisis. Hmm after first dialysis, saya demam dan sakit tekak. Tapi satu malam je. Sakit tekak dan batuk je yang berlarutan. Kali kedua pula, diorang salah cucuk, bengkak tangan saya, dah sama besar dengan kaki. Huhuhu.. sakit.. Tuam punya tuam jadi lebam gile. Sampai 4 kali kot cari urat baru jumpa. Wawawawa.. rasa nak nangis.. Tapi lama-lama macam imun. Cuma cemuih ya ampun tunggu berjam-jam. Lepas ni 4 jam pula.. Kematu la bontot ambe.. Nasib baik pekerja-pekerja dekat centre tu sume baik-baik dan mesra-mesra.

Sekarang ni jadual dialisis hari selasa dan sabtu. Macam leceh jugalah sebab saya masih kerja. Kes gaji saya ni masih tak settle lagi, rasa demotivated gile nak teruskan kerja. Yelah, dahlah bantuan ilat tak dapat, gaji tarak. Duit simpanan kena  tarah bukan sikit-sikit wooii.. Gunung pun boleh jadi lombong macam ni. Hahahhaha. Mulalah saya asyik emosi tak tentu pasal. Geram dengan orang-orang yang tak efisien. Pastu rasa marah tu berjangkit-jangkit, habis semua orang saya nak marah. Ramai pulak tu yang nak cari pasal. Sabor.. sabor.. marah tu sifat syaitan.. huhuhuhu.. Astaghfirullah.. astaghfirullah... alhamdulillah.. alhamdulillah..




Wednesday, May 8, 2013

Festival Konvokesyen UTM ke-50

Sekarang ni Istiadat Konvokesyen ke 50 sedang berlangsung di UTM. Bersempena dengan itu, UTM menganjurkan Festival Konvokesyen bermula 7 Mei hingga 12 Mei 2013. Jemputlah datang beramai-ramai ke UTM. Untuk maklumat dan lokasi boleh rujuk di sini---> http://www.utm.my/studentaffairs/events/festival-konvokesyen-utm-ke-50/.



Ada pelbagai jualan terutamanya kain pasang, tudung, dan pakaian. Kadang-kadang ada juga jualan dan panduuji kereta, gerai emas dan perak, beca, playland untuk kanak-kanak, wall climbing dan macam-macam lagi. Saya pun tak pasti apa yang ditawarkan kali ni sebab belum berkunjung lagi. Yang ni yang saya jumpa di facebook.






Anak Bunga Kemboja

Saya dapat biji benih kemboja daripada Emak saya. Punyalah lama nak tunggu biji benihnya matang, makan bulan rasanya. Kelongsong benihnya macam kacang, bijinya pula panjang dan  berbulu. Saya semai tak hidup satu pun, tapi suami saya semai hidup pula. Mak saya kata, yang ni warna merah menyala. Anak pokok dialih ke dalam cawan mi segera, pasu kecil dan botol kitar semula. Pokok kemboja yang ditanam daripada biji benih ni cantik dijadikan bonsai sebab ia akan membentuk bonggol gemuk dipangkal pokok. Hmm.. saya keliru sebenarnya, sebab ada kemboja berbentuk macam corong, ada yang tidak. Yang penting, mereka memang comel.




Tuesday, May 7, 2013

Diari Fertigasi : Penyediaan Tapak







Seperti dijanjikan, saya letakkan sedikit gambar tentang projek fertigasi yang baru dimulakan. Ini kalau diikutkan adalah back up plan kami kalau-kalau saya dah tak larat nak bekerja di makmal. Sekarang sangat cepat letih dan sakit kepala. Makan pun ada kuota. Walaupun sangat berselera dan lapar, tapi kalau lebih daripada sepatutnya saya akan termuntah. Nak slim kot. Heheheh. Hubby cakap dah kurus sikit. Yeay! Tapi berat baru turun sekilo je. Cepatlah besar wahai pokok-pokok semua. Saya dah tak sabar nak menuai.