Great stuff to be shared together...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

Ulasan Filem : Karipap-Karipap Cinta



Macam kelakar je tajuk nya kan.. Saya ada terbaca dalam surat khabar, filem Karipap-Karipap cinta arahan Hafsham ni tak mendapat sambutan walaupun jualan novelnya laris.Rata-rata komen mengatakan yang diorang tak suka sebab heronya Gambit. Almaklumlah, Gambit ni banyak sangat kontroversi katanya. Ada juga yang kata heroinnya budak baru. Tak terkenal. Tak ada nilai untuk melariskan filem. Dengar-dengarnyalah.

Untuk Sinopsis filem boleh baca di sini dan sini.

Saya dah baca novel dan tengok filemnya. Oleh sebab saya ni bila baca novel saya macam perasan saya duduk dalam buku tu (sebagai pemerhati besar, bukan heroin), memang novel ni sangat menggeletek hati. Bahasa yang ringkas, tapi tajam menyelar kebobrokan semasa. Ahli politik yang korup, cinta gila yang memusnahkan manusia, fitnah dan skandal bermaharalela. Saya rasa filem tu masih dikira berjaya sebab tak jauh berbeza dengan novel. Bagi saya ini lebih baik daripada buat cerita yang ada aksi rempit, ranjang, ghairah, gerun dan ganas bagai tu. Kononnya nak bagi pengajaran tapi pengajaran yang tak elok.


Lakonan Gambit tidaklah seteruk yang digambarkan. Malah watak Ali tu macam memang dibuat untuk dia. Orangnya agak terburu-buru dan selalu terlepas cakap (tak macam Gambit ke? Ampun Gambit..jangan saman saya). Tapi niatnya taklah jahat pun. Manusia ni memang suka melakukan kesilapan walaupun kadang-kadang kesilapan bodoh yang melukakan hati orang di sekelilingnya. Terutamanya manusia yang bercinta. Watak-watak lain pun macam sama dengan imaginasi saya semasa membaca. Watak Yoga (dalam buku Rambai), Aman, dan Rudy. Tapi saya ingat Eman Manan akan jadi tok guru karipap. Pastu Datuk Jalaludin Hassan jadi Datuk Razali Bunari. Hahahahah...

Cuma...cuma..cuma... yang teramat potong nafsu nak menengok filem ni dah tentulah watak heroinnya. Bukan sebab Melia tu ta pandai berlakon. Bukan. Dia ok walaupun ala-ala je. Cuma pakaiannya tak sesuai untuk watak seorang graduan al-Azhar yang termasuk dalam 10 yang terbaik seluruh al-Azhar. Sila tengok poster. Rambut dah la tersembul dan ada masanya tak bertudung. Baju pulak, ketat, sendat, pendek dan jarang. Perempuan tak al-Azhar pun tak pakai macam tu la sis... memalukan kaum perempuan. Padahal membawa watak sebagai ustazah yang nak berdakwah melalui komik. Keluarga pun nak carikan pasangan dari golongan ustadz, tapi emaknya pun sama rambut berjuntai.. Adoyaiiii..Dah takde ke pelakon perempuan yang boleh bertudung? Entah kenapa saya terbayang wajah Irma Hasmie yang jernih ayu lagi sesuai untuk watak tu. Malah ramai lagi yang boleh lakonkan watak ustazah yang pandai melukis komik, pandai buat karipap dan pandai bersilat tu.. Huhu.. Frust menonggeng saya bila watak perempuan keluar.

Tapikan, tak tahulah kalau Hafsham memang purposely buat macam tu. Almaklumlah, ayah Sarah (watak heroin) tu orang politik.. Susahkan nak tengok wanita-wanita politik pakai tudung elok-elok? Oppppsss.. Terlebih sudah.

Eh, tiba-tiba rasa nak baca novel Karipap-Karipap Cinta Semula. Tapi kat kampung daaa.





   

Sunday, December 4, 2011

Memikat Hati Mertua

Poyonya la tajuk. Perasan diri tu doktor cinta la tu..Ahahah..

Well, sebenarnya saya ni masih dalam mood anniversary lagi. Duk mengenang memori baru-baru kahwin dulu. Tahu jelah kan, masa mula-mula masuk keluarga baru, gabra nya memang semacam.

Manalah saya tak gabra tuan-tuan dan puan-puan. Saya ni dah la tak pandai bergaul sangat. Masa sekolah tak ramai kawan dan selalu jadi lone ranger. Masa dekat U baru la pandai sikit-sikit. Memasak? Kantoi! Apatah lagi harta, status dan rupa. Takde apa yang nak dibanggakan. Nada. Lepas tu saya ni clumsy yang amat. Konon-konon nak menolong time kenduri, tapi senduk mi pun tumpah.. Pastu buat ketupat lembik. Haru...

Tapi hari ni saya rasa saya tetap dapat get along dengan baik dengan mertua dan in-laws saya. Perkara pokoknya niat kena baik. Niat dengan perkahwinan ni untuk mendapat keredhaan Allah dan menjalin silaturrahim, insyaAllah semuanya lancar walaupun ada onak dan durinya. Ada kalanya kita akan rasa macam semua yang kita buat serba tak kena. Kadang-kadang rasa macam orang nak cari salah kita je. Kadang-kadang itu cuma "RASA" je, sama ada sebab PERASAAN yang terfeeling lebih atau PERASAN lebih. Saya pernah diingatkan oleh suami, once dah kahwin, syurga terletak di bawah telapak kaki suami. Syurga suami di bawah kaki ibunya. Maka, syurga isteri juga di situ. Utamakan yang utama dan sekali lagi niat kerana ingin mendapatkan keredhaan-NYA.

Macamana kita melayan ibu bapa kita, macam tu lah kita melayan mertua. Apabila mereka dapat merasakan keikhlasan kita, mereka akan melayan kita seperti anak sendiri. Dan saya dah pun merasa nikmat itu. Saya rasa suami kadang-kadang cemburu bila mertua saya seperti lebih sayangkan saya daripada dia.. Ehehehehhe.

Oh ya, kita mungkin mempunyai banyak kelemahan. Tapi sudah tentu kita ada kelebihan atau kepandaian. Dalam kes saya, saya sangat tak pandai memasak tapi saya masih boleh menyediakan hidangan manisan seperti kek, jeli, puding dan biskut. Kebetulan saya tahu adik-adik ipar saya sukakan manisan jadi saya selalulah buat untuk mereka. Rasa puas bila tengok orang suka makan hasil masakan kita walaupun rupanya hodoh ya amat. Mungkin sebab dibuat dengan penuh kasih sayang agaknya.. Ahahahha.

Lagi satu, bapa mertua saya suka bercerita. And thank goodness, saya memang suka mendengar cerita tak kiralah citer dongeng ke, gosip, berita dan sebagainya. Jadi saya boleh mendengar walaupun sampai berjam-jam dia bercerita. The point is, carilah kelebihan dalam diri kita.

Oh ya, usaha memikat hati mertua mestilah disokong penuh oleh suami ya. Kalau suami sendiri tak pandai bergaul parahlah. Alhamdulillah, my husband banyak membantu. Dia selalu bersama saya mengajar apa yang sepatutnya. Memujuk saya bila saya rasa down dengan sesuatu perkara (contohnya ruin the ketupats masa raya, kekekekk). Bercerita perihal ahli keluarganya supaya saya dapat gambaran jelas apa yang mereka suka atau tidak suka. Menemani saya kalau-kalau ada rasa segan yang tak terhingga. I ni nampak je poyo.. tapi pemalu tau.. ahahahah. Yang paling penting, dah tahu masuk keluarga orang jangan la nak menyombong diri. Ingat, kalau kita menyombong, orang pun bole menyombong dengan kita tau. Kita nak membina keluarga kalau boleh sampai ke syurga, jadi hubungan yang tidak selesa sangatlah, well TIDAK SELESA. You now what I mean?! Hahahah.

Till next time. Macam ada lagi benda nak tulis.

Saturday, December 3, 2011

Nice 'QUOTE' from Hanum


Tiba-tiba teringatkan deskmate kat SAKTI dulu, Hanum. Dia ni kreatif bab mengeluarkan ayat-ayat pujangga versi dia lah. Walaupun masa dia cakap saya taklah setuju sepenuhnya, tapi ada masanya memang sesuai.

"Keikhlasan tak semestinya tak mengharapkan balasan"
"Aku suka orang yang aku tak suka, tak sukakan aku"

Quite something, huh? One of my lecturer pernah cakap, orang yang ikhlas biasanya orang yang syok sendiri. Heheheheh.. Tapi saya lebih suka yang kedua tu. Peace yo!